Tuesday, May 31, 2011

Linggi 4

 Adat orang Linggi

Dikatakan asal mereka bukan dari Pagar Ruyung..atau mana-mana kepulauan Sumatera yang mengamalkan adat pepateh...kerana mereka bukan pengamal pepatih...

Mereka bukan bangsa yang mengamalkan pepatah....Biar mati anak, jangan mati adat itu.  Bahkan, mereka lebih longgar dalam pengamalan adat mereka sendiri..

Ada juga yang mengatakan bahawa orang-orang Linggi adalah pengamal adat Temenggong.  Ini juga tidak benar 100% !. Mereka bukan pengamal adat Temenggong...walaupun orang-orang dari kepulauan Riau dikatakan pengamal adat Temenggong..ye..mereka dari kepulauan Riau...tapi bukan pengamal Temenggong.

Habis tu? Apa adat yang diamalkan oleh orang Linggi? Apakah mereka itu orang-orang yang tidak beradat??  Sebut betul2 ye....tidak beradat....bukan tidak beradab...hehhe

Tidakk...tidakkk...neiihi...Orang-orang Linggi ada adat mereka sendiri.

Dikatakan ketika Daeng Kemboja menjemput Tok Awaluddin balik itu, ia ada membuat perjanjian dengan Penghulu Rembau ,
'Jika Orang Kaya mahu Awaluddin ini tinggal bersama-sama orang kaya di Rembau, maka benarkan ia memakai aturan dan adatnya sendiri, tidak boleh ia memakai adat Tok Patih (Perpatih)!!'

Itu cerita dari orang-orang tua Linggi.  Yang sekarang dah tak ada lagi kat donia ni.
Makanya, komferem la bahawa orang Linggi, bukan pengamal Adat perpatih mahupun Temenggung.

Sebaliknya, mereka ada adat sendiri...yang di assamilasikan mengikut cita rasa orang-orang Linggi sendiri, bergantung kepada 'Muafakat dan Kebulatan' dari adat-adat lain yang tidaj bertentangan dengan syariat Islam.
Kiranya adat baru itu bermula apabila Tok Awaluddin melanggar perintah ayahandanya untuk melanggar Sulawesi dahulu...yess...Beliau tidak suka pada pertumpahan darah.  Beliau tidak suka kepada keganasan dan paksaan....dan beliau juga tidak suka kan pangkat dan gelaran.


Adat baru yang mereka itu amalkan, adalah mengikut adat kitab (Al Quran) dan Sunnah. Kemudian orang-orang Linggi itu telah menetapkan 100 peraturan untuk diajar dan diamalkan oleh penduduknya.
Imam Ambak kata, 100 peraturan itu adalah;
20 sifat wajib bagi Allah
20 sifat mustahil bagi Allah
1 sifat yang jaiz bagi Allah
1 sifat lawan bagi sifat jaiz Allah itu
4 sifat yang wajib pada Rasul
4 sifat yang mustahil pada Rasul
1 sifat yang jaiz pada Rasul
1 sifat lawan bagi sifat jaiz Rasul itu.
6 rukun iman
10 syarat rukun iman
4 tandanya
10 yang membinasakannya
5 Rukun Islam
4 syarat rukun Islam
4 tandanya
4 yang membinasakannya
1 Rukun Ihsan


Sebenarnya, acik yakin, tak ramai orang Linggi sekarang ini yang tahu tentang peraturan 100 ini.
Sebab itu acik katakan, bahawa acik amat berbangga dengan kampung kelahiran acik ni.  Semua yang terkandung dalam Peraturan 100 itu ada dalam kitab Tauhid yang kita pelajari di sekolah mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Semuanya adalah merupakan ilmu fardhu ain sebagai amalan dan panduan umat muslimin dan muslimat. Sangat mudah.

Dahlah...letih tau baca kitab yang kelabu nih...

Kesimpulannya, adat orang Linggi di sebut sebagai 'Muafakat Bil Kitab Wassunnati Qabulatan Minel Ustaz ilamanati'.  Adat Linggi adat Bermaharajalela yang berlandaskan hukum syarak.

Banyak lagi kalu nak diceritakan dan dkongsikan kat sini.  Tentang bagaimana Rembau menyerang Linggi...dll. Acik sudah sgt letih otak malam ni.

Sekian.

Monday, May 30, 2011

Baju itu

Baju korporat opisku...yang sama cam baju Pos Laju atau Felda???  Oren itu menawan....aduyaiii...
Ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk memakai baju ini setiap hari Rabu...




Sunday, May 29, 2011

Tragedi Kera yang malang

Acik masih rehatkan diri dari membukak kitab tentang Linggi.  Nanti ye. Sebenarnya amat penting tu untuk tinggalan anak cucu nanti.
Acik ada citer terbaru ni.

Semalam acik balik kampung. Melawat emak dan taman syurgawinya .  Sementelahan Hazirah, anak bungsu acik dah lama tk balik kampung.  Maka pepagi Sabtu tu acik menyusuri lebuhraya PLUS balik ke kampung.  Jalan nampak agak sibuk dan sesekali terpaksa bergerak perlahan.  Permulaan cuti sekolah menyebabkan orang ramai berpusu-pusu balik ke kampung laman masing-masing.  Satu lagi, banyak majlis perkahwinan diadakan di hujung minggu ini dan akan datang. Mana lah jalan tidak sesak.

Cuaca amat panas. Alhamdulillah, sampai je, emak acik sedang bersiap nak ke rumah kenduri kawin.  Acik rehat-rehat.  Menolak untuk mengikut sama.  Letih arrr.. (alasan orang bandar tanak gi kenduri kawin..hehe)..emak acik pesan suh makan...(dah siap masak tu..) Okeh.!! tpi acik dengan anak acik tak terus gi makan.  Sebab ada hidangan lain di hadapan rumah.  Cerita kat TV3 agak melekakan...tentang Twitches..2 beradik kembar yang jadik ahli seher menyelamatkan ayahnya yang terperangkap.  Cerita karut bercampur komedi itu agak menarik.  Sampai emak acik balik pun, kami berdua tak bergerak mengadap itu tv...kena leter la..haha

Lepas makan tengahari, acik intai keluar rumah...panas...ingat nak mesin rumput.  Tapi emak acik kata, tak payah la..rumput tk panjang sgt lagi.  Jadi, acik capai kamera, buat rutin acik setiap kali balik kampung, nak amek gambar pepohon, beburung atau rerama yang ada di persekitaran rumah ini.

Sebelum tu, acik serahkan anak pokok Kunyit Hitam yang acik cerita sebelum ini pada beliau.  Tapi kata emak acik...."ini bukan pokok Kunyit itam....ini pokok temulawakkk!!!" errrr...hantam sajalah...nanti acik curahkan cat itam kat pokok tu, maka akan jadilah ia, pokok kunyit itam...

Kemudian, emak acik tunjuk sesuatu kat acik...

Kau tengok pokok anggur mak ni....aritu mak dah kata, aku nak tebang je pokok ni..sebab tk kuar2 buahnya...tetiber dia bebuah....!!"
Alhamdulillah...  ada lah sikit buah dia.  Memula dulu ada mak acik beritau kat pokok tu, "bebuah lah kau...2-3 bijik pun jadilah...!"   Pastu, bebetul kuar buah dia 2-3 bijik..hambik kau!...
Tapi bila mak acik dah majuk, ugut nak tebang, dengan kehendak Tuhan, kluar la pulak buah dia...hehe...cam orang gak pokok ni ye...kena ugut baru nak berusaha dan berjaya. No good...no good..

Pastu acik round2 lagi..tenampak pulak ni..   

Apo makno eh ni mak ooii??
Dia senyum... maka diceriterakan kisah bagaimana botol air sirap tu boleh tergantung kat pokok betik tersebut...
Pada suatu hari, sorang cikgu di sekolah kat kampung acik tu telah mengkantoikan dan menangkap seekor anak kera yang tersesat masuk ke kawasan rumah beliau.  Cikgu yang namanya Cikgu Din itu pun buat dajal kat anak kera tersebut, dengan menyapukan cat roner merah pada badan (bahagian mana tu tak tau lah acik....kono tanyo cikgu Din tu seniri...!)  ... dan anak kera tersebut dilepaskannya semula.

Tapi, alangkah sedihnya, sebab ibu kera, saudara mara dan rakan FB, twitter dll anak kera tersebut tidak mahu menerima kehadiran nya lagi.... akhirnya anak kera tersebut mati kelaparan gamaknya, sbb ibunya tk mahu menyusukan anaknya lagi.

Sebabnya??...ada roner merah kat badan anak kera tersebut !!! agaknya la.  Maka hebohlah ceritera tersebut sekeliling kampung.  Emak acik mendapat idea (atau agak eh ado la orang kampung lelain yang buek gak eh...)  meletakkan warna merah pada pokok2 buah kesayangan mereka yang diancam oleh kera-kera yang tak berperikekeraan.... itu la ceritanya...bulih terai...tpi tader jaminan la..hahha..kita berusaha dan merancang...Tuhan yang menentukan.  Gitu lah kisah anak kera yang malang itu..

Kera, lotong, cikah,...semua tu memang ancaman pada orang kampung acik...selalu masuk sampai dalam rumah, bukak peti es pun pandai tekau...
Yg lagi tk best tu, mereka mengerjakan bunga2 derian dan rambutan yang baru nak menjadi.. maka orang2 kampung acik dan acik sekali, terpaksa la beli rambutan dan derian klu teringin nak makan...huhuhu...

Setelah petang acik bersiap untuk balik.  Tpi rindu dan ketagih gak nak mesin rumput.  Acik tengok minyak petrol lak dah abis...sanggup gi kedai kejap, beli minyak dalam RM5...pastu hempas pulas nak setatkan mesin yang da lama tk digunakan...merembeh peluh betino acik.

Acik ingat stakat nak mesin bahagian depan rumah je..letak minyak sikit je..sekali tu tak abih2 lak minyak.
Maka acik mesin gakla kawasan biasa... (mak acik ni gi racun rumput tu wat pe....kan dah tak ada rumput yg nak acik mesin !! huhu...)..akhirnya berjaya jugak acik habiskan minyak dlm mesin tesebut...dgn mesin berulang2 kali di tempat yg sama.!!
Lepas simpan semua peralatan dalam setor, acik terus laung anak acik, ajak balik Putrajaya. (dengan busuk peluh gitu...haha) .. sekali tu, masa dalam kereta, anak sulung acik yg balik kampung kemudian dengan kawan dia tipon acik...


"Ummi...nenek tanya kunci setor dia...mana????"

Errrkk.....


 Sekian .

Wednesday, May 25, 2011

Bulan Di jendela

Mari kita berpuisi.
(Dinukilkan pada 18 Mei 2011 bersamaan 15 Jamadilakhir 1432)


Bulan di jendela

Ku terpegun
Bila tabir jendela ku intai
cahaya sirna menyimbah di wajah..
terang tiada silaunya
Lembut ditemani tompok-tompok awan 
perlahan mengelilingi atmosfera...melengkari sang bumi..
Mana bulan 
ada bintang
Mana bulan
Ada pungguk
tidak keduanya mengejar sang bulan..
Kerna bulan tidak sehangat mentari
Bulan mahu bersendiri
Bulan masih mencari
Cahaya dingin akan menyinari
tempat yang sunyi.

KC/bpkpm, Putrajaya.


Tuesday, May 24, 2011

Pergilah berjuang

Semalam, hari terakhir pegawai eksekutip acik ni kat opis acik ....kerana kenaikan pangkat menjadi pegawai kanan... tahniah jua.

Jangan lupakan jawatan tidak rasmi yang acik pegang dulu tu.. SUSKK (Setiausaha Sulit Kiri Kanan) ..haha
Hari ini hari pertamanya di tempat baru. Tabahkan hatimu...



Huru hara (rujuk kat sini ) gak hari ni ...tah kenapa...
Mana tidaknya, harini reshuffle kat ofis..

Selain dari Puan Liza, Imah pun last day jugak ..penggantinya juga masuk, Sufian pun, ditukarkan ke unit lain.  Suzi pulak sibuk memeriksa result interview kerja tetapnya hari tu....dan berjaya menjadi pempuan calon simpanan. Tahniah juga buat Suzi, Fairus dan Syuhada...smua bejaya jadi pempuan calon simpanan. Hafiz pun akan keluar hujung bulan ni. Nampaknya hilang lagi staf kat unit ni.  Masuk pula orang baru lepas ni.

Selamat menyambung bakti kepada nusa dan bangsa, walau di mana anda dihantarkan. Hatta ke Eskimo sekalipun...err.. tu ayat kalu taim kena interview kerani ato cikgu khasnya kan...eh..doktor pun kan..hehe

yeahhh... world peace !!

Kepada puan Liza yang baru juga menjadi blogger ni (hasil hasutan acik la ni..!!) semoga perpisahan kita ini tidak akan memadam semangat untuk terus memblog...teruskan perjuangan di dunia blog..hehe..ader pulakk.  Inilah ucapan paling sadis untuk setiap perpisahan...wahhhh..!!

kutip semua barang...jangan ada yang tetinggal.

Biar aku terus memblog, dari aku menjadi goblok...yaaaahh....!!

Selingan

Berenti kejap cerita Tawarikh Linggi ni...  nak tarik napas jap...borat bona ilmu yg nak den lotak kek sini..hehe...

Meh la kita mancing kojap ha....kok la bulih naik perahu *sensorang ye...  camni ha....mancing kat tongah tasik Putrajaya tu...fuhhhh...mesti orang kat jalan raya lalu lalang tu jeles kat acik...hihi..


Versi verangan tak sudah...

Sunday, May 22, 2011

Linggi ku 3

Setelah Tok Awaluddin membuat keputusan begitu, beliau bersama rombongannya pun mendarat masuk ke Rembau dan tinggal di sana beberapa lama. Berkemungkinan sewaktu itu, mereka tidakpun mengikut adat perpatih yang di amalkan oleh penduduk Rembau.

Hingga satu ketika, saudara Tok Awaluddin dari Riau, iaitu Daeng Kemboja, datang memujuk mereka pulang semula ke Riau.  Namun Tok Awaluddin tetap berkeras tidak akan pulang ke Riau (majuklah tu...) .. Oleh yang demikian, Tok Janggut itu (Daeng Kemboja), tak kuasa lah lagi memujuk orang merajuk itu.  Tetapi menasihatkan mereka membuka penempatan sendiri....toksah lah menumpang tempat orang .... gitu lah...memang dah termaktub dalam sumpah Tok Awaluddin tu dalam mesyuarat sebelum mendarat, untuk mencari penempatan yang sederhana sebagai tempat bermastautin. Dan untuk tidak akan mengikut Adat Pepatih. Tapi lebih kurang 23 tahun jugak mereka menetap di Rembau, sebelum berpindah ke Linggi.../ membuka Linggi. Lama jugak tu kan..klu pendatang haram tu, dah blh dpt status penduduk tetap lah...

Antara sebab mereka lama juga di Rembau, adalah mungkin kerana Tok Awal telah diminta menjadi Guru agama untuk Datuk Rembau dan keluarganya.  Sebab itulah Datuk Rembau itu tidak mengizinkan Tok Awal dan kelompok Bugisnya itu meninggalkan Rembau.

Setelah Linggi dibuka (ada riwayat mengatakan yang membuka Linggi adalah Tok Awaluddin) pada tahun 1783, dan secara rasminya semua orang Bugis di Rembau telah berhijrah ke Linggi sekitar tahun 1798. Riwayat lain pula mengatakan bahawa Lebai Dolman, anak Tok Srilah yang membuka Linggi. Satu kisah yang menarik juga,  mengatakan orang-orang Bugis dari Rembau itu menaiki perahu kulit belayar dari Luak Rembau, menuju ke Siliau.  Sampai di Siliau, tiada siapa yang setuju untuk dijadikan penempatan.

Kemudian terus belayar menghilir ke kuala Sg Pengkalan Kundang, dari situ, masuk menumpang belayar 7 pasang suami isteri. ni bulih panggil Boatpool lah ni...Kira macam besar jugak la ye perahu kulit tu....ato...ntah-ntah, diorg ni konvoi kot...naik perahu memasing????

Yang mula-mula jumpa tempat nak dibuat penempatan adalah Tok Sulong Mahmud dn isterinya..kat Kg Pengkalan Kundang tu lah... kata orang tetua Linggi, Pengkalan Kundang tu, Linggi lah...huhu...acik keliru... Perahu terus belayar ke hulu, lalu mereka bertemu lah pulak dengan Tok Suboh dan isteri yang berasal dari Sumatera, yang memang dah lama tinggal di situ. Maka turunlah pulak Tok Jenu dan Tok Ibrahim somi isteri, join sama itu Tok Suboh .

Yang lain teruskan belayar lagi,menghulu, hingga sampai ke satu lokasi di tebing sungai itu , Tok Kanda Ali dan isterinya pulak berkenan, lalu mereka turun dan menetap di situ, dinamakan tempat itu Kg Hilir....manakala Lebai Dolman pulak, next check point....turun besama isterinya, lalu membuka pulak kg Tengah..

Baki penumpang perahu itu meneruskan kayuh perahu kulit mereka menghulu lagi, hingga sampai la pulak ke destinasi Tok Haji Mohamad Kassim untuk turun dan membina penempatannya di situ, dinamakannya Kg. Hulu. Seterusnya, Tok Khatib Musa dan isteri pulak turun setelah berkenan dengan satu tapak lokasi untuk dijadikan penempatan mereka yang mereka namakan Kampung Telok Rumbia. Puas Acik tanyakan kat orang2 tua di mana letaknya ini kampung, tpi sorang pun tk tau... aparaaa...yang tau mesti yang dah pergi ke alam barzakh...yg hidup tak tau langsung hal dolu2...
Peta Linggi sekarang.... mikir...camner naik perahu, gi Siliau lak dulu dari Rembau (Perjalanan ditunjukkan dgn Line merah..) ...pehtu pusing balik ke arah Linggi, dan pusing balik ke arah utara menurunkan pesenjer satu, satu..tak takut boyer ke? huhu..

Acik suspek, Kg ni dedekat dengan Kg Tampin....yang mana, penumpang terakhir perahu kulit itu bertemu tempat yang layak untuk mereka membina penempatan...haruslah yang akhir ni yang mengayuh perahu tersebut kan... Tok Noh suami isteri..membuka pula Kg. Tampin/Tampin Linggi.. ada satu tempat lagi nama Tampin dalam negeri Sembilan ni...iaitu Tampin yang dokek Rombau tu...hehe..

Dah panjang cerita ni....nnt bepinau mata membaca.  Ok..kita break dulu.  Sambung di episod lain.  Harap2 episod akhir lah..letih memogang buku borek ni nk merujuk ha...

Acik nak kaitkan dengan persoalan, naper orang Linggi tak ikut adat pepatih. Dan nak ceritakan adat orang Linggi yang sebenar-benarnya. Melalut lak citer pasal pembukaaan Linggi. Wallahualam.

Sekian.


Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...