Sunday, December 6, 2009

Separuh Jiwaku Pergi

Ye...separuh jiwaku terasa pergi bila blog ini tidak dihapdet... maka hari ini acik buat azam utk kembali menghapdet blog, seperti hari2 sebelum. kekecewaan, kesibukan, kekesalan tika menjalankan hari2 berlalu, menyebabkan ketidakkuasaan acik untuk update kisah dan coretan-coretan di sini.

Semua tu acik tak patut nak cerita kat sini. Takut kesal di kemudian hari, kerana kekadang kita tak sedar, dengan menceceh2 kat sini, kita telah mendedahkan kelemahan kita, atau peribahasa melayu mengatakan, Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Atau membuka pekong di dada sendiri. Atau meludah ke langit, terkena ke muka sendiri. ..err... ada kaitan ke? Kekadang acik rasa tidak patut si Anang ni memanjang2kan lagi kisah pilu yang menimpanya. Sudahlah satu dunia tahu kisah kecurangan isterinya..ditambah lagi dengan tulisan dan ciptaan lagu yang menceritakan kekuciwaannya lagi. Kesian si isteri..

Berilah peluang padanya, mungkin beliau telah menyesal, tapi apa yang patut dilakukannya, kerana se antero donia mengetahui perlakuan dosanya. Beliau telah dihukum di dunia lagi oleh Allah. Aib sungguh.. usah ditambah2 lagi ke aibannya. Beliau adalah ibu kepada anak2nya... anak itu juga menanggung kemaluan ...errr.. keaiban atas perlakuan ibunya. Masyarakat di keliling akan terus berkata tentang kecurangan wanita itu... dan ahli keluarga akan menanggung rasa malu yang tidak berkesudahan. Sebab itu kita dilarang menceritakan keburukan aib suami atau isteri dalam Islam. Buruk akibatnya apabila kisah penghidupan kita diketahui orang lain.

Kerana yang menerima hukuman, bukan sekadar si pelaku dosa, tetapi juga ahli keluarganya. Kan lebih baik, apabila kita diuji sedemikian, kita carik salah sendiri... 'akukah yang bersalah, akukah yang tidak tahu mendidik isteriku....akukah yang lalai dalam menjalankan tanggungjawabku... apakah ini balasan buatku yang banyak melakukan dosa...lalai pada perintah Allah.. ' contohhh laaa tu...

Tapi apa yang berlaku yang dapat kita saksikan, adalah sebaliknya...kesalahan si pelaku yang dicari lagi. .. berilah mereka peluang...membaiki diri... mohon mereka mendapat taufik dan hidayah Allah. err...cam acik ni pembela KD tu pulak kan... bukan ! acik tk minat lansung pun kat depa tuh... cuma segi kemanusiaan, dia adalah manusia.... yang terkadang tergelincir, tewas dengan hawa nafsu... benteng keimanannya tidak kukuh, lantas beliau tunduk pada kemahuan hawa nafsu. Kita sendiri belum tahu... kita pun tidak punya benteng iman yang cukup kukuh lagi... Nasib kita belum tahu.... !! Maka, tatkala mendengar kisah2 seperti ini, beristighfar lah, dan memohon pada Ilahi, agar kita dijauhkan dari melakukan kekejian seperti itu.

Kehendak Tuhan juga, maka kecurangan beliau itu diketahui seantero donia...kerana setiap yang berlaku, adalah dengan keizinan Nya jua. Untuk memberi pengajaran kepada manusia lain yang bergelar isteri... dan lelaki juga, tidak terlepas.... kerana kalau dibuat kajian statistik, kecurangan yang dilakukan oleh spisis lelaki lebih kerap lagi dibandingkan dengan kecurangan seorang isteri. Maka di hujung minggu yang berkat ini, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan berazam untuk melakukan lebih banyak kebaikan dalam hidup kita dan menjauhkan segala kejahatan dunia.

Moral: acik pun sesekali terlanjur mengutuk org gak kat blog ni kan....... tak per la... ni peringatan utk diri sendiri.. moga diri ini akan berubah ke arah kebaikan..teringatkan diri yang tidak juga sempurna.

13 comments:

Erna said...

salam acik..akhirnya..acik tnulih jugak..kali ni apo yang acik tulih tu..heran boto la..serupo boto macam apo yang akak dah kato kek orang sorang tu...yang salu bona kutuk suami e...dan akak sebagai orang tuo..kato..jangan aibkan suami..nanti kono kek batang idung sendiri..dia bolih kato akak lain la..dapek suami baik...akak kato mano kau tau..dia baik ko tidak..akak tak penah cito kek orang...akak selalu kato..cermin diri dulu..eh tak yah tulih panjang2 la...dah samo he he..terima kasih acik..akak nak bagi dio baco tulisan acik ni...tapi maleh la..dio takan berubah dah..macam akak kato ngan dio.kau ni dah mada..(sebona e akak pun tak paham mada tu..tapi donga orang ckp)kalau dah umo lobih 40 mang susah nak berubah..yo ko..

lupekanje said...

erna,

betul kak..klu sesuatu tu udah jadik kebiasaan...jadilah dio mada tu...err...acik pun tak tawu apo mender mada tuh...huhu.. kekdah ehh...cam udah lali..udah koreh...udah tk leh nk lentur lagi...cam buluh tuh..
Ado yg tk selera nak makan klu sehari tk malukan orang len..atau klu tk marahkan orang..
adoo kak...acik pnah jumpa...
marah orang tu jadik terapi kat dio..

Shifu67 said...

petang kelmarin... suami kawan lama dtg kerumah dlm keadaan yg tidak keruan...

dia menceritakan kecurangan isterinya... aku hanya mendengar... bagi peluang dia keluarkan semua apa yg dia nak kata....

nampak jelas keadaannya yg tertekan.... tapi aku tabek kerana dia masih mampu bersabar dan cuba menyelesaikannya mengikut hukum dan perundangan yg ada... bukan pakai hukum parang panjang walaupun dia mampu buat begitu

lupekanje said...

shifu,
sebab itu lelaki diberi kuasa men thalaq. Klu bagi kat pempuan, ramai la lelaki duda...sebab tahap pemikiran lelaki lebih jauh dari perempuan yang gopoh dan selalu tidak pikir panjang...
*sepatutnya begitu lahh..

sian kawan shifu tuh. Moga Allah tunjukkan jalan penyelesaian padanya dan memberikan ketenangan padanya. Ujian buat beliau.

zino said...

salam hujung minggu..

lupekanje said...

salam zino.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

mintak simpang....takut la...

Zamz said...

emm masalah2 dalaman tu selesai internal je la kan..kalau nk cite kt org lain karang masalah tak selesai masalah lain pulak timbul

ashley said...

Udah tensen bebenor le tuuu.
Patut jumpa ngan Padilah Kam Sah kan..

en_me said...

insaff kannns..

tipahvogue said...

tajok entry acik samo lak cam tajok status tipah kat fesbuk wiken lepas...ekekeke

Suri said...

salam,
ntah tetibe jer nak lepak sini sat tadi, tensennnn ngadap buku!
tulun hapdet kan kiter nyer blog sekali maaa.....

cHeRyNa PiReS said...

Acik,

Sorilah sha dah lama tak dtg sini. Sha schedule posting sebelum streamyx sha buat peel arituh. nasib nieh baru elok sikit.

sha setuju...kadang2 bila blogging nieh boleh nampak kelemahan2 kita. dan kelemahan2 tuh yg orang suka.

tp sha suka posting2 acik.

keep it up:)

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-