Wednesday, September 15, 2010
Lawatan Kerja ke Arkib Negara Malaysia
2 Sept lepas acik telah mengikuti satu gerombolan seramai 14 orang melawat dan mengikuti bengkel di Arkib Negara Malaysia.
Gambar di bawah adalah Ketua rombongan, Cik Anis bersama pegawai Arkib yang mengiringi dan memberi penerangan kepada kami.
Ketika kami dberi penerangan tentang cara-cara rawatan dilakukan ke atas satu dokumen yang dah reput.
Ni En. Norazam (klu tk silap la, nama dia ni...) sedang memberi penerangan tentang fungsi-fungsi Arkib Negara dan peranannya dalam memelihara bahan sejarah negara.
Tu cara yang betul menutup fail. Jangan tak sistematik hingga sukar nak di kategorikan bila dah dihantar ke Arkib.
Ini antara bahan/dokumen yang menerima rawatan baikpulih di Arkib ini. Kalau tk silap, dokumen ini berusia hampir 100 tahun.
Gambar di bawah, salah seorang yang bertanggungjawab mengasaskan pembentukan Arkib Negara ini ketika menjadi peneraju ANM yang pertama, Allahyarham Tan Sri Datuk (Dr) Haji Abdul Mubin Sheppard (1957 - 1962).
*Gambar ni digantung di dinding di lobby pejabat ANM .
hmm.. atas ni gambar dekat beliau. Maaf ye Arkib...acik celok dri laman web ANM.
Ini pula gambar berus cat.. apa kaitan dgn Arkib ye? Entah. Tapi pegawai ni membuat kajian terhadap segalanya kot... dia maklumkan kami bahawa ini adalah antara berus cat yang dibuat daripada bulu babi/khinzir. Kata pegawai berkenaan, ianya boleh dikenali, dengan melihat dengan teliti, bahawa bulu babi itu bercabang 3. (err.....rambut ngkorang ada gak kot yg bercabang 3?) ..tpi mmg ternyata, dengan mata kasar pun blh nmpk bahawa bulu babi itu bercabang...tak payah masuk bawah mikroskop.
Aritu acik membeli peralatan mengecat pagar rumah emak acik.. dan memang hampir smua berus yang dijual, memang dihasilkan dari bulu babi.
Abih camno??? Cuma ada satu, yang Nyonya tu kata,
'Olang melayu suka cali ini melus.......'
Ada tulis Halal kat berus tu... pastu bukan dari bulu babi... lalu acik beli...harga lebih kurang je.
Ok..sambung cerita lawatan tadi... ni timbunan fail yang telah dihantar ke ANM ni untuk disimpan dengan baik.
Dan ini Encik yang buat kerja penjilidan ke atas dokumen atau buku-buku yang telah dirawat rapi. Menggunakan kulit yang terpilih dan berkualiti. Mekasih encik ye...nampak letih je smua staf ANM nih... yelah...nyebok je kami datang bebulan poser lak kan..hehhe..
Kami pun letih gak...biasa lepas taklimat, ada jamuan, tapi kami jamu mata je lah...hehe
Bgimanapun, terima kasih ANM...kerana mengizinkan kami membuat lawatan ini. Baru lah kami tawu betapa besarnya peranan ANM dan betapa pentingnya memelihara dokumen-dokumen yang boleh menjadi bahan sejarah negara.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...


dah start cerita pasal kerja eii.. cuti raya dah habis la ni
ReplyDeletebetul tu..isnin lagi dah gi keje.
ReplyDeletetpi citer raya belum lagi...ni citer sblm raya...hehe
Slamat hari raya dan maaf zahir batin shifu...
acik teringin nak poi lah..nak yo tau..camano..
ReplyDeleteacik aposal lalu yo kek ttj..tipun la akak..boleh datang rumah..
poi je kak...tipon dulu...kata nk buat lawatan..
ReplyDeletetk sompek nk nyinggah kak...baper kali dah lalu TTJ tuh..hehehe
salam acik..'
ReplyDeletenape la dalam byk2 bulu ,bulu kerbau pendek jugak yg dipilih..
aduh,bulu idung buleh kot ganti..
hehe
selamat hari raya acik
tu lah...naper tah...bulu lembu pun ok gak ..naper tk buat berus tu smua dgn bulu lembu je kan irfa..
ReplyDeleteselamat hari raya gak.