Wednesday, November 11, 2009

Ujub kah aku?

Sudah lama acik tk sambung bacaan kitab Hidayatussalikin acik nih. Sejak acik mengemas meja nih, almaklum la..biler dah simpan buku ni...payah pulak nak keluar balik. Meh kita sambung membacanya.  

Maksiat Bathin atau sifat keji yang ke sembilan adalah ujub. Ujub adalah sifat hairan akan diri sendiri ....ditujukan khas kepada maksud hairan akan kebaikan atau kelebihan diri sendiri. Ini adalah sifat yang amat dicela oleh syarak dan boleh membinasakan/menghapuskan amal ibadah. Firman ALlah Taala yang bermaksud;

Dan pada hari perang Hunain, kerena takjub akan bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak memberi faedah kepada mu sedikit jua pun. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; Tiga perkara yang membinasakan ibadah, pertama, kikir yang diikut, kedua, mengikutkan hawa nafsu yakni mengikut akan segala yang disukai hawa nafsu yang dicela oleh syarak dan ketiga, kehairanan seorang akan dirinya.  

Kata Imam Al Ghazali di dalam Mukhtasar Ihya Ulumuddin ertinya, bermula hakikat ujub itu iaitu takabur yang terhasil di dalam hati dengan dsangkanya akan dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada ilmu atau amal serta lupa akan dia sandarkan yang demikian itu kepada Allah Taala dan serta sentosa daripada hilangnya. 

Maka jika ingat akan yang demikian itu maka takut akan hilang maka iaitu bukan ujub dan jika ada ia suka dengan keadaan yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala maka tiada dinamakan dia ujub dan hasil daripada yang demikian itu iaitu menilik seorang akan ilmunya atau amalnya yang dibangsakan kepada diri mereka itu. 

Dan tiada ingat dia akan segala yang demikian itu daripada Allah Taala dan tiada ditakut ia akan hilangnya. Adapun barangsiapa menilik akan ilmunya atau amalnya dan barang sebagainya daripada sifat yang sempurna iaitu nikmat daripada Allah Taala yang dikurniakan kepadanya, pada hal ia takut akan hilangnya dan suka ia bahawa yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala atasnya maka yang demikian itu tiada dinamakan akan ujub.

Pening kan...baca bahasa kitab tua. Acik pun pening. Tapi dari pemahaman acik... ujub ini adalah salah satu sifat yang amat unik. Amat bahaya dan kita selalu tidak sedar ia ujud dalam diri kita. Seakan2 riak dan takabur....tpi tidak ditunjukkan... Kita sentiasa rasa diri kita selamat, kita baik, kita tawaduk.... kita berbuat baik tidak mengharapkan balasan misalnya, tpi dalam hati kita berbisik... 'baik sungguh aku...orang lain tk tahu aku buat baik.. tpi aku buat juga...isk... inilah yang aku bangga dengan diri aku nih..orang lain tk blh buat cam aku..!!!!!'

Amalan baik orang-orang seperti tidak akan diterima Allah... tiada keikhlasan diri ketika beramal...bahkan ada sifat yang tercela itu. Ujub merupakan permulaan untuk mendapat pula sifat tercela yang lain seperti takabur dan riak. Orang ujub tidak terlahir sifatnya di luaran. Tetapi penyakit ini bersarang di dalam rohani orang ini. Amat payah untuk menjaga hati tika kita melakukan amal jariah. Kekdang, tangan kita menghulur sedekah, tpi di hati...kita katakan dengan bangga....isk..aku lah yang baik...tengok...orang kaya itupun tk bersedekah...tapi aku....

Kita bersembahyang wajib dan sunat...hingga lekuk dan lebam dahi.... tpi dlm hati, jawoooh kat sudut hati berkata ; asik aku jer yang rajin sembahyang kat surau nih... atau.. naper orang lain tk bangun buat sembahyang sunat cam aku eekk..?? Kita rajin membaca, belajar, dan menghadiri kuliah agama. lalu kita rasa kita pandai....dan orang yang tidak rajin seperti kita adalah amat rugi...kita rsa kita telah mendapat semua kebaikan menuntut ilmu, dan orang yang tidak menghadirinya adalah berada di dalam kerugian yang nyata.

Memang benar, mereka itu dalam kerugian. Tapi tidak perlu ada rasa kita telah mendapat kebaikan itu. Tidak perlu senyum seorang diri kerana merasakan kita tidak berada dalam kerugian seperti orang lain...itu adalah kategori ujub yang memang amat tersembunyi sifatnya. Sebaliknya, selalulah merasakan diri hamba Allah yang hina. Hamba Allah yang amat lemah, Hamba Allah yang sentiasa memerlukan kepimpinan dan petunjuk dari Allah.

Sentiasa merasakan kekurangan diri dan melakukan apa jua kerana Allah Taala. Tawadhu' dan kekalkan sifat kehambaan. Sentiasa berdoa minta dijauhkan dari segala kejahatan dalam dan luar, sedar atau tidak sedar. Tidak merasakan diri bagus kerana dapat melakukan amal, dibandingkan dengan orang yang tidak melakukan amal itu.

Kita mungkin mampu membuat sesuatu kebaikan.... lalu kita melihat orang lain yang tidak melakukan kebaikan itu berada dalam kerugian. Jangan...jangann begitu...itu adalah unsur2 ujub dalam diri. Apa yang perlu kita rsakan adalah, bersyukur, kerana Tuhan telah berikan laluan dan kemudahan dan kelapangan untuk kita membuat sesuatu dalam mendapatkan keredhaanNya..minta Allah dorong hati kita terus untuk melakukan kebaikan keranaNya.... bukan kerana rasa bangga.

Jangan kita memikirkan kerugian orang lain, sebaliknya sentiasa khuatir akan kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Sekiranya ini dijadikan amalan hidup, maka kita tidak akan ada masa untuk memikirkan keburukan, kelemahan orang lain. Bagaimana pula dengan seruan agar kita mencegah kejahatan? atau nak mengamalkan baalighuanni walau ayah? Sampaikan dariku walau satu ayat.???

Atau ketika kita mahu menegur/mencegah kemungkaran? Jangan pula sebabkan takut ada ujub, takabur dan riak...maka kita biarkan kemungkaran di hadapan mata. Teguran dan seruan ke arah kebaikan memang perlu. Terutama untuk insan yang kita sayangi, ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, komuniti kita...

Cuma sewaktu membuat teguran, perlu dengan cara hikmah....dan perlu menjaga hati jangan dicampur adukkan dengan rasa bangga diri, takabur, riak dan ujub itu...*ni yg payah nih... Mungkinkah caranya dengan sentiasa merendah diri? Mengakui merasai kelemahan diri sendiri? Put yourself down to the bottom of the sea...you will get the pearl... but it is not that simple... you'll have to struggle for it. . a lot of people failed to reach the pearl... ehh...apo tetibo den tercakap omputeh lak nih... sorry..sorry.. tringat sok English Day kat opis..ehh...esok ke?

Bukan esok tu adalah hari ini??? huhu... udah nak pukul 5 pagi...acik nak tdo sejam. minta pada TUhan agar dijauhkan dari sifat Ujub, riak dan takabbur itu agar segala amalan diterima.
Semoga kita mampu mengamalkan ilmu yang kita ada dan mempelajari ilmu yang kita tk tahu.
Sekian.

Monday, November 9, 2009

Yang menggembirakan

Acik gembira bila dapat menggembirakan.
Acik suka kalu orang suka kawan dgn acik .
Acik tk gembira bila acik tersakitkan ati orang
Acik senornya tk suka bila acik tk bjaya gembirakan orang
Memang acik gembira kalu orang buat acik gembira tapi yg lebih penting dan bermakna kalu acik yg gembirakan diorg dan yg acik nak jawohkan jangan orang sakitkan ati acik...

Acik sedey bila acik buat orang sedih
Acik sedey biler tgk industan... sedey gak tgk citer melayu.. ato citer kung fu cina.. ato citer ninja jepun.. ato citer mengarut Indonesia.. ato citer lap stori omputih.. ato citer lelawan Tamil ato citer Filipino.. ato citer basa apa pun la.. asalkan ada sarikata terjemahan mlayu...

Kalu taim sedih, acik nanges kalu taim gembirapun, acik nanges... isk...sbb tu acik jarang tgk tv... ato movie.. bengkak mata acik nanti sbb nanges tk hengat diri.. ehh...melalut dan merapu sudeh.. permisi...

cerita ujung minggu yg sibuk

Hujung mingguku adalah sangat padat dengan program2. Sabtu ke BUkit Jalil, tonemn badminton anjuran MESCA.. Acik masuk bergu... kalah okeh..3 kali lawan, satu menang tk bergaya...sebab pasukan lawan tercedera dan tak dapat meneruskan cabaran...namun acik puas hati dalam game nih. Sebab dapat main selagi boleh main. Semangat ada...kederat jer tadek.. hmmm..
En. Azlan n the gang also tumpas sehingga suku akhir sahaja. Gambar acik ...?? tadek org nk amek..hehe
Selesai main badminton, acik pegi ke gelanggang Bola jaring, menjadi pompom gurl kat situ pulak. mang suka jerit2 ni....tahun ni suara penyokong Bahagian kami amat bersemangat sebab group lelaki join sama...menghasilkan bunyi sorakan yang harmoni...meriah rasanya. Setiap kali ke Bukit Jalil, acik misti carik cikgu SBJ nih... sajer..suka tengok dia yg comei lote, terbang cam burung helang menyambar bola... Ok cikgu Kis...chai yok... Pasukan bola jaring kami bermain dengan agak cemerlang kali ini.,.. tapi hanya berjaya menduduki tempat ke 4...dapat adiah gakk. Petang dalam pukul lima baru sampai rumah. Lupa pulak nak habaq.

Kawasan Sekolah Sukan Bukit Jalil dan MSN petang itu, sedari pukul 2 petang, telah mula didatangi penyokong2 pasukan bolasepak Kelantan. ... yg nak menonton perlawanan bola sepak Liga PerdanaPiala Malaysia.... Abang Pulis mula bertugas.. dan mula menjeling kereta acik yang diparkir di tepi2 bibir jalan itu. Waktu mengambil henpon yg tertinggal dalam keter, sorang abang pulis tegur acik dan minta acik alihkan kereta.... huh... sib baek acik dapat masuk kat kawasan MSN dan meletak keter acik kat situ.

Selepas acik, Pak Guard pun tutup pagar kawasan MSN, tk kasik kenderaan lain masuk dah. Waktu mau pulang... memang penuh penyokong pasukan Kelantan di sepanjang jalan. Penyokong NS tk nampak lagi. Agaknya sebab dekat, mereka datang lewat. Acik risau gak, sebab plet keter acik plet NS. Buatnya penyokong Kelantan mengganas, kang di apa2kan pulak keter acik yang suci ini...Alhamdulillah....keadaan masih terkawal....dengan kawalan pulis2 trafik ketika itu. Langit amat gelap, dan hujan mulai turun. Acik dan penumfang2 keter acik tepaksa belari cam kambing ke kereta.

Ketika itu, kepala sudah mula rasa weng weng... Sesampai di rumah, acik tersangatlah letihnya...dan sakit kepala... setelah mandi, solat....acik terus tumbang tewas di pembaringan. ...setelah menelan 2 biji geliga hikmat berwarna putih itu... PANADOL... Hingga terlupakan perlawanan bola sepak NS vs Kelantan itu.

Pukul sepuluh lebih, acik terima sms dari sepupu acik di seremban, mengatakan NS telah menjaringkan gol 2-0. Terpisat2 acik bangun, dengan semangat kesukanan yang ada, menuju ke ruang tamu, duduk sama anak acik, Nurzayani, di situ. Lalu memulakan sorakan acik seperti biasa...walopun sorang... Anak acik suh acik masuk tido semula... sebab katanya, acik memekak je... huhu.. Gol penambahan NS masuk lagi, menjadikan 3-0....wahh..misti sonok orang NS...

Akhirnya Kelantan berjaya menyumbat satu gol jangan tidak.... dan acik gembira juga... sian lak nak balik bawak kosong je kan... heheh... ong Kelantan jgn marah... Acik mang udah agak, penyokong Kelantan akan mengganas. Penyokong Kelantan tk pernah serik dengan insiden2 sebelum ini, yang akan memalukan pemain2 mereka. Rata2 org Kelantan pun tk paham, dan malu dengan sikap penyokong bolasepak mereka.

Sikap yang sungguh tidak bertamadun... mengganas gitu, membaling dan membakar.... dan sikap tidak mahu terima kekalahan. Penyokong negeri lain pun ada jugak yg mengganas, tpi idak seteruk penyokong bolasepak Kelantan. Harap selepas ini, akan ada perubahan... sokongan dan sorakan mereka diperlukan. Tapi keganasan itu harap dihentikan. SOkonglah dengan cara yang sewajarnya. Nyalakan semangat kesukanan... bukan nyalakan api kemarahan ..bukan cetuskan keganasan sebegitu. Tidak ada faedahnya. Melainkan merugikan banyak pihak.

Acik senornya bukan lah minat sangat pun nengok bola nih. Sesajer....kerana ada sedikit semangat kesukanan dalam diri yang udah nak senja nih...heheh.. Hari Ahad Acik masuk Jogathon pulak. Katogeri veteran... ada 5 orang peserta sahaja.

Sedangkan hadiah yg disediakan untuk setia kategoti adalah sehingga ke tempat ke 10... Biler dah tahu komfem dapat adiah, acik dgn collegue acik lenggang lenggok je jalan..sambey borak2...sambey mnikmati keindahan tumbuhan ijo yg masih ada di Bukit Jalil. Lihatlah kami berdua...yang bersemangat. Datang awal untuk mengambil bahagian. Masa ni kulit dah mula bertukar menjadi bertambah gelap.... gasak pi la... Sambutan acara ini amat dingin... tak ramai. Agaknya ramai yang letih menonton bola sepak malam tu. Maka acara Jogathon, tidak mendapat sambutan. Selain Jogathon, acara sukan MESCA pagi itu, adalah bolasepak.

Peringkat suku akhir hingga final. Bahagian acik ambil bahagian, tpi tk sempat ke peringkat separuh akhirpun. Udah tewas. Matahari mang terik sungguh hari tu. Acik tk menunggu sehingga majlis penyampaian hadiah. Balik sebelum pukul 12. Memikirkan badan letih, nak balik masak dan basuh baju.... lega dan bersyukur, akhirnya acik dah melepasi semua tuh. Tahun depan acik berazam nak masuk lagi. Nak tingkatkan prestasi. Nak berlatih dengan lebih kerap.

Entah bila acik boleh berjoging semula...memandangkan cuaca yang biler petang je...hujan....petang je hujan... hujan je petang... abihtu....bila nak berjoging...??? Selepas ini, En. Azlan kata nak anjurkan perlawanan badminton persahabatan...dan dia nak acik berlatih nanti... hmmmm ... boley3X...heheh.
Balik rumah, acik baru terasa sakit2 satu badan.... adeiiihh....rasa mawu carik owang urut je... baru sedar diri sudah berumur... insap seketika... Sekian.

Friday, November 6, 2009

Jumaat sudah

Layan lagu ujan... sebab pagi ni hujan turun amat syahdunya..
Hujan
Artist: Sudirman
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

 Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi Engkau pergi...


Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini Semesra bumi yang disirami Begitulah hati ini Hujan yang turun bersama air mata Bersama pedih, bersama rindu Kau datang dan kau pergi jua Rindu lagi...


Ehh...arini jumaat ehh... errr....acik masih nk tarik simut ni... coti2 mesia.. Selamat bekerja la buat ngkorang di pejabat nuu.. hehhe Moral of the story: Hujan , adalah rahmat....kerana hujan, bumi Allah ini menjadi subur....

Kerana hujan, tidur menjadi tambah lena.....aaaaaaaaaaarrh.. Maaf la..acik merapu meraban di Jumaat yang mulia. Jap lagi nak balik kamfung mesin ghumput. Rumput udah fanjang...sejak raya aritu tak de nak mesin lagik.. Pastu nak pegi hantar HaZirah balik Kolej di Koler Filah... huh...

 BTW...semalam acik gi tengok Tifah Vogue main bowling kat alamanda... chai yokkk tipahh... doaku sentiasa buatmu..... arini kalo sempat balik copek, acik gi tgk lagi dari kejauhan yekkk.. Sian adik acik sowang tuh...udah la kuwos...semput tk baper nak baek lagi... lagi mawu baling itu bola bosi...huhu.. ..camner pun, moga tipah and the gang monang bosa... Acik patutnya main badminton arini..tpi camner leh telupa kena antar zirah balik ...?? so, good bye badmintonku... lagipun, partner bergu ku main cak cak je..kejap endak..kejap tk endak... lupekanje lahhh..

Thursday, November 5, 2009

Hidup perlu sempoi

Hari Isnin aritu memang biasalah, mood kijer amat tipis... mata mengantuk je....perut lapaaar sentiasa. Sekali tu, kami di pejabat digemparkan dengan satu kebakaran di tingkat bawah. Maka berduyun-duyunlah kitowang ni dari tingkat 13, menuruni tangga okeh.. turun tangga dengan sabarkan.... dimaklumkan bahawa kebakaran berlaku di aras 6...kami turun sampai ke lobi...eh....dah lepas aras 6, tader asappun.. menurut kata diorg yang entah siapa tu, api telah dapat di kawal.... Namun kami teruskan perjalanan ke lobi. aiikk...tadek orang turun pun!!...kami dari tingkat 13 je yg bersemangat turun untuk menyelamatkan diri.

 Selalu centu ...agaknya, menurut kata sorang teman sepejabat acik, kita ni memang tunggu je klu ada panggilan kecemasan suh tinggalkan opis....huhu..panas je duk dlm opis....panas dalam sejuk gitu... Tapi tk per...kita ni kalu dengar tentang kecemasan, tk rugi kalu turun menyelamatkan diri... Kalau tk ada apa2 yg serious, Alhamdulillah.. kalu bebetul serious...ha.. kan dah selamat gak kita..!!!

Ari selasa, besembang dengan Shahmah di YM..
Umi, abang nyaris eksiden naik motor tadi... dah banyak kali dah jadi tergelincir cenggitu, bila jalan licin.. sebab tayar licin...
Kenaper?
Ye ler...sebab tayar botak.....

adeihh... acik jadik risau... pempahamla, kakitangan kerajaan lambat dapat gaji.. bukan lambat..tapi sebab dah dapat cepat bulan lepas, maka amatlah terasa lambat untuk dapat gaji bulan selepasnya...

Memula acik marah dan membebelkan Shahmah...
Ha..tu lah, belum abeh belajar, nak pakai motor... berangan lagi nk pakai kereta. Kalu kita ongkaya tak per gak.. motor lak bukan motor kapcai yg tayar murah2... Nak mintak pada nenek udah malu... dah la beli motor pun nenek bagi duit, nak renew lesen pun nenek bagi subsidi jugak...

ye lah..ye lah...tak payah la ganti dulu tayar tu. Nanti abang kumpul duit sendiri..

Dia udah majuk. Tapi hati sorang ibu... boleh ke tenang bila mikir anak dlm bahaya bawak motor tayar botak gitu...musim hujan fulak tuh.. Maka acik tanya, berapa yang dia perlukan.... nanti acik korek duit ASB yang tinggal ciput itu lagi.. Tapi Shahmah majuk dan kata tak payah jugak...sbb tayar motor tu mahal...sama reger dengan tayar keter... tak aper lah... nanti klu jadik apa2 kat dia... lagi nyusahkan.... maka acik transferkan jer duit ke akaun dia... dan arahkan dia segera tukau tayar motor tuh.. fuhhh...lega... Alhamdulillah... Walopun duit ASB ku semakin menciput.. Takmo sebab sayangkan duit yg ciput tuh, nyawa anak terancam... nanti nyesal seumur idup... kannnzzz... Moral of the stori: Keselamatan lebih penting dari duit. Tapi duit penting untuk keselamatan!

Wednesday, November 4, 2009

Today is Wednesday

Hari ni hari Rabu. Kalu ikutkan, hari ini, adalah English Day di pejabat kami. Ketika mula-mula dilancarkan program ini, smua bersemangat berbahasa Inggeris, tak apalah, camnerpun bunyi cakap kami. Acikpun sama. Hantam sajalah labu...tapi sekarang dah tk ada dah...takkan nak cakap sorang-sorang kot?Acik pesan pada yang pepandai berbahasa Inggeris, tegurlah kalau silap. Sebenarnya, kalau kita kerap menggunakannya, barulah kita akan menguasainya. Memula, mmg memacam ujian bila kita cuba menggunakannya. Tapi kita jangan give up...

Biar orang ketawakan

Biar orang marah

Biar tunggang langgang bahasa kita

Bila kita give up, maka tak akan kemanalah kemahiran berbahasa kita. Malu? tak malu pada orang yang acik tk malu...hehe..

malu bertanya..sesat jalan.

Kat office ni, salunya cik Sharifah Ratina lah yang menjadi mangsa kaunter pertanyaan acik sekarang ni...(dulu ada puan haida...tapi sejak udah findah ke MITI...tadek lagi la..) .. beliau seorang pegawai PTD memegang jawatan Penolong Setiausaha (bakal naik gred lagik nih....tahniah..) yang genious... yang boleh berbahasa melayu, Inggeris, Jepun, dan bahasa lain yang acik tk tau.. (sekarang gi UK...lawatan kerja..utk 2 minggu ..agaknya) Macam gak orang yang nak blajar bahasa melayu, perlu menggunakannya. Biarlah orang ketawakan, lelama mereka akan pandai juga. Seperti orang Pakistan penjual karpet kat Nilai 3 tu, memula becakap, bunyik gurkha je...(err...camner bunyik gurkha ekk??) ..kita ketawakan mereka tkpun kita bengang bila mereka tk pempaham cakap kita... *entah2 diorg bebuat tk paham kot????

Best kan...kalau tahu banyak bahasa...macam Mahathir Lokman tuh..

Sekian

*entry ini telah di simpan lama dalam draf folder...sebelum expired...baek ler acik publishkan..

Monday, November 2, 2009

khuatiri lah...

Sayidina Ali kw pernah berkata; "Sedikit manusia yang jatuh kerana tergelincir kakinya tetapi ramai manusia yang tergelincir ke dalam neraka kerana tergelincir lidahnya." Kawallah mulut daripada berkata-kata yang mendatangkan dosa kerana di akherat kelak ia akan mendakwa kita. Kuasailah ia semasa di dunia, kerana kelak di akherat kita tidak akan lagi menguasainya! Kita selalu menyebut, lidah yang bercabang...tpi cuber tengok gamba ni...ternyata memang ada orang yang lidahnya bercabang... cuber ngkorang buat ceni....boleh tak??? tgk lidah ngkorang becabang ke tidak?? meleleh air liur pun tk jadik kan... sbb hnya orang yang lidahnya becabang sahaja yang blh buat ceni...hehe Tapi yang ni...memang lidah dia fanjang ceni...dan misti lagik payah nak jaga...sebab tu dia letak subang kat lidah dia..huhu.. *Gambar ihsan google Camner pun.. mehla kita sesama menjaga lidah kita...jgn bercabang...jgn bercakap yang tidak sepatutnya kita cakapkan.. sok sok..di Sana nanti, kita akan dapat hadiah, sebab telah menggunakan lidah untuk kebaikan.. atao dpt pembalasan sebab tak reti nak guna lidah selain dari jelir2 kat orang cam dlm gambar tuh... hiiii...... Sekian. Nampaknya, malam ni line streamyx tk baper nak ok....iskk...bengang acik...

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...