DOA YANG MAKBUL
- Orang yang terdesak.
- Orang yang teraniaya/dizalimi.
- Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
- Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
TANDA-TANDA DOA YANG MAKBUL:
- Terasa sesuatu yang menakutkan.
- Menangis tatkala berdoa.
- Terasa menggeletar.
CARA-CARA BERDOA:
- Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa".
- Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
- Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
- Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
- Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
- Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

sesungguhnya berdoa adalah senjata ornag beriman.. Allah memang sangat suka hambanya yang suak mengadu dan berdoa padaNya... thnks sharing sis... i likee!
ReplyDeletedah mintak mana boleh gesa2 pulak Tuhan. Haish. Tp tips yg baik cik...terima kasih.
ReplyDeleteSentiasa beringat:)
Bert,
ReplyDeleteTHank you, mari kita terus berdoa...kita hambaNya yang sentiasa mengharap dari Ilahi.
Sha,
manusia selalu gopoh...semua nak cepat. Tpi lambat dalam mengumpul bekalan ke akherat.
Mudahpula mengmpul dosa menempah neraka nauzubillahiminzalik.