Friday, August 22, 2008

Takdak citer

Beberapa hari ini acik begitu membzkan diri, kenkononnya ibu mithali. Almaklumlah, cuti sekolah, anak 2 dari 3 balik bercuti. Seperkara lagi, minggu ni la pulak acik rasa terlekat pulak depan tv bila malam masa duduk rehat2 lepas siap masak memasak untuk anak2 tu.

Tapi tidak bermakna bahawa acik telah addict dengan memana cerita drama2 melayu mahupun korea atau cina atau jepun dan yang sewaktu dengannya. Acik memang kontrol semua tu. Sebab, once dah ikut sesatu cerita tu, maka payahlah jadinya nak pergi memana pastu. Sesajer la mengadap rancangan demi rancangan, movie by movie.

Sepanjang minggu ni nampaknya banyak kita disajikan dengan cerita-cerita seram yang sungguh tidak menyeramkan. Tapi acik menengok jer lah....kosong jer otak sebenarnya. Sepatutnya, dalam tempoh kritikal, nk masuk dewan ppriksaan nih, acik menambah lagilah mengulangkaji pelajaran atau praktis aper yang patut. Tapi acik cam yang lepas2, berlagak cam genius, tk yah belajarpun nak exam. Patutlah payah nak lulus..hehhe Dah start menaip nih, banyak pulak mender nak ceritakan. Itu lah...jgn mula jer...payah nak berenti.

Tak apa..acik ada setengah jam lagi sebelum bergegas bersedia nak ke office. weekend lepas acik bz ke sana ke sini esp hari Ahad. Bersambung ke hari Isnin. Hari Jumaat Shahmah balik. Acik ambil kat Ptrjy Central je. Kali ni dia naik bas sampai Puduraya dan menyambung perjalanan pulangnya dengan ERL.

Tepat2 waktu tamat kerja acik, dia pun sampai. Jadi, acik tak ada masa la nak berlepak melewatkan diri balik kerja. Itupun terlajak jugak waktu, sebab nak menyiapkan kerja urgent yang sampai last minit. Bila teringatkan pesan Shahmah "Jangan lambat sangat tau..!", maka acik menggegaskan diri punch card keluar pejabat..(gaya penulisan camni klu markah esei, angos la acik...)

Hari Sabtu, kononnya ada banyak sgtlah plan..nak pegi LowYat...nak repair henpon yang rosak, nak repair PC Pn Lin yang berasap tuh. Pempahamla kalu dah gi Lowyatt....tk boleh sekejap punya.. Tpi...rancangan tu terbatal oleh sebab2 yang tidak dapat dielakkan. So, ada seruan dari pejabat, acik akhirnya tergoda, juga dik desakan kerja yang menanti, maka acik pegi buat OT jer.... hingga awal petang gamaknya. Balik rumah, berehat jer. Shahmah pulak keluar berjumpa kawan2....bermalam di rumah kawan dia di Putraheight.

Hari Ahad sambut nisfu syaaban... acik rancang nak jumpa Kak Teh (Dizz)..katanya akan datang menghantar anak ke UPM Serdang. Acik berlepak2 jer lah kat rumah sambil nunggu dan nunggu kekalau ada panggilan hangit dari kak teh tu. Sampai dah nak petang, acik mesej Kak Teh... "Dok tang mana dah ni..." "Baru keluar dari Ipoh...." uwaaaaaaaaaaaaaaaaahh... kensel program..!

Pehtu, kenkononnya nak pi amek zirah kat perhentian bas / R&R Serdang, batal juga. Apa kena tah aku ni....asik kompius jer anak balik bila. Tu baru 3 anak. Kalu anak 13, komfem tak perasan anak mana yang ada, anak mana yang tak ada kat rumah. Rasa payah juga anak tak bawa henpon duk asrama. Apa-apa hal, tk dapat nak carik dia. Macam kes balik nih. Dah beberapa kali dah acik dok nunggu kat perhentian tu, tapi salah hari ....!!!!$%#%..boleh tak camtu????...hehhe.. sib la ada 2-3 no. telefon kenkawan dia yang acik save kan dalam hp acik nih... tu pun tk boleh harap gak.

Kenkawan pun bagi maklumat salah jugak cam aritu..huhu.. kalu bawak henpon, dah langgar undang-undang asrama. Tu yang Zirah tak berani nak bawak kononnya...sejak bila pulak dia ni skema bab henpon ni gaknya. Elok gak tuh. Kalu ada, nnt bukan acik yang dia duk contact. Orang lain...mula lah dia ketak ketuk ketak ketuk..menaip sms manjang...(macaaaaaaaaaaamm umi dia gak...heheh) aisay....dah azan subuh..acik kener berenti... to be continue...ada banyak lagi cerita..(dalam pada tak ada cerita...) Isninnya acik cuti. Rasa cam hari yang paling sibuk.

Pagi sempat menjengok sekejap ke pejabat walaupun cuti. Diorang kata, acik ni, kalu sehari tk masuk pejabat, tak sah....tk dapat masuk, dpt tgk bumbungpun jadilah...heheh...ye ke..?? Sebenarnya gi htr ikan guppy yang Cik Ida bgi hari sebelumnya. Kemudian ada lah beberapa hal yg perlu diselesaikan. Selepas tu baru ke Seremban renew Insurans & Roadtax kereta.

Sementara Shahmah ada ni, gunalah khidmat dia sebagai pemandu ke Seremban. Lebih setengah hari jugalah di sana. Perlu balik segera ke Ptrajaya. Sampai rumah, solat, makan tapau (heheh..tk sempat masak..) pastu keluar semula untuk tunggu Zirah di perhentian Serdang tu...tak lama..bas dia pun sampai dan acik seret dia gi Alamanda pulak. Nak beli bahan2 mentah makanan untuk kegunaan seminggu di rumah.

Lepas Maghrib gak sampai rumah. Malam tu pulak, si Yanie tipon minta bawakan dia ke The Mines untuk ambil cermin mata barunya (nak minta sponsor la tu...) ...tapi acik tk larat dah... collapse malam tu. Mintak dia pospon je nak pi Mines tu..tak pun, pi lah sendiri...huhu.. Ni la nama dia cuti tapi tk cuti.. Nak story gak..berita gembira...kemaren, ikan guppy yang acik bela, telah melahirkan 12 ekor anak dengan jayanya.

Acik tak lelap tidur menjaga anak2 ikan yang masih merah tu. Setelah asingkan anak dengan maknya (kalu tk nanti dimakan pulak dik big2 brother ikan tuh..)..acikpun leka seleka2nya memerati pulak yang lelain, kot2 la beranak lagi...hehe..maklumla...ramai mak2 ikan tu yang sedang sarat mengandun, and I guess...ada yang dah overdue..!!! Betul...beberapa lama pas tu...acik tgk ada anak2 ikan yang mati dalam 4-5 ekor.... sebab terlebih bulan. Mesti kes mati dalam kandungan.

 Acik tk dpt amek gamba sbb baby ikan tu lasak sangat. Payah nak fokus..heheh. Lain kali lah. Rasa terisi hidup acik sejak ada ikan-ikan ni. Meriah sungguh. Terasa seolah2 sumpah 7 keturunan dah tamat. (Ikan asik mati je klu acik bela...). OKlah...acik berenti dulu kat sini. Perut lapar. Berjaya juga menamatkan n3 ni tepat pukul 12.28 ikut jam PC acik ni..

3 comments:

Abahnajwa said...

Acik...

Tahniah cik..dah jadi nenek ya? dapat cucu banyak lak tu...kikiki

Banyak tu kena beli pampers utk cucu2 Guppy acik...kikiki

sya said...

Aduhai Achik ..jadi bidan ikan le pulak

lupakanje said...

Abahnajwa,

Acik tk bagi cucu2 tu pakai pampers...nnt melecet...hehhe..


sya,
Nk jadik bidan bebetul, bukan senang...bidan ikan pun jadikla...hehe.
camner ekk klu dapat cucu sendiri bebetul nanti...tentu lagi kecoh memula tuh..hahah

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-