Bermakna dah lebih satu dekad acik hidup bersendirian tanpa insan tersayang itu.
Ye...hidup dan terus hidup. Survive seperti mana orang-orang lain yang belum lagi kehilangan orang tersayang itu. Syukur...syukur. TakdirNya memberikan banyak hikmah kepada kehidupan acik.
Acik terus gembira dan berduka menikmati sisa kehidupan yang ada ni, dengan menanti bila pula tiba giliran acik untuk ke sana.
| Ingat anak2ku...ni model kubur umi nnti tau..jangan berlebih2 dalam membina hiasan kuburku. |
| Gambar 2 anak perempuan accik tika menziarah kubur Nek Nyang mereka. Entah esok lusa, giliran mereka ziarah kubur acik pulak (Sila pakai sopan sikit ye !!). Moga matiku dalam Husnul khotimah. |
Syukur Alhamdulillah. Allah telah bagi kekuatan dan ketabahan. Al fatihah buat Allahyarham suamiku yang telah pergi di subuh hari, tika dalam lenanya...pada 14 Rejab 1423 bersamaan 21 September 2002.
Hari ini dah 3670 hari beliau meninggalkan segala di dunia ini. Dia yang Allah pinjamkan pada kami, ahli keluarga dan kawan-kawannya. Dan dia yang meninggalkan dunia yang menjadi transitnya untuk ke sana. Moga ada amalannya yang akan dapat menjauhkan dari segala siksa Allah atas dosa2nya...Moga Allah ampunkan...ampunkan suamiku ya Allah, ampunkan, ampunkan ya Rob.
Moga Rohnya damai di sana dan diampunkan segala dosanya, dijauhkan dari siksa kubur dan bakaran api neraka di akherat kelak. Berkat ketaatan beliau pada Allah dan RasulNya, ibu dan bapa, berkat segala amal kebaikannya yang suka membantu tak kira siapa, moga akan menyebab ia tergolong penghuni Jannatul Firdaus.
Ampunkan dosaku ya Allah...moga aku dapat bertemu orang-orang yang aku sayang di jannahMu kelak ya Allah.
Berikan aku ketenangan hidup di dunia dan akherat. . Aamin.
Uban dah berterabur.
Gigi dah semakin gugur.
Kulit dah semakin kendur.
Mata dah semakin kabur.
Ingatan dah makin tak teratur.
Mati itu sangat hampir...sangat dekat dengan kita...dan semakin dekat. Persediaan?
assalam accik..dah umur macam akak ni la lagi la..ingat mati je..tapi rao e amalan tak banyak2 lagi..tapi usaha kearah tu sentiasa ado..insyaallah
ReplyDeletesayu je...
ReplyDeleteteringat pesan arwah atuk yg inginkan kesederhanaan batu nisan.
accik pon macam tu jugak.
sha doakan yg terbaik, insyaAllah.
kak erna, jgn berhenti berdoa utk ke syurgaNya.
ReplyDeletesha, tidak ada ertinya kubur yang gah, cantik binaannya, yg penting, longgokan sedekah dari anak cucu buat si roh yang tidak ketahuan nasibnya di dalam kubur itu..batu2 binaan tidak dpt membantu mereka, tetapi apabila anak cucu yg ditinggalkan membuat apa yg disuruh, meninggalkan apa yg di larang, menadahkan tangan mendoakan keampunan buatnya, ahli kubur itu akan tenang damai di dalamnya. InsyaAllah.
salam dan alfatihah buat arwah.. moga beliau tenang disana.. klu sy d tmpt accik xtaula sdhnya cmana.. yg pasti kita smua akn kesana..
ReplyDeleteinsyallah..semoga arwah berada di tempat org2 beriman....
ReplyDeletesemoga kita pun berjaya mengharung hidup sementara tunggu waktu dijemput..
BERT, aamiin .. syukran Bert atas doa itu. dh seploh tahun bert...tpi pedihnya kekadang terasa.
ReplyDeleteAnis..aamin..syukran. Gitulah harapkan selalu..moga kita selamat dunia, selamat juga di akherat. Matlamat kini mencari kasih Ilahi...mencari keredhoan Ilahi.
Nek Chah..
ReplyDeleteAlfatihah untuk suami tersayang. Semoga akan terus cekal dan tabah menghadapi apa jua cabaran yang akan datang.
alfatihah but mereka yg telah pergi.
ReplyDeleteslepas perginya pakcik kesayngan dan diikuti oleh atok,saya lebih igt ttg mati
Juju, insyaAllah...cekal nih...trima kasih atas doa ..
ReplyDeleteIrfa, kita tk akan dapat lari dari kehilangn orang yang kita sayang. hingga akhirnya, org yang sayangkan kita juga akan kehilangan kita juga...huhu.
moga Allah kurniakan kekuatan hidup sentiasa hingga ke akhir nafasmu.
ReplyDeleteameen.
stay strong.
everjihad,
ReplyDeleteaamiin....syukran wajazakallah..