Wednesday, October 10, 2012

Tak mahulah...

Sangat letih dengan dunia dan hal2 dunia ini.
Banyak nya kerja.  Tensen. Otak tak blh nak mikir nak update blogpun. 

Tengok bunga Tulip ni, sejuk sikit ati...
 
Minggu lepas, accik terima jemputan kenduri kawin sorang kawan.  Beliau sambut menantu yg pertama atau mungkin yang kedua. Buat di dewan di Putrajaya ni. Bukan dewan komuniti di kuarters...bukan..

Accik sorang yang dijemput.  Tidak di mention kan anak-anak atau keluarga.
Accik tanya, blh tak ajak kawan...beliau jawab, dah cukup kuota. Err....ok.

Bila sampai harinya, accik tk pi. Accik pun dah bgitau dia.  Tak dapat la nk pegi.  Sebab accik sorang.  Nanti perempuan tua ni macam kera sumbang. Tidak ada kawan.  Takkan nak harap dia yang pastinya sibuk melayan sedara mara dan tetamu lain yang datang.

Hmm...gitu lah, tiap kali nk ke majlis kenduri kawin, accik pasti teragak2 untuk pegi...sebab accik sorang diri.  Maka nya...jangan la berkecil hati klu accik tk penuhi jemputan2 kalian.

Tak dinafikan, wajib penuhi jemputan walimatul urus atau lelainnya.  Tpi bnyk hal lain yg juga blh mengharuskan untuk tidak menghadirinya.  Moga dimaafkan, dan Allah ampunkan dosaku jika ianya merupakan satu dosa.

4 comments:

cHeRyNa PiReS said...

Takpe Cik.
Sha kawen nanti kita fikirkan sapa nak jadi kengkawan nak borak. Ramai nieh makcik2 Sha macam acik. Slalu Sha buatkan geng2 je time kenduri.

*selalu kenduri...terutama tahlil..kita tak boleh ketepikan org yg sorang kerana hati akan jadi kecil mengingati yg dah takde. itu pendapat sha*

lupekanje said...

ok sha..heheh...accik cubo poie nnt... insyaAllah.
tq.

BERT said...

xpelah accik.. yg dah tau mst phmla nti..

lupekanje said...

InsyaAllah Bert...tq

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-