Showing posts with label linggi. Show all posts
Showing posts with label linggi. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Linggi 4

 Adat orang Linggi

Dikatakan asal mereka bukan dari Pagar Ruyung..atau mana-mana kepulauan Sumatera yang mengamalkan adat pepateh...kerana mereka bukan pengamal pepatih...

Mereka bukan bangsa yang mengamalkan pepatah....Biar mati anak, jangan mati adat itu.  Bahkan, mereka lebih longgar dalam pengamalan adat mereka sendiri..

Ada juga yang mengatakan bahawa orang-orang Linggi adalah pengamal adat Temenggong.  Ini juga tidak benar 100% !. Mereka bukan pengamal adat Temenggong...walaupun orang-orang dari kepulauan Riau dikatakan pengamal adat Temenggong..ye..mereka dari kepulauan Riau...tapi bukan pengamal Temenggong.

Habis tu? Apa adat yang diamalkan oleh orang Linggi? Apakah mereka itu orang-orang yang tidak beradat??  Sebut betul2 ye....tidak beradat....bukan tidak beradab...hehhe

Tidakk...tidakkk...neiihi...Orang-orang Linggi ada adat mereka sendiri.

Dikatakan ketika Daeng Kemboja menjemput Tok Awaluddin balik itu, ia ada membuat perjanjian dengan Penghulu Rembau ,
'Jika Orang Kaya mahu Awaluddin ini tinggal bersama-sama orang kaya di Rembau, maka benarkan ia memakai aturan dan adatnya sendiri, tidak boleh ia memakai adat Tok Patih (Perpatih)!!'

Itu cerita dari orang-orang tua Linggi.  Yang sekarang dah tak ada lagi kat donia ni.
Makanya, komferem la bahawa orang Linggi, bukan pengamal Adat perpatih mahupun Temenggung.

Sebaliknya, mereka ada adat sendiri...yang di assamilasikan mengikut cita rasa orang-orang Linggi sendiri, bergantung kepada 'Muafakat dan Kebulatan' dari adat-adat lain yang tidaj bertentangan dengan syariat Islam.
Kiranya adat baru itu bermula apabila Tok Awaluddin melanggar perintah ayahandanya untuk melanggar Sulawesi dahulu...yess...Beliau tidak suka pada pertumpahan darah.  Beliau tidak suka kepada keganasan dan paksaan....dan beliau juga tidak suka kan pangkat dan gelaran.


Adat baru yang mereka itu amalkan, adalah mengikut adat kitab (Al Quran) dan Sunnah. Kemudian orang-orang Linggi itu telah menetapkan 100 peraturan untuk diajar dan diamalkan oleh penduduknya.
Imam Ambak kata, 100 peraturan itu adalah;
20 sifat wajib bagi Allah
20 sifat mustahil bagi Allah
1 sifat yang jaiz bagi Allah
1 sifat lawan bagi sifat jaiz Allah itu
4 sifat yang wajib pada Rasul
4 sifat yang mustahil pada Rasul
1 sifat yang jaiz pada Rasul
1 sifat lawan bagi sifat jaiz Rasul itu.
6 rukun iman
10 syarat rukun iman
4 tandanya
10 yang membinasakannya
5 Rukun Islam
4 syarat rukun Islam
4 tandanya
4 yang membinasakannya
1 Rukun Ihsan


Sebenarnya, acik yakin, tak ramai orang Linggi sekarang ini yang tahu tentang peraturan 100 ini.
Sebab itu acik katakan, bahawa acik amat berbangga dengan kampung kelahiran acik ni.  Semua yang terkandung dalam Peraturan 100 itu ada dalam kitab Tauhid yang kita pelajari di sekolah mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Semuanya adalah merupakan ilmu fardhu ain sebagai amalan dan panduan umat muslimin dan muslimat. Sangat mudah.

Dahlah...letih tau baca kitab yang kelabu nih...

Kesimpulannya, adat orang Linggi di sebut sebagai 'Muafakat Bil Kitab Wassunnati Qabulatan Minel Ustaz ilamanati'.  Adat Linggi adat Bermaharajalela yang berlandaskan hukum syarak.

Banyak lagi kalu nak diceritakan dan dkongsikan kat sini.  Tentang bagaimana Rembau menyerang Linggi...dll. Acik sudah sgt letih otak malam ni.

Sekian.

Sunday, May 22, 2011

Linggi ku 3

Setelah Tok Awaluddin membuat keputusan begitu, beliau bersama rombongannya pun mendarat masuk ke Rembau dan tinggal di sana beberapa lama. Berkemungkinan sewaktu itu, mereka tidakpun mengikut adat perpatih yang di amalkan oleh penduduk Rembau.

Hingga satu ketika, saudara Tok Awaluddin dari Riau, iaitu Daeng Kemboja, datang memujuk mereka pulang semula ke Riau.  Namun Tok Awaluddin tetap berkeras tidak akan pulang ke Riau (majuklah tu...) .. Oleh yang demikian, Tok Janggut itu (Daeng Kemboja), tak kuasa lah lagi memujuk orang merajuk itu.  Tetapi menasihatkan mereka membuka penempatan sendiri....toksah lah menumpang tempat orang .... gitu lah...memang dah termaktub dalam sumpah Tok Awaluddin tu dalam mesyuarat sebelum mendarat, untuk mencari penempatan yang sederhana sebagai tempat bermastautin. Dan untuk tidak akan mengikut Adat Pepatih. Tapi lebih kurang 23 tahun jugak mereka menetap di Rembau, sebelum berpindah ke Linggi.../ membuka Linggi. Lama jugak tu kan..klu pendatang haram tu, dah blh dpt status penduduk tetap lah...

Antara sebab mereka lama juga di Rembau, adalah mungkin kerana Tok Awal telah diminta menjadi Guru agama untuk Datuk Rembau dan keluarganya.  Sebab itulah Datuk Rembau itu tidak mengizinkan Tok Awal dan kelompok Bugisnya itu meninggalkan Rembau.

Setelah Linggi dibuka (ada riwayat mengatakan yang membuka Linggi adalah Tok Awaluddin) pada tahun 1783, dan secara rasminya semua orang Bugis di Rembau telah berhijrah ke Linggi sekitar tahun 1798. Riwayat lain pula mengatakan bahawa Lebai Dolman, anak Tok Srilah yang membuka Linggi. Satu kisah yang menarik juga,  mengatakan orang-orang Bugis dari Rembau itu menaiki perahu kulit belayar dari Luak Rembau, menuju ke Siliau.  Sampai di Siliau, tiada siapa yang setuju untuk dijadikan penempatan.

Kemudian terus belayar menghilir ke kuala Sg Pengkalan Kundang, dari situ, masuk menumpang belayar 7 pasang suami isteri. ni bulih panggil Boatpool lah ni...Kira macam besar jugak la ye perahu kulit tu....ato...ntah-ntah, diorg ni konvoi kot...naik perahu memasing????

Yang mula-mula jumpa tempat nak dibuat penempatan adalah Tok Sulong Mahmud dn isterinya..kat Kg Pengkalan Kundang tu lah... kata orang tetua Linggi, Pengkalan Kundang tu, Linggi lah...huhu...acik keliru... Perahu terus belayar ke hulu, lalu mereka bertemu lah pulak dengan Tok Suboh dan isteri yang berasal dari Sumatera, yang memang dah lama tinggal di situ. Maka turunlah pulak Tok Jenu dan Tok Ibrahim somi isteri, join sama itu Tok Suboh .

Yang lain teruskan belayar lagi,menghulu, hingga sampai ke satu lokasi di tebing sungai itu , Tok Kanda Ali dan isterinya pulak berkenan, lalu mereka turun dan menetap di situ, dinamakan tempat itu Kg Hilir....manakala Lebai Dolman pulak, next check point....turun besama isterinya, lalu membuka pulak kg Tengah..

Baki penumpang perahu itu meneruskan kayuh perahu kulit mereka menghulu lagi, hingga sampai la pulak ke destinasi Tok Haji Mohamad Kassim untuk turun dan membina penempatannya di situ, dinamakannya Kg. Hulu. Seterusnya, Tok Khatib Musa dan isteri pulak turun setelah berkenan dengan satu tapak lokasi untuk dijadikan penempatan mereka yang mereka namakan Kampung Telok Rumbia. Puas Acik tanyakan kat orang2 tua di mana letaknya ini kampung, tpi sorang pun tk tau... aparaaa...yang tau mesti yang dah pergi ke alam barzakh...yg hidup tak tau langsung hal dolu2...
Peta Linggi sekarang.... mikir...camner naik perahu, gi Siliau lak dulu dari Rembau (Perjalanan ditunjukkan dgn Line merah..) ...pehtu pusing balik ke arah Linggi, dan pusing balik ke arah utara menurunkan pesenjer satu, satu..tak takut boyer ke? huhu..

Acik suspek, Kg ni dedekat dengan Kg Tampin....yang mana, penumpang terakhir perahu kulit itu bertemu tempat yang layak untuk mereka membina penempatan...haruslah yang akhir ni yang mengayuh perahu tersebut kan... Tok Noh suami isteri..membuka pula Kg. Tampin/Tampin Linggi.. ada satu tempat lagi nama Tampin dalam negeri Sembilan ni...iaitu Tampin yang dokek Rombau tu...hehe..

Dah panjang cerita ni....nnt bepinau mata membaca.  Ok..kita break dulu.  Sambung di episod lain.  Harap2 episod akhir lah..letih memogang buku borek ni nk merujuk ha...

Acik nak kaitkan dengan persoalan, naper orang Linggi tak ikut adat pepatih. Dan nak ceritakan adat orang Linggi yang sebenar-benarnya. Melalut lak citer pasal pembukaaan Linggi. Wallahualam.

Sekian.


Thursday, May 19, 2011

Linggi ku..

Linggi, nama kampungku..walaupun kini tenggelam dalam arus kemajuan persekitarannya, kampungku ini tetap serupa dan sama..Dulu, ...duluuuuuuuuuuu..kampung ini amat istimewa dan tersohor seantero nusantara.

Kampung acik ni satu kampung yang unik. Tapi kekadang ada perasaan terasing dan dipinggirkan dalam Negeri nan Sembilan ini. Semata-mata tidak mengamalkan Adat Pepatih, terkadang ada suara-suara yang tersasul tidak memasukkan kampung acik ni dalam kawasan Negeri Sembilan tanpa mereka sedari.
Amatlah kecit ati ayam acik bilamana ini berlaku.

Pernah seorang, ketika mereka sedang berbual...berkata, "ni tak do cakap linggi do..cakap ghang kito...."
Mungkin mereka tidak sedar, ketika mengeluarkan perkataan ini.  Tak apa lah...nak buat camana...orang Linggi tk diakui sebagai orang Negeri Sembilan rupa-rupanya...kata hati yang sentap ini. * betul, ada jin orang Bugis Linggi dalam diriku ini...jin kuek majuk!

Peristiwa ini menyebabkan acik bersemangat untuk membuka buku sejarah politik dan perkembangan sosial kampung acik ini... tapi mata yang dah kelabu ini, sangat payah untuk membaca lama-lama...kejap dah tutup kitab.  Kitab bukan sebarang kitab.  Kitab sejarah perkembangan sistem politik Linggi...yang ku pinjam dari kakak ku..

Sangat bangga akan aku dengan nenek moyangku yang telah membuka Mukim Linggi ini dulu...*wah ..bahsa seakan bahsa org dedulu...

Nantilah...lainkali kalau aku rajin, aku ceritakan.  Mak vangger dengan Linggi taw...walopun orang Linggi tidak pandai berbahasa 'Negeri Sembilan'  Miskipun orang Linggi itu tidak ada masuk suku...perut memerut semua itu yang tidak ujud dalam Linggi original dulu.

Kalau bukan adat Pepatih, apa adat dan pegangan penduduk di kampung ku? Nantikan di episod akan datang !!

LINGGI 2   |    LINGGI 3   |   LINGGI 4

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...