Thursday, September 30, 2010

Keluhkesah

Tanpa pasrah, kita kan slalu rsa nak marah,
tanpa redha, kita kan asik tk puas hati dengan apa yg menimpa
tanpa tawakal, kita kan bertindak mcm org hilang akal..

 - KC

Sekian, entri ringkas hari ini....nk buang sawang jap..


Wednesday, September 15, 2010

Lawatan Kerja ke Arkib Negara Malaysia


 2 Sept lepas acik telah mengikuti satu gerombolan seramai 14 orang melawat dan mengikuti bengkel di Arkib Negara Malaysia.
Gambar di bawah adalah Ketua rombongan, Cik Anis bersama pegawai Arkib yang mengiringi dan memberi penerangan kepada kami.


Ketika kami dberi penerangan tentang cara-cara rawatan dilakukan ke atas satu dokumen yang dah reput.


Ni En. Norazam (klu tk silap la, nama dia ni...)  sedang memberi penerangan tentang fungsi-fungsi Arkib Negara dan peranannya dalam memelihara bahan sejarah negara.
Tu cara yang betul menutup fail.  Jangan tak sistematik hingga sukar nak di kategorikan bila dah dihantar ke Arkib.


Ini antara bahan/dokumen yang menerima rawatan baikpulih di Arkib ini. Kalau tk silap, dokumen ini berusia hampir 100 tahun.


Gambar di bawah, salah seorang yang bertanggungjawab mengasaskan pembentukan Arkib Negara ini ketika menjadi peneraju ANM yang pertama, Allahyarham Tan Sri Datuk (Dr) Haji Abdul Mubin Sheppard  (1957 - 1962).
*Gambar ni digantung di dinding di lobby pejabat ANM .

hmm.. atas ni gambar dekat beliau.  Maaf ye Arkib...acik celok dri laman web ANM.


Ini pula gambar berus cat.. apa kaitan dgn Arkib ye? Entah.  Tapi pegawai ni membuat kajian terhadap segalanya kot...  dia maklumkan kami bahawa ini adalah antara berus cat yang dibuat daripada bulu babi/khinzir. Kata pegawai berkenaan, ianya boleh dikenali, dengan melihat dengan teliti, bahawa bulu babi itu bercabang 3. (err.....rambut ngkorang ada gak kot yg bercabang 3?) ..tpi mmg ternyata, dengan mata kasar pun blh nmpk bahawa bulu babi itu bercabang...tak payah masuk bawah mikroskop.

Aritu acik membeli peralatan mengecat pagar rumah emak acik.. dan memang hampir smua berus yang dijual, memang dihasilkan dari bulu babi. 

Abih camno??? Cuma ada satu, yang Nyonya tu kata,
'Olang melayu suka cali ini melus.......'
Ada tulis Halal kat berus tu... pastu bukan dari bulu babi... lalu acik beli...harga lebih kurang je.
Ok..sambung cerita lawatan tadi... ni timbunan fail yang telah dihantar ke ANM ni untuk disimpan dengan baik.

Dan ini Encik yang buat kerja penjilidan ke atas dokumen atau buku-buku yang telah dirawat rapi.  Menggunakan kulit yang terpilih dan berkualiti. Mekasih encik ye...nampak letih je smua staf ANM nih... yelah...nyebok je kami datang bebulan poser lak kan..hehhe..

Kami pun letih gak...biasa lepas taklimat, ada jamuan, tapi kami jamu mata je lah...hehe

Bgimanapun, terima kasih ANM...kerana mengizinkan kami membuat lawatan ini. Baru lah kami tawu betapa besarnya peranan ANM dan betapa pentingnya memelihara dokumen-dokumen yang boleh menjadi bahan sejarah negara.

Sekian.



















Tuesday, September 14, 2010

Cerita Hantu

Salam Syawal buat semua...

Tak banyak yang hendak diperkatakan kali ini.  Hanya satu persoalan, seperti tajuk tertera....  CERITA HANTU.

Apsal banyak sangat cerita hantu sejak akhir-akhir ini terutama tika menyambut raya ni.????

Memang sekarang musim penerbit-penerbit filem, buat cerita hantu?  Musim hantu-hantu banyak sangat berkeliaran sekarang ni?  Tahu lah, lepas ramadhan, syaitan dan iblis terlepas dari belenggu.  Maka semua hantu-hantu tu dah masuk dalam pilem kannn...

Dulu smua cerita berunsur hantu ni di tapis, tapi sekarang tapis tu semua dah koyak agaknya.

Jadi, bolehlah orang-orang kita menakutkan anak-anak tentang hantu...

"MASUK TIDUR...!!!! KANG ANTU CEKIK !!! "

"BERENTI MAIN...NANTI HANTU KEJAR !!!"

Dan banyak lagi ayat-ayat yang boleh menakutkan anak-anak kita.  Dah jadi budaya semula, atau budaya diteruskan, untuk menakutkan anak-anak dengan perkataan hantu. 

Cuba tukar ayat-ayat tu gini,

"MASUK TIDUR... NANTI TELAJAK SOLAT SUBUH, ALLAH MURKA... ALLAH BAGI HADIAH API NERAKA NANTI !!"

"BERENTI MAIN.... NANTI LEKA, LUPA NK SOLAT, LUPAKAN ALLAH, JADI PENGIKUT IBLIS, JADI PENGHUNI NERAKA, TAK MERASA SYURGA ALLAH!!!"

Kalau budaya takut antu terus diamalkan, maka terseraplah dalam diri mereka untuk lebih menakuti hantu dari takutkan Allah, mengikut perintah Allah, menjauhi laranganNya. Antaranya sebab selalu sangat disajikan dengan cerita-cerita seram hantu itu di TV dan panggung-panggung wayang.

Ittaqullah...ya aiyuhal muslimin...




Tuesday, August 31, 2010

Biskut raya

kenapa time raya je orang kita buat biskut raya..?? Masa2 puasa camni lah sibuk mencari resepi memacam biskut.  Kalu tk raya, tak pandangpun resepi biskut tuh.



Cubalah klu tk raya pun, kita terus buat biskut. Cuba memacam resepi biskut.  Pastu bawak gi opis ke...
Atau..orang kat opis akan pelik nanti....mesti diorg kata..

"eh... nak raya ke...buat biskut nih??"   hmmm...biskut dan raya....dah sinonim untuk orang melayu kita.



Skrg ramai yang amalkan 'tunjuk' biskut/kuih raya.  Sanggup perabih beratus untuk beli biskut raya.


Klu mcam almond london tu satu bekas udah 2-30 hengget... klu 4 bekas... (satu untuk mentua, satu untuk mak kat kampung, satu untuk anak bawak balik asrama, satu untuk kat rumah sendiri) dah baper hengget tuh...
baru satu jenis...belum jenis lelain lagi tuh..


Kalau biskut2 tu habis dimakan, tak per gak.  Yg malangnya, sampai ke raya tahun depan pun, tak abih gak lagi..bebetul membazir.. ..ada yg jadik centu kan???  *errr..cam pengalaman je kan..

Selalunya, acik beli gak biskut raya ni time esok dah nak raya.  Balik kampung, nyinggah kat Ampangan Seremban tuh, pilih la bisekut yg paling murah2 je...al maklum, bajet utk setiap kali raya, tk banyak mana.

Dan, tawon ni acik nak tingkatkan penjimatan acik...takmo dah membazir.  Acik udah order kepek ubi je utk raya nih.  Sila lah dtg ke rumah.











Friday, August 27, 2010

bahang raya dah dirasa

25/08/2010
Lima belas hari puasa, suasana nak raya dah mula terasa kat opis.  (*lima belas hari puasa??  .... hari pertama puasa dan mula terasa pun, bilamana tempahan kuih mula dibuat, lagu raya dah di keudarakan oleh Yusuf kat opis nih....)

Apapun, lampu liplap hanya mula disangkut dan dipasang pada 15 hari puasa lepas. Lihatlah berita bergambar ni... untuk penceritaan selanjutnya.



Imah, Siti  dan Yanti (memerati je...? Cam acik gak..hehe.)
Dayah melelongkan dirinya...tolonggg...tolonggg... *naper lah tak ada orang dtg tolong aku nk sangkut mendalah nih..!!.
Siiiitiiii gak yg rajin..tengok tuh...suker amat memanjat... :) ..sesuai sgt jadik polis bantuan nih....
Suasana dalam opis yg kecoh dan meriah salu..sama ada dalam soal kerja, mahupun hal remehtemeh.. utk hilangkan kesteresan atau tekanan tika bertugas.
jejaka2 yang ada membantu...tk sampai ati tengok cik siti wan kembang je yg manjat...tercabar lah tuh..!! Kelihatan dalam gambar, Amirul, Shathir dan Deli...dan...siti kat bakang amirul.
Deli : "Yaaaaaaaaa....merrrrdekaa...!!"...eh..silap sambut nih..patut sangkut bendera dulu kat dlm opis, sebab kitakan sambut Hari Merdeka dulu sebelum sambut raya???  Hmmm... sok kita carik bendera lak ye..
amvooii amvooii...suker amat si Yana nih... ni mesti tengok pesbuk nih....
Yg ada kerja, tetap teruskan kerja...pekerja contoh nih...  Wan, Aishah & Imah.
26/08/2010

Batrisya datang melepak kat opis, sementara tunggu emak dia yang nak bawa dia ke klinik..Cam biasa, bila ada baby menjengok, smua rebut2 nak pegang... tgk Pn Su nih...tk penah lepas peluang nak dukung anak2 bajet. Amek berkat.  


Batrisya yg tk boleh tengok lens kamera...mesti nak bergaya.



Sekian.

Wednesday, August 25, 2010

Perginya sorang sahabat

Hari ni mendapat berita, perginya sahabat yang pernah acik ceritakan dulu, Noraizah,  yang telah disahkan mengidap barah tairoid... err..tak tahulah apa nama betul penyakit nih. Tapi berpunca pada bengkak di lehernya.

Acik pun dah lupa bila acik ceritakan kat blog nih...puas carik, tk jumpa pulak entry yang mana.
Apa-apapun, takziah buat keluarga beliau.  Acik tak dapat nak menziarah, sbb tiada kenderaan. 
Namun acik tetap mendoakan kesejahteraanmu di sana.  Sekali je acik pergi tengok, masa kat HUKM...pastu, acik tk mendengar berita lagi tentangnya. Nak telefon, acik takut mengganggu pula, memandangkan keadaannya yang lemah tk berdaya.  Akhir sekali acik dengar dia minta doktor benarkan dia pulang ke rumah, sebab merindui anak2nya

Apa-apapun, Allahummaghfirlaha warhamha wa'afihi wa'fuanha...Rahmatilah ruh sahabat ini ya Allah. Berikan keampunan dan selamatkanlah beliau dari siksaan kubur dan api neraka.  Moga syurga tempat yang menanti beliau di sana. Ameen...

Antom musaabiqun ana lahikuun..kalian pergilah dahulu, akan aku susul kemudian.

Tuesday, August 24, 2010

Mari baca Al Quran

 Sekarang dah mudah sungguh nak baca Quran. Kat internet ni terutamanya.
Acik sebelum ni rajin gi tengok kat  Quran Explorer ni.

Pastu cikgu Rozi kat Colorado bagi pulak link untuk Quran online kat sini.  Bagus betul. Sama macam kita mengadap naskhah Al Quran bebetul.

Macamanapun, acik lebih suka guna di Quran Explorer. Untuk memperbetulkan bacaan yang kelabu asap kekadang tu.  Iman tahap rendah cam acik ni, bukan rajin pun nak baca Quran.  Maka selalulah berlaku bacaan yang tersangkut, tak tahu camne nak sebut. Bila jadi camni, kalu dah ngadap komputer ni, acik rujuk la kat qari2 yg disediakan untuk kita dalam Quran Explorer ni.  Dan yang paling acik suka, bacaan Al Mishari. Terang jelas dan nyata. Serta mendayu2...nak tahu maksudpun senang...hujung jari je kan.

Kita ni sebenarnya memang kena selalu baca Quran. Kalau jarang2 atau tak penah baca, lepas belajar ngaji masa kekecik dulu, memanglah payah nak baca balik.  Merangkak... tak kira lah berapa kali khatam masa kekecik dulupun, namun klu tak amal baca, nescaya merangkak biawak la membacanya.  Tajwid toksah cerita lah.

Tajwid besepah sempang siur.  Berhenti ikut mana suka je.  Kalu diibaratkan trafik lait la...lampu merahpun kita langgar kat tempat yang sepatutnya kita berhenti.  Pastu, kalu kat tempat yang patut kita jalan, kita gi parking pulak.... hmmm... kalu kita paham maksudnya....mesti kita nyesal tak bajar bahasa arab bebetul. Sebab kalau silap bacaan kita, bacaan tu pun dah berubah terjemahannya... berubah maksud.  Contohnya, Qaf jadik Kaf, dah berubah makna ayat.  Tu baru tentang makhraj atau sebutan...belum lagi pasal lelain.

Dari itu, mari kita memperbetulkan bacaan Quran kita hari ke hari.  Jadikan Al Quran teman di kala sunyi, penenang di kala jiwa kaco, panduan dalam menjalani kehidupan.

Sekian.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...