Wednesday, June 29, 2011

Buat apa yang di suruh

Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang.

Susah ke? 

Tapi kita ni...yang dilarang, itu yang kita nak buat.  Yang disuruh, macam-macam alasan kita nak elak buat.
Yang sesia, dengan gembira kita buat.  Yang mendatangkan pahala, berat sungguh nak dilakukan.
Hmmmm....bila diri ini akan berubah.


Mujahadahlah wahai diri.  Jangan Kau hijabkan taufiq dan hidayahMu pada ku, dan keturunanku.

Sunday, June 26, 2011

Minggu berbusanan


Sangat busan minggu ni.  Mood memang langsung tak ada.  Masa tersangat adapun tk guna kalau mood nk meng update itu tidak ada.

Semua ini gara-gara mazmumah dan diri yang terus bergelumang dosa.  Terlalu banyak anasir-anasir jahat yang datang menyerang diri.  Sibuk melawan perasaan, bermujahadah, menepis, menolak, lari dari kejahatan diri yang terus melekap mencemar hati yang telah tidak bersih ini.

Berikan aku husnulkhotimah ya Allah.

Wednesday, June 22, 2011

Cuti Hari Isnin

Hari Isnin acik ambil cuti dengan kenkawan dalam gambar ni.  Mereka ni antara ahli GPP acik yang telah ditubuhkan secara haram dari tahun 1997.

Dengan ahli utama serama7-8 orang ni, kami bergerak seluruh semenanjung dan Sabah Sarawak juga. ..err...cam ye ye je kan.

Sambung citer, acik bercuti kerana nak bawak kawan dari Sarawak ni berjalan-jalan.  Memula plan, acik nk bawak dia di kawasan Putrajaya.

Tapi plan bertukar-tukar sendirinya..hingga akhirnya mereka ke Putrajaya dengan meluferkan acik.  Sangat tidak fatut itu kan? Tak apa la.  Lenkali kalu kawan ni datang lagi, acik seret dia gi umah acik terus.

Hari Isnin ni pun plan tk tentu arah.  Call telefon tak dapat-dapat.  Dah petang baru acik dan GPP lain ni bergerak dari Bukit Jalil, menaiki LRT.  Mudah...tk perlu nak besusah payah merempuh jalan jem.  Let the train do it....

Sampai di Masjid Jamek, kami turun dan meredah hutan batu itu mencari hotel penginapan sahabat kami si Suri Akhlaken itu.
Ini adalah antara aksi-aksi sepanjang dalam perjalanan dalam LRT itu..

Sengal jugakla orang-orang tua tk insaf lagi ni.

Sampai di hotel beliau, kami bergomol  teruskan dengan sesi ramah mesra.  Sampai penuh katil....errr..begambar atas katil.










Kemudian sesi kegemaran semua, bawak beliau dan GPP lain gi shopping.
Masa sangat singkat.  Memandangkan kami pergi lewat petang dah. Sebelah pagi kata nya si Suri ini sangat sibuk.
Destinasi shopping kami, di sekitar jalan TAR dan di Sogo.  Errr.....acik kalu diorg ni tak bawak, acik pun tk tau lah nk explore tempat ni....kesian kan...




Gambar candid dari atas Sogo...saper sebenarnya yang dibawa shopping....org KL gak yg lebihnya..hehe

Sewaktu sedang leka ambil gambar diorg, acik terima amaran, tak bulih ambil gambar dalam pasaraya ini...hahah...fadan muka aku.





Sibuk mengkirai towel.  Macam nak beli banyak...tpi tk beli sehelai pun..!!











Inilah Suri yang di raikan.....muka risau..bila lah mak dia nak sampai dari Shah Alam ni..hehe...atau risau bila nak pegi shopping ni....poket dah makin kempes.. Makin kempess ???
Acik ni bukan setakat kempeesss..dah penuh angin dah kocek ni haa...huhu.
Akhirnya, seruan perut.  Halijah cadangkan ke Restoren Zam-zam.  Dari dalam train lagi dia asik sebut ini restoren.  Memandangkan Sipah pun asik sebut laparr...laparr...maka kami cari ini restoren.  Murtabak Zam zam...



Hmmm...memang sedap.  ni yang acik order..  Murtabak daging.

Terima kasih pada kak iza yang membelanja kami kali ni.









Dah kenyang, kami bergambar di depan restoren.  dengan tujuan mempromosi..  manala tau lenkali tokey restoren tu kasik diskaun...hehe..  sorry, gambarnya nngak ada...
Sekian.  Aktiviti Senin yang sengal.

Sunday, June 19, 2011

Apa yang dipohon

Dalam hidup sbgai hamba Allah ini, kita kena selalu memohon dan meminta yg baik2 kepada Allah...


Kerana kita sesungguhnya tidak punya apa di muka bumi ini. 


Semuanya Allah pinjamkan. 


Sampai msa, Allah akan ambil....


Begitulah juga segala yg ada, yg blh kita lihat, atau tidak, termasuk rahmatNya, ketenangan, petunjuk, dan nyawa kita ni. 


Apalagilah apa yg zahirnya kita miliki, orang tersayang, harta benda, negara tercinta.....


Kegembiraan yg kita miliki, dapat berjumpa teman-teman tersayang itupun perlu kita minta, agar Allah restui dan kekalkan ukhuwah kasih sayang antara kita...


selagi ada nyawa.

Saturday, June 18, 2011

Elakkan ke laut

Berita Harian online 18/06/2011

Banyak lagi air radioaktif mungkin tumpah ke laut: TEPCO

2011/06/17

TOKYO: Loji nuklear Fukushima Daiichi akan menumpahkan lebih banyak air radioaktif ke laut dalam seminggu ini melainkan jika jurutera dapat memperbaiki masalah sistem baru bagi membersihkan air yang tercemar.

Tokyo Elektric Power Co (TEPCO) sudah mengepam air bagi menyejukkan tiga reaktor di loji berkenaan selepas gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu merosakkan sistem penyejukan.
Namun pengurusan air radioaktif itu menjadi masalah besar apabila loji berkenaan tidak lagi mempunyai ruang untuk menyimpannya. 


Nampaknya acik tepaksa kensel la nk gi mandi laut nanti....pastu kurangkan makan ikan.  Takut tejumpa pulak ikan yang sesat yg terkena radioktif macam yang disebutkan di atas tdi. Bela ikan sendiri la kat dalam baldi...errkk..

Tuesday, June 14, 2011

Kisah minggu lalu

Hujung minggu lepas acik sangat penat. Tapi seronok.  Menyebabkan blog ni bersawang, tak larat nk update..kunun, alasan manjang.

Apa tidaknya, dari malam sabtu, acik dengan kenkawan udah bergelandangan mengarah ke sebelah Damansara.  (Bergelandangan dalam maksud Melayu - Indonesia : berjalan tanpa arah) tapi acik ni mempunyai arah...cuma tidak dirancang rapi.

Asalnya mahu melawat kawan di TTDI itu...dan menghabiskan masa bersama-samanya setelah setahun tidak bertemu.  Sebenarnya...(eh...tdi dah kata 'asalnya')  ada sorang kenkawan Geng PokPek kami yang mengirimkan kek lapis nya untuk kami makan bersama. Anggota kumpulan ini ada dalam 7-8 orang (yang aktifnya) ..kami bersama berkenal melalui ruangan Forum Kedai Kopi (KK) sejak dari tahun 1997 lagi.  Dari anak kecil2 hingga memasing dah besar panjang. (Namun masih ada yang produktif melahirkan lagik yg kekecik!)

Jadi, malam sabtu itu, acik dan kak iza dari Serdang, meredah malam, mencari jalan menuju ke Damansara untuk tiba di TTDI itu.  Tak sesat tk sah kan?  Akhirnya, kami berjaya berada di jalan yang benar.  Cuma dah penghujung, dah dekat nak sampai, kami di bantu oleh penunjuk jalan yang di upah oleh tuanrumah. Sungguh berhemah pemanduan pemandu jalan tu, hingga acik rasa kereta acik da jadik cam Knight RIder, terbannnnngg...mekasih banyak la.  Kalu tk, mesti subuh nnt baru kami sampai.

Setelah tiba, kami buatla apa yang patut..borak2...makan2...  Pastu, tetiber tuan rumah, si Saloma, ajak kami gi poyer2 kat Uptown Damansara.  Hmmm..bulih gak.  Acik tk pnah pegi lagi Uptown downtown ni...ada la, sekali dulu gaknya, kat Kajang...ke Bangi gaknya..tk ingat lak..errr..
Jadi kami di bawa la ke tempat itu... tak ada yang menarikpun.  Kami hanya mencuci mata, menambah dosa...huhu..  tengok dangduttt....

Paling menarik persembahan sorang yang nampak macam cina, tapi nyanyi lagu Industan... ZIndagi, eksafar hai suhanaaa.... hehehe...
Tak lama pun kami merayau nengok2 orang dan barang kat situ.  Loma cuma nak datang lagi sebab nak otter sluar jeans dia nnt. kat sorang mamat kat situ.  Lelain bembarang atau orang tidak menarik hati kami.
Balik rumah Loma dah larut malam.  Acik manjakan diri atas kosi urut dia hingga (sengaja) tidur kat kosi tu sampai pagi.

Pagi-pagi lagi, kami laksanakan rancangan seterusnya, yg sepatutnya dinamakan 'jogging' tapi betukar jadik
'Possing' di Lake Garden'.  Konon memula nak gi jogging kat Kiara mana tah...jauh lak jadinya.  "ala..sesekali.." kata si Loma.

Selesai jogging, cecepat balik, gi carik sarapan sampai ke Sg Penchala, tapi akhirnya balik semula ke TTDI, beli roti canei tosei bagai, kat sinun je.  Kemudian cecepat balik sebelum terlanjur, sebab anak si Loma nak menghadiri Majlis Hari Jadi kawannya di KGCC ke ..aper tah nama golf club tu.

Kemudian lagi, tetiba kak iza dapat panggilan dari suami dia, suh hadirkan diri di satu kenduri kahwin.  waaahh..apa lgi.  gantung periuk la kitorang.  Tpi, manader bawak bajukan? Loma pun dgn gigihnya memunggah lemari mencari baju zaman kenangan silamnya...Hah!! jumpa sepasang untuk kak iza dan sehelai kain skirt untuk acik padankan dengan blouse acik...boleh la tu...

Makan-makan sampai kenyang (kenyang makan roti canei tak hilang lagi..huhu) kemudian tunggu perantiin, lepas tu pegi ambil anak Loma semula.  Sudah pukul berapa....3petang barangkali. Semua sudah keletihan.  Balik semula ke rumah Loma di TTDI...acik masih berangan untuk merayap di Ikea ...tpi tgk semua orang udah tdo...hmmm ...tak pe la...acik intai kejap Facebook...diorg pun tk jadi tdo, melayan facebook sesama.

Kemudian teringat kawan sekolah rendah acik, Noriah yang acik ingatkan duk di TTDI...rupa-rupanya udah pindah ke tempat lain yang berhampiran Sg Penchala.  Loma menawar diri untuk menemukan acik dengan teman lama itu.  Hmmm..apa lagi...dalam pukul 6 petang, kami terjah dengan appointment ke rumah Noriah.  Seronoknya...dpt ketemu setelah 35 tahun tidak bersua muka...asik cerita jumpa kawan lama je kan. 

Yang seronoknya,, dapat jumpa emak Noriah sekali.  Sgt mesra alam, walaupun dah tampak uzur dalam usia sekitar 87 tahun.  Namun ingatannya/memory nya amat mengkagumkan.  Malangnya, dia ingatkan acik ni adalah emak acik..heheh..sipi je tu makcik...sbb dah lama tk jumpa kan..kiranya sepatutnya, acik lebih mudah la dari yg duk di depannya ketika itu..hehehe.. Lagi seperkara yang menyentapkan, Makcik tu tanya, "Dalam perut tu ada isi ke?? "  errrkk.....ala makcik Jah, jgn la cakap centu....minggu ni acik akan menggigihkan diri untuk buat sit up okeh..!! 

Setelah Noriah bawa kami melawat rumah barunya yang bagaikan mahligai kencana itu, kamipun bergerak pulang, dengan janji, lenkali  kami akan datang bawak swimming suit ...blh brenang kat pool rumah dia tu..hehhe ..(just joking)


Hari dah malam...di mana Ikea ku??? tak sempat nampaknya. Kena trip lenkali. Tunggu kedatangan satu eh...dua lagi geng pokpek kami datang..akhirnya sampai ke tengah malam kami behoyeh2.  Acik udah stress nak balik.. tk sesabar..nk sampai ke rumahku syurga ku...maka acik paksa juga kak iza ikut acik balik tgh malam tu.  Mana boleh acik balik sorang..?  Nanti sampai Ipoh, saper nak tunjuk kan acik jalan pulang???

Itulah ceritanya ujung mingguku yang seronok gilo...sampaikan nak sms orang pun asik tesalah tekan je.  Sebab taip sms sambil beburak..hehhe..

Sekian. Tahniah acik, sebab berjaya update dalam keriuhan gegaran gempa bumi kat opis nih...

Thursday, June 9, 2011

Shaheen

 Ini keseronokan sendiri...bila dapat jumpa kawan lama hari ini.. Terima kasih Shaheen, kerana sudi ketemu acik yg selekeh ni.

hmmm..muka cam familiar ye... mungkin! Mau kasik fofular ini org..hehe

Dah lebih doploh tahun gak tk jumpa.  Memasing dah berumur, berkedut, beruban, berkembang dan berguguran gigi.  tapi kalu tengok pada rupa...walopun acik nampak bulat dan gumuk, namun acik masih sedikit rengan dari ini Shaheen..hehe. (tkmo kalah ekk??)

Tak sama kelas, tpi tetap duk satu bumbung asrama juga. Semua macam sedara dan adik badik sendiri yang cobit peha kanan, terasa peha kiri. ..(tpi jgn cobit acik...acik tk suka dicobit...!!hehe..) Bersekali dalam pertemuan ini adalah emaknya, anak, anak buah dan sominya.

Facebook memang banyak berjasa menemukan acik dengan kawan-kawan lama.  Ini adalah secebis antara pertemuan yang telah berlaku. Mekasih la Mark Zuckerberg.


Lokasi : Cafetaria Menara Usahawan, Presint 2, Putrajaya

Masa : Pukul 10.30 pagi.

Acik keluar dengan izin dari Ketua Jabatan.  Sekejap je pun.  Ketua Jabatan memang sporting, demi untuk mengeratkan silaturrahim sesama maknusia. Mekasih Bos.

Lepas ni nk gi jumpa adik dia pulak..Shareen...yang dah jadik nenek.  Dah jumpa aritu. tapi tk puas. Kojap bona.

Anak Shaheen, Edark

Anak Shareen, Amir Hamzah.
  
Sekian, update blog arini.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...