Tuesday, January 3, 2012

Hujan di JB

Sejak dari perjalanan, hingga ke hari kedua kami di JB, hujan tidak berhenti-henti. Kami diberi tempat penginapan di KBS (Kelab Belia & SUkan).  Berbentuk asrama, satu dorm boleh menempatkan seramai 12 orang.  Pelari Road Relay berkongsi bilik dengan team badminton. Cuak juga saya dibuatnya.

Dorm tersebut amat menyedihkan.  Ada katil double decker, dan kipas. Langsir pun tidak ada. Yang tidak menyeronokkan, waktu kami tiba petang itu, bilik tersebut berabuk, seolah-olah berkurun tidak digunakan.  Lebih teruk lagi, melihatkan keadaan silingnya yang udah mahu runtuh di satu sudut bilik tersebut.  Kami pasrah. Alhamdulillah, ada tempat berteduh yang percuma... huhu.

Si jaguh badminton bagus juga, mencari penyapu dan mop lantai bilik tersebut.  Sementara saya mencari bilik air untuk membersihkan diri.  Rakan-rakan lain, mengemas barangan mereka. Lupa pulak, dalam bilik tersebut ada disediakan deretan locker....tapi...yaaaargghh...amat teruk keadaannya, dengan karat, dan kotor, serta kopak-kopak pintunya. Aduyaiiii...gini lah tempat untuk kami menumpang tidur selama 5 hari tersebut...eh..6 hari.

Saya dan rakan lain, menyangkutkan shawl di tingkap agar tidak dilihat orang dari luar isi dorm kami ini.  Sedih sungguh suasananya.  Pelamin anganku musnah.  Ku kira tinggal di hotel kurang2nya bertaraf 3 bintang...banyak cantik muka kau..!!  heheh

Sewaktu keluar mencari makanan sebelah malamnya, ada antara kami membeli ubat nyamuk, walaupun ada dipasangkan jaring halus di sekeliling bilik.  Risiko mendapat penyakit tidak akan dibenarkan.  Kami perlu menjaga kesihatan sebelum acara kami berlangsung pada hari selasa nanti.

Hari Isnin, cadangan pengurus nak bawa kami training di track pertandingan. Hasilnya, kami hanya pergi minum-minum.  Kerana hujan masih membasahi bumi JB.
Ramai pelari dari negeri lain juga datang ke Taman Merdeka di mana pertandingan akan diadakan kelak.  Tapi hujan menjadi penghalangnya.

Lalu tuan pengurus membawa kami berlatih di MSN, menyibuk di tengah2 pasukan sepaktakraw Mesca yang membuat latihan mereka di situ.

 Pasukan badminton awal pagi lagi telah keluar ke tempat pertandingan. Acara mereka berlangsung hari isnin itu.  Selepas latihan ala kadar, kami pulang ke asrama kami.  Pasukan badminton telah pulang lebih awal dan tampak muram.  Saya kira mereka tewas, seperti biasa.  Hanya seorang yang bermain single dengarnya menang peringkat saringan pagi itu. Petang, perjuangan mereka bersambung lagi. Hmmm..takziah buat mereka.  Saya yakin, mereka telah berusaha sedaya upaya mereka.

Sementara kami, sekali lagi ke Taman Merdeka JB, untuk melihat tapak pertandingan.  Kali ini pengurus membelikan baju hujan seperti yang kami cadangkan.

Maka dapatlah kami dibawa berjalan melihat laluan larian esok. 2 km lebih...boleh tahan gak tu jauhnya untuk orang tua seperti saya ini. Ketika Larian Kita Semula 3km, saya blh lepasi..tpi itu lain, bukan wajib sgt nk lari laju-laju.  Suka-suka ajer.  Kali ini, larian berpasukan bergilir-gilir. Setiap pelari perlu berusaha selaju mungkin untuk segera sampai di garisan penamat.
Sebelum masuk ke track larian, kami menikmati pisang goreng di cafetaria Taman Merdeka tersebut sambil berposing pelbagai gaya.  Giler posing kot diorg nih..hehhe
 


Setiap pasukan lelaki mahupun perempuan, ada 5 pelari. Saya sebenarnya hanya pelari simpanan. Kami masih menunggu 2 pelari yang masih belum tiba ke JB. Ertinya, mereka yang lewat itu, tidak sempat berlatihpun..hmmm..sesuatu yang kurang menyenangkan hati.  Banyak risikonya bila ada yang lewat.  Pemilihan giliran berlari tidak akan dapat dilakukan sebaiknya.

Petang itu juga pengurus maklumkan berita sedih, saya terpaksa masuk berlari, kerana salah seorang yang lewat itu tidak akan datang terus, alasan, tiada tiket bas !  Bulih? Ok, saya terpaksa juga berlari walaupun kemampuan saya diragukan. Seorang lagi pun tak sampai-sampai lagi.  Kami risau. Seandainya beliau tidak datang, penyertaan kami terpaksa dibatalkan. Tidak cukup orang! Saya hantar sms, suruh beliau segera datang. Aduii...boleh pulak singgah lepak-lepak kat kampung dia lagi.  Akhirnya tengah malam baru dia sampai.

Leganya kami. Alhamdulillah.  Walaupun awal-awal lagi dia sudah ramalkan kami tidak akan menang,  Baguskan, sikap yang camni..!  Jangan amalkan bila nak bertanding mana-mana.  Pesimis perlu diusir. Kita mestilah saling memberi semangat untuk setiap ahli pasukan walau apa juga acara yang kita masuk.  Ini baru dinamakan semangat kesukanan.

Walaupun kita tahu kita adalah lemah dan tk mungkin akan menang. Namun untuk menaikkan semangat, semua perasaan pesimis itu perlu diketepikan. Jangan disebut-sebut ! Kalau awal-awal dah rasa camtu, baik tak payah bagi nama dan masuk bertanding. Ingat tu kawan-kawan.  Begitu lah juga dalam kehidupan ini.  Kita perlu optimis dalam membuat keputusan hidup.  Tak kemana dan tkkan maju hidup kita jika kita awal-awal sudah menyerah, dan dalam masa yang sama, mengharunginya dengan rasa tidak gembira.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-