1. Naluri ingin tahu
2. Imaginasi
3. Dedikasi
4. Mencari kebenaran
5. Gemar mendekati manusia
6. Mempunyai ilmu umum yang baik
7. Pandai bercerita
Jelas tak gitu? Saya salin dari satu nota yang saya dapat dari seorang wartawan yang bermurah hati menurunkan ilmu penulisan berita sewaktu saya belajar dulu. Kelas kami melawat ke pejabat akhbar perdana itu dalam usaha untuk menyiapkan tugasan kami.
Isi lain dalam nota yang masih tersimpan baik itu ;
Seorang penulis perlu mempunyai pancaindera ke6. ..sixth sense .. iaitu hidung berita. Boleh mencium nilai berita dalam sesuatu ketika. Gunanya adalah untuk :
1. Mengetahui fakta yang penting dalam berita
2. Mengenal pasti bentuk berita yang ditemui
3. Memilih sudut berita yang paling bernilai sebagai 'lead'.
4. Membuang fakta yang tidak penting.
Dan jika anda seorang penyunting, hidung berita adalah untuk:
1. Menjadikan berita lebih menarik
2. Menentukan panjang dan tajuk
3. Menilai dan meletakkan sesuatu berita ketika proses 'lay-out'.
Dari kenyataan ini, tahulah kita angkara siapa yang meletakkan tajuk akhbar yang selalu membuat kejutan dan keinginan kita untuk membaca, untuk marah, untuk membuat spekulasi yg benar mahupun yang salah...siapa? Editor? Penyunting berita !!!!
Dari modul pengajian saya pula menceritakan tentang pentingnya tajuk berita yang dikatakan sebagai 'penunjuk' sesuatu cerita. Tajuk berita adalah untuk:
1. Menarik minat pembaca terhadap sesebuah cerita
2. Meringkaskan cerita itu agar pembaca dapat gambaran sepintas lalu tentang cerita atau berita itu
3. Menolong pembaca menilai cerita tersebut
4. Menjadi daya penarik untuk pembaca membaca akhbar itu selanjutnya.
Pentingkan...tajuk berita itu. Penulis sepatutnya boleh agak, apakah penilaian pembaca terhadap cerita itu apabila membaca tulisan mereka. Jadi, pastikanlah pembca menilai secara positif...setelah membaca tajuk setiap tulisan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...


No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.