Saturday, January 14, 2012

Baharu di tahun Baharu

Walaupun usiaku makin meningkat, namun, untuk menggantung reket badminton tidak sekali...belum lagi...
Saya perlu lebih giat, mengeluarkan peluh di badan untuk kesihatan diri sendiri. 

Dan, untuk itu, saya perlu terus bermain, bukan bertanding.  Masa untuk bertanding, mungkin tidak lagi..mungkin...mungkin akan bertanding, jika ada cabaran, dari rakan seumur.  Tapi, payah untuk ketemu rakan seumur yang mahu bermain bersama, apalagi untuk bertanding bersama....tandanya... saya masih sihat dibanding dengan rakan seumur yang lain... Alhamdulillah.  Syukur pada Allah yang memberikan nikmat kesihatan ini padaku.

Untuk terus bermain, perlu ada kawan...dan kawan-kawan itu smua tidak selalu bermain...perlu sediakan kemudahan untuk mereka agar mereka mahu bermain, dan menemani saya bermain.


Oleh itu, selepas mengisi perut di Cempaka Rimba atau Rimba Cempaka, PKNS Bangi, semalam, bersama seorang rakan sepejabat, saya ke Bangi, mencari makan reket badminton yang baru untuk saya dan rakan-rakan saya.  
Tak lama mencari, terus saya perolehi...yang baik, tetapi tidak mahal, bemakna, yang murah tetapi ada brand..:)  ..saya juga suka yang ada brand....walaupun tidak mampu.  Sekurang-kurangnya, yang sama jenis dengan yang Datuk Lee Chong Wei guna. Vangger mak...!! haha.

Saya beli yang harganya bawah RM50 sahaja.  Kalau setakat nak main kasi keluar peluh, tk perlu yang mahal-mahal.  Itupun ada yang lebih murah, RM30+  brand yang sama.  Ok je kalau beli untuk tambah koleksi nanti.  Saya suka kawan-kawan sihat....dan saya pun sihat.  Trima kasih pada kenkawan yang sudi menemankan saya berpeluh nnt.  



3 comments:

  1. dah lama tak main badminton huhuhu..raket pun dah lama ghaib

    ReplyDelete
  2. Salam Acik'
    Teruskan Acik.Badminton satu-satunya permainan yang aka boleh main, pukul-pukul je, tapi sekarang ni mata tak berapa sharp nak pukul shuttle'nya.

    ReplyDelete
  3. Ms. Lilies, kena carik balik reket tu..kurang2 anak nk guna nnt..


    Kak Nora, janji peluh. semangat tgk Lee Chong Weii menang arini...hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...