Syukur Alhamdulillah, sorang anak acik, si Nur Zayani udah habis belajar. Sekarang sedang berusaha mencari kerja tetap. Moga Allah murahkan rezekinya, mudahkan urusannya.
Shahmah pulak, dah tamatkan Diplomanya dengan jaya, dan meneruskan perjuangannya dgn mendaftarkan diri untuk sambung bajar peringkat degree di Uitm Shah Alam pula.
Sementara Hazirah, berjaya mendapatkan tempat ...yang sama dengan abangnya.... untuk berjuang, mendapatkan gulungan ijazah setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di Matrikulasi....kata orang, belajar di Kolej Matrikulasi, tough...kena bersungguh2....kalu tak, sesia je lah masa setahun atau 2 tahun yang dihabiskan di sana tu..klu gagal. Alhamdulillah, Hazirah berjaya mengharungi pahit getir selama ia di Matrik itu. Walopun cukup makan je pointer yang diperolehinya, namun, dgn kehendak dan kurnia Tuhan, dia berjaya menempatkan diri, untuk mengikuti bidang kursus yang dimintanya...tidaklah kena lelong...syukurr lagi..moga dia akan berusaha lebih gigih dari sebelum ni, untuk mencapai kejayaan di menara gading itu kelak.
Tu je nak citer. Tujuan, untuk mendapatkan doa kalian juga...moga Allah permudahkan urusan dan murahkan rezeki anak2 acik nih...Bukan senang utk senang. Bukan senang nak lalui smua ujian2 sebelum ketemu kejayaan dan kebahgiaan.
Acik nak mereka rasa kesusahan, sebelum menikmati kesenangan. Jangan harapkan senang dahulu, tapi kelak susah kemudian. Lebih2 lagilah, kalu kesenangan di dunia, yang boleh mencipta kesiksaan di akherat...jadilah insan berilmu yang beriman dan bertakwa.
Aamin.
hmmm...lama acik tk hapdet..sbb tiada idea...sejak,
-
-
-
-
-
-
-
berebut PC dgn diorg ni. Tak lama lagi diorg dah masuk belajar...maka acik tk la berebut lagi...dan ilham, akan mudah dtgnya untuk menaip dalam keadaan aman damai....yaaaaaahoooooooooo....hehehe..insyaAllah...
Sekian.
Sunday, June 20, 2010
Monday, June 14, 2010
Mengapa
MENGAPA OH MENGAPA?
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya. ..
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
________________________________________
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?
________________________________________
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya. ..
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"
________________________________________
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?
________________________________________
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
________________________________________
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi.. .
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?
________________________________________
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan. .
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
________________________________________
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?
Tempel dari email yang diterima.
Thursday, June 10, 2010
Awas Promoter perkhidmatan Telekomunikasi
Sangat geram dengan promoter2 telekomunikasi dan yang lain-lain yang suka memaksa orang lain melanggan perkhidmtan atau barangan yang mereka jual....
Ini yang telah berlaku pada salah seorang anak acik... bila mana tiba-tiba sampai bil telefon tertunggak, padahal tak pernah pun guna telefon bimbit yang berbil.
Hangen okeh....!!! Yang dia pegi sign borang yang promoter tu bagi, buat apa....
Kan dah kena klentong....!! Berhutang....dapat surat notis hutang dari syarikat pengutip hutang tu lagi.!! Silap2 nanti datang carik pulak rumah ikut alamat yang dibgikan tuh...!
Lagi satu, silap2, nama dah jadik black list sebab ada hutang. Saper yang susah nanti? Mereka dan keluarga mereka!!!
Nak bayar jugak....for nothing???? Tak guna pun servis tu.....?? Oh tidakkkkk!!! Baik acik yang idup ibarat kais pagi makan pagi ni guna duit sebanyak itu untuk perbelanjaan makan pakai anak beranak.
Acik dah antar surat ugutan...errr..boleh la katakan ugutan. Kalau tak dibatalkannya utang anak acik tu....acik akan panjangkan surat tu pada pengerusi dia... mesti ada pesbuk dia kann?????
Tak pun, acik antar kat Persatuan Pengguna....atau kat Kementerian Dalam NEgeri, atau kat Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat...acik akan antar kat sokabar.....kat pesbuk semua...
Ha...cuba la main2 dengan acik ni...jangan pandang sebelah mata okeh!!
Moral of the Story:
Jangan mudah terpedaya dengan promoter2 jalanan....nnt tak pepesal tepaksa begolok gadai...
Promoter2....jgn memaksa orang menjadi pelanggan. Pastikan anak2 yg masih bawah tanggungan, mendapat kebenaran dari ibubapa untuk membeli atau melanggan perkhidmatan mereka.
Sekian.
Thursday, June 3, 2010
Jam Dua Pagi
Dah lama tak berceloteh kat sini.. bersawanggg lagi blog ini. Ni gambar dah lama. Masa mula-mula di opis baru tempat acik bertugas. Dan ni jamuan pertama acik msa menjadi warga di sini. Kelihatan dalam gambar ni, pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang menjamu selera.
Ni pulak, CC kat sini ...
antara makanan yg kami diorang bawa..potluck ni..
Bebaru ni juga di pejabat ni dilakukan reshuffle di kalangan pegawai. Dan antara yang terbabit, bos kami juga. Belum sempatpun kenal beliau.. Dan mulai kemarin, kami dapat lady bos sebagai pengganti. Bye bye and welcome.
Ayatku ayat statik. Entryku entry statik. Kaku, beku.
Tarikh Entry mula ditulis: 21/5/2010.
Tarikh Entry dipublish: arini.
Thursday, May 27, 2010
Malang tidak berbau
Kecelakaan mengunjungi kita tanpa kita ketahui...ibarat tamu yang tidak diundang dan tidak diperlukan.
Gitu lah..tengahari semalam, kakak acik bagitau....mak tiri kami patah tulang pehanya, sebabkan terjatuh... Walopun dia mak tiri, tapi dia baik dan layan kami dengan baik, sekiranya kami ke rumahnya.
Cuma acik yang jarang gi jengok dia. Bila dengar dia ditimpa musibah ni...acik rasa acik patut pegi... Hospital Selayang..Esok insyaAllah acik akan pergi menziarah.
Knkwan tolong sesama doakan, moga dia cepat sembuh ye... memandangkan beliau juga mengidap penyakit kencing manis.... sudah pasti kami, anak2nya, risau. Moga Tuhan cepat sembuhkan kecederaan itu... tulang patah??? selalunya lambat sembuh. Tapi, kuasa Tuhan, moga cepat sembuh dan dimudahkan smua urusannya, di kurniakan kesabaran dan ketabahan dalam melalui kesakitan dunia ujian Tuhan ini.
Gitu lah..tengahari semalam, kakak acik bagitau....mak tiri kami patah tulang pehanya, sebabkan terjatuh... Walopun dia mak tiri, tapi dia baik dan layan kami dengan baik, sekiranya kami ke rumahnya.
Cuma acik yang jarang gi jengok dia. Bila dengar dia ditimpa musibah ni...acik rasa acik patut pegi... Hospital Selayang..Esok insyaAllah acik akan pergi menziarah.
Knkwan tolong sesama doakan, moga dia cepat sembuh ye... memandangkan beliau juga mengidap penyakit kencing manis.... sudah pasti kami, anak2nya, risau. Moga Tuhan cepat sembuhkan kecederaan itu... tulang patah??? selalunya lambat sembuh. Tapi, kuasa Tuhan, moga cepat sembuh dan dimudahkan smua urusannya, di kurniakan kesabaran dan ketabahan dalam melalui kesakitan dunia ujian Tuhan ini.
Sunday, May 23, 2010
Berangan
Anak-anak acik dua orang dah menamatkan pengajian. Alhamdulillah....Nur Zayani, skrg tengah mencari kerja. Belum lagi dapat kerja, dah verangan nak beli keter. Sebabnya...yg mendorong beliau...?
1. Dia sekarang guna keter kebal acik untuk ke tempat kerja sementara dia. Jadi...acik skrg jadik penumpang dia pulak...dah tebalik kan... Jadi, taim balik dia tk sama dengan taim balik acik.. acik tepaksa tunggu dia lama utk ambil acik balik. ..maka selalu la dia kena marah dengan acik sbb lambat dtg amek.
Acik nak naik bas???? aper kes kann!! Duit keter acik yg bayar...tup tup acik kena naik bas??? Ohhh tidakkkk. * senornya...tk geti naik bas ...semenjak acik memiliki motorsikal RC80 acik dulu lagi...
ya ammmpunn...ibuk nggak bisi naiki basss..
2. Sebab acik selalu beleter dgn cara pemanduan dia. Dah brapa kali keter acik dilanggar lentungnya...dah tak rata dah dinding pintu keter acik tu.... hellloooo anakku...ini kereta belun abih bayar lagi taw...tapi rupa sudah mcm tadak halega wooo...
Dia amat rsa mahu merajuk...tpi sbb dia blm ada kenderaan sendiri..tepaksa la dia simpan rajuk dia tuh dulu.
3. Shahmah pun dah abih blajar...dan dah balik rumah... semesti nya berlaku perebutan harta bermotor ini...
Lagi la bila dia dgr shahmah nak bawak kereta ni untuk ke Perak, majlis konvokesyen tak rasmi dia di sana nanti.
Hmmm... maka berangan la si Yani ini untuk memiliki kereta sendiri dan dapat la dia memulangkan kereta yg telah jatuh saham ni ke umi dia semula.
Si bujang ni pun udah verangan dalam dendiam...tpi dia lom kije lagi..dia nak sambung bajar lagik...ke pringkat ijazah pertama...aritu, motor yg kontroversi tu...dah dijual nya memurah kat kawan dia.. sib la ada yg nak membeli...ye lah...jual je lah...takut motor tu buat hal lagi cam tawon lepas... beratus2 abis duit baiki motor tuh.
Begitu juga dengan helmet yg baru lagi dibelinya....dah laku dijualnya melalui ebay.com. Sekejap je diiklankannya, udah yg berminat membeli... Alhamdulillah...
Dia dah berangan nak mintak biasiswa JPA...then, boleh mikir utk beli motor atau kereta.... !!! ader ke patott...
Zirah belum timbul masalah lagi..dia masaalah lain skrg ni...baru habis matrikulasi, tgh tunggu tawaran Universiti mana nak sambung bajar lepas nih... klu la tetiga orang serentak abih bajar...mawu pitam acik nk layan kehendak high taste diorg....
Apa-apapun, doakanla moga anak2 acik tu murah jekinya... tercapai impiannya...idak la acik fenin nanti.
Sekian, terima kasih.
Saturday, May 22, 2010
Semuanya bagus semuanya best...
Hidup ibarat roda kan.
roda acik ke bawah semula.
lupekanje... jangan dikenang jgn dipanjangkn...jangan diikutkan hati...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...
