Tuesday, June 16, 2009

Kejayaan dan Kegagalan

Dalam kehidupan, kita tk lari dari melalui dua perkara di atas dalam menempuh segala Ujian Kehidupan. Kalu tak berjaya.....gagal....dua tu je... Yang berjaya.....akan gumbira dan bersyukur....dan nak terus berjaya. Yang gagal....akan sedih...keciwa...marah....dan tk puas hati...(eeeeii...benci taw kat sorang cikgu ni....ader ke tipooo acik kata dia gagal...!! pdhal dia bejaya !! main-main laa..heheh..!!) . Tapi...sobss....pada yang gagal...jangan menanges ye sayanggg.... kerana smua tu adalah rezeki memasing... Percaya lah pada ketentuan Tuhan. Rezeki tu dah ditetapkan. Kalu tk berjaya... nescaya ada hikmah tersendiri, yang tersurat mahupun yang tersirat. Kekdg, kita rasa dah berusaha yang terrr baik pada kita lah...tpi masih tk berjaya ... dah bukan rezeki kita...mesti ada sebab2nya kan.. Yang berjaya tu melompat2 sonok dan senyum sampai pangkal telinga.... Hari ni ada yg bayar nazar, beposer ke...besedekah ke....botakkan kepala ke... Jangan pulak lupakan nazar sendiri.... kang...bebuat luper pulak.... golo deh eh.. Dan pada yang gagal tu, bawakla betenang... jangan risau, jangan bimbang... belum ada rezeki. Mungkin rezeki anda, di masa akan datang pula... buat improvement. Sekurang-kurangnya, anda telah tahu bagaimana temuduga dijalankan. Bila mencuba lain kali, pastikan anda membuat lebih baik dari yang sebelum... lain dari itu, serahkan pada kehendak TUhan, setelah berusaha. Senornya ni semua pasal keputusan permohonan biasiswa HLP tajaan KPM untuk guru-guru melanjutkan pelajaran penuh masa yang dah keluar hari ini. Bila la pulak kajaan nak taja kakitangan sokongan cam acik ni utk sambung pengajian.... Tok Najibbbbbbbbbbbbb..dengarlah rintihan kamiiii... berapa ramai kakitangan sokongan yg berijazah...tapi masih bergred bawah 30..... tak ada yg nak membela kah???? udah la kami ni belajo dgn tanggungan sendiri... Akhir kalam... TAHNIAH buat guru yg berjaya menerima biasiswa HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh ... pada yang belum semak...sila semak di sini.

Segala yang tercatat hanyalah pandangan peribadi penulis. Tidak melibatkan mana-mana organisasi. Kesilapan adalah kerana kelancangan, ketelanjuran, kelemahan dan kekurangan mental penulis..minta maaf... Kalau ada yang baik, adalah dari Allah semata-mata.

Monday, June 15, 2009

Apa kata hati

Mata Hati (Lirik Nasyid)

Pandangan mata selalu menipu Pandangan akal selalu tersalah Pandangan nafsu selalu melulu Pandangan hati itu yang hakiki Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih Pandangannya kan menembusi hijab Hati jika sudah bersih Firasatnya tepat kehendak Allah Tapi hati bila dikotori Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah Jasad lahir tumpuan manusia Utamakanlah pandangan Allah Daripada pandangan manusia

Untuk renungan diri sendiri....yg selalu mendapat bisikan hati yang tak betul... biarlah di senin yang blues ini....acik menjiwangkan diri...

Sunday, June 14, 2009

Kulit ahli syurga?

Pernah dengar bahawa di anggota kita ada seciput warna kulit ahli syurga? Ada sesiapa boleh bagi penjelasan? Acik pernah dengar dalam pengajian yang acik ikut, tah biler..tah ustaz / ustazah mana yang cerita. Dah telupa... tapi bila search kat internet nih.... acik ada gak jumpa cam artikel di bawah ni... dari laman web ini yang menceritakan kejadian Adam. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

MasyaAllah.... sampaikah kita di Sana untuk memiliki kulit kemerah2an ini??? Moga kita tergolong dari kalangan orang2 yang beriman jua yang diampunkan segala dosa...klu tak...tk merasa lah nikmat surga...bahkan neraka menanti kita.... nauzubillahiminzalik.. (aku yang brangankan surga...tpi berkelaku dosa..)

Saturday, June 13, 2009

Hari malas sedonia

Duk rumah sehari suntuk..nak balik kampung tk jadi.... basuh kaen....lipat kain...menyapu, mengelap cermin tingkap.. errr...idak le bermalas2 ekkk... Nak gi jenjalan, tak de kenkawan.

 Nak gi shoping, pun tk de kawan...sorang2???? huh...cam kera sumbeng jer nanti. Nk gi brenang pun tk de mood. Nak hapdet blog..cam tk do ilham je... buhsan gak ngadap si gogon kat Pet society facebook nih. 

Yanie pegi Muar arini dgn knkawan, kenduri kawin kawan dia... masa balik, singgah kat kampung... makan doyan ngan moktan... balik dari kampung, nenek dia bekalkan untuk umi dia ni doyan satu bekas eskerim tuh...dongan moktan sekarung.

 Acik bedal doyan sorang2 cam dah ompek tawon tk makan doyan. Pehtu giliran moktan lak....belasah dalam sepastik.... moktan tk berapa nak berair lagi....tapi lengkang... (errr...ckp NS, longkang ko...wakakakaa..) ader worang kata longkah... yakni, isi tk melekat kat kulit biji moktan tuh..
Sekian, hapdet arini...ngantuk nih..pewot penuh doyan ngan moktan...muahahaha.... buruk tebiat sungguh.

Friday, June 12, 2009

Hasad

Seterusnya, dihari Jumaat yang mulia ini, kita teruskan pembacaan kitab Hidayatussalikin dalam tajuk Maksiat Batin... yakni sifat keji (mazmumah) dalam diri manusia. Kali ni kita masuk ke sifat keji yang ke4.. HASAD.
Adapun hasad yakni dengki adalah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak lagi haram.Kata Imam Ghazali rhmlhtaala...

A'lam annalhasada haram ..........ertinya, Dan ketahui oleh kamu bahawa hasad itu haram, iaitu suka engkau akan hilang nikmat dari orang lain atau suka engkau turun bala pada orang lain dan tiada haram munafasah dan iaitu bhawa engkau kenang dan suka bagimu seumpama nikmat bagi orang yang lain dan tiada suka engkau hilang daripadanya dan harus engkau suka akan hilang nikmat dripada orang yang zalim supaya hilang zalimnya itu.

(sori, bahasa kitab tua, ada sikit fenin...) Retinyer...Berdengki2 itu adalah dilarang oleh syarak...hukum Allah.. Hasad itu merupakan satu rasa gembira agar orang mendapat susah dan mendapat bala'... tetapi bagus jika bergembira sama dengan orang yang mendapat kesenangan, kemenangan, keuntungan, kegembiraan, dan harus pula suka jika orang yang zalim mendapat kesusahan (betul ke camni ayatnya...) sekiranya orang zalim itu, dapat berubah sikap kerana bala' itu...harussss.. sbb nakkan mereka berubah sikap menjadi baik.

Munafasah tidak salah dan tidak ditegah kerana ia adalah persaingan. Persaingan yang sihat seperti untuk mendapatkan tempat yang baik di sisi Allah itu tidak salah. Selanjutnya tentang munafasah klik di sini: http://www.hmetro.com.my/Friday/AdDin/20090220092439

atau search kat tempat lain..banyak yang menceritakan tentang hasad ini.

Seterusnya isi dari kitab ini;

Ketahui olehmu, bahawa hasad itu membatal akan ibadah dan mendatangkan murka Allah. Hadis Nabi bermaksud;bermula hasad itu memakan ia akan amal kebajikan seperti api memakan kayu yang kering.

Maknanya...sekiranya ada sifat hasad ni, maka tidak ada gunanya membuat amal kebajikan yang lain, kerana semua nya akan dipadamkan dari rekod kebajikan yang ada..hanguss... tk de pekdahnya dah... jadi...jagalah, jgn ada sikitpun rasa hasad dengki ni dalam diri kita. Sesia jer nanti segala amalan baik kita. .. sama la cam mengumpat...kankankan...

Sekian.

tu je tentang tajuk hasad dalam kitab ni.

Huraian acik;

Hasad terlalu berleluasa di persekitaran kita. Biar kita di dengki orang, jangann kita berdengki pada orang.

Namun seperti yang dituliskan dalam kitab ini, bermunafasah itu harus. Irihati pada kelebihan orang lain. Irihati dengan azam untuk berusaha menjadi sepertinya. Tanpa melakukan aniaya terhadapnya... irihati dan merasakan ianya satu cabaran untuk usaha lebih giat lagi.

Kita jadikan diri kita gembira apabila orang lain mendapat nikmat...mendapat kebahagiaan, mendapat keuntungan. Jangan hanya mulut mengatakan; Saya tumpang gumbira dengan kejayaan awak..!! , tapi dalam hati kata;

Nanti engkau!.... aku hebahkan kat orang lain pasal keburukan engkau...baru padan muka engkau!

Inilah orang yang hasad dan dengki. Busuk ati... Bersihkan hati anda dari sifat ini. Nescaya hidup akan tenang tanpa stress atau tekanan, memikirkan hal orang lain. Sekian.
Maklumat tambahan, sebelum telupe.....semalam ada orang bawak buah ni kat opis utk org yg mengidam...... berair mulut den...hehe..tak suker..
Cuma suka tgk gugusan mangga ni... cantik klu nak buat lukisan.. ( ...err....aper ye penjodoh bilangan utk selonggok buah yang masih ditangkai ni..? Cikgu BM ade tak? hehe...)

Thursday, June 11, 2009

beauty anda lah beast itu

Malam ni, setelah sekian lama, acik mengadap TV, sebabkan kebosanan yang melanda diri. tengok pulak cerita Shrek.. buat acik tepikir...berapa ramai agaknya antara kita yang berkahwin, tidak memandang pada wajah, mahupun usia ...tapi pada budi bahasa....??? Kekadang heran, seorang lelaki, sanggup meninggalkan dan menyakiti isteri semata-mata mahu memiliki wanita yang dipandangnya lebih cantik dari isteri... apakah kecantikan seseorang itu kekal abadi.... akui lah..bahawa kecantikan dan apa jua kelebihan yang kita miliki, bukan milik kita selamanya. Dan seorang wanita itu, jangan merasa puas hati kerana mampu memikat seseorang lelaki dari tangan wanita lain, kerana kelebihan anda, kerana satu hari nanti, semua kelebihan anda jua akan hilang dan berkemungkinan nasib anda akan serupa jua, apakala lelaki yang memandang pada kecantikan anda itu, bertemu pula seorang wanita lain yang ternyata masih segar, cantik dan bergaya dari anda. ....

Wednesday, June 10, 2009

Marah

Salam.. Teruskan pembacaan kitab Hidayatussalikin.. Fasal ketiga pada mengatakan tentang Maksiat Batin, adalah Marah...atau bahasa Arabnya, Ghadab.. Sifat marah adalah dicela oleh syarak sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Bermula marah itu membinasakan akan iman seperti membinasakan petrol/jadam akan air madu.

 Sabda nabi lagi, yang bermaksud Tiada marah seorang itu melainkan hampir ia atas api neraka jahannam sabda nabi lagi, bahawa marah itu daripada syaitan dan bahawa syaitan itu daripda api dan hanya sanya padam api itu dengan air. maka apabila marah seseorang dari kamu, maka hendaklah ia mengambil wudhu'.

Ini dari kitab Hidayatusalikin Ringkas je...tapi huraiannya mesti panjang...terlalu banyak untuk diperkatakan tentang sifat marah ni. Ini diambil dari satu laman web lain...
Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan. 


 Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " 
Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" (la taghdap...) Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali.


jelaslah di sini...menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud... "Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi) 


Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan.... Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya) 
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya) 
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)


Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan. 


Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara...


Ifrath pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal.. (wah...acik cam kompius...cut n paste ni..nnt semak balik) -OK...dah semak..dan dibetulkan...tuanpunya laman web tersilap taip tu.. mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) .. 


Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!".. 


Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu. 


Benarlah sebagaimana firman Allah yg. bermaksud: "Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134). 


untuk diriku yang salu terleka. (Nampaknya isi yg acik copy n paste ini diambil dari kitab Intipati Ihya' Ulumuddin Imam Al Ghazali... susunan Al-Shyeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi.) Terjemahan Panel Penterjemah dan disemak oleh Dato' Abu Hasan Din Al Hafiz

 Aku yang cepat marah... perlulah jua mengawal diriku ini....

Ya Allah, lembutkanlah hatiku dari segala kemarahan.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...