aku masih mencari, Cinta Ilahi...
Yang goyah di hati
Yang tidak dirasai
Yang belum ku miliki
kerana dunia memenuhi
tidak langsung mempeduli
ikut sahaja rasa hati
yang hilang dikesali
yang tiada dikejari
sedang cinta Ilahi,
sentiasa di sisi
tidak langsung diperhati
dan dinikmati
kerana hati yang telah mati
iman tipis sekali
takwa entah ke mana pergi
semakin jauh berlari
semakin sepi
dan sunyi
bila masa akan pergi
bila izrail dtg mengunjungi
yang hilang tidak lagi dinanti
yang jauh tiada lagi masa nak dicari
tpi tetap dalam mimpi
dan kekal di hati
kerana ia anugerah Ilahi Robbi
moga yg dicari ditemui
di Sana nanti.

Bagaimana lima jari dianugerah
ReplyDeletebegitu lima rukun termeterai sudah
akidah dipegang usah rebah
walau kutukan bertali
hasutan menempelak tak henti
andai iman kental di sanubari
Robbuljalil pasti mengasihi
merapak sujud usah henti
insya-allah di sana pasti ditemui
sukarnya meraih cinta Ilahi..
ReplyDeleteindahnya madah..xtermadah asenye kita nak menjawabnya.;)
Kakzakie, insyaAllah...cinta Ilahi akan membawa kita ke sana. syukran.
ReplyDeletedhiashahida, tika tiada idea update blog, hanya puisi menjadi bicara di sini...dengan mengingati Allah, hati akan tenang.