Monday, June 14, 2010

Mengapa




MENGAPA OH MENGAPA?










Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya. ..






...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?


________________________________________






Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...










...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?


________________________________________










Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,


dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya. ..






...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"


________________________________________






Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...






...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?


________________________________________






Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...






...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?


________________________________________






Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!






Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi.. .






...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,


dia dikenali sebagai seorang pengganas?


________________________________________






Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan. .






...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!


________________________________________






Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...






...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

 
 
 
Tempel dari email yang diterima.

6 comments:

  1. acik..banayk betul keanap e..sampai akak tak tau cari jawapan..ee

    ReplyDelete
  2. kak erna,.... tawu jawab ehh...tpi kita salu bebuek tak tawu...kan..hehe..

    ReplyDelete
  3. kann?? adoooo yo salah eh kito nih...

    ReplyDelete
  4. Nak nyanyilah "mengapa oh mengapa....."

    ReplyDelete
  5. lama tak masuk blog acik.sihat kah?jwpn saya:SEBABNYA DUNIA NI MILIK MEREKA.TAK PERLULAH KITA PENING KEPALA MEMIKIRKAN KERANA KITA BERJUANG UNTUK KESENANGAN
    'DISANA'..insya Allah

    ReplyDelete
  6. aha...lama tk g blog irfa gak...sejak irfa bsalin dulu....acik sihat Alhmdulillah..

    ya betul tu irfa...bekal ke sana yg perlu kita carikan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...