Tuesday, January 26, 2010

Pengajaran

Memang fenin klu layan org yg bengap....keterlaluan tak klu kuar perkataan centu? (acik rsa cam mlampo lak...sori..masa tu bengang sgt..ni dh sejuk sikit..acik tukar le.) ... tpi memang la nk di kategorikan dlm golongan yang bengap pd mereka2 yg diluarnya cam org yang bijak pandai tuh..semalam acik cerita pasal bengang..arini cerita pasal orang2 yang bengap ni fulak... jgn la kalian termasuk dalam golongan ini...memenin kan kapla saja. Ni acik nak cerita.. tulisan ini diambil dari sini. Sekadar nk pepanjangkan penyampaian kisah tauladan ini. Pada suatu ketika, terdapat seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang lumpuh. Beliau mempunyai harta yang banyak dan tidak mempunyai waris kecuali seorang anak saudaranya yang berhak mewarisi hartanya. Kerana tamakkan harta, anak saudara itu telah membunuhnya dan meletakkan mayatnya di hadapan pintu salah seorang dari mereka pada waktu malam. Keesokannya beliau mendesak untuk menuntut bela yang hampir sahaja menyebabkan pergaduhan atau pertelagahan apabila masing-masing mengeluarkan senjata dan berlaku tuduh menuduh sesama mereka. Sebahagian darpada mereka mengatakan, “Engkau yang membunuhnya.” Manakala yang lain menyebut, “Tidak! Engkau yang membunuhnya.” Kekecohan itu dapat diredakan oleh orang-orang yang baik di kalangan mereka dengan mengatakan, “Kenapa kamu hendak berbunuhan sedangkan masih ada Rasul Allah di kalangan kamu?” Lalu mereka pergi menemui dan mengadu kepada Nabi Musa. Kemudian Nabi Musa menyatakan tentang perintah Allah bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah pembunuhan ini.

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan Yang jahil (yang melakukan sesuatu Yang tidak patut)".

“Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati Dengan sebahagian anggota lembu Yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang Yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.”

Kaum Bani Israel yang diperintahkan oleh Nabi Musa untuk menyembelih seekor lembu betina dan menggunakan sebahagian daripada anggota lembu tersebut untuk dipukulkan kepada mayat (si mati) berkenaan bagi mengetahui siapakah pembunuhnya, berdolak dalik dalam melaksanakan perintah Allah ini. Seandainya mereka tidak banyak pertikaian, adalah mencukupi untuk mereka menyembelih mana-mana lembu.

“Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami Bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu Yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa Yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.”

“Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang Yang melihatnya".

“Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami lembu betina Yang mana satu? kerana Sesungguhnya lembu Yang dikehendaki itu kesamaran kepada Kami (susah Kami memilihnya) ato lain pekatan...kami kompius la, dan Kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".

“Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: sebenarnya (lembu Yang dikehendaki itu) ialah lembu betina Yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". mereka berkata: "Sekarang barulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya Yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu Yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.” ... ha kann...hampir2 hajat mereka tk kesampaian dik kerana isu remeh yang mereka sendiri kecoh2kan.

Setelah semua persoalan mengenai deskripsi lembu tersebut dijawab, orang-orang Yahudi (bani Israel) masih enggan menyembelih lembu yang disyaratkan dan Nabi Musa menegur sikap degil orang-orang Yahudi terhadap perintah Allah. Dengan sikap itulah mereka hampir tidak menyembelih lembu yang dimaksudkan.

Demikianlah dolak dalik Kaum Bani Israel berkenaan. Akibat banyak mempertikaikan arahan Allah, mereka disukarkan oleh Allah dengan dikenakan syarat yang ketat bagi lembu yang hendak disembelih.

Akhirnya setelah bersusah payah, mereka menemui lembu yang disyaratkan daripada seorang lelaki yang satu-satunya memiliki lembu berkenaan. Tuanpunya lembu berkenaan berkata, “Demi Allah! Saya akan hanya akan menjual lembu ini dengan harga seluruh kulitnya disaluti emas.” Mereka tiada pilihan melainkan membayar dengan harga yang tinggi, kemudian menyembelih lembu berkenaan dan menggunakan bahagian tertentu lembu dipukulkan ke atas mayat lelaki yang dibunuh.

Setelah dipukul mayat berkenaan, lelaki yang dibunuh itu hidup semula dan berdiri, lalu ditanyakan kepadanya siapakah yang membunuhnya. Dia menunjukkan kepada anak saudaranya. Kemudian ia mati kembali dan anak saudaranya tidak dibenarkan mewarisi hartanya. Mulai dari situ sesiapa yang membunuh bertujuan mewarisi harta si mati tidak dibenarkan berbuat demikian.

Mengikut `Ubaydah, Mujahid, Wahb bin Munabbih, Abu Al-`Aliyah dan `Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam, "Orang-orang Yahudi membeli lembu berkenaan dengan jumlah wang yang banyak.

Sumber: Al-Quran dan tafsir Ibn Kathir

(Kalu ngkorang nak tau mana asal usul lembu tu dan sapa yg jual lembu tu...ngkorang klik kat sini... ) ..sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu, menyusunatur sesuatu kejadian itu, amat indah..amat cantik sekali....subhanallah. Moral of the Story; Jangan lah anda menjadi seperti kaum bani Israel itu...

9 comments:

ashley said...

cam mana ek?
cam mana ek?
cam mana ek?
.
.
.
cam gitu
cam gini
cam sana
cam sini

last last PADAN MUKO!!
Banyak na soal dolak dalik..
itu lah moral of the setori mori.

terima kasih.

lupekanje said...

ashley..haha...ai laik ..

Erna said...

acik memang pandai..ade ke yang tak paham kenapa acik baut cerita dari alquran ni..

Erna said...
This comment has been removed by the author.
Erna said...

acik.."buat" bukan 'baut' he he....pandai bona naip..centu la.

lupekanje said...

erna,
klu dah bangsa yg pendek akal tu..mang tkkan paham kot...tpi klu paham...mang bijak la deme tuh...ai salut...hehe

zino said...

banyak songeh la kalau asyik bertanya tak paham paham..

kakpah said...

cik, maleh nak komen. kakpah dah ngantuk nak tido ni...

lupekanje said...

zino
tu lah dia zino....letih arr layan
org centu kan..


kak pah,
cehh...ngantuk kalu, gi tdo kakk..hehe

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-