Ni acik hantar kat kawan satu bahagian petang tadi melalui email.. idea ni muncul setelah acik bertemu dengan sorang pelanggan yang datang ke pejabat kami.. bercerita dengan genangan air mata...
Aper yg acik hargai, adalah compliment dari beliau tentang staf di bahagian kami setelah di bandingkan dengan bahagian lain sewaktu dia berurusan...
Acik passkan kat kkwan opis tu...sebab mahu kami teruskan budaya menghormati tetamu. Mahu kami sentiasa ingat, bahawa jgn sesekali kita tersalah arah komunikasi...kerana komunikasi itu bisa meruntuhkan perpaduan, dan bisa jua merapatkan jurang yang dalam. Tersalah gaya bicara, akan tersalah juga lah tafsir orang lain terhadap organisasi kita.
Tersalah memek muka, akan menambah benci orang pada kita.
Biarlah wajah kita tidak jelita,
tanpa tepek bedak tebal di muka...
tanpa calit gincu merah menyala...
Namun senyuman yang sentiasa dijaja,
nescaya membawa cahaya
dan menambah ceria alam sekitar kita....
********************************************************
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat Sejahtera
Saya ingin menyampaikan beberapa berita gembira buat staf ##################, terutama yang bertugas di kaunter pertanyaan dan juga mereka yang melayani tetamu-tetamu yang berkunjung ke pejabat kita.
Telah banyak kali saya mendengar pujian dari tetamu yang datang tentang perkhidmatan kaunter dan semua staf kita yang berurusan dengan mereka.
Kata mereka, kita tidak seperti staf atau petugas kaunter di Bahagian lain yang kadang-kadang bercakap kasar dengan mereka dan tidak melayan mereka sepertimana yang sepatutnya layanan diterima oleh tetamu.
Perkara ini adalah pengalaman antara kita sendiri sekiranya berkunjung ke bahagian lain…betul tak?
Bagi saya, berita seperti ini perlu dimaklumkan pada semua di sini untuk menaikkan semangat antara kita untuk membaiki perkhidmatan kita di masa hadapan agar lebih mantap, gembira dan ikhlas dalam menjalankan tugas harian.
Prestasi sedemikian perlu kita teruskan. Puji-pujian seperti ini tidak akan membuatkan kita rasa telah cukup baik, sebaliknya menjadikan kita lebih berhati-hati di masa hadapan agar perlakuan kita sewaktu bertemu tetamu tidak akan mencalar imej organisasi kita.
Teguran-teguran sesama kita adalah perlu untuk menjana dan memperbaiki perkhidmatan yang dapat memuaskan hati pelanggan.
Mari sama-sama kita terus membaiki pertuturan kita, perlakuan kita, perkhidmatan kita, persekitaran kita, pengetahuan kita, pergaulan kita dan diri kita agar kita mendapat kepuasan dalam menjalankan tanggungjawab kita di sini dengan gembira dan ikatan ukhuwah yang kukuh dan berpanjangan.
*************************************************
ok...tu ler dia. Bagi mereka yang pernah ke pejabat acik...klu ada aduan, ketidakpuasan hati...seperti cikgooden dll, harap tegur lah kami...kami sedia menerima teguran membina.
Tapi jgnlah datang menyerang cara ganaz kat kami. Ada sesetengah tu, bawak rombongan keluarga 2 kereta (acik nyorok balik tiang okeh...), mahu meminta kami meluluskan permohonan mereka...ada juga yang marah2...
Kita ni manusia ... ada kalanya kita tersalah laku, maka tegurlah
apabila kami tersalah bicara, maafkanlah
kerana kami juga manusia
yang tk sama cita rasa
tak sama rupa dan budi bahasa...
ada yang baek...maka baekla layanan yg diterima
Cita-cita acik selepas ni, adalah ....
menghapuskan bunyi telefon berpanjangan yang menanti diangkat...murni tak cecita kita tuh? hheheh..
Mungkin sesuatu yang tidak mustahil apabila di cawangan acik ni nanti, akan payah untuk mendengar bunyik telefon, kerana telefon tu baru je nak bunyik, staf dah brebut2 angkat...
lebih bagus lagi, tak sempat nk dengar ringing tone...panggilan telah dijawab...maknernya, panggilan tu klu dari China lah kan.... aliran gelombang suara tu baru sampai Thailand, kami dah dpt kesan lalu terus hangkat telefon tu hingga pemanggil yang sedang mengunyah kuaci akan tertelan kuacinya...sebab tk sempat nak kunyah, da ada org jawab panggilan dia...hehehe...tak pakai dah arahan dalam pekeliling yang kata kener jawab telefon sebelum deringan ke tiga...

Cuma 2 jenis panggilan jer yg tidak akan dijawab...
1. panggilan sewaktu kami sedang bercoti
2. panggilan setelah tamat waktu kerja (opis hour)
tambahan...
panggilan yang ketika itu telefon rosak...hehehee
itu cita2 acik satu masa yg tatau bila blh telaksana...so, klu tipon acik kat opis skrg ni, tk serupa cam yg acik citer atas tu...jgn la marah....sbb tu adalah cita2 je kannnkann..klu blh nak la tecapai.
Sekian