Sunday, October 7, 2012

Apa yang disukai?

Salin dan share je.. ilmu utk kita sama-sama fikirkan dan amalkan.  Takmo orang kata, cerita pasal ilmu memacam, tapi diri sendiri tak amal.  

Ini cerita pasal kisah rasulullah berbual dengan para sahabat ni, dah banyak dikongsi di merata laman web, blog ke.....facebook ke.. So, hari ni giliran acik ni pulak nak tampalkan di blog acik yang sempoi ni. Terima kasih kepada Noor Jannah Dini yang tulis kisah ni di wall FB nya, mnyebabkan tepikir nk kongsi sama juga...benda yang baik, elok la dihebah2kan. Moga kita semua mendapat rahmat, taufik dan hidayah Allah untuk mengamalkan setiap ilmu yang kita baca. Lebih baik baca/menulis perkara yang ada manfaat nya, dari perkara yang sia-sia.  Ye tak? Kekadang terlagha juga... astaghfirullahala'zimm


Alkisah....

Suatu hari, ketika duduk bersama para Sahabatnya, Baginda Sayyidina Nabi Muhammad SAW bersabda ~

“Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”


1- Wangi-wangian/bau-bauan yang harum.
2- Isteri/perempuan yang solehah.
3- Ketenangan semasa solat.

Lalu Saidina Abu Bakar ra. menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah.
2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah.
3- Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah.

Kemudian Saidina Umar ra. pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran.
2- Menyuruh kepada kebaikan.
3- Berpakaian sederhana.

Selepas itu Saidina Othman ra pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar.
2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian.
3- Membaca Al-Quran.

Kini tiba pula giliran Saidina Ali ra..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu.
2- Berpuasa di musin panas.
3- Berperang pada jalan Allah.

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!”

Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.
2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.
3- Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan.

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”

1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku.
2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku.
3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar.


Tu dia...tempelanku...utk tatapan sendiri dan sesapa je. Banyak sungguh moral of the story...bukan sebarang story.  Panduan hidup dari Allah, malaikat, Rasullah dan para sahabatnya untuk kita.

Panduan dari pelbagai sudut. Kegemaran kesukaan yang baik untuk kita amalkan sepanjang hidup kita yang tk lama di dunia ini.  Kegemaran atau hobby yang mulia untuk dibawa ke akherat.

Satu lagi, moralnya, Rasulullah dan sahabat, juga duk lepak2 berbual sesama mereka.  Bualan mereka adalah sesuatu yang menjadi ibadah.  Perkongsian ilmu, perbincangan yang baik.  Bukan macam kita, banyak menceritakan pencarian dunia semata...bergossip...banyak ketawakan orang..menceritakan aib orang..


*aku ler teww.... 
Ampunkan dosaku ya Allah.  


Aku rindukan sahabatku yg sering mengajakku membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran....Moga Allah pelihara sahabat itu dan keluarganya walau di mana ia berada. Akanku bina kekuatan sendri dgn izin Allah, berpandukan peringatan2 yang kau tinggalkan buatku wahai sahabat. Beri aku sedikit masa ya Allah..krn aku msih lemah..taufik dan hidayahMu kuharapkan terus.


3 comments:

cHeRyNa PiReS said...

rasa nak menangis baca entry acik kali ini. sungguh bermakna. teringat yg tersayang :)

lupekanje said...

Sha..acik memula baca citer ni pun macam2 rasa dtg...rasa tharu bila bayangkan betapa mulianya Rasulullah hinggakan tika berbual pun Allah dan Malaikat turut serta sekali. Terharu dgn kesukaan2 kesemua mereka yang merupakan panduan buat kita dalam mngharmonikan masyarakat, memberikan ketenangan dan kegembiraan dan menunjuk jalan tika dlm kegelapan, membantu yg memerlukan tika mereka dalam kesusahan, membela agama dan ummah sekeliannya, dan...Maha pengasih dan pemurahnya Allah..terhadap hambaNya yg berusaha mendekatinya, menangis keranaNya dan yg sabar.!!...ye...sgt teringat..akan smua pesanannya dan msa2 yg kini rsa kosong. Ianya sementara .. lelama dpt la sesuaikan situasi ini. Sobs. tq sha.

dhiashahida said...

muhasabah diri pas baca...mndalamnya mkna tersiratnya kalau kita renungkan..

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-