Showing posts with label tipu. Show all posts
Showing posts with label tipu. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Awas Promoter perkhidmatan Telekomunikasi


Sangat geram dengan promoter2 telekomunikasi dan yang lain-lain yang suka memaksa orang lain melanggan perkhidmtan atau barangan yang mereka jual....
Kekadang, bila kita lalu tepi atau depan mereka, mereka akan tahan, dan halang perjalanan kita.  Pada kita yang dah biasa dan faham dengan tektik-tektik mereka ini, tak apa lah.  Tak layan. Tapi pada yang tidak berpengalaman, akan mudahlah terpengaruh setelah dipengaruh dengan kata-kata manis mereka.

Ini yang telah berlaku pada salah seorang anak acik... bila mana tiba-tiba sampai bil telefon tertunggak, padahal tak pernah pun guna telefon bimbit yang berbil.

Hangen okeh....!!!  Yang dia pegi sign borang yang promoter tu bagi, buat apa....

Kan dah kena klentong....!!  Berhutang....dapat surat notis hutang dari syarikat pengutip hutang tu lagi.!! Silap2 nanti datang carik pulak rumah ikut alamat yang dibgikan tuh...!

Lagi satu, silap2, nama dah jadik black list sebab ada hutang.  Saper yang susah nanti?  Mereka dan keluarga mereka!!!

Nak bayar jugak....for nothing???? Tak guna pun servis tu.....?? Oh tidakkkkk!!!  Baik acik yang idup ibarat kais pagi makan pagi ni guna duit sebanyak itu untuk perbelanjaan makan pakai anak beranak.

Acik dah antar surat ugutan...errr..boleh la katakan ugutan.  Kalau tak dibatalkannya utang anak acik tu....acik akan panjangkan surat tu pada pengerusi dia... mesti ada pesbuk dia kann?????

Tak pun, acik antar kat Persatuan Pengguna....atau kat Kementerian Dalam NEgeri, atau kat Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat...acik akan antar kat sokabar.....kat pesbuk semua...

Ha...cuba la main2 dengan acik ni...jangan pandang sebelah mata okeh!!

Moral of the Story:
Jangan mudah terpedaya dengan promoter2 jalanan....nnt tak pepesal tepaksa begolok gadai...
Promoter2....jgn memaksa orang menjadi pelanggan.  Pastikan anak2 yg masih bawah tanggungan, mendapat kebenaran dari ibubapa untuk membeli atau melanggan perkhidmatan mereka.

Sekian.

Friday, November 21, 2008

Penipuan?

Sehari dua ni acik kebekuan ilham. Bukan sebab kesibukan menjadi ibu mithali seperti yang ader orang gembar gemburkan tuh.

Menjadi Ibu mithali memang dah jadi amalan acik..khasnya ketika anak2 balik bercuti sekolah/semester. Yanie dan Shahmah dah balik bercuti. Dan acik sebenarnya tidaklah amek berat sangat tentang mereka di rumah, memandangkan mereka dah bebesar, pandai engkoranglah nk buat apa...terutama tentang penyediaan makanan mereka.

Hari pertama mereka balik tu, acik rajin siapkan makanan... kebetulan baru balik dari beli lauk pauk mentah dari Mydin. Keteringinan masak tu memuncak. Jadi acik buat keputusan masak lauk untuk keesokan harinya yakni hari Rabu tu. Bangun tidurpun terawal subuhnya. Jadi acik buatkan mereka sarapan nasi goreng.

Tapi itu hari pertama mereka kat rumah. Hari kedua dan sehingga hari ini, acik dah lama tk masak apa2...pecaya lah. Sebab apa? Hari yang acik masak tu, bila balik dari kerja, acik tengok apa yang acik masak tu (masak asam pedas ikan cencaru + keladi) tk luak pun. ..takkan tk sedap kot...??

Shahmah pagi lagi dah keluar.. pegi lapur diri sebagai volunteer untuk AUG (Asean University Games) di Bukit Jalil untuk berapa lama, tidak pulak acik tanya. Nanti acik sms dia..lupa pulak nak tanya...tak lama lagi Yanie pulak gi melapor diri jadik volunteer kat situ.... Yanie? Rupa2nya dia tk gemo keladi.

Dan, dia kedemaman. Tak selera makan pun... cehh.. maka acik sorang gak yang makan... ni yang potong stim nak masak lagi. Kira lauk tu boleh makan 2 hari la...hahah.. Hari ketiga acik bangun pun lambat. Malamnya tak dpt hidayah untuk masak apa2. Pagi pun tak sempat menyediakan sarapan. Petangnya letih, gi maen badminton.

Makan apa yang ada. Senang hidup membujang ni. Yanie asik dengan favourite dia, nugget je. Dia dah besar...kalu lapar, pandai la masak sendiri. Semalam, dia ajak acik gi Alamanda. Tingin nak beli mushroom soup dan stok makanannya yang lelain...nugget, meggi, roti....dan yang sewaktu dengannya.

Pehtu dia beli roti boy dan CD industan ...wajib katanya. Pehtu boleh dia nyalahkan acik, sebab masa ngandun kan dia, acik tgk citer industan. Sebab tu citer Industan dah sebati dalam diri dia. Acik gak yang salah didikan. Ngaku jer lah.. Eh...aper cerita ni...tadi nak cerita lain. Acik senornya nak tampalkan vid clip ni je...ngkorang tengok sendiri la. Pehtu buat penilaian dan lu pikirlah sendiri. Kat Mesia dia dikenali seperti ini; Dan ini

Mungkin ramai yang tk boleh tengok video clip ni memandangkan you tube telah diblok. Pepandai lah ye...hehe. Sekian.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...