Monday, January 2, 2012

Aku Atlet?

Peristiwa penutup tahun untuk tahun 2011 ini memang menyeronokkan. Saya tetiba dipelawa sorang kawan untuk mengambil bahagian dalam sukan MSKPPM ( Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia).  Memang dinanti-nantikan.  

Tapi bukan atas tiket acara ini....  Road Relay !!! Apa kes, Makcik tua cam saya ni masuk lari berganti-ganti sorang 2km.... Tapi tak apa.  Janji saya dapat pegi.  Saya ada misi lain. Mahu melihat siapa yang mewakili acara badminton, yang mana saya tidak dipilih...*malu la sikit.    Mesti la sakit hati, krna mengikut syarat pemilihan, ianya berdasarkan prestasi sukan KPM .  Saya antara yang sepatutnya layak, tetapi pengurus pasukan itu tidak pun memanggil saya. Sangat kecit ati ayam ku.

Hendak tak nak, saya masuk la jugak acara larian memandangkan hanya ini peluang untuk bersama mereka.  Sukan di adakan di Johor Bahru selama seminggu.  Kami dapat pelepasan seminggu dari 18 - 23/12/2011.  Sangat bahagia dapat bercuti tanpa rekod di tengah kekalutan pejabat menutup bayaran utk tahun 2011.  Kejam kan?  Tak kira.  Janji misi dapat dilaksanakan.

Alkisah, hari yang sama untuk berangkat ke JB adalah hari saya janjikan dengan rakan sepejabat, untuk satu larian, 'Jom Kitar Semula'.  Dilemma sungguh saya.  Nak masuk ke tidak...nak lari ke tidak...dah janji...dan tk pernah mungkir janji dan tk suka bila org lain mngkir janji.  18/12/2011 itu tarikh larian dan tarikh untuk ke JB. Larian bermula pukul 7.30 pagi.  Bas pula tunggu kami pukul 9.30...agak-agak sempat tak?  

Akhirnya saya masuk juga larian tersebut.  Semangat kan... (ye..badan saya memang semangat gak!!) Larian 3km (utk kategori veteran) sempat dihabiskan dengan selamatnya.  Dan saya dapat ini:
Di samping t shirt, sijil dan beberapa goodies lain...berbaloi kan... Alhamdulillah.  8.30 pagi saya pecut balik ke rumah, membersihkan diri, dan minta tolong anak hantarkan ke medan parking kereta di Presint 1 itu. Pukul 9 dah mnunggu.  Pukul 10.30 pagi baru bas muncul......!!! ni ler dia janji melayu kan.  Aku gak yang skema nya.

Tercapai hasrat saya nk melihat wakil acara badminton.  Kami duk dalam satu bas, dan satu dorm. Mereka pernah satu gelanggang dengan saya ketika bertarung di Mesca dulu. Dan ketika berlatih bersama. Mesti kenal saya kan.  Tapi tidak seorang pun yang berani menegur saya.  Dan saya, lagi la tidak akan menegur mereka kerana mahu melihat respon mereka. Inilah rupa-rupanya dipilih oleh pengurus yang tidak mengikut panduan yg mereka sendiri tetapkan untuk pemilihan wakil. Ada antara mereka yang tewas awal lagi dalam tournament badminton lepas. Dan ada yang hanya mara ke separuh akhir sahaja. 

Dari Air Keroh, hujan turun tidak henti-henti sehinggalah sampai ke JB.  Kami menyaksikan beberapa kemalangan sepanjang jalan yang memperlahankan lagi perjalanan kami.  Hujan mengiringi dan menyambut ketibaan kami ke negeri Johor Darul Takzim.  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...