Friday, January 29, 2010

Escapism

Apabila kita tidak suka dengan sesuatu keadaan, tidak suka dengan sesuatu tempat, tidak suka dengan sesuatu tugas itu, tidak suka dengan seseorang, maka kita akan mencari alasan untuk lari darinya. Macam jika seorang jurujual datang ke rumah, kita buat berbagai tektik dan teknik untuk cepat-cepat dia pergi. Cam yang kak pah pernah cerita di blognya.

Sama ada kak Pah menyamar jadik bibik....atau mengatakan kak pah sudah ada barang tersebut....atau lain2 tektik dan teknik. Sekiranya anda tidak suka untuk makan sesuatu makanan yang dihidangkan, dan dalam pada masa yang sama, perlu menjaga hati pihak yang menghidangkan makanan..apa alasan anda? Macam-macam tektik boleh difikirkan, kalau anda kreatif. Yer...kita kena kreatif dalam hidup ini. Kita tak boleh lurus bendul aja....tk boleh memikirkan cara-cara untuk survive dalam hidup ini. Jangan mengharapkan orang lain untuk survive dalam dunia ini.

Kalau lah tarzan dalam hutan tu tk kreatif, tak reti nak carik makanan dia.tak reti nak gayut kat akar pokok mana..tk reti nak jerit ooOOOooooOOO..tak reti nak jait suar sepender dia... mesti dia takkan popular sehingga ke hari ini... Berbalik pada kisah makanan tadi...bagaimana anda akan menggunakan akal anda untuk tidak makan makanan yang memang seumur hidup anda, anda tidak pernah jamahpun...misalnya, petai....jeruk petai.. Padahal tuan rumah menganggap itulah makanan paling spesel untuk dijamukan pada anda, tetamu istimewanya hari itu...?? Fikirkanlah sendiri camana nak lepaskan diri.. Kalau acik...mmg tk boleh fikir...sbb acik suka bangat sama itu jeruk fetai.... hehe..

Kalau orang membising di sekeliling kita, apakah caranya nak buat diorg diam, atausuruh diorg blah aja dari situ..? Anda boleh fikirkan? Sesungguhnya, anda adalah geniyess.... yaaa..sungguh saya saspek, kalu anda blh memboloskan diri dari keadaan2 sedemikian. Acik pernah buat escapism dalam kerjaya acik. Acik udah bosan duduk kerja kat sekolah... acik tak nampak perkembangan yg pesat kalu selamanya duduk di sekolah itu.

Sedangkan acik ada peluang untuk kerja di tempat lain dari menjdi kerani di sekolah. Selepas beberapa tahun yang indah dan tk indah kerja kat sekolah tersebut, barulah acik mendapat akal yang kreatif....err.. utk mohon kerja di tempat sekarang nih. Kerani gak la..tpi sekurang2nya, lebih luas dunia acik. Alasan acik utk escapism ini dulu, antara lain, sebab acik di pitenah ada hubungan sulit dgn tukang kebun itu sekolah. ..(tolonglah...)

Memang tk penah tepikir pun acik nak berhubungan sulit ngan pokcik tuh... tpi dik sebab ada sorang yang ala2 sakit mental bikin itu cerita, acik mendpt tahu, setelah hampir setahun ianya berlaku, bahawa itu tukang kebun tk dibenarkan masuk bilik tidur oleh isterinya... ye...hampir setahun... dan acik tak tahu apa2pun tentang gossip itu... dik sbb acik buat hal acik sendiri kat opis tuh.

Hmm..hikmahnya cikgu yg mental problem tu buat cerita dongeng ni, terserlah akhirnya... di mana, ianya membantu acik untuk melakukan escapism keluar dari tempat itu...kannz... mekaseh la. Tak de la..senornya secara bertulis, acik kata untuk meningkatkan kerjaya...masa memohon tukar tu. Takkan nak tulis sebab saya di fitnah. Lakukanlah escapism dari jiwa yang kaco..... Sekian. Tak abis lagi tu..tpi sbb udah lewat subuh ni... sok sok la cerita lagi pasal escapism nih. belum klimaks lagi tuh..ahak...

Tuesday, January 26, 2010

Pengajaran

Memang fenin klu layan org yg bengap....keterlaluan tak klu kuar perkataan centu? (acik rsa cam mlampo lak...sori..masa tu bengang sgt..ni dh sejuk sikit..acik tukar le.) ... tpi memang la nk di kategorikan dlm golongan yang bengap pd mereka2 yg diluarnya cam org yang bijak pandai tuh..semalam acik cerita pasal bengang..arini cerita pasal orang2 yang bengap ni fulak... jgn la kalian termasuk dalam golongan ini...memenin kan kapla saja. Ni acik nak cerita.. tulisan ini diambil dari sini. Sekadar nk pepanjangkan penyampaian kisah tauladan ini. Pada suatu ketika, terdapat seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang lumpuh. Beliau mempunyai harta yang banyak dan tidak mempunyai waris kecuali seorang anak saudaranya yang berhak mewarisi hartanya. Kerana tamakkan harta, anak saudara itu telah membunuhnya dan meletakkan mayatnya di hadapan pintu salah seorang dari mereka pada waktu malam. Keesokannya beliau mendesak untuk menuntut bela yang hampir sahaja menyebabkan pergaduhan atau pertelagahan apabila masing-masing mengeluarkan senjata dan berlaku tuduh menuduh sesama mereka. Sebahagian darpada mereka mengatakan, “Engkau yang membunuhnya.” Manakala yang lain menyebut, “Tidak! Engkau yang membunuhnya.” Kekecohan itu dapat diredakan oleh orang-orang yang baik di kalangan mereka dengan mengatakan, “Kenapa kamu hendak berbunuhan sedangkan masih ada Rasul Allah di kalangan kamu?” Lalu mereka pergi menemui dan mengadu kepada Nabi Musa. Kemudian Nabi Musa menyatakan tentang perintah Allah bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah pembunuhan ini.

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan Yang jahil (yang melakukan sesuatu Yang tidak patut)".

“Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati Dengan sebahagian anggota lembu Yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang Yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.”

Kaum Bani Israel yang diperintahkan oleh Nabi Musa untuk menyembelih seekor lembu betina dan menggunakan sebahagian daripada anggota lembu tersebut untuk dipukulkan kepada mayat (si mati) berkenaan bagi mengetahui siapakah pembunuhnya, berdolak dalik dalam melaksanakan perintah Allah ini. Seandainya mereka tidak banyak pertikaian, adalah mencukupi untuk mereka menyembelih mana-mana lembu.

“Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami Bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu Yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa Yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.”

“Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang Yang melihatnya".

“Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami lembu betina Yang mana satu? kerana Sesungguhnya lembu Yang dikehendaki itu kesamaran kepada Kami (susah Kami memilihnya) ato lain pekatan...kami kompius la, dan Kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".

“Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: sebenarnya (lembu Yang dikehendaki itu) ialah lembu betina Yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". mereka berkata: "Sekarang barulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya Yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu Yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.” ... ha kann...hampir2 hajat mereka tk kesampaian dik kerana isu remeh yang mereka sendiri kecoh2kan.

Setelah semua persoalan mengenai deskripsi lembu tersebut dijawab, orang-orang Yahudi (bani Israel) masih enggan menyembelih lembu yang disyaratkan dan Nabi Musa menegur sikap degil orang-orang Yahudi terhadap perintah Allah. Dengan sikap itulah mereka hampir tidak menyembelih lembu yang dimaksudkan.

Demikianlah dolak dalik Kaum Bani Israel berkenaan. Akibat banyak mempertikaikan arahan Allah, mereka disukarkan oleh Allah dengan dikenakan syarat yang ketat bagi lembu yang hendak disembelih.

Akhirnya setelah bersusah payah, mereka menemui lembu yang disyaratkan daripada seorang lelaki yang satu-satunya memiliki lembu berkenaan. Tuanpunya lembu berkenaan berkata, “Demi Allah! Saya akan hanya akan menjual lembu ini dengan harga seluruh kulitnya disaluti emas.” Mereka tiada pilihan melainkan membayar dengan harga yang tinggi, kemudian menyembelih lembu berkenaan dan menggunakan bahagian tertentu lembu dipukulkan ke atas mayat lelaki yang dibunuh.

Setelah dipukul mayat berkenaan, lelaki yang dibunuh itu hidup semula dan berdiri, lalu ditanyakan kepadanya siapakah yang membunuhnya. Dia menunjukkan kepada anak saudaranya. Kemudian ia mati kembali dan anak saudaranya tidak dibenarkan mewarisi hartanya. Mulai dari situ sesiapa yang membunuh bertujuan mewarisi harta si mati tidak dibenarkan berbuat demikian.

Mengikut `Ubaydah, Mujahid, Wahb bin Munabbih, Abu Al-`Aliyah dan `Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam, "Orang-orang Yahudi membeli lembu berkenaan dengan jumlah wang yang banyak.

Sumber: Al-Quran dan tafsir Ibn Kathir

(Kalu ngkorang nak tau mana asal usul lembu tu dan sapa yg jual lembu tu...ngkorang klik kat sini... ) ..sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu, menyusunatur sesuatu kejadian itu, amat indah..amat cantik sekali....subhanallah. Moral of the Story; Jangan lah anda menjadi seperti kaum bani Israel itu...

Bengang

Semalam besemangat nak gi amek PC yang acik antar repair kat kedai di Serdang. Pagi2 udah call, tanya, bila boleh amek itu PC. Fomfuan kat kedai tu kata, petang boleh la mai amek... bila acik sampei kat kedai tu..dia kata tk siap lagik fulak....adeiiiiihh...sakitnya raser ati... rasa nk bom je kedai tuh. Dia tak tau ke yang acik ni dah dekat sebulan tak ada kawan kat umah... ngaku je la tak buat lagik... ni pi kata tk buat back up lgi je... install HD smua udah selesai. Bila acik kata tk payah la back up HD lama tu..nk bawak balik gak PC tuh, dia leh kata ambil esok je lah... (&(^*%($(& MENCIIIIKKKK taw... aritu udah la acik bengang sbb bayar RM50 buat reformat kat PC tu...sampai rumah PC masih tk bley on gak.... kat tempat yg sama. sabau jer la haku.... ujian sungguhh....rindu nk meronda malam.

Thursday, January 21, 2010

Hidup sentiasa diuji

Acik asik terkenang pada seseorang yg jauh tapi dekat dengan acik...yang sentiasa diuji hidupnya. Selama ini, acik ingat, acik la orang yang berat ujian sepanjang hidup, namun setelah mendengar kisah2nya, acik insaf.... bahawa seberat2 ujian yang kita hadapi, ada orang lain lagi yang lebih berat penanggungan beban hidupnya.

Kesimpulan yang blh dibuat adalah, bersabarlah dengan ujian yang menimpa kita... kerana ujian itu hanyalah sekadar ujian. Yang akan berlalu pergi dan silih berganti dengan nikmat yang tidak pernah jemu dianugerahkan Allah. Dalam ujian, ada nikmat sebenarnya.

Yang penting, kita sentiasa memikirkan..sentiasa renungkan...sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat walau sekecil mana sekalipun, yang Allah kurniakan kepada kita. Tenanglah dalam menghadapi ujian. Ketenangan itu akan meringankan permasalahan. Kekalutan, kesedihan, keluhan, itu smua tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

Setiap manusia ada bahagiannya masing2 dalam hidupnya. ada yang kita lihat Allah uji dengan begitu berat sekali.... yang tidak mampu kita tanggung klu ujian itu menimpa kita. Tapi kita kekdang tidak sedar bahawa ada manusia lain yang rasa ujian yang menimpa kita amat berat pada mereka. Sebenarnya Allah maha Adil ..maha mengetahui kemampuan setiap hambaNya. Ujian yang menimpa kita itu adalah yang mampu kita lalui.

Percaya lah... Allah juga telah mengatur perjalanan hidup kita dengan begitu cantik sekali. Hanya kita yang tidak menyedarinya...kerana kita leka merungut, mengeluh, menyesali ujian kesusahan yang telah ditimpakan kepada kita. Padahal, kita tidak mengetahui bahawa mungkin ujian itu untuk menghapus dosa kita...mungkin kerana Tuhan mahu memberikan yang lebih baik untuk kita... mungkin ..mungkin....mungkin... carilah hikmah di setiap ujian yang telah menimpa kita seblum ini, ketika ini mahupun yg selepas ini.

Habis tidakpun, ujian2 itu akan memberikan kita pengalaman yg amat berharga, menjadikan kita seorang yang matang...seorang yang kuat iman, seorang yang tabah. Bersyukurlah sentiasa...kerana dengan bersyukur, kita akan tabah melalui setiap ujian hidup ini. Sekian. Moga semua mereka yang menderita diuji, akan mendapat Rahmat dan limpah kurnia dari Allah.

Tuesday, January 19, 2010

Berkelah di Sg Gabai

Ada beberapa perkara yang menyebabkan kesihatan boleh terganggu.

1. Komputer rosak.

2. Ekonomi yang tidak menggalakkan.

3. Masalah anak-anak.
Sebab tu, penyelesaiannya, duk dendiam....
Rasa cam dah penuh sawang dah blog ni....tak aper la.... sementara PC kt rumah tu blh di ok kan... Nak tggu gaji baru blh antar repair..bukan apa pun, kena tukar HD...udah tk leh pakai dah HDisk lama tuh.
Nak bercerita pun tadek mood. Udahla batuk teruk bebaru ni... Alhamdulillah dah ok dah nih.
Dalam batuk2 tu, sempat gak anak acik bawak acik gi piknik kat Air Terjun Sg Gabai dgn kenkawan dia... tambah semput rasanya kena naik tangga nak ke air terjun tuh. ..naik 2-3 anak tangga, acik berenti berehat...naik lagi 2-3 anak tgga...berehat lagi....dan lagi...dan lagi... hingga akhirnya bejaya gak sampai ke kemuncak.

Bila sampai kat atas tu, sonok pulak... air yg dingin.... menyamankan ... bunyi deruan air yang berlumba2 terjun ke bawah.... damai.... mang damai sekali..

Taim balik, sekali lagik...turun tangga pulak..

rasanya, tangga kat situ, lagi banyak anaknya dari anak tangga kat Batu Caves. ...adeiiiihh... ketaq lutut pehtu.

Adventure sungguh nak gi situ. Memula tu ingatkan masuk free...Roper2nya kena bayar satu kepala singgit... okla... tapi...tandas/bilik air kotoq giler... sib la acik tk mandi. Just menikmati udara nyaman tu je, dan jadik fotografer kekanak riang tuh.

Balik rumah, acik kembali busan.... dah la sorang2...Yanie dah balik kolej... Zirah kat kampung.... PC lak rosak...
tulunnnnnnnnnn...

Saturday, January 9, 2010

Hari Tanpa PC

Ternyata tidak mmbusankan pun. bahkan, acik boleh tk teringatkan pun nak bertenet. Sebab, acik telah mulakn hari dengan mengintai kamar Setor rumah acik, lalu terpandangkan bola yang telah kempes. Sebelum tu acik telah menggantung papan Dart acik di luar balcony rumah ni...dan cuba membosankan diri membaling dart... malangnya asik tersasar je. Lalu sebab itu lah acik gi pulak ke setor tersebut. ada 2 bola...satu bola jaring, satu bola keranjang. Dua2 dah lembik...tader angin. Lalu acik nak isi angin pada bola tersebut. Acik cari nat utk salurkan angin ke bola.. tapi tk berjumpa dengan nat tersebut. tah mana acik letakkan. Udah lupa. Puas acik carik. Lalu acik tercapai pulak pancing ikan acik di setor itu. Ada satu, tinggal dalam kereta..stdby utk gi mancing bila2 masa. Acik jumpa kotak mancing acik...dengan batu ladung, dengan mata kail.... lalu acik keluarkan mata kali tersebut.....yg dah terbelit dan tersimpul, acik ungkaikan semula... susun elok2..pilih matakail mana yg stended saiz yg acik blh bawak gi mancing kat laut atau sungai kelak... Pancing yang di setor, pancing utk ikan kolam... hmm..udah lama tk pegang pancing nih. Lalu acik terai2 .... reelnya ada masalah...lalu acik duduk beselepot...bukak skru satu lepas satu... leka selekanya...memusing2 reel pancing tu, sambil mata jeling2 citer indostan arini. Tah baper kali ulang udah cerita tuh. Si Nurzayani telefon, hairan, sebab acik tk tanya dia pun password lappy dia, yg dia tinggalkan kat rumah seblm berangkat ke ulu Perak subuh tdi. ..acik kata, bio ler dulu... ummi tengah bz dengan pancing ni.... hehe. Sambey2 tu sempat berangan nak beli reel baru utk pancing tuh.... nanti lah...carik yg sedap sikit baling ke laut nanti.... hmmm...bila gaknya. ada dua orang teman yg pakat nak ikut acik mancing.. jadik ke tidak gaknya. Khasnya lepas dengar ada orang kena gigit jerung/buaya kat laut Podeksen.... huhu...misti depa takut nk join....ekekeke.. Apa kata kita pancing ikan jerung? huhu... Cmner klu acik gi mancing kat pulau ni...tetiber sekor boyer merangkak nk tumpang bejemur kat pantai ?...ha....takut gak kan... senornya, tempat acik salu gi mancing tu, dekat dengan kuala sungai Linggi... aha...sungai Linggi yang terkenal dengan udang galahnya tuh...kata orang, klu ada udang galah, adalah jugak buaya dedekat situ..huh.. Acik penah menyusur sg Linggi satu ketika dulu, acik masuk dari laut dengan bot laju...ke muara sungai...menyusuri sungai tu, dan nampak anak buaya bergelimpangan 2 ekor kat tetepi sungai tuh... rasa cam National Geography punyer crew lak masa tu...hehhe.. Ahh..tk kisah la...buaya ke...jerung ke...janji acik idak kaco deme tu. Acik nk gi mancing ikan je.. tapi tah biler tah...hehhee...berangan lagi. Oklah...tdi acik tinggalkan pancing ngan bola tu bersepah tetengah rumah. Memula terai gi reformat PC .... lama gak...bila asik tak bejaya je...lalu acik tinggalkan PC ni, biler dengar sms dari Nur zayani, bagi password lappy dia...terus acik melekat kat kosi depan lappy dia nih...hah.. Tu dia... pasni baru nk gi kemas pancing tu. Simpan balik la bola2 tadi..tk jumpa punat eh nk dipamkan angin... ternyata hariku tidak la bosan sgt tanpa PC kan... Cerita Tambahan: Lupa pulak....cerita selepas subuh... kener catat gak kat sini...hehe Acik bangun sesubuh sebelum masuk waktu solat subuh sebab si Nurzayani tu mintak tulun hantar dia gi Kolej... Perjalanan terakhir dia ke Hulu Perak untuk menamatkan kerja2 Final Yr Project dia di sana. Sementara nunggu dia siap, acik nengok kat akuarium ikan acik.... Alhamdulillah... Ada anak2 guppy yang lahir... maka sibuk lah acik membidankan ikan2 tersebut. Lepas balik dari hantar Nur Zayani itu, acik sambung smula duk ngadap ikan tu, nengok anaknya dikeluarkan seekor demi seekor... sebaik kluar je anaknya, acik tangkap dan asingkan, seblm menyaksikan si ibu dan kuncu2nya mematuk anak2 yg kecil ituh.. Petang ni acik baru ada masa nk kira anak2 ikan tuh...keseluruhannya, ada 37 ekor... wahhh !!! lumayannn kan... ekekekke.. Acik senornya baru beli 5 ekor ikan guppy betina yang sarat buntingnya kat Sri Serdang aritu ...memang saja pilih yg bunting... nk tgk dia banak...dan nak memperbanyakkan rakyat jelata guppy acik... Dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali. Gitu lah... dalam kegembiraan mendpt 37 ekor anak ikan guppy itu, seekor ibu ikan itu telah ditemui mati lemas dalam akuarium tuh. Nak buat mcamnakan...dah ajal dia.. hmmm.. moga anak2 ikan guppy ni akan panjang umur dan akan beranak pinak lagi utk acik. Acik merancang nk gi beli lagik ibu ikan guppy nanti...hehe...tamak kann... Sekian tambahan cerita. Pasni tk tau la bila nk online lagik...tuan pnya lappy udah nk balik...hehe.

Friday, January 8, 2010

Apa lagi selepas ini..

PC tua ku pulak rosak malam tadi.....

Apo nk di kato.... tk per.... nnt kan coba ku godek2 lagik... dpt gaji baru gi repair...huhu..

Petang ni Hazirah pulang bercuti 2 minggu ...misti dia buhsan giler tanpa PC nih kat rumah.... ummi dia lagi buhsan... waaaaaaaaaaa...

Harap2 ada belas ihsan si Nurzayani ni meninggalkan laptop dia kat rumah, sementara dia ke Perak untuk kesinambungan Final Year Project dia lagik esok...

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...