Thursday, December 10, 2009

Mendung tak bererti hujan

Minggu ni sempat jogging 2 kali dah. Hari Isnin dan Rabu. Hari Selasa sebab ada hal, tk dapat nak join bos acik pegi jogging. Memula tu agak tak berminat nak jogging, sebab melihatkan cuaca yang gelap dengan awan hitam yang berarak, memang cam nak hujan. Tapi atas semangat yang ada pada bos acik dan cik Ida, kami berjaya juga harungi waktu2 mendung gitu. Tercapai juga hasrat kami. Betul lah, mendung tidak bererti hujan. ALhamdulillah, walaupun tk banyak round yang kami dapat.. yang penting target untuk 'memeluh'kan diri telah tercapai. Pembakaran lemak telah berlaku juga akhirnya, setelah beberapa lama menepu dalam tubuh 'kerdil' ku ini.

Macam tu lah yang acik perhatikan kehidupan ini. Kita boleh ambil jadikan kiasan dalam mengharungi hidup penuh dogaan. Mendung tidak bererti hujan. Kekadang mendung hanya menguji diri, agar tidak keluar rumah. Membatalkan semua aktiviti2 di luar rumah bahkan aktiviti di dalam rumah juga, seperti basuh kain. Perlunya kita teruskan setiap yang telah dirancang, kecuali telah benar2 turunnya hujan.

Kita jangan terlalu cepat berputus asa, dengan memikirkan hari yang nampak macam nak hujan, lalu terus kensel semua perancangan yang baik itu. Kerana hujan belum tahu lagi turunnya. Kalu turun juga, apa susah...??? Kita lari je la carik tempat berteduh. Air jer kann??!! Begitulah dengan kehidupan kita. Andai berlaku sesuatu yang menyedihkan kita, jangan kita berhenti untuk tidak terus berusaha dalam hidup. Kesedihan itu tidak boleh dijadikan penghalang untuk kita trus maju, kerana sesuatu kesedihan itu bukan bererti the end of everything. Eh....tetiber acik tak tahu cakap melayu dia apa.... oohh...ok... kesedihan atau kedukaan, bukan bererti kesudahan untuk segala-galanya.

Kita mesti bangkit untuk berusaha lebih gigih agar hidup ini akan lebih bermakna. Kita lupakan mendung itu ... dengan harapan mendung akan berarak pergi, lalu akan terpancarlah mentari yang menyinari hidup kita. Tidak selamanya mendung itu akan melindungi mentari kita. Ia akan berarak pergi juga akhirnya nanti. Cuma, kita jangan berhenti berdoa, jangan berhenti mengharap.

Sebaliknya, kita teruskan juga penghidupan kita seperti biasa. Andai turun hujan samada rintik2 mahukan hujan ribut, carilah tempat berteduh seketika...tempat berteduhpun, kener carik tempat yang betul2 boleh meneduhkan... setakat bawah pokok, bahaya juga, takut dipanah petir pulak... huhu Kalau basah dik hujan pun, apa salahnya...sekali lagi nk ulang...hanya air hujan kann... tapi kalu di panah petir? tadek ampun dah biasanya...

Tiap kesedihan, hanya sementara. Tidakkan selamanya. Cuma, waktu melaluinya, memang amat menyakitkan. Tapi percayalah... ia nya hanya bersifat sementara. Manusia selalu berkata, walaupun telah sembuh, parutnya tetap ada, terkadang, parut berdarah juga kembali. Hmmm... kalau berdarah, tidak selamanya juga akan berdarah. Ubati ia. dengan ketabahan dan kekuatan diri yang ada. Sekian...moga aku jugakan terus tabah dalam hidup ini.

12 comments:

ashley said...

agak agak tak sempat berteduh kalau hujan,...nganga je mulut kan...dapat minum sky juice FREEEEEE...

he he he he

cHeRyNa PiReS said...

thanks cik!!! sha rasa bersemangat nak mulakan ari nieh. selalunye macam boring je...rasa macam down lepas apa yang dah jadi. thanks...eloklah sha baca benda macam nieh pagi2:)

Tijah said...

kok nak ujan kito poie beronanng la plak. samo yo basah eh...hhehhe

Kak Nora said...

Wow Acik. Very motivating!
!!!!!!!! hujan belum tentu :)

Ms.Lilies said...

jogging??
uwaaaa lama dah xbuat...kena start blk ni

lupekanje said...

ashley,
boleh gak... tpi jenuh aaar...nk mendongak tadah skyjuice tuh.
hehehe..


sha,
ari asik mendung jer lately...sana mendung, sini mendung...
sana basah, sini basah...
sesekali, mentari memancar, hati jadi amat gembira dan menghargai pancaran mentari tersebut.

Kalu mentari asik memancar je pun, manusia resah gelisah. Empngan air sana sini kering pulak. Air terpaksa di catu pulak.

Jadi, hujan dan mentari, kita perlukan dalam hidup untuk tambah menceriakn kehidupan...

Ibarat asam dan garam dalam gulai. Tanpa bahan2 tu, gulaikan terasa hambar. Hargailah segalanya..
ehh....amender acik merepet nih..hehe...



Tijah,
dah baper kali kau ni sik sebut berenang je nih..misti kau tingin nak brenang ngan acik kannn..
meh lah tijah...kita brenang kat pool putajaya..mehlaaa....!!

Jah, brenang-renang ke tepian...
kalu hanyut ditengah lautan.

Jgn biarkan diri kita hanyut terus. Sebaliknya, kayuhlah kedua tangan yg ada, dgn kudrat kita yg dikurniakan Allah, untuk membawa kita ke tepian. Bahaya duk tengah lautan lelama...takut ada jerung yg mengintai2 kat cecelah kaki kita...auuuuww....



Kak Nora,
kita tidak tawu kan, samada hujan akan bebetul turun atau tidak.
Sebagaimana kita tk tahu, berapa lama mentari akan terus bersinar. ....huh..
tq kak...peringatan utk diri sendiri jua.



Ms Lilies,
Jom....kita jogging besama...
sehari seround...dua hari...2 round...3 hari, dah blh 3 round...fuhhh..misti bebaloi...ekekkeke..

Erna said...

acik..dah 2 kali baci raso2 macam tak paham..raso2 macam paham apo yang acik tulih...yang akak stuju bebonar..jangan berhenti berdoa dan berharap..kalaupun harapan belum ditunaikan..teruskan juga berdoa dan berdoa..tuhan tau ape yang terbaik untuk hambanye...

tipahvogue said...

acik...thanks! :D

kuina said...

jom.... nak join acik gak nie...

lupekanje said...

erna,
kak..doa dan usaha tk bleh dipisahkan...
tpi knkadang setan tu masuk gak...kato..udah laa...lotih jer kau cubooo.... huhu..


tipah,
sama2...



kuina,
meh la join... err....join gi mana eekk kuina?? hehhe...
bawalah daku bersamamu...

zino said...

salam hujung minggu .. jom balik kampong hehe

lupekanje said...

nak balik pas pukul sploh nnt...nunggu sowang anak abih kelas.

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-