Saturday, January 28, 2012

Terima kasih Tuhan Atas Cinta Ini

Sudah beberapa minggu saya tidak sihat. Moga-moga ianya menjadi penghapus dosa buat timbunan dosa-dosa saya dalam penghidupan ini. Hati tetap mahu meng update blog ini.

 Kali ini, saya ini mengsyorkan pengunjung di sini untuk membaca buku tulisan rakan pengajian saya ni. Dalam diam, tidak disangka, beliau telah banyak menghasilkan buku-buku ilmiah untuk panduan pembaca dalam mengharungi penghidupan ini.

 Mengikut jejak abangnya, Zuhriah Mohamad Juoi, kini nampaknya semakin giat menulis. Mungkin faktor anak-anak yang sudah semakin membesar yang membuka ruang masa untuknya menulis. Tahniah kawan. Saya tumpang berbangga. Boleh lawati blog beliau di http://zuhriahmohamadjuoi.blogspot.com/

Abangnya, Ustaz Pahrul Mohamad Juoi memang telah tidak asing lagi, sebagai seorang pengarang, motivator, penulis lirik nasyid, kaunselor, pemuisi yang terkenal di Malaysia ini. Semoga mereka ini dirahmati Allah dan diberkati dalam setiap perjuangan mereka .


Antara buku Ukhti Zuhriah yang menarik adalah :

Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini

Sinopsis

Aku Terima nikahnya… Lafaz ijab dan kabul seorang suami, tanda halalnya suatu perhubungan. Doa dipohon agar keberkatan mewarnai kebahagiaan, semanis iman Siti Khadijah di sisi Rasulullah. Azam dipahat, mahu menjadi isteri solehah bersulamkan cinta dan takwa, menegakkan syariat dalam kehidupan. Moga ikatan suci ini dianugerahkan zuriat soleh, pengikat kasih penyeri kebahagiaan.

Namun, lumrah hidup… andai sesekali musibah menerjah, tergugatkah iman, tercalarkah ketakwaan? Andai masih kenal erti syukur, alhamdulillah… pasti tidak mudah melatah kerana yakin bahawa ujian itu adalah perlambangan kasih sayang-NYA. Ranjau hidup ini mesti ditempuh, kepada Ya Rabb dipohon ketenangan.

TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI mengadun 1001 rasa; suka duka, pengalaman serta sketsa kehidupan. Setiap patah kata mengajak kita mendidik hati dengan menjadikan agama dan sunah sebagai tunjang peribadi. Iqra… bacalah… untuk sesuatu yang bermanfaat buat diri. Mudah-mudahan perkongsian ini mampu mencipta kehidupan yang dilimpahi rahmat dan kasih sayang ILAHI.



Di terbitkan sejak April 2011.  

***************************************************************************

Anak-anak cemerlang


Sinopsis
Anak-anak umpama permata bagi ibu bapa. Kehadiran mereka pasti menceriakan rumah tangga pasangan suami isteri. 

Namun, sejauh manakah anak-anak ini dapat menjadi penyejuk mata ibu bapa mereka? Sanggupkah kita melihat anak-anak menitiskan air mata kedua orang tua mereka? 

Tahukah kita cara mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna, soleh dan cemerlang? Cukupkah dengan hanya menggilap kecemerlangan akademik semata-mata? 

Buku ini sesuai dijadikan panduan untuk membentuk anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat. Sesungguhnya tiada harta yang lebih bermakna buat ibu bapa melainkan anak soleh yang sentiasa berbakti kepada mereka. 

Turut dimuatkan dalam buku ini kaedah mendidik anak menjadi cemerlang dengan menekankan pelbagai aspek seperti kesihatan, psikologi, akhlak, ibadah dan banyak lagi.


Terbitan Alaf21  sejak Mac 2009.


Dapatkan sebagai antara koleksi buku pencarian iman, takwa dan cinta kalian.  Percaya lah, tidak rugi membeli buku ilmiah sebegini.



Sinopsis dan gambar diambil dari laman web Alaf 21.

Terima kasih.

4 comments:

Acik Erna said...

Acik terima kaish cik..akak dah lamo nak cari buku2 macam ni pulak.ganti novel..dulu mudo2 novel yo..sekarang ni dah tak mau..cubo boli satu..sampai sekarang tak berusik

lupekanje said...

apo laie kak..gi kodai copek..tk pun klu gajin, gi pameran buku Karnival Karangkraf 2012 dari 27-29 Januari 2012,...macam2 ada. Dapek jumpo diorang penulih eh skali.. hehe..

yayayuyee said...

salam cik
bes la terima kasih tuhan atas cinta ini...nk belila..hehe..

lupekanje said...

Beli...jgn tak beli..yuyee dah bgelar isteri kan? Ok..amalkan segala yg sepatutnya sebagai seorang isteri yang menghargai anugerah cinta Ilahi itu...

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-