Saturday, January 14, 2012

Baharu di tahun Baharu

Walaupun usiaku makin meningkat, namun, untuk menggantung reket badminton tidak sekali...belum lagi...
Saya perlu lebih giat, mengeluarkan peluh di badan untuk kesihatan diri sendiri. 

Dan, untuk itu, saya perlu terus bermain, bukan bertanding.  Masa untuk bertanding, mungkin tidak lagi..mungkin...mungkin akan bertanding, jika ada cabaran, dari rakan seumur.  Tapi, payah untuk ketemu rakan seumur yang mahu bermain bersama, apalagi untuk bertanding bersama....tandanya... saya masih sihat dibanding dengan rakan seumur yang lain... Alhamdulillah.  Syukur pada Allah yang memberikan nikmat kesihatan ini padaku.

Untuk terus bermain, perlu ada kawan...dan kawan-kawan itu smua tidak selalu bermain...perlu sediakan kemudahan untuk mereka agar mereka mahu bermain, dan menemani saya bermain.


Oleh itu, selepas mengisi perut di Cempaka Rimba atau Rimba Cempaka, PKNS Bangi, semalam, bersama seorang rakan sepejabat, saya ke Bangi, mencari makan reket badminton yang baru untuk saya dan rakan-rakan saya.  
Tak lama mencari, terus saya perolehi...yang baik, tetapi tidak mahal, bemakna, yang murah tetapi ada brand..:)  ..saya juga suka yang ada brand....walaupun tidak mampu.  Sekurang-kurangnya, yang sama jenis dengan yang Datuk Lee Chong Wei guna. Vangger mak...!! haha.

Saya beli yang harganya bawah RM50 sahaja.  Kalau setakat nak main kasi keluar peluh, tk perlu yang mahal-mahal.  Itupun ada yang lebih murah, RM30+  brand yang sama.  Ok je kalau beli untuk tambah koleksi nanti.  Saya suka kawan-kawan sihat....dan saya pun sihat.  Trima kasih pada kenkawan yang sudi menemankan saya berpeluh nnt.  



Friday, January 13, 2012

Apa yg perlu ada pada seorang penulis

1.  Naluri ingin tahu
2.  Imaginasi
3. Dedikasi
4. Mencari kebenaran
5. Gemar mendekati manusia
6. Mempunyai ilmu umum yang baik
7. Pandai bercerita

Jelas tak gitu?  Saya salin dari satu nota yang saya dapat dari seorang wartawan yang bermurah hati menurunkan ilmu penulisan berita sewaktu saya belajar dulu.  Kelas kami melawat ke pejabat akhbar perdana itu dalam usaha untuk menyiapkan tugasan kami.

Isi lain dalam nota yang masih tersimpan baik itu ;

Seorang penulis perlu mempunyai pancaindera ke6. ..sixth sense .. iaitu hidung berita.  Boleh mencium nilai berita dalam sesuatu ketika. Gunanya adalah untuk :

1.  Mengetahui fakta yang penting dalam berita
2.  Mengenal pasti bentuk berita yang ditemui
3.  Memilih sudut berita yang paling bernilai sebagai 'lead'.
4. Membuang fakta yang tidak penting.

Dan jika anda seorang penyunting, hidung berita adalah untuk:
1. Menjadikan berita lebih menarik
2. Menentukan panjang dan tajuk
3. Menilai dan meletakkan sesuatu berita ketika proses 'lay-out'.

Dari kenyataan ini, tahulah kita angkara siapa yang meletakkan tajuk akhbar yang selalu membuat kejutan dan keinginan kita untuk membaca, untuk marah, untuk membuat spekulasi yg benar mahupun yang salah...siapa? Editor?  Penyunting berita !!!!

Dari modul pengajian saya pula menceritakan tentang pentingnya tajuk berita yang dikatakan sebagai 'penunjuk' sesuatu cerita.  Tajuk berita adalah untuk:
1. Menarik minat pembaca terhadap sesebuah cerita
2. Meringkaskan cerita itu agar pembaca dapat gambaran sepintas lalu tentang cerita atau berita itu
3. Menolong pembaca menilai cerita tersebut
4. Menjadi daya penarik untuk pembaca membaca akhbar itu selanjutnya.

Pentingkan...tajuk berita itu.  Penulis sepatutnya boleh agak, apakah penilaian pembaca terhadap cerita itu apabila membaca tulisan mereka.  Jadi, pastikanlah pembca menilai secara positif...setelah membaca tajuk setiap tulisan itu.

Thursday, January 12, 2012

Dulu je..


Kita selalu berkelah bersama di sini. Beriadah, bergurau senda, berbincang segala topik dunia, bahkan bersama juga menuntut ilmu di bawah kubah Masjid bersejarah ini.
Tempat yang menjadi tumpuan penduduk sekitar kawasan ini untuk melegakan tekanan jiwa setelah seharian atau sepanjang minggu berhadapan dengan masalah kerja. Mereka dan keluarga mereka berkejaran, bermain badminton, remote car, berbasikal atau apa sahaja di sekeliling bulatan ini.

Membawa bekal sendiri, mahupun membeli di kedai lalu bersama menikmatinya di sini, bersama keluarga ataupun rakan handai.  Rindu suasana itu.  Kini semua rakan-rakan membawa diri, tidak punya masa lagi untuk itu..untuk berkumpul bersama seperti dahulu....hmmm...dunia...dunia. Bila pula akan berputar semula kembali ke situasi yang dahulu..atau tidak akan berulang lagi..dik kelukaan itu. Dik kemarahan itu. Dik kesedihan itu.


Saturday, January 7, 2012

Final Event

Masih di JB.  Kami asik jeling-jeling rambutan di luar asrama ni...  Bila nk gi panjat pokok tu agaknya...

Pagi ni, 22 Dis,  Hari ke 5 di JB. Tiga budak itam, bangun mandi-mandi dan bersiap untuk keluar lagi..Tidak berkesempatan langsung untuk membosankan diri di asrama usang ini. Macam biasa, bersarapan di Plaza Larkin, saya pun dah lupa makan apa.  Biasa-biasa saja..makan makanan Melayu.

Sekali lagi, kami bergerombolan dengan pasukan Bola jaring.  Hari ini sekali lagi ke Daiman Bowl untuk menyaksikan tournament akhir Bowling MSKPPM itu. Saya berazam untuk tidak melepaskan peluang bergambar dengan adik-adik dari Melaka itu kali ini.

Kali ini tiga budak itam ini tidak bermain bowling.  Jari jemari perlu direhatkan, bermain 2 hari berturut2..sakit ok! Jadinya, peluang yang ada, saya merayau bersama video cam dan camera henpon kecit saya ni, mengambil aksi-aksi menarik mahupun tidak menarik kawan-kawan dan pasukan yang bertanding.
Antara aksi termenarik,



Trio Melaka yang memenangi tempat kedua dalam kategori berpasukan.






 Majlis penyampaian hadiah, kelihatan Pengurus Pasukan Mesca menerima cenderahati dari pihak penganjur.




Pengurus Pasukan Mesca sedang beraksi dalam acara untuk para pengurus pasukan.






Action of the week. Dayah yang jatuh terduduk ketika mahu membaling bowling ball.  Teringat ketika saya pernah tercedera kerana terjatuh begini beberapa tahun yang lampau. Bahaya tu. Alhamdulillah, Shooter Netball team Mesca ini tidak cedera. Berkemungkinan tahun hadapan, Dayah akan beraksi dengan pasukan Melaka eh???  We gonna miss u Dayah.  Selamat berhijrah ke negeri Melaka Bersejarah.
Aksi driver bas kami (berbaju merah) yang turut sama mempamirkan permainan yang menarik. Abaikan yang berbaju kuning.  Itu pengunjung pusat bowling ini.










hmmm..pegi mana pun, dua budak itam ni asik le begayut dengan tunang masing-masing kat tipon kecit tu.  Nasib baik la makcik ni pandai bawak diri. Kalu tak, menganga la tader kenkawan nak besembang...hehe




Satu-satunya pasukan Mesca yang berjaya menggondol hadiah pertama. Tahniah kepada kategori pasukan bertiga Mesca Wanita ini.






Hah...itu la dia tamat sudah pesta sukan 2011 yang berlangsung di Johor Bahru itu. Selesai acara terakhir ini, macam biasa, pergi makan-makan. Kemudian balik ke asrama masing-masing.  Hari dah petang pun.  Kami perlu berehat seketika untuk menghadiri Jamuan Makan Malam merangkap Majlis Penutup Sukan MSKPPM  pada malam harinya.

Pakai baju korperat yang diberikan kepada semua delegasi Mesca, kami tampak segak sekali.  Terutama bila melihat pasukan Bolajaring yang begitu teratur dan skemanya memakai baju tersebut dengan seluar slack berwarna hitam dan bertudung maroon.  Macam pegawai penguatkuasa.  Rasanya, kami menang gaya untuk malam jamuan ini... jadi lah.

Cuma team 3 budak itam , pakai ikut suka hati masing-masing je.  Mana lah tau nak bawak seluar warna apa, tudung warna apa.  Semua baju pun diberikan last minit.

Majlis berlangsung biasa-biasa aje.  Sound system tidak berapa bagus.  Saya berjalan-jalan dengan Video Cam saya ketika majlis berlangsung. Ikut group bola jaring. Kemudian mengada-ngada ikut 2 budak itam lagi tu tukar tempat duduk, pegi duduk dengan pengurus2 dan pegawai-pegawai Mesca dan budak lelaki lain.

Ye, akhirnya, saya berpeluang berhadapan dengan Pengurus Pasukan Badminton yang saya bengang amat tuh. Peluang yang ada tidak saya sia-siakan, tapi hanya untuk bertanyakan tentang hadiah kemenangan bergu saya yang masih belum kami dapat.  Beliau menjawab, "diorang buat medal untuk pemenang pertama sahaja!! terlupa untuk pemenang yang lain !!" Boleh?

Soalan misteri satu lagi, tidak berani saya tanyakan.... soklan tersebut, "kenapa saya tidak dipilih untuk mewakili pasukan badminton kerana katanya, pemilihan wakil adalah berdasarkan prestasi karnival Mesca 2011?  Kenapa mereka yg tewas ketika karnival pun blh terpilih mewakili Mesca?" ....soalan itu tersekat di halkum...*erkk...kau ada halkum ke ?

Tak sampai hati dan juga tk mahu menerima kemungkinan saya akan dimalukan atau pegawai itu yang akan saya malukan nanti.  Tapi memang saya rasa dimalukan oleh pegawai-pegawai Mesca yang menyindir kekalahan kami, terutamanya pasukan Road Relay ketika di meja makan itu.  Terutama bila hamba Allah itu menyebut tentang kekurangan latihan dan faktor usia.

Tahukah beliau, walaupun kami tidak menang, kami tetap mewakili Mesca, memandangkan mereka yang berkebolehan, tidak datang sewaktu pemilihan dibuat.
Tahukah beliau, ahli pasukan dipilih hanya 2-3 hari sebelum bertolak ke JB. Salah siapa tu?  Berterima kasih lah pada kami kerana berjaya memanfaatkan duit peruntukan yg disediakan.  Daripada tiada wakil.  Kami berdisiplin ok...
Aku ni ha, hanya pelari simpanan tua, tu pun menggantikan orang yang menarik diri, berjaya menyelamatkan pasukan ni daripada terpaksa menarik diri dari bertanding. Lari ni bukan bidang aku pun......tapi sebab si botak tu tk pilih aku main badminton, aku terima sahaja bila dapat peluang turut serta ni tak kira lah acara apapun...hmmmm ..emosi sat.

Ok...relaks...meh tengok gamba kitorang waktu majlis yg tk gilang gemilang tu..
 

Usai majlis, kami pergi berpoyer-poyer lagi ke Pasar Karat.  Bawa pasukan Bolajaring yang tak berpeluang pergi lagi sebelum itu.  Saya tak turut serta.  Letih.  Hanya beristrehat dalam bas.  Mungkin peniaga di situ saspen juga melihat sekumpulan manusia yang berpakaian seragam macam Pegawai Penguatkuasa turun beramai-ramai di situ. Hehe..entahle.  Saya tidak sempat memerhatikan mereka kerana terus terlena di tempat duduk dalam bas itu...dapat pulak duduk di seat sofa...tk hengat apa dah...mimpi sampai ke manapun tatau.  Sedar-sedar, bas dah nak jalan, untuk balik ke asrama.  Tengah malam jugak tu.

Sampai di asrama, kami mengemas barang apa yang patut untuk berangkat pulang esoknya. Tidur dengan lena seperti malam yang sudah-sudah juga.

Moral of the story:  Entah...tader moral kali ni... Hidup jangan tidak bermoral...

Friday, January 6, 2012

Sesat Jalan

Note di FB...
Terlajak kereta, boleh reverse balik. Cuma berapa jauh kita terlajak tu, baru kita sedar, itu tak tentu.  Kadang-kadang sampai kita jumpa jalan mati, baru kita sedar.  Kadang-kadang, sedikit je, kita dah tahu, kita dah tersalah jalan.  Maka kita boleh pusing lagi untuk kembali ke jalan yang betul.  Jalan yang menuju ke matlamat kita.  Jalan yang membawa kita ke destinasi sebenar.  

Mungkin esok lusa, kita akan tersalah jalan lagi.  Tpi selagi ada keupayaan dan kemahuan, ada signboard  atau orang yang menunjukkan jalan, kita akan bertemu jalan yang benar.  Semuanya atas keizinan Allah juga.

Jangan diketawakan, jangan marah mereka yang tersalah jalan itu.  bantu mereka, tunjukkan jalan kepada mereka, berikan isyarat utk ke jalan yang betul kepada mereka. Jangan sombong, dengan merasakan yang kita sentiasa di jalan yang benar.  Allah berupaya mengubah hati kita untuk berpijak ke jalan yang salah jua.  

Kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan. Bertanya lah pada yang tahu wahai pengembara di bumi yang fana ini andai kamu kabur arah mana nak dituju.  Kita semua juga sering tersasar, terlanjur dan terlajak dalam kehidupan kita.  
Sentiasalah kita berpaling mencari jalan yang patut kita lalui,
Meskipun jalan itu penuh berduri,
Namun penghujungnya pasti nikmat Allah yang menanti.


Rehat kejap citer pasal JB ni....

Thursday, January 5, 2012

Dah Empat Hari

Hari ke 4 kat JB nak buat apa gaknya. Game kami dah over.  Boleh bangun tidur lewat la .  Geng Badminton sibuk ngemas barang untuk pergi meninggalkan kami.

Daripada 8 budak itam, dah tinggal 3 je.  3 budak itam ni tekelip-kelip dalam dorm yg sodih tu.  Tapi kami tk sedih... saya pindah katil, duk sebelah si Tina.  Tidur sederet.  Tunggu bas datang untuk bawak kami gi sarapan. Perancangannya, lepas sarapan di Plaza Larkin, kami akan gi ke Daiman Bowl.  Menyaksikan pertandingan boling di sana pulak.  Ada satu kemenangan pasukan kami di sana.  Satu-satunya wakil Mesca yang menang.  SYukur. Idakla balik kosong....saksikan bolinggg???  atau kami yang main boling lagi?  hehehhe

Ye, kami mngasah bakat lagi di sini.  Lane nya lebih baik, tapi licin lantainya.  Bola nya lebih cantik dari yang di Angsana.  (Tapi naper tader bola saiz seploh nih...???  tepaksa guna bola 11..huhu..) ..tak pe, itu akan jadi alasan untuk tidak dapat strike..!!

Kami hanya main 2 game.  Di Daiman ni agak mahal..lebih kurang di Alamanda jer.  Di kala pemain lain sibuk menyabung nyawa mahu menjuarai pertandingan, kami pun sama-sama bagi semangat, kat diri kami sendiri....meningkatkan kemahiran, dengan harapan, tahun depan, mungkin terpilih untuk wakil Mesca main bowling plak, tak payah la nak belumba lari nih..capek gue..haha..ye lah tu.

Sambil-sambil main tu, saya bertemu kawan lama.  Lupa pulak nak sebut, sewaktu dalam perjalanan ke JB hari Ahad tu, kami berhenti di R&R Pagoh kot...tk lah hingat sangat. Mata melilau memerati sekeliling.  Nampak ramai yang datang dari larian Kitar semula yang acik sertai tu.  Di samping, beberapa kumpulan yang pastinya menuju tempat dan tujuan yang sama ke JB, menyertai sukan MSKPPM ini yang datang dari negeri lain.

Terpandang pasukan berbaju hijau.  Tulisnya Melaka...hmmm...wahh..gagah2 wakil bola jaring Melaka nampaknya...bisik dlm hati saya sewaktu melihat mereka setelah saya selesai urusan menunaikan fardhu Zohor di surau R & R itu. Tiba-tiba saya berselisih dengan dua orang gadis yang leka bersembang sambil ketawa2 kecil...Dalam ati berkata...Eh...macam pernah ku lihat, tapi di mana ya...!! 
Saya pusingkan kepala 360 darjah...mencari mereka yg telah di belakang diamnya...saya panggil...hey kamu....tunggu sekejap !! Boley? panggil orang suka suki centu???

Kedua gadis manis tu terhenti...dan memerhati... err....ye..naper..ehh ehhh...aqaqqq....kan..sib bek tak salah orang...kalu tidak saya akan termalu di situ. Mereka sebenarnya rakan sekursus dari Melaka, 5-6 tahun lepas berkursus sesama di JB..ye...JB jugalah tempat perkenalan kami.  Sgt akrab sepanjang kursus komputer itu.  Siap berlakun sesama... masih kah kau ingat, kita bukak syarikat kerepek tu?  Waktu dipaksa buat presentation dengan Power Point dan lain-lain aplikasi MS Office? dan ingat lagi tak pada wajah yg kita peralatkan menjadi pengarah syarikat kita???
hehe...kedua gadis itu saya kenali dengan nama Hanum dan Siti Mariam.  Rupa-rupanya dua sahabat ini jaguh bowling dan dah pergi merata tempat bertanding...uwaaaahh..
.mak vangger nak..


Dan dalam pertandingan kali ini kedua mereka berjaya merangkul hadiah kedua bowling berpasukan dikalahkan oleh pasukan kami.  Tk per la nak..sok sok cuba la ye.  bagi chance kami menang kali ni, sian kami ni mai jawoh, satu pun tk menang..hehehe..tahniah utk kalian.

eh..tadi crita apa ye.  Ohh..pasal kami main boling.  Yup..habis 2 game, diorg ajak balik.  Tak sempat saya nk bergambar dgn kenkawan tadi.  Kami gi makan-makan...err..makan lagik!!  Da tengahari kot.  Selepas tu, mengikut perancangannya, kami akan dibawa menyaksikan pertandingan Hoki.  Di padang perlawanan bolasepak kemarin.

Tapi saya menarik diri.  Minta dihantar pulang ke asrama seorang diri.  Solat pun belum lagi..klu dah gi tgk game tu, bila plak nk solat...tempoh utk melakukan solat Jamak Qasar telah tamat. Seperkara lagi, saya membuat janji dengan seorang kakak/kawan lama yang tinggal berhampiran dengan tempat penginapan kami. Kak Mal, akan datang ambil selepas Asar untuk dijamu makan, makanan masakan airtangan beliau sendiri! ...bukan senang nk dapat rasa tu.  Sebab dia bukan selalu masak.  Orang yang selalu travel buat bisness sana sini mana ada taim nk masak.  Tapi sebab saya desak, dia tak pernah menghampakan.  Terima kasih Kak Mal.

Dulu, kami bertemu waktu saya masih muda remaja, begitu juga Kak Mal.  Kami pernah makan sepinggan, tidur sebantal, tinggal sebumbung... rapat la jugak kan...duk asrama, tumpang bermanja dengan kakak2 senior gitu..sekarang dah tua. Dia masih seperti dulu.  Tak jauh bezanya.  Lupa pulak nk amek gambo dengan kak Mal. Ni gambo masa kak mal datang ke pejabat saya tahun lepas.  1st time jumpa lepas terpisah lebih doploh lima tahun.
Moga Allah merahmati hidupnya hingga ke akhir hayat.

Sambung cerita, al kisah saya dijamu makan laksa Johor oleh Kak Mal.  Dia bukan orang Johorpun, tpi berkahwin dengan orang Johor.  Sekarang dah jadi orang Johor ... Banjar? hehe..
Sekejap je kat rumah Kak Mal.  Takut nnt tercicir dengan  kawan-kwan punya program..dan tak mo lah kacau Kak Mal lama-lama.  Mungkin dia ada banyak urusan...ini adat bertamu...kena prihatin dengan tuan rumah. Jadi, bila dah kenyang, saya minta Kak Mal hantar....(cantik muka kau kan..dah la datang pun berjemput dengan kak mal dan Abg Shah !) ..aah...dekat je tempat kami dengan rumah Kak Mal.  Tak lama lepas saya balik, kawan-kawan lain pun sampai. Kami bersihkan diri, dan bersedia untuk program malam tu pulak...adeiiiihh....non stop program kan !

Ke mana malam ni? Ikut jer lah...Pasukan Bola jaring ikut sama.  Jadi, kami agak sopan dalam bas.  Tak la hirukpikuk buat cam bas sendiri kan. Mereka tampak begitu skema dan sopan santun....

Rupa-rupanya, kami di bawa ke The Zon,  entah..saya tk pernah tau pun ada tempat ni sebelum ni...memang saya ibarat katak bawah temfurung je...rupa-rupanya kawasan Perdagangan Bebas Cukai.  Tempat menyoping nak ngabihkan duit.mcm kat Langkawi tu.Ye..gaji dan bonus seciput udah masuk...beringat2lah kamu....

Sib bek, kami terlewat. Pusat perniagaan itu dah hampir nak ditutup.  Jadi kami hanya seketika di situ.  Katanya akan makan di tempat lain.  Tunggu punya tunggu...tetiba, yang lelaki2 ni bagitau, makan kat situ jugak...aduyaiiiii...cakap la awal2...Jadi, kami pun serbu gerai makan berhampiran. Saya order yang cepat dan murah je..Nasi Goreng Pattaya.  Sementara geng lain, order ketamm...errr..oh tidak..saya tidak akan masuk sama...Ketam musuh kolestrol saya... so, saya pandang2 jeling2 je lah diorg makan.  Seratus lebih jugak kena bayar...huhu... makan sedap..bayo pun sedap la wey..

Udah la lambat siapnya, nak makan pun mesti lama, sbb kena kerja lebih nak carik isinya.  Mesti orang lain yang dah menunggu dalam bas meradang...huhu..sabo je la...sesekali diorg ni nak makan.  Ha...tu lah, ikut lagik..hehhe

Balik tu dah tk menyinggah memana...ngantukkk...terus balik asrama je ler..Kali ni pintu gate belum dikunci, walaupun udah lebih pukul 1 pagi .

Wednesday, January 4, 2012

Hari penentuan

Entry ini dan 2 lagi entry sebelum ini adalah sebenarnya catatan perjalanan saya ke Johor Bahru.  Ini entry ketiga, untuk hari ketiga.

Hari yang kami, Team Road Relay, nantikan pun tiba.  Awal subuh dah bangun. Selepas tunaikan solat Subuh, saya bersiap seadanya.  Baju dah disematkan dengan nombor giliran pelari masing-masing dari malam nya lagi.  Semua dah disiapkan dan diketepi di satu tempat.  Tshirt, seluar, smua di sponsor. Cuma saya sahaja yang dapat baju yang bukan saiz.  Maklumlah, menggantikan tempat orang.  Orang tu saiz S...saya perlukan saiz L !! Syukur, ada sorang yang mahu bertolak ansur menukarkan pakaiannya dengan saya. Trima kasih nak... (kok usianya sebaya dengan anakku !!! ) Meh lari sama-sama dengan emak ye.. :)

 
 Bas dah menanti kami .  Terus membawa kami ke tempat kejadian.  Pelari dari negeri lain pun dah ramai ada.  Semuanya sedang warm up. Kami pun terus diarahkan memanaskan badan.  Satu yang bagus..cuaca ..  Cuaca sangat cerah hari itu.  Alhamdulillah.  Setelah 2 hari berturut2 hujan tidak berhenti-henti. Dengarnya Rompin dinaiki air..huhu.. Yang penting, kami tidak perlulah berlari dalam basah.

Saya memegang giliran ketiga untuk menyambut batton. Berdebar-debar, tengok pasukan lain yang gagah perkasa.  Kami pula, yang tidak cukup latihan...gemuk2, .. Saingan terhandal tampaknya dari Sabah dan Johor.
Mungkin pelari Sabah itu hari-hari berlatih naik turun Gunung Kinabalu, sementara pelari Johor, berlatih turunaik gunung Ledang..Kami, errr..berlatih turun naik dengan lif ke pejabat je...haha


Tembakan pistol dilepaskan menandakan pertandingan telah bermula.  Pelari pertama kami ada penyakit darah gemuruh. Sebelum berlari, dia asik ke bilik air.  Tekucil macam Sudin Bujang lapok... Keputusannya, dia jauh ketinggalan di belakang. Pelari kedua menunggu penuh sabar ketibaan pelari pertama. Dan sudah tentu untuk mengejar pelari lain, sesuatu yang sukar dilakukannya.  Apalagilah makcik tua yang menjadi pelari ke3 itu...ehhh..tak jauh juga lah ketinggalan dari yang berlari ditempat kedua terakhir... Kesudahannya, pelari ke4 dan ke5, smuanya berjaya mengekalkan kedudukan di tangga pertama di belakang.

Tepukan dan kata semangat dari penonton sangat membahagiakan.  Ngkorang ingat senang ke makcik gemuk ni nak lari dan tamatkan larian hingga ke garisan penamat tanpa apa-apa kecederaan??  heheheh..makcik vangger kan diri sendiri walaupun ada yang mengutuk sbb mempertikaikan mengapa pengurus pilih orang berumur macam saya. Diorg tak tau ke, makcik ni penyelamat juga untuk pasukan ini daripada langsung tk boleh berlari.
Pelari ke4, keletihan selepas berjaya menamatkan larian.
Semua team Road Relay wanita berjaya ke garisan penamat tanpa apa-apa kecederaan.  Jalan nya memang mencabar...licin kesan hujan tidak berhenti sebelum itu. Cuba tengok team lelaki kami, yang muda-muda dan tampan bergaya... cramp kaki, cramp punggung, terjatuh sampai koyak sluar pun ada....mereka juga tewas.  Cuma tidak di kedudukan terakhir.  Tak ingat pulak kedudukan keberapa, samada yang ketiga atau kedua terakhir..Tahniah untuk kami yang berusaha sedaya upaya.




Keletihan dan sedikit Kesedihan, namun ada Kepuasan kerana dapat mengambil bahagian.  Selepas tamat upacara penyampaian hadiah, kami dibawa menghiburkan hati di disko di Pusat Bowling Angsana.






Berboling sakan kami kat situ.  Sebab bayaran murah yang dikenakan. Hanya RM2 sahaja untuk satu game...mana nak dapat kat Alamanda ????  Jadi kami main 3 game. Sampai rasa nk putus jari...sebab bola nya pecah-pecah (patutla murah) hehehe..


Selesai berboling, kami makan tengahari di foodcourt di Angsana itu.  Selama di JB, kami tidak berjumpa tempat yang murah dan sedap makanannya. Hmmm...mungkin sebab kami tidak tahu.  Tak apa la.

Selesai makan, hujan mula turun, beberapa pelari kami, masih belum selesai makan.  Saya dan kump. yang dah selesai, berjalan...err...berlari dahulu (maklumlah, pelarikan..mana leh jalan ayu2...!) , sebelum hujan lebih lebat.  Kumpulan kedua, habis basah kuyup ketika tiba di bas yang setia menanti. .. seronok ye mandi hujan di JB.

Seterusnya kami dibawa menyaksikan perlawanan bolasepak di SSI...apa ye nama penuhnya?



Sekolah Menengah Sultan Ismail kot? Pasukan kami menentang pasukan pelajaran Selangor. Jadi penyokong pulak kat sini. Macam tak geti2 penat kan? Tapi ada gak yang nampak sangat letihnya...Bau tak payah nk ceritalah...baju yang kami pakai masa lari pagi tu.!!
Tapi kalau tengok pasukan bolasepak ni main, lagi kesian,  padangnya dah macam kolam air.  Hujan kan.  Sepak2 bola, bola tk gerak, air je terpercik...bergelumang lumpur diorg dgn pengadil2 sekali.

 Selesai perlawanan dengan keputusan pasukan kami kalahhh jugak, baharulah kami balik ke asrama. 
Tak juga sebenarnya,  kami dibawa singgah minum petang lagi di ...err....larkin jugakkot...berhampiran dengan kedai makan apa tah nama dia...*jaga maruah kedai tu ye..  Kami terkena di hari pertama kami nak makan kat kedai ni.  Seorang antara kami beli nasik, dengan ikan goreng sekor, dan sedikit sayur ..RM7.00 ..!!  Ikan sahaja RM5.00...nasik singgit, sayur singgit gaknya. Sejak dari itu, kami panggil kedai tu, Kedai Mahal...tetiber rindu kat nasik di cafetaria kat ofis ku...bulih kot dapat RM4.50 je klu centu.

Sambung citer minum petang...perut masih kenyang sbb saya dan knkwan dah beli goreng pisang dan macam2 makanan bergoreng tdinya.  Naper la diorg ni brenti lagi.  Nak suh aku pitam kekenyangan la ni.  So, saya tidak mengorder makanan...hanya minum air limau suam yg ditinggalkan oleh Maria yang tetiber je berlalu pergi meninggalkn kami buat selama2nya menuju ke rumah kakak nya... dan saya juga menjamah otak-otak sedikit....kat sini memang tk sah kalu tader otak2 ekkk??? Selesai diorg tu minum, ujan lagiiikk...basah lagi kami ni.  ALhamdulillah, daya ketahanan penyakit masih kuat...kami tk demam sorangpun..

Pasukan badminton tinggal berdua di dorm.  Sorang dah balik sendiri ke KL. Sorang pelari kami pun dah membeli tiket untuk turut balik awal...tpi bukan balik ke pejabat...balik kampung....huhu..  ada lagi 3 hari untuk kami di sini, beliau bayangkan kami akan lalui hari-hari yang bosan.  Baiknya beliau pulang ke kampung menjengok anak.  


Hmmm..lantokla..Bagi saya, kami dibayar untuk menghadirkan diri sepanjang pesta sukan ini. Kami di beri pelepasan cuti tanpa rekod untuk turut sama memeriahkan sukan ini.  Tidak patut untuk ke tempat lain.  Sekiranya jadi apa-apa, tanggungjawab adalah sendiri.. Dua orang dari team kami membuat keputusan untuk balik. Apo nak di kato.


Malamnya, kami keluar mencari hiburan err..makan malam dengan bas.  Ye, kami tk pernah ke mana-mana tanpa bas kesayangan itu.


Tengok ni, kalahpun ada orang bagi bunga.  Rupa-rupanya ada pengantin baru dalam pasukan kami.  Baru beberapa bulan mendirikan rumahtangga.  Si isteri mengirim jambangan bunga melalui pos tuh...romantiknya.  Moga terus bahagia ke akhir hayat buat Jeff, pelari pertama team lelaki ini.




Inilah antara suasana dalam bas eksekutif kami ni.  Dulu pernah keluar dalam entry saya waktu menaiki bas yang ada tempat conference di dalam nya.  Sangat selesa. Alhamdulillah.  Boleh tidur baring kat sofa ni. Seatpun sorang satu seat.  Siap karoke dalam bas lagi.  Memang havoc group kitorang ni wlupun tk ramai mana.  Makcik pun sampai hampir luper diri..ahaks.

Kami dibawa ke Danga Bay...iye kot...nnt tengok gambar.  Ada macam funfair di situ. Sebelum menghantar rakan yang nak balik ni ke terminal bas, sempatlah kami berseronok kat funfair tersebut.  Bukan apa pun, kami naik satu yg macam roller coaster...tahaper namanya...yg pusing2 tu..terjerit-jerit dan menangis kenkawan ni.  Makcik? Maintain ok.  Jaga keterampilan..aper kes makcik nk menjerit...haha.


Itu je satu-satunya permainan yang kami naik.  Selebihnya berjalan, melihat-lihat, bergambar sakan.  Terserempak pula dengan pasukan bola jaring kami yang nampaknya berlibur juga di situ.
Sekejap je kami kat Funfair tu.  Masa dah time untuk ke terminal bas....salam-salam, peluk-peluk arab dan babai kawan yang nak balik ke Pantai Timur itu.
Setelah itu baru kami mencari tempat untuk mengisi perut.

Kemudian kami di bawa ke Pasar Karat...  Ia nya seperti pasar malam atau downtown di KL. Nak carik apa kat sini?  Tengok2 orang kat sini lepak memalam sampai subuh.  Dengar wak jawa nyanyi lagu keroncong, tengok gelagat anak muda yang berkeliaran bersama pacaran mereka...huhu..tk mo..tak mo..tak sanggup.
Tapi tepaksa ikut diorg.  Minum2 kopi dan sop sikit...err..lama jugak nk nunggu diorg kata jom balik... MakCik udah capek nak...nggak manis berlama2 di tempat beginik...aduuuhh..

Subuh pukul 2 pagi agaknya baru kami sampai ke asrama.  Gate sudah dikunci.  Terpaksa panggil.  Datang seorang pengawal keselamatan tua...jalannya perlahan, matanya macam udah kelabu.
Cari-cari kunci gate tak jumpa...rupa-rupanya tersalah kunci.  Saya rasa mahu tegolek ajer depan gate tu...huhu.  Tu lah, saper suh poyer2 sampai dinihari...

Pakcik tu berjalan perlahan-lahan ke pondok pengawal semula. Alalalala...sabau je la kitorang ni.  Tak baper lama lepas tu, barulah datang dengan pantas sekali seorang pengawal keselamatan ala-ala Shahrukh Khan...membawakan kunci pagau yg betul...Syukur Alhamdulillah.  Kalu idak, kami tdur aja di dalam bas...

Waktu masuk ke dorm kami, dua pemain badminton dah terlelap. Mereka kata, mereka juga akan pulang esok paginya. Kebosanan. Itulah...apasal tk ikut kami..apasal tak happy go lucky cam kami.(wlopun kalah!!) Hmmm...poiee lah nak..tk dapek den nak menghalangnya. Bye..  Kami masih ada 3 hari lagi di Johor Bahru. Takkan kami sia-siakan masa yang ada ini.  Bukan selalupun saya ke Johor ni.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...