![]() |
| Credit to Google Search. |
Surah Ash-Sharh
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3)
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)
***********************************
Amalkan ayat dari surah Insyirah atau Ash-Sharh ini. InsyaAllah, akan dapat menenangkan jiwa yang gusar. Isinya amat mendalam, sungguh mendalam. Antaranya diulang dua kali di dalamnya, bahawa setiap kesusahan ada disertai kemudahan. Setiap bencana/musibah/kedukaan, ada hikmahnya. Ada nikmatnya. Mungkin dapat kita lihat serta merta. Mungkin akan datang masanya. Sebagai orang yang beriman dengan Allah dan rasulNya, kita wajib mensyukuri kehidupan ini samada di waktu senang mahupun waktu susah.
Dan MINTALAH PADA ALLAH APA SAHAJA YANG KITA MAHUKAN. Jangan kita minta selain dariNya. Allah mahu mendengar setiap permohonan hambaNya. Akan ditunaikan. Dalam masa dekat atau akan datang. Allah mencintai hambaNya. Allah yang paling hampir dengan kita. Buatlah apa sahaja, keranaNya. Kerana Allah. Nescaya Allah ambil kira sebagai ibadah dan mendapat ganjaranNya di sana kelak.
Jiwa kacau...elok amalkan ayat ini. Bacalah 7 kali selepas setiap solat fardhu.
Jadikan Al Quran teman baik kita. InsyaAllah jiwa akan tenang.

Info yg sgt berguna.. terima kasih berkongsi info itu lupekanje..
ReplyDeleteInfo yg sgt berguna.. terima kasih berkongsi info itu lupekanje..
ReplyDeleteye....saya mahu amalkan...moga Allah berikan ketenangan pada jiwa yang serabut ini...aamin.
ReplyDelete