Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Friday, February 13, 2009

Dari Masjid Putra

Salam Jumaat. Sempena hari yang mulia ini, acik nak berkongsi ilmu melalui kelas Feqah yang acik ikuti pada hari Rabu lepas di Masjid Putrajaya. Tajuk masih berkisar tentang Tayammum, seperti yang Lyn cerita sedikit sebanyak kat dalam blog dia minggu lepas. Minggu ni dia tk pegi kelas sebab terpaksa out station... Acik rujuk pada nota yang ustaz beri, antara lain, penyebab2 tayammum..
  1. Terhalang menggunakan air sebab ada musuh di tempat air (kat bilik air ke...lipas tk temasuk musuh ye...) atau takut memudharatkan penyakit
  2. sumber air jauh lebih dari 2km. (kalu setakat kat depan rumah tu ada air, tk de makne nya tayammum..)
  3. Cuaca terlalu sejuk dan tidak mampu memanaskannya
  4. Yakin tidak ada air dah.
Pehtu ustaz ada kabo, sesuatu yang berlaku yang boleh membatalkan wudhu' tetapi sebab ianya berlarutan dik sebab penyakit, (tak boleh kontrol) contohnya cam angin yang kuar kat bawah tuh, maka tidak akan membatalkan wudhu'.... tapi klu dah lepas menunaikan solat, batal lah... Sesatu keharusan itu untuk memudahkan kita beribadah, tetapi bukan untuk kita beralasan untuk malas berusaha mengembalikan wudhu' kita... Satu lagi yang biasa berlaku pada wanita, darah haid yang tak henti2....wajib ia bersembahyang apabila telah sampai had maksimum darah itu dikatakan haid. Lebih dari itu, dikira darah penyakit, maka sembahyang wajib didirikan. Mesti bersihkan darah, berwudhu' , lapikkan anu tuh dan segera menunaikan solat. Begitu juga jika cedera yang menyebabkan darah mengalir tk henti2.... darah itu tidak dikira najis sekiranya ia mengalir. Ia akan jadik najis apabila terpisah dari badan. Contohnya menitik di lantai.... maka darah dilantai itu adalah najis. Perkara ini perlu huraian lanjut...sila belaja sendiri.. :) Yelah..kkdg kita malas nak bersolat, dengan alasan, selsema lah, tekentut2 lah... sendawa lah... aiiiikkkk....??? sendawa ??? cehh...ada pulak yang soal...sendawa batalkan ayo sembahyang ke... mana adaaa...!!! Tapi memang ada yang tk belajar, kata sendawa itu membatalkan sembahyang atau wudhu'. Dan ada gak yang menambahkan kompius, kata korek idun batal air sembahyang..... cehhh.. Dah...pi balajar lagi..... Perkara lain yang yang disampaikan pada kelas malam tu, adalah tentang kemudahan bersolat untuk yang sakit. Konklusyennyer...tidak ada halangan untuk menunaikan solat...walau dalam apa keadaanpun... dalam keadaan payah macamana pun, ada kaedah tertentu utk kita jalankan jugak kewajipan kita nih... contohnya, klu tk leh bediri, duduk...tak leh duduk, baring...tk leh baring, guna isyarat mata...klu matapun tk leh gerak...guna isyarat hati... Ada yang kononnya tk larat berdiri, bersolat duduk... tapi taim nak seret krusi nak duduk tu, dia larat lagi...maknanya, dia tk leh la nak ngade2 besolat duduk pulak.. tak de maknenyer yer...sekurang2nya sewaktu angkat takbir, perlukan berdiri, untuk orang2 yang cenggini... ye ler...tk larat nk bediri lelama senornya tuh... Ustaz tambah sikit tentang masalah bayi yang berusia 4 bulan ke atas yang mati dalam kandungan...atau keguguran, wajib di uruskan mayatnya kerana sifat yang telah lengkap...memandikan, kapankan dan solatkan. Tapi tk perlu ditalkinkan...soklan lanjut, pegi la tanya ustaz.... Dah..itu je yang acik nak kongsi kali ni. ..ader banyak lagi yang disampaikan malam tu...ni hanya sebahagian utk perkongsian kita nih. (acik tk tidur kat dalam kelas kali ni ye..) Sebab acik duduk kat sebelah sorang gubesar.... adeeeihh..dia ni rajin tul menanyer... (cam acik ni reti sgt...) acik baru nak telena, dia kuit acik...tanya memacam.. tima kasih cikgu...sebab selamatkan acik dari ketidoran...

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...