Formula ABCDEFG
A - Accurate - Tepat. Prinsip yang tidak ada tolak ansur dalam proses penulisan. Ketidaktepatan bakal mengundang pelbagai masalah termasuk dari segi undang-undang. Bersediakah anda disaman?
B - Brief - Ringkas. Penulisan yang baik adalah yang ringkas, mudah dibaca dan difahami.
C - Clear - Jelas. Penulisan yang jelas adalah hasil fikiran yang jelas. Penulis dapat menyampaikan maksudnya dengan baik dan pantas.
D - Direct to the point - Terus kepada persoalan. Penulisan yang baik tidak berbelit-belit.
E - Easy - Mudah. Penulis yang baik dapat menjadikan suatu perkara yang sukar menjadi mudah di baca. Ini dilakukan dengan menggunakan bahasa dan penyampaian yang tepat.
F- Fair and Fast . Adil dan Pantas. Penulisan yang baik tidak berat sebelah serta pantas membuat kerja terutama untuk mengejar 'deadline' tetapi tidak harus mengorbankan prinsip penulisan lain.
G - Good Taste. Sopan. Kesopanan adalah antara ketamadunan sesuatu bangsa. Perkara yang lucah dan jijik pun boleh dibincangkan, tetapi secara sopan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.