Saturday, March 19, 2011

Awan Pilu - kemana hari ini

Hari ni nak pergi mana agaknya.

1. Balik kampung tengok mak sakit.
2. Kenduri kahwin anak sedara..dak usop kat Gombak.
3. Kenduri kahwin Siti.
4. Jumpa kenkawan di Alamanda.

Fikir punya fikir, acik tolak no. 3 dan 4.  Mahapkan acik Siti, mahapkan acik kenkawan..

Tinggal no. 1 dan 2 je lagi.  Emak dah suruh hadirkan diri jugak di kenduri tersebut, sebab dia tak larat nak ikut sama.  Hmmm...tengoklah camner.  Acik kat Putrajaya lagi ni.  TUnggu Shahmah sampai. Pastu balik kampung dengan dia, dan akan dipertimbangkan untuk join konvoi keluarga perantin lelaki menuju ke Gombak.

Yanie?  huhu...anak sulung ku itu, sejak kerja, tidak diharap dah nak ajak pegi mana-mana.  Sudah srupa iklan Telekom... 'saya sibuk ni mak..nanti ye...'  nak meleleh ingus klu dengar ayat ni.  Dulu, masa mula-mula dapat kereta, mana pergi dia lah  yang bawak gi sana sini.  Tapi sekarang....pegi lah sendiri. Sebab dia kena keje..keje...keje....  ehh..orang lain pun ada kije gak.  Tapi ada masa dengan keluarga. Masa dengan kawan ada pulak ekk...*bunyik cam kecit hati dan jantung jerk...syooohh...syouuuhh....
Sib baik Shahmah dah pulangkan kereta.

Duit tk leh cover hati sorang ibu yg terguris..(tpi klu bagi, wa amek...simpan..!!) .waahhh..syahdu aku. ..yelahhh...ngkorang dah jadi emak sok...dah tua sok, tawu lah camner rasanya. *ayat stended.


harap-harap mereka ni akan saling sayang menyayang dan bantu membantu nnt.
Selingan jap...tgk gamba ni, teringat kisah kat dada akhbar hari ni tentang 2 bradik yang mati berpelukan dalam kebakaran.  bagaimana si kakak yg berusia 6 thn dikatakan berusaha menyelamatkan adik lelakinya yang berusia 5 tahun, dengan menyelimutkan adiknya dengan kain, tapi akhirnya dua2 mereka terkorban sebab lemas dik asap. 
Terharu...kecil2pun tahu fikir camne nak selamatkan adik gitu...bergenang airmataku...melihatkan bagaimana kasih sayang seorang kakak pada adiknya.  Kalau anak-anak aku cenggini, kan bagus. 

Kalau Shahmah tk mau pegi, acik pun tk pegi la gamaknya.  Apa ingat acik ni berani sangat nak drive masuk KL gi ke Gombak tu??? Lagi la kalu konvoi...asik sibuk ngikut blakang orang, kalu tetiber terpisah sbb traffic light, pasti gelabah acik ngko nih...huhu...mesti bawak laju tk hengat, mencelok tk sedar diri nnt...saper yg susah?

Macam waktu ke Selayang majlis perkahwinan anak kak Zek dulu tu.... Acikkkkk gak yg susah ati....dan penumpang2 acik...sgt susah hati....bila acik setat mendrift dan mencelok bagai sbb nk sama line dgn barisan konvoi...hikhik...

Friday, March 18, 2011

Selamat bercuti





Gambar diambil pada hari Rabu lepas dengan kamera yg rusak itu.. Tak apa lah kan. Janji masih ada fungsinya. Acik masih perlu terus bersyukur.

Hari itu, adalah hari akhir ofismet acik ni, Siti Khadijah di pejabat, sebelum bercuti panjang untuk melalui hari bahagia dan mendapat suami dan memiliki gelaran isteri.

Semoga anda kan bahagia bersamanya hingga ke akhir hayat.  Yang penting, agar rumahtangga yang dibina akan berada di atas landasan keimnan dan ketakwaan, berpandukan Al Quran dan Sunnah, dalam melalui pelbagai rencam dugaan dan cobaan.

Suami adalah merupakan pinjaman Allah. Maka kasihilah, taatilah selagi ia bergelar suamimu. Selagi ia tidak mensyirikkan Allah. Sebagaimana seorang isteri itu juga merupakan pinjaman buat seorang suami. Amanah Allah. 

Semoga Siti dan pasangan hidupnya akan dimurahkan rezeki, diberikan ksihatan, dijauhkan dari segala kesusahan, yet, tabah dan sabar dengan apa jua gelora tsunami yang bakal menimpa bahtera kehidupan yang bakal kalian layari.

Perkahwinan bukan sesuatu yang indah dan mudah sepanjang masa.  Ingat tu Siti... Jadilah isteri dan ibu yang solehah. Jangan jerit2 kat suami taw!!! Seorang isteri itu adalah dilarang untuk meninggikan suara dengan suaminya. Bermaksud, jangan sekali-kali menyakiti hati suamimu.. Tanggungjawab sebagai seorang isteri amat berat dan jangan sekali-kali dipandang remeh akan hal ini.

Zuriat yang mungkin akan lahir akan dibentuk peribadinya, bermula dari majlis perkahwinan yang diberkati lagi. Doalah selalu, semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Segalanya dari Allah.

Seorang isteri bukan hanya perlu menjaga hati suami, sebaliknya perlu juga menjaga hati orang-orang yang di kasihi suami, seperti ibunya, ayahnya dan adik beradiknya jika ada dan kawan-kawannya.

Seorang isteri perlu selalu bersangka baik dengan suami untuk mewujudkan keharmonian dalam rumahtangga.

Seorang isteri perlu sabar dan redha dengan sikap suami yang mungkin tidak seperti yang kita sangkakan seblum ia bergelar suami.

Seorang isteri perlu memberikan dorongan kepada suami untuk perkara yang baik yang hendak dilakukannya.  Sebagaimana pengorbanan dan peranan ummul mukminin, Siti Khadijah  binti Khuwailid terhadap Rasulullah s.a.w.

Tidak ada bahtera kehidupan rumahtangga yang tenang sepanjang masa.  Tidak ada yang tidak akan dilambung gelombang..Sesekali, pasti ada gelora yang akan melanda.  Itu adalah asam garam dalam penghidupan.  Tanpa asam dan garam, gulai tk akan jadi sedap..(ehh...apo lak gulai peginya nih...hehe..) Setiap perselisihan faham, tangani dengan bijaksana dan jangan mengikut emosi yang berpanjangan.  Sikap mudah memaafkan adalah perlu kerana kita perlu tahu, bahawa suami itu tidak sempurna, sebagaimana kita juga.

Perselisihan faham sesama suami isteri adalah juga rahmat Allah yang perlu disyukuri kerana sesebuah perkahwinan itu akan seperti diperbaharui setiap kali suami isteri berdamai. Mind that !  Cuma jangan biarkan ia berpanjangan..buruk lak padahnya...


Kesilapan dan kealpaan akan sering berlaku dalam sesebuah rumah tangga.  Hanya sabar dan kemaafan dan keredhaan adalah formula untuk mengekalkan kebahagiaan.

Jauhi segala ciri-ciri yang boleh meletakkan seorang isteri itu, menjadi isteri yang nusyuz..!

Bacalah kitab-kitab seperti Muhimmah untuk membentuk diri dan mengetahui apa yang boleh dan apa yang patut dijauhi oleh seorang isteri.

Ye..acik berpesan atas tiket seorang isteri. Kerana Siti akan menjadi seorang isteri.  Tanggungjawab suami juga amat beratnya. Jangan ingat jadi seorang suami itu mudah.  Itu biar kawan-kawan atau keluarga dia yang ingatkan.  Kang panjang pulak entry acik nih..hehe..

Maafkan nenekmu ini...(ehh...nenek??  cesss..) kerana tidak dapat menghadiri Walimatulurusmu...tidak dapat dielakkan, memandangkan pertindihan program yang berlaku pada hari itu.

Namun doaku akan tetap mengiringimu untuk hari bahgiamu itu..

Selamat Pengantin Baru...selamat mendapat gelaran isteri...selamat berbahgia... semoga dikurniakan zuriat yang ramai..

Thursday, March 17, 2011

Perigi Oh Perigi

Selepas cerita pasal kacang dan umrah, kita cerita pasal perigi pulak ye.

Sekali sepertua, tersebutlah al kisah, sebuah perigi tua di hadapan rumah kampung di mana saya (err..skema sikit entry ni..) membesar dulu.

Hari Sabtu aritu, saya balik ke kampung atas beberapa tujuan. Terutama untuk menjenguk emak yang dengarnya demam teruk gak, selepas pulang dari mengerjakan umrah. Selain dari itu, saya mendapat tahu cerita tentang kontroversi yang timbul disebabkan perigi tua ini. Tuan punya tanah di mana perigi ini terletak, akan datang untuk mengintai lokasi kejadian tersebut.

Ye, seperti yang disaksikan dalam photo ini, perigi itu telah ditimbus.  Adalah amat sayang sekali.  Sayang, seribu dan beribu2 kali sayang.







Alkisah, sewaktu saya kecil, sekitar tahun 1970an, perigi ini dikenali sebagai perigi buta. Saya dan kawan-kawan tk berani datang main ke situ.  Di sebelah perigi itu, ada sebatang pohon bidara, seperti orang kampung kami panggil, bersamaan dengan buah mata kucing.. dan sebatang pohon kundang, yang isinya tersangat manis.

Bila musim buah, pohon bidara ini akan mengeluarkan buah2 yang amat manis, hingga naik mabuk saya memakannya. Hanya dik sebab pohon2 ini lah, maka saya hampiri juga perigi ini. Selain dari itu, tidak lupa juga, ada 2 batang pohon durian, dan 3 batang pohon manggis ketika itu (Sekrang, pokok manggis masih ada, cuma durian je dah reput ditelan zaman..).

Percayalah, bahawa masa kekecik tu, saya sangat berani, mencari durian dalam subuh gelap, pukul 1-2 pagi. (berani ekkk? hehhe..) ..pantang dengar bunyik durian gugur, saya akan keluar sorang diri, bersama lampu suluh ala-ala penyiasat seperti dalam novel-novel Enid Blyton.  Sangat terpengaruh dengan watak-watak dalam novel tersebut ketika itu OK !!.

Ular ke...kala jengking ke...atau apa2 pun, tidak menghalang saya susup sasap dalam semak di sekitar perigi itu mencari durian. Alhamdulillah, tk pernah jumpa pun ular sepanjang karier saya sebagai pencari durian itu.

Kembali pada cerita perigi.... ada juga sebatang pokok 'nanam' berhampiran perigi tersebut.  Sering orang-orang tua, menakutkan kami yg kanak-kanak ketika tu, dengan mengatakan bahawa pohon tersebut berhantu....huhu..sebagaimana juga perigi itu dikatakan berpenunggu.
Buah nanam - ambil dari Gugel

Kisah perigi ini telah beberapa kali menjadi tajuk perbualan di kalangan jiran tetangga yg merupakn juga saudara mara saya. Dulu, kalau tak silap, perigi ini pernah jadi tempat buangan sampah. Saya pun pnah kot buang sampah kat situ...err...entah.  Tak ingat. Tapi kemudian saya dengar sorang mak saudara sepupu saya telah mengambil inisiatif, membersihkan dan membaikpulihkan kembali perigi itu dengan kos yang besar. Airnya masih ada. Ia dipagar dan ditutup rapi. Masa tu, saya dah dewasa.  Dah berkeluarga dan keluar dari kampung.

Kemudian perigi itu kembali terbiar. Tak pernah pun menarik perhatian sesiapa.Pokok Bidara dan Kundang pun telah ditebang tanpa izin tuan tanah...amat sayang sekali.

Cuma baru-baru ini, apabila seekor kambing kepunyaan anak menantu mak saudara sepupu (telah meninggal dunia) saya itu telah terjatuh dan mati di dalamnya, isu perigi ini menjadi kontroversi.

Pulangnya emak saya dri berumrah, dia amat terkejut bila mendapat tahu anak menantu mak sedara itu telah membuat keputusan menimbus perigi tersebut...dengan alasan, takut anak2nya pula terjatuh ke dalam perigi tersebut nant. Sudah ! berlaku pertelingkahan dik kerana perigi pulak.

Tapi kalau difikirkan, memang tidak patut keputusan demikian dibuat...banyak cara lain bulih dilakukan seperti memagar dan membuat penutup perigi.. kann..!!

Perigi itu telah ujud, sebelum mak saudara saya yang berusia lebih 80 tahun itu lahir lagi. Ertinya, berkemungkinan usia perigi tersebut melebihi 100 tahun, dan ia merupakan satu bahan sejarah yang perlu dipelihara. Saya rasa, perigi ini mungkin menjadi saksi ketika kampung saya ini dibuka dahulu yang mana mengikut sejarah, ianya dibuka oleh keturunan anak raja Bugis yang merantau ke Tanah Melayu. (ada juga tulisan mengatakan kampung Linggi telah dibuka sebelum kedatangan Bugis lagi ! Cuma ketika itu ia belum dimajukan sehinggalah kedatangan orang-orang Bugis .)

Dari keturunan ini lah maka lahirnya saya dan penduduk asal kampung saya, iaitu Kampung Linggi yang sebenarnya amat berperanan dalam perkembangan perdagangan di tanah melayu suatu ketika dahulu di mana ramai pedagang-pedagang asing masuk berdagang melalui pelabuhan di Sg. Linggi itu sekitar tahun 1770an.

Saya minat sejarah, cuma bab ingat tarikh ni, saya lemah sikit. Sebab tu, kalau ada cerita2 sejarah, saya sentiasa ikuti. Terjumpa pula sebuat artikel yang ditulis untuk tujuan kajian pengajian seorang anak jati  Linggi di sini. Kalau rajin, baca lah...tapi kesahihan maklumat di situ, diragui.  Maklumlah, tulisan untuk mendapat markah assignment kan. Namun sumbernya dari orang-orang tua yang semuanya dah meninggal dunia dah pun ketika ini. Saya agak keliru bila penulis mengatakan orang Bugis di Linggi mengamalkan adat Temenggong.. kerana pernah saya baca di satu blog yg ditulis juga oleh anak Linggi jati,

Sistem kemasyarakatan Linggi tidak mengamalkan sistem keturunan berdasarkan nasab ibu sebagaimana Adat Perpatih tetapi sistem yang menekankan kepada nasab bapa. Sistem ini dikenali sebagai muafakat bil kitab wassunati qabulatan minat ustaz ilamanati atau Adat Linggi atau Adat Muafakat dan Kebulatan.


Saya lebih menerima fakta ini dari fakta lain tentang adat di kampung saya. Tentang bahasa, memang saya bersetuju, kerana penduduk di kampung saya tidak menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan.  Mungkin benar, kami menggunakan bahasa Melayu-Riau.

Ok..kembali kepada cerita perigi tadi. Saya menyebut berkaitan sejarah kampung ini kerana mahu mengaitkan dengan perigi tersebut.  Kita perlu menghargai kesan sejarah yang ada dipersekitaran kita.  Seperkara lagi, kita perlu menghormati hak orang lain untuk membuat sesuatu keputusan.

Bagaimana boleh sesuka hati menceroboh tanah orang lain lalu mengubah apa yang ada di situ tanpa kebenaran tuanpunya tanah.  Saya menyetujui emak saya dalam hal ini, yang membantah keputusan pihak yang menimbus perigi tersebut, kerana beliau telah diamanahkan menjaga tanah saudara tersebut.

Bila difikirkan, pihak itu sungguh tidak mengenang budi, kerana selama ini tuan tanah tersebut membenarkannya tanahnya dijadikan laluan untuk keluar masuk ke rumah mereka. Andaikata dipagarnya, maka nescaya, tidak ada laluan lagi...mana nak lalu memandangkan tanah mereka ditengah2 antara tanah orang lain. Namun tuan tanah tidaklah sekejam itu. Tpi bila property tuan tanah dicabuli...ini boleh menimbulkan kemarahan..!!!

Itu yang menyebabkan tuan tanah yang datang pada hari sabtu itu, membuat laporan polis..

Selain dari itu beliau dan peguam beliau bercadang untuk membersihkan kembali perigi tersebut...(uuhh..nak keluarkan tanah 3 lori yang ditimbus ke dalam perigi itu????) dan menjadikan perigi itu sebagai bahan sejarah yang diiktiraf.

Saya mengharapkan agar isu ini tidak akan memutuskan silaturrahim antara sesama kami, dan melahirkan permusuhan berpanjangan kelak. Ketika kecil dahulu, isterinya adalah teman sepermainan saya.. mereka lah yang menumpangkan saya di rumah, dan membawa bersama ketika berjalan, berkelah, memandangkan saya dari kecil tiada berayah. Peliharalah ukhuwah antara kami ya Allah...aamin... itu antara doa yang saya pohonkan sewaktu berdiri di hadapan Kaabah tempoh hari. jangan sebabkan perigi, permusuhan tercipta.

Moral of the story;

1. Hendak berbuat sesuatu, mintalah izin dari yang berhak ke atasnya. Perbincangan dan pandangan dari orang lain perlu diambilkira.

2. Kita perlu peka dengan tinggalan sejarah nenek moyang kita.

3. Sentiasalah bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang berjasa kepada kita. Tak balas tak apa.   Tapi jangan sekali-kali menyakiti hati mereka.



Sekian.


Monday, March 14, 2011

Kacang oh Kacang

Ada lagi nak cerita pasal perjalanan umrah ku untuk ku kongsikan bersama rakan taulan.

Mengenai sikap pemurah dan berlumba-lumba membuat kebaikan sewaktu di tanah Haram.

Sewaktu di dalam masjid, acik amat terkesima melihatkan sikap muslimin muslimah yg dari berbagai peringkat usia..yang dari serata dunia yang berkumpul di bawah satu bumbung yang amat mulia itu.  Terutama para muslimah dari Saudi dan Turki.

Memang mereka agak kasar dan nampak macam ganas je tang bab rempuh merempuh nih.  Tpi di sebalik kekasaran mereka, mereka memiliki hati yang amat mencintai Allah dan Rasul...mungkin dik kerana itu lah maka mereka sanggup berhempas pulas untuk mendapatkan tempat mengabdikan diri di dalam rumah Allah itu.

Apa yang acik bangga? apabila melihat mereka sentiasa memberi sedekah tak mengira apa yang mereka ada. Acik nak cerita kisah pompuan2 Turki yang selalunya menjadi jiran di saf solat acik.  Seperti yg pernah acik katakan, mereka, slalu buat acik rasa nak marah.  Tapi biasanya acik marah tak lama...kejap je acik  bulih lupakan amarah acik tu. Sebab mereka selalu menghulurkan kacang, kurma, atau apa juga makanan yang mereka sengaja bawa dalam masjid. (sonang yo pujuk acik kan....ulur kacang je, acik dah cool...hahahampeh..)

Mungkin agak janggal bagi kita untuk mengunyah jajan dalam masjid.  Tpi bagi mereka, itu perkara biasa.  Wajib ada jajan agaknya.
Acik pernah diberi kacang yang acik tk tau namanya.  Sampai sekarang acik mengidam ni hah...mencarik tk jumpa. Tapi memang acik teringin sangat kcang tu lagi..Acik namokan kacang tu kacang penyet.  Cubo gak carik kat encik Gogel...lebih kurang camni kot..
Kalu ikut nama kat gamba ni...nama kacang ni, kacang walnut..penyet ekk..??



Bukan tanak tanyo kat orang Turki tu...tpi bulih ke dia paham???  kok kito bebaso ayam, dio bebaso itik....adeiihh...lelama carik sendiri la...igtkan kok ada la jual kat tetepi jalan tu..hapahpun tak do..
Gamba wanita Turki, jumpa kat Gugel.
Tu baru kacang, selain dari tu, ado gak jemaah2 yang diberikan tudung2 yang agaknya mmang mereka bawa untuk disedekahkan pada jemaah dalam masjid.

Acik tekenang sekali sepertua...ada sorang muslimah arab acik rasa..sebab pakai jilbab n purdah gitu...mengeluarkan kueh yang kelihatannya seperti 'lempeng' kalau dalam bahsa kita...di koyak2kannya lempeng tu, lalu diagih2kan ke semua jemaah masjid yang berhampiran dengannya..
Acik tekejut bila wanita itu membaling lempeng tu pada 2-3 orang Turki, yang agak jauh jaraknya dari dia, walopun insan Turki tu menolak, enggan menerima. Tampak macam suatu paksaan untuk menerima sedekahnya itu..heheh...kagum..terlalu ingin bersedekah.  Mencampak gula2, kurma pun rasanya perkara biasa.
Mungkin bagi yang selalu pergi ke tanah suci ni...itu adalah perkara biasa.  Tapi bagi acik yang pers taim pegi ni...itu rasanya bagaikan satu kejutan budayo.

Ye...acik pun menerima lempeng mak arab tesebut...lalu acik makan sikit2...rasanya macam tose...
Sama gak dengan satu lempeng yang makcik Turki bagi kat acik.  Walopun keras kematu rasanya..masam2 cam tairu je...acik kunyah gak pelan2...sbb nak bagi pahala sedekah kat mereka2 itu..

Selain dari itu, acik amat rasa terharu bila tengok anak2 kecil turut sama berebutan mencari pahala di tengah2 para jemaah umrah di dalam masjidil haram itu. Mereka tuang air zam-zam dalam jag, dan pergi dari seorang ke seorang, menawarkan air tersebut.  Bila habis, mereka kluar, tambah lagi air dalam jag tersebut. Anak2 kita, (anak2 acik la...) tk penah pun acik didik buat camtu..terharu sungguh.

Tu belum cerita camner diorg..yg lelaki ni berebut2 nak mengusung mayat yang dah selesai disolatkan...belari2....bekejar2...habih tak pun, berteriak .."TARIQ...TARIQ....!!" meminta orang ramai memberi laluan agar laluan mayat tidak terhalang sewaktu hendak dinaikkan ke van jenazah.

 Begenang airmata...sebab acik sendiri banyak mensia-siakan peluang berbuat amal walaupun ditawarkan kekadang tu.

Moga Allah mencuci hatiku, membersihkan hatiku, dan ibuku, rakan2 sejemaahku, yang turut sama dalam perjalanan suci itu.

Ya...aku mahu jadi sorang insan yang akan berebut2 membuat kebaikan..seperti mereka yang aku saksikan dalam rumahMu itu....dan aku akan lari jauh dari segala kejahatan dan maksiat dunia.

Jadikan aku ya Allah, hambaMu yang mencintai kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan dan tipu daya dunia ini...Aamin..ya Rabbal a'lamin.






Aku belajar lagi

 Petang minggu ni acik berbual2 bercerita pengalaman waktu berumrah bersama sorang rakan yang senior bab Haji dan umrah.

Dalam bercerita2 tu, terkeluarlah cerita tentang ragam jemaah yang datang dari negara2 lain tu.  Terutama, Turki, Indonesia, Pakistan dll.

Acik memang setiap kali waktu solat, kluar ke masjid awal. Untuk mendapatkan tempat yang selesa, strategik, untu senang ambil Quran dan senang keluar bila dah habis solat nnt. Tapi, camne awal sekalipun, tetap kena himpit dengan jemaah yang godang2 badannya, waktu mereka yang lewat datang tu nak mencari tempat untuk bersolat. Memang menguji sungguh.

Kawan acik tu kata, kita tk boleh marah kalau berlaku perkara yang menyakitkan hati kita waktu di tanah haram tu.... huhu..acik teringat, satu peristiwa, yang memang buat darah acik menggelegak sungguh...kalu tak silap acik, jemaah dari Pakistan. Yang tiba-tiba masuk di hadapan acik, yang mana sebenarnya, mmg dah saf terhadapan, dekat dgn dinding dah. Memang Slamber dek je dia melabuhkan punggungnya di hadapan tempat sepatutnya acik sujud tuh. Acik n gang tk mau berundur...sebab nnt menutup pulak ruang orang belakang nak sujud.

So, kami bebuat tk tau, dan minah Pakistan yg hidung tinggi tu pun buat tak tawu gak. Acik bayangkan, camne la minah tu nak sujud kat dinding rak Quran tu nanti...melainkan waktu bangun nnt ada kosong di celah acik dan lain2 waktu saf telah dirapatkan.

Tiba-tiba minah tu baring di hadapan kami dengan sungguh selamber giler...dia dah tau kami marah, sebab dia duk depan kami centu...dia tambah lagi marah kami., dengan berbaring sambil nunggu bilal iqamah..aduyaiii...menggelegak darah acik rasanya.  Macam-macam acik bayangkan nak buat kat dia.  Rasa nak pauk yo dongan kapak kek leher dio tu...tak pun raso nak cepok2 je muko dio tuh...Astaghfirullahal aziiim.. kontrol...kontrol, tk tunjuk kemarahan..sehinggalah bilal iqamah, akhirnya dia berjaya mewujudkan tempat bersujudnya...dengan cara membiarkan kami bersujud di telapak kakinya....huhu..sib bek bukan acik yg betul2 di belakangnya.

Tu lah yang acik citerkan kat kawan acik.  Tapi kawan acik menegur sikap acik.
"Kau tk bulih marah mcm tu..sebab orang itu Allah hantar mungkin untuk menguji kesabaran kau..dan kawan-kawan kat situ.!!"
Aduihh...!!  Ada benarnya. Maka terasa lah telah cacat ibadah acik sbb marahkan si pakistani tadi tu. Ampunkan daku Ya Allah.  Acik anggap umrah yang pertama ini latihan untuk Haji atau umrah acik yang akan datang. Namun acik tetap mengharapkan moga Allah menerima amal ibadah acik sepanjang di sana.

Moral of the story... banyakkanlah bersabar dalam hidup ini.  Maka Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhingga yang tidak kita ketahui kiraannya. Andai anda ada yang berhasrat untuk berumrah atau naik haji tahun ini, bersedialah dengan benteng iman dan benteng takwa serta cukup bekal kesabaran, untuk melalui situasi2 seperti ini.

Sekian, Wassalam.

Sunday, March 13, 2011

Rosak sudah

Salam hari minggu buat semua.
Hari ni acik ni kembali memasuki alam cyber, menjejaki kembali ruangan blog yang sudah tidak begitu rancak seperti dulu lagi ni.  Alhamdulillah. Masalah yang PC usang acik hadapi, telah dapat diselesaikan. PC dah ok. Tak perlu fikir beli yang baru lagi. Walaupun usianya telah lebih seploh tahun..namun ia masih berupaya berkhidmat untuk acik.

Hmm...PC sudah OK. Waktu PC rosak, terasa bagaikan separuh nyawaku pergi. Kini, sesuatu yang lain, yang juga bagaikan nyawa acik, telah rosak pula. Video cam acik!! Maka separuh lagi nyawaku pergi...

PC mungkin senang diperbaiki. Tpi video cam ni? uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Rosaknya ketika di penghujung umrah dan ziarah acik di Madinah. Tiba-tiba je tk boleh nak ditutup cover tape nyer...ye...guna tape..ni model lama dulu.  Retinye...lepas ni, semua rakaman dalam tape udah tidak dapat nak di view lagi..sbb tidak ada sudah player nya..itu yang lagi sayang bila dipikir2kan.
Saper tau? ada tak agaknya jual lagi video cam pesen lamo nih? seken hen pun tk per la...janji bulih mainkan tape2 memori daun pisang acik nih.

Camana pun, acik nak terai gak antar kidai untuk repair.. Moga masih bulih diselamatkan.

Sekian update untuk hari ini.  Tunggu..cerita2 baru dalam masa terdekat nih...*maklumla...org baru dapat PC, besemangat!!

Friday, March 11, 2011

Kutinggalkan RumahMu


Kutinggalkan rumahMu, kutinggalkan *Fatmah Zahraku...

Selamat sudah acik mengerjakan umrah buat pertama kalinya dalam usia gini. Terima kasih atas doa kawan-kawan di sini.  Syukur Alhamdulillah...syukur atas nikmatNya, izinNya, rahmatNya, rahmanNya. Diberikan kesihatan, diberikan kemudahan, diberikan rezki, diberikan izinNya, dipelihara keselamatan dan kesejahteraan sepanjang waktu acik di sana.
Malam di Masjidil Haram

curi2 ambil gambar Kaabah dari dalam masjidilharam. (Peristiwa kantoi dgn Mak Guard Masjid, sebab bawak kamera ke dlm masjid...huhu..)


Mak acik and the gang..berehat seketika selepas selesai Saie dan Tahallul.
 
Kak Mar, kenalan sewaktu di sana..moga dalam rahmat Allah selalu.
 

Di luar Masjid Nabi, Madinah.  Waktu ni kena halau dgn Mak guard Masjid ni, sebab ada bawak kamera ...panjang citernya...kamera tu dah rosak pun..dah check out hotel, abihtu, nk tinggalkn kat mana? Tepaksa bawakla...Mak guard tu tk kasi masuk gak. Dia suh solat kat luar masjid.."outside!!" katanya... adeyyhh.. 
Apa yang acik rasa? Macam rasa orang2 yang ke sana jugalah...rasa tk puas, dan ingin ke sana lagi..walaupun ujian dan kesusahan dihimpit, ditolak, dirempuh sewaktu tawaf, sewaktu menunaikan solat jemaah..namun tempat keramat itu tetap menjadi keinginan kita untuk menjadi tetamuNya.  Kita tidak pernah serik... begitulah agaknya yang asik berulang ke sana rasakan.  Acik juga, kalu berkemampuan dan diizinkan Allah nak pergi banyak kali ke sana...yg penting, acik dapat menunaikan rukun ke5, naik haji... moga Allah makbulkan. Subhanallah.  Astaghfirullah, Alhamdulillah.

 *Fatmah Zahra, adalah seorang kenalan yang berasal dari Morocco berkahwin dengan arab Makkah dan tinggal di Belgium.. Acik mencari2nya sehingga saat mahu melangkah keluar dari Tanah Haram itu, namun tidak ketemu. Berjumpa hanya dua kali...kali pertama, berkenalan, macam ayam dgn itik berbual, kali kedua hanya untuk bertanyakan namanya... tk sampai hajat untuk melihat wajahnya, dah dia berpurdah sepanjang masa...macamana acik cam dia? melalui anak kecilnya, Abdellah yg comel itu..moga hidupnya dipelihara dan tergolong dalam golongan orang-orang yang masuk ke syurga Allah...Aamin.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...