Hutang pinjaman komputer saya sudah selesai dibayar. Dah layak untuk buat pinjaman lain pulak. Dulu pinjam, untuk beli laptop anak saya. Sekarang tiba masanya untuk beli Laptop / Notebook untuk diri sendiri pula. Tapi terdengar pula, anak sulung yang sambung pengajiannya, nakkan laptop baru. Laptop lamanya memang dah uzur sangat, dah 5-6 tahun usianya. Memang patut diganti yang baru.
PC saya pula dah lebih 10 tahun saya gunakan, memang lagi layak lah saya dapatkan yang baru. Dah lama saya mendera PC saya tu, utk buat kerja yang tak mampu dilakukannya dah. Tiba masanya utk kurangkan tugasnya.
Hmmm...tak sampai hati pulak. Maka saya buat keputusan akan beli 2 laptop atau notebook. Bajet dalam RM3K lebih je...cukup kan?
Dari awal tahun duk survey jenis dan model apa yang nak dibeli. Pening jugak kepala. Saya study semua jenis yang terjumpa di laman web. Akhirnya ada beberapa jenis yang menarik perhatian.
Selama ni, saya memang guna jenis Acer, sejak dari tahun 1997, PC pertama saya, adalah Acer. yang kedua beli melalui Odasaja tahun 2000.. masih berfungsi sehingga kini, setelah melalui beberapa fasa baikpulih dan di upgrade setakat yang boleh. Dah lama tu kan....itu lah yg saya guna untuk online selama ini.
Kemudian, ketika anak yang sulung masuk U pd tahun 2006..klu tk silap, saya belikan dia laptop Acer juga. Seterusnya, adik lelakinya, juga saya belikan Acer, tahun 2007 (masih baik, setelah sekali ditukar mboard) tpi dah di trade in nya utk beli yang baharu, Sony Vaio series S pula. Orang muda, nak yg update je...alasan, untuk buat projek assignment dia.
Akhir sekali, adik bungsu mereka, beli Acer TimelineX ..Acer juga... memang keluarga ni melakukan barangan Acer je. Sebab, tukang repair komputer saya, syorkan beli Acer, kalau rosak, dia senang carikkan spare part nye...ha..tu lah sebabnya.
Pemilihan saya yg tak berapa reti ni adalah dari aspek:
1. Harga affordable.
2. Processor: Sekurang-kurangnya Intel i5, kan..hehe.
3. Jangka hayat battery yg panjang.
4. Ringan dan syomel...antara 2kg ke bawah. Berat sikit tk pe..janji ok.
5. HD yang sekurang-kurangnya 500GB.
6. Memory sekurang-kurangnya 4GB...dan boleh upgrade lagik.
7. Diplay skrin antara 13- 14".
Yang lain-lain mcm graphic card, webcam, wireless ability, dvd drive smua tu standard la..dpt yg latest dan canggih, mesti la mau.
Selain dari itu, saya pentingkan barangan yang mudah di baiki kalau rosak atau dengan lain perkataan, senang carik spare part.
Hasil survey saya:

Memula terbekenan dengan yang ini, Sony Y series, untuk anak saya. Harga murah, rupa cantik,brand khelasss.. tapi, processornya AMD E-450.. saya tidak suka AMD..! kesian pulak nnt kalau menimbulkan masalah pada anak saya waktu menggunakannya. Ada pengkomen di forum yg kluar stetment kata baik tak pyh guna jenis ni. - reject !!
Kemudian ternampak yg ini pula. Dell-inspiron-n4050-45451g. Harga RM2099, sebelum diskaun.
Berat sikit nampaknya, 2kg. Tak apa, blh masuk senarai favourite gak.
Terpikat pulak dengan model dell yang ini.. dell-vostro-v131. Rengan jugak la.. 1.8kg. Ai laik..ai laik !!! Harga sebelum nego RM2199
Rambang mata gue..ni belum gi memilih kat Low Yatt lagik ni.. Yang ni pun menarik gak.. Dell Inspiron 13Z. Rengan lagi dari Vostro .. 1.7kg. Harga kurang sikit dari vostro ... RM2149 online..lom nego lagi tu.
Yang ni lagi cantik kan.. Samsung NP300S06MY.
Harga murah gakla.. RM2098...tertulis kat online shop ni la...mesti dpt lagi murah kalu nego kat kedai Low yatt.
Beratnya cuma 1.4kg..wahhh...dah macam Mac Air nih...
Tapi, ada yg komen, kata jenis Samsung ni, tk brapa nk baik...huhuhu..
Apple Mac Air? hmm...sangat teringin. Tpi mahal. Boleh beli...tpi banyak nk guna duit lagik ni..kan ke nak beli 2 laptop nih...hehe. Lagipun, sgt susah maintenance nya.. Kalau org yang selalu guna untuk buat kerja2 grafik, ok la guna jenis ni. Saya guna juga...untuk proses video & photo. Tpi kalu dah maintenance tinggi, hmm...lupekanje lah.
Beli dalam mimpi je lah dulu.
Setakat ni, yg ni dulu dlm senarai. Masalahnya sekarang, duit tk masuk lagi..hehe...
Masih banyak masa nk ubah fikiran nk beli yang mana ni.
Kalau ngkorang ada cadangan, mana yang baik, habaq mai...tpi msti dlm kategori pemilihan di atas.