Friday, August 15, 2008

Kenapa tk telefon?

aku terbangun dari tido, ku kemas katilku...kulihat di sebelahku kosong...lalu ku intai di jendela, tiada sesiapa. Kemudian ku cari Handphone yang entah di mana. ku punggah semua di celah-celah bantal, tak jumpa. Habih katilku berterabur semua ku kerjakan sbb mencari sesuatu bernama Handphone. Aku tiba-tiba beriyer2 mencari handphone bila teringatkan, di mana suamiku. Kenapa dia dah lama tk balik-balik. Nafkah zahir bathin tk diberikannya. Ku lihat pada kalender...aku pun tak ingat dah berapa lama dia tk balik. Yang aku pasti, dah lama. Lebih dari 3 bulan. Kenapa dia tk telefon-telefon aku. Dia tak rindukan aku lagi ke...dia tak ingat dah ke kat aku.... Aku keluar rumah, mencari lagi...ehhh...di mana aku ni...rupa-rupanya aku tinggal di rumah anak yatim. Aku keluar rumah lagi... berpusing-pusing mencari di mana aku letakkan handphone aku. Tak jugak jumpa-jumpa. Mana ye... kemudian aku terdengar suara budak-budak perempuan... seolah-olah membawa kawan-kawannya melawat ke tempat itu. "Ha...ni lah dia pokok pelam...ni pokok sega..." "Saga lah..." betul kawannya seorang lagi.. Aper hal pulak ni....naper pulak orang melawat kat umah aku. Aku ke depan lagi. Terkejut aku.. Terlihat Abby Fana, DJ radio Sinar FM dan pengacara MHI TV3, buncit perutnya.. eh...Abby mengandun?? biler pulak mek tu mengandun...aku tegur dia...aku pegang perut dia... laaaaaaa...bola jer kat perut tu... aku tk kacau dia lagi...tengah shooting ruper2nya. Ada seorang lelaki muda datang dekat Abby dan dikeluarkannya bola tersebut. Kemudian tah camner...tetiber Abby main lumba lari pulak menuruni bukit dekat situ...aku pun sama. Berlari.. aku menang... tapi aku melencong balik ke rumah... Aku masuk kawasan rumah yang macam aku tak kenali...memang cam rumah anak yatim. Dari pintu ke pintu, aku masuk ke pintu bilik aku...cam aku sewa bilik hotel pulak. Aku hairan, mana katil king size aku?? yang ada hanya katil single jer. Aku keluar ikut pintu belakang...masih mencari Handphone aku.... tetiber aku nampak kepala budak dari dalam bilik air....dia cam terbaring....terkejut aku.. Huh..!!! aper kamu buat dalam tu.. Buang air lah..aper lagi.. Aku pandang sekeliling...aku cam ada dalam satu bilik rawatan. Ohhh...ni budak2 anak yatim yang tak sihat dimasukkan. Aku keluar dari bilik tu..berjalan mencari lagi. Aku berpusing ke jalan aku masuk tadi semula...kat mana aku ni... Aku terdengar bunyi telefon ...tapi tu bukan telefon aku... aku cari lagi Handphone aku yang hilang tu. Aku masuk ke rumah aku semula. Ada pulak wiring man sedang bekerja. Katanya tuan rumah yang bagi masuk utk repair wiring orang rumah atas. Aku masuk semula bilik... ku punggah sekali lagi katil aku tadi...tak ada jugak !!..risaunya aku. Tiba-tiba.... aku dengar bunyik... "07 dari gerakan panggilan over...... o7 dari gerakan panggilan over...." Hah...tu lah telefon aku... aku bangun ... laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...aku mimpi rupa-rupanya. Tu bunyik telefon aku yang kejut aku dari tidur sebab dah pukul 6 pagi. Macamana aku boleh lupa yang suami aku memang la dah tk balik-balik dah dekat 6 tahun. Dan dia memang tak akan balik-balik sebab dia dah balik ke tempat asal dia. Aku lupa yang aku sekarang bergelar balu. Aku memang hanya bermimpi....tapi tu bukan mimpi yang indah.. bayangkan, tiba2 aku mencari orang yang dah tak ada...macamana aku nak jumpa...uwaaaaaaaaaaaaa...kat umah anak yatim pulak tu... lagi best, jumpa Abby Fanna....hahaha... Sedih..?? Ntahlah...sedih gak... Naper tiber2 aku mencarik dia. Agaknya dah nak ikut dia kot..? Dlm mimpi tu tadi aku marah2 naper la dia tak balik2...aku bayangkan aku boleh telefon dia...atau boleh sms mengatakan aku rindu kat dia.... Tapi hampehhh...aku mimpi je ... Dahlah...nanti lambat aku gi keje... sekian.

5 comments:

lyn said...

kah kah kah kaaaaaaaaaaaaaaah mimpi rupernyer. nak firasat mimpi ke?.... (i)cepat2 tambah amal ibadat manalah tahu kot2 allah bagi sign kiter je yang lalai (ii)rasanyer acik ni mesti asik dok pikir pn lia nak tawin nih tu yg sampai terbawa2. so bila nak ikut jejak pn lia? (iii) hari ni kena call abby fana soh dia baca blog. peminat ke?????

lupakanje said...

haha...mang peminat dia....tpi dah lama tak dgr suara dia..sbb tk bukak sinar fm.

Abahnajwa said...

Aduhai..saspen jer tau...

Sedih lak bila ingat orang yang dirindu kan...hmmm

lupakanje said...

tatau la nk kata sedih idaknya..klu dia idup, mang sedih la...idup, tpi tk leh nk ilang rindu...
ni dia dah tk ada kt donia...komfem!!..mang tk ada. sedih pun mang tk ada gunanya.

Abahnajwa said...

Sabarlah ya cikkk..

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-