Sunday, August 17, 2008

Ombak di pantai

Cuba perhati dalam gambar ni...nampak apa? Ikan duyung??? Mana ada....heheh Tenang....tenang hati kan? Cantik...Indah...cuaca pun cantik masa gambar ni diambil. Bukan acik yg amek...kira acik celok gambar ni dari Facebook orang lain..heheh...mintak izin dik.. (From the album:
"Perhentian Island 2008" by Chris Setterington) Acik sebenarnya perhatikan ombak dan buih2 ombak tuh. Selalu orang kiaskan dengan kehidupan kita. Bergulung-gulung menuju ke pantai....menghempas batu-batu....dan akhirnya hilang gitu aje. Acik kalu duk tepi pantai, salu leka memerhati ombak tuh. cam jiwang je kan.. Sebenarnya acik kagum dengan ombak yang sebenarnya tidak ada pilihan...ombak tu terpaksa berlumba-lumba ke pantai atas desakan yang lelain kat belakang tu.

Perlukah ada ombak kat laut tu? Hmm..kalu tk ada ombak, nanti tk ujud pulak laut kan..sama cam sungai.. sungai hanya berarus bergantung pada kedudukan tinggi rendah laluan air tu. tapi laut tk macam tu... Dah masuk kajian geografi pulak acik ni kan. Kehidupan kita cam ombak di laut tu lah. Memula nampak tenang, kemudian mula bergelombang, bergelora, dalam pada itu, seolah mengikut masa, terus menuju ke pantai, menjadi ombak berbuih putih dan mendarat tenang di pasir pantai. Kemudian nampak 2 keadaan, macam diserap dik pasir....dan macam kembali ke laut smula... Berbagai masalah akan menimpa kita selagi kita hidup. Ada yang dari lahir lagi dah bermasalah.














Tengok ni...betapa kejamnya makhluk bernama manusia yg buang anak sendiri ni. Bayi yang tak berdosa ni pun dah diuji camni punya berat. Tapi dia tak faham erti susah lagi masa ni kan... Ader tu, masa kanak-kanak dah rasa susah. Mungkin ibu bapa meninggal..tk pun kener dera dgn ibu bapa atau penjaga mereka, peperangan... penghidupan yang susah., makan pakai pun payah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila meningkat dewasa, kita dah mula mengeluh dengan pelbagai masalah penghidupan. masa ni kita dah buat keputusan kita sendiri. Kita hidup dengan usaha kita sendiri. Bergaul dengan kawan-kawan. Kalu dulu kita dijaga mak ayah. Kini kita pulak jaga diorang. sebelum kawin, ada yang bercinta cam nak rak... ada yang sampai matlamat, berkahwin, dan bahagia ke akhir hayat...ada yg putus di tengah jalan.













Setiap orang, setiap hari, ada jer masalah yang jadi rencah penghidupan mereka. tak sah kalau seseorang tu tk ada masalah. Kalu tk ada masalah, tu lah masalah dia...heheh Tapi tu lah dia...masalah tu macam ombak di pantai tadi.

Datang dan pergi....tk ada pilihan. Kita jangan jadi cam ombak yang hempas pantai dan terserap tenggelam dalam pasir. Biarlah kita jadi ombak yang hempas ke pantai lalu kembali semula ke laut.

Kita kena tabah dalam mengharungi arus kehidupan yang mencabar. Kita kena selalu ingat, dalam kesusahan kita, ada orang lain yang lebih susah lagi. Bersyukurlah sentiasa kepada Tuhan, kerana masih banyak nikmatNya yang ada pada kita walaupun ada satu dua nikmat yang di tarikNya. Setiap yang kita punya di dunia ini adalah milikNya dan akan diambilNya pada bila2 masa sahaja.

Jangan kita lihat atau memikirkan mereka yang hidup senang lenang dan bahagia di kala kita ditimpa kesusahan. Sebaliknya, lihatlah pada mereka yang menderita jauh lebih berat dari kita. Ketika itu kita akan bersyukur dan redho dengan ujian Tuhan yg amat sedikit dibandingkan dgn mereka yang lebih menderita itu.

Sekiranya kita terus menerus melihat kesenangan orang, kita akan sentiasa merasakan apa yang ada pada kita ini tidak mencukupi....lantas kita lupa matlamat kita dijadikan, tujuan kita dilahirkan ke dunia ini...yakni, sebagai khalifah Allah...sebagai hamba Allah..

surah Adz-dzariyaat ayat 56, "Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka memperhambakan diri kepada-KU."

Bukan menghambakan diri pada nafsu, pada harta dunia, pada pengaruh dan kuasa, pada iblis dan syaitan laknatullah. Namun jangan jadikan ayat ini untuk kita tidak berusaha untuk hidup.

Sabda Rasulullah, "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya Dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari."

Jadikanlah setiap ujian yang menimpa sebagai salah satu cara untuk mengumpul pahala. Mengumpul bekalan ke akherat. Redha lah, maka pahala milik kamu. Percayalah, bahawa di setiap ujian, ada nikmat. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Cuma perlukan kesabaran dan ketakwaan kalian sahajalah, yang menentukan samada ujian itu akan membuahkan pahala dan kebaikan atau bala dan bencana pada kita. Hidupnya kita di dunia ini hanyalah sebagai satu persinggahan. Singgah seketika untuk mengumpulkan bekal. Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh.

Tanpa bekal, kita tidak akan sampai ke tempat yang kita tujui. Jadi, usah dipedulikan segala ranting-ranting patah yang mahu menimpa kita sepanjang perteduhan kita. Kita teruskan sahaja usaha kita mengumpulkan bekalan perjalanan kita. Nescaya kita akan sampai ke matlamat kita. Usah juga dipedulikan jongkong2 emas yang berlonggokkan bersama batu-batu permata sepanjang jalan kita, kerana semua itu juga merupakan ujian buat kita, yang akan melewatkan kita untuk ke destinasi abadi.

Bukan sahaja melewatkan kita, bahkan boleh menyebabkan kita tidak sampai ke tempat dituju. Bayangkan, kita bermusafir di sebuah padang pasir, kita kelaparan dan kepenatan. Lalu berehat seketika di bawah sepohon pokok nan rimbun. Kita dongak di atasnya, dilihat banyak buah-buahan yang sedang masak ranum.

Di bawah pohon, kita lihat ada banyak batu permata yang begitu mudah untuk kita mengumpulkannya. Apa yang kita akan capai dahulu? Sudah tentu kita akan berusaha untuk menghilangkan kelaparan kita terlebih dahulu. Walaupun kita terpaksa bersusah payah memanjat pohon tersebut yang mungkin penuh dengan serangga, kerengga, dan dahan yang rapuh. Kita perlu makan untuk terus hidup dan untuk meneruskan perjalanan kita.
Nikmat makan itu lebih bermakna dari nikmat mendapat harta benda yang ketika itu tidak dapat memberi kekuatan dan menghilangkan kelaparan kita...sebaliknya harta menyebabkan manusia saling bermusuhan, berebutan, dan berbunuh-bunuhan. Begitulah dalam usaha kita mengumpulkan perbekalan ke akherat. Hanya amal bakti kita yang akan kita bawa ke akherat. Harta dunia hanyalah wasilah atau alat untuk kita mendapatkan perbekalan akherat itu. Inilah seruan ku pada sekelian pengunjung laman ini. ..bersabarlah dengan setiap ujian Tuhan itu.

Sesungguhnya, sabar itu pahit, tetapi buahnya manis. Berbuatlah segala suruhan Tuhan dan tinggalkan lah laranganNya. Maka Iman dan takwa akan menjadi milik kita. Peringatan buat diriku yang selalu terlupa. Sekian.

4 comments:

Abahnajwa said...

Acik..

Abah selalu ingatkan diri..kalau takda cabaran..tak thrill hidup ni kan Cik.. Kita kena selalu berada dalam solution mode..kalau asyik problem mode jer..manalah nak selesai masalah...

Usaha..Doa..Tawakkal... InsyaAllah..

lupakanje said...

Ya betul tu Abahnajwa..
Ujian hidup ibarat asam dan garam dlm masakan.
Takkan nk makan masakan yang tk ada garam atau asam...apa rasa???
(Jgn telebih garam...nnt high blood pr. pulak..hahah..)

Irfa said...

SALAM ACIK..
ye betul sesangat tu.

sya said...

Achik.. sya setuju.. sya tak ebrani tenguk gambar tu takut.. ngeri

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-