Friday, August 13, 2010

Rahmatilah kami

Bulan yang mulia ini, perbanyakkanla amal makruf dari bulan-bulan biasa.  Kerana ganjarannya berkali ganda.
Ketika ini lah kita berpeluang mengumpul lebih banyak bekalan untuk ke akherat. Hanya orang-orang yang lalai sahaja yang akan mensia-siakan peluang yang Allah berikan selama sebulan dalam setiap tahun.  Hanya mereka yang alpa sahaja meneruskan perlakuan dosa dan larangan Allah tanpa sedikitpun rsa malu kepada Allah yang memberikan segalanya dalam kehidupan ini untuk kita. Mohon doa sentiasa, agar Allah memberikan kita petunjuk, memberikan kita taufik dan hidayah untuk terus mendekatkan diri kepadaNya.
Mohon jua agar petunjukNya ini berterusan dan tidak akan dibiarkan kita dalam gelumang dosa.

Tadahkan kedua tangan mu, di subuh bening, mohon keampunan dan makrifah dari Ilahi. Mohon lah dengan rendah hati, akan segala kekurangan dalam diri agar dikurniakan sifat terpuji.  Mohonlah agar dipelihara hati dari segala sifat keji.  Mohonlah agar iman dan ketakwaan menjadi milik kita, agar dengannya, kita dibentengkan dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Doalah, agar kita semakin mendekatkan diri kepadaNya, dan bukan semakin jauh. Doalah, agar kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan setiapkali kita meninggalkan suruhanNya dan dalam kelalaian.

Sebutlah selalu, namaNya di hati dan di lidah kita..agar kita rasa dekat denganNya. Kerana apakala kita dekat, kita pasti akan takut menghampiri apalagi melakukan kemungkaran. Kita memperolehi keimanan dan ketakwaan..
kita jauhi neraka, dengan keimanan dan ketakwaan kita.
Apabila kita dekat denganNya, kita akan hanya melakukan segala kebaikan...dan menjauhi segala kejahatan.

Syurga..aku bukan layak untukmu..tapi itu yg aku mahu..
Neraka ... aku tk mampu walaupun utk menghampirimu...jangan kau panggil aku untuk bersamamu.

Sekian, peringatan buat diriku  yang sering lalai...moga kita semua sentiasa mendpt petunjukNya.

Wednesday, August 11, 2010

Hadiah raya


Sebelum merajinkan diri menaip entry ni, acik nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang menyambutnya.  Semua orang sibuk mengucapkannya, acik jer duk ontok, mcm biasa....  Bulan Ramadhan bulan yang mulia.  Acik risau, acik yg lalai ni, tk menggunakan sepenuhnya peluang yg Allah berikan untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Bantu aku ya Allah...agar lebih banyak amal ibadahku untukMu. Kepada Muslimin muslimat yang acik penah sakitkan hati, acik mohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut...zahir dan bathin..maafkanlah, agar puasa dan segala amalan sepanjang Ramadhon ini akan diterima Allah.
 

Belumpun puasa..Allah dah bagi rezeki untuk acik.  Alhamdulillah... si insan bertudung biru dlam gambar ni, telah mensedekahkan sepasang baju raya buat acik.  Acik malu taw...patutnya acik yang bagi2 adiah kat orang lain.

.

Moga akan bertambah berlipat kali ganda rezeki insan yang bermurah hati ini...aamin.

Acik malu, sebab dia bukan kenal acik yang bukan baik pun nih...tpi tetiber je nak bagi acik...terharu bagai nak garu acik dibuatnya. Mekacih...mekacih..mekacih..





Tuesday, August 10, 2010

Selamat tinggal

Malas nak tulis. Letak gamba je..boley? Sejak blogspot upgrade lagik nih...nk adjust gamba payah..nk nulis ikut mana kita suka pun payah..ke acik yang susah nk paham?? hagaknya lah...

Pegawai2 yang hadir


Makanan yang dihidang
Insan yang diraikan..raikan? Yang naik pangkat dan bertukar ke tempat lain. Puan Aida. Suka ekk...dapat gi Melaka Bandar bersejarah.
Yeay...dpt adiah...semoga akan lebih sukses di sana.
Ni apsal ni Cik Syu? Ohh...wakil amik adiah utk owang dapat baby ye...
En. Zek memberikan ucapan selamat berpisah..

Wednesday, August 4, 2010

Murahkan rezkinya

Malam ni tadi, kami dibelanja makan dik opismet acik, Rahimah, sempena sambutan ulangtahun kelahirannya.Di doakan moga tambahlah murah rezkinya, dan disempurnakan segala hajatnya oleh Allah Taala.  Nak amek gambar, tapi kelabu memandang lokasi dalam keadaan cahaya samar2.  Pempaham je la...amek gambo dgn Vid cam tak canggih nih..sangat kelabu asap.

Imah...yang blanjer malam nih..
Wan, makan sungguh2..
Mat Jawa n Hafiz.


Takpe...janji acik dapat merakamkan suasana meriah malam ni dalam video cam acik.
Jemputan termuda, si Emer ni... 

acik gi ni pun tumpang keter mama si Emer, ..thank u Aishah.
Lelain yang turut serta, Wan, Apiz, Mat Jawa, adiknya (ato kakaknya) Imah  dan suami Imah...err..kami je..
Untuk makan hidangan untuk doblas org tuh???

Berbaloii...memang berbaloii...tiada pembaziran berlaku.  Alhamdulillah..kenyang perut malam ni.
Lupa pulak menyatakan lokasinya... di Village View Restaurant, Kajang.
Ikan goreng 3 rasa dah tinggal tulang.

Monday, August 2, 2010

Sarung Jersi

Dah lama acik menjadi pasif. Dalam tempoh 3 bulan agaknya. Tiba-tiba minggu lepas acik tak sangka acik akan menyarung dua jersi dan kembali turun ke gelanggang untuk menyehatkan badan yang dah makin melebar dan mengembang nih.
Ini jersi pertama.  Saper sangka, tetiba acik berada di tengah2 staf Kolej 11.  Bermain boling dengan mereka.  Anak acik lah punya angkara, memasukkan nama acik untuk turut sama menyebok.
Jersi Kolej 11.  Kejohanan T- bowl yang membawa makna Throwing Bowl
 .

 
yang main tu, katanya semua tk reti..tapi...hmm...boleh tahan 
gak diorg nih...huhu...makcik2 pun lgi handal dari acik.
Gaya menarik dari puan Iza.
Ni pulak jersi kedua yang acik sarung minggu lepas... Department acik anjurkan perlawanan ini. Dan makcik tua sorang ni tak sedar diri betul, menawarkan diri untuk turut sama.  Maka dapatlah jersi ni.  Main apa?   FUTSAL !!! Nama kumpulan yg mewakili, Kumpulan 'You Ok?' Kumpulan 'Ho yeah Ho Yeah!!' dan kumpulan 'Ader Aku Kesah?' iaitu, kumpulan acik.  Ni baru nama kumpulan perempuan.  Kumpulan lelaki, lagi memacam nama yg diorg guna. Antara yang acik ingat, Kumpulan 'Paul Sotong'...hahaha.

Anak sulung acik, Nur zayani, yang acik lantik jadi supir, jurugambar dan penjaga barang player lelain pada malam itu....*pdhal dia kepenatan baru balik dari Seremban petang itu..
Saat-saat mencemaskan di pintu goal kami ketika menentang pasukan 'You Ok?'ohhh...we are not really ok...
Antara player team acik
 












Ni ler makcik tua yang gaya je lebey...tapi bola lalu pelan2 kat tepi pun tk geti nak tahan. Huhu...
Tu la dia keputusan yang muktamad..kumpulan acik kalah setelah menentang 2 kumpulan tadi tu!!! Makcik la nyer pasal...huhu..

Bawah ni sebahagian dari rakaman game tersebut. Teruskan usaha BASUKA !!!

 Sukan dan Riadah, Amalan Hidup Sihat !

Sunday, July 25, 2010

Senang

Saban hari kita tidak menyedari bahawa kita memburu kesenangan diri.  Dalam doa, kita pohon pada Ilahi, agar diberikan kenikmatan dan dijauhkan kesusahan. Seringkali kita terlanjur...dan menjadikan kenikmatan itu pintu untuk terjun ke arah kesusahan dan penderitaan.

Tidak semua yang begitu.  Tapi ada.  Di kala senang..lalai. Tidak bersyukur, tidak menjaga ketakwaan dan keimanan pada Allah yang Maha Memberi, Maha Mencipta. 

Hari-hari, mencari hiburan diri. Hiburan duniawi. Untuk menyenangkan hati, menghibur diri. Tapi tak sedar..hiburan itu ...kesenangan yang kita perolehi itu, adalah kemurkaan Ilahi. Kerana ia melalaikan diri. Kenikmatannya seketika cuma, tpi selamanya kita akan memikul dosa kesalahan dan kealpaan kita itu.

Pabila ditimpa penderitaan, kita mengeluh. Kita nak lari dari kurungan kesusahan itu. Tanpa kita sedari juga, bahawa dalam kepayahan, ada nikmat tersembunyi. Hikmah yang tiada nilai duniawi.  Apabila diuji, kita boleh menguji kesabaran diri. Kita mujahadah, kita lawan, kita rempuh juga mengikut kekuatan diri. Di ketika itulah, kita sering menyebut nama Allah.  Kita ingat kalam Allah ;..Innallahama'as Soobirin...Allah bersama orang2 yang sabar

Masa-masa beginilah kita menghampirkan diri dengan Ilahi. Kita ingat pesan Nabi. Begitulah, indahnya bila kita diuji...bila orang mukmin dan mukminah ditimpakan musibah...bila orang-orang yang mengaku beriman ditimpa masalah.  Mereka akan bersyukur dan terus bersyukur. Kerana selagi mereka dalam diuji, selagi itulah mereka berpeluang menghampirkan diri pada Ilahi.  Mereka lebih rela diuji dengan kesusahan, dari diuji dengan kesenangan duniawi.


Dari itu, tenang dan bersyukurlah tika kamu diuji. Carilah hikmahnya yang telah Allah untukkan buat kalian.
Ingatan untuk diri sendiri.

Saturday, July 24, 2010

Hendak sangat

Dah lama tak pegi jogging.  Virus M telah sebati menyerap dlm diri.
Hari ni acik dapat peluang. Kisahnya bermula begini.

Pagi tadi acik dah plan nak bersantai di rumah saja. Sambil2 mengadap PC...melayan FB, tiba-tiba acik rasa rumah ni bergoyang.  Macam biasa, acik keluar dan tgk pada akuarium ikan guppy acik.  Sah..memang rumah bergoyang. Acik yakin, ada gempa bumi di Indonesia/Sumatera.  Tapi sikit je goyangnya.

Jadi acik tk berapa risau.  Lalu acik teruskan aktiviti acik.  Basuh kain, sambil buat sedikit eksesais, skiping dan sedikit senamrobik.  Alhamdulillah.  Keluar juga peluh betina acik.
Kemudian, acik duduk selepot depan TV...sambil lihat CD lelama.  Mencari himpunan lagu-lagu oldies...sebagai background muzik untuk proses cooling down acik selepas berpeluh tadi...

Tiba-tiba...lantai bergoyang lagi dengan lebih kuat dari yang pertama.. tk payah tengok akuarium, acik dah pasti  ini mesti disebabkan pergerakan bumi lagi yang berkemungkinan di Indon/Sumatera.Acik mula jadik pucat dan menggigil takut.  Lalu cecepat salin pakaian, ambil kunci motosikal yang dah lama tk digunakan. Masukkan dompet dan benda2 yang pepenting dlm beg acik lalu terus keluar merempit tanpa tujuan.

Akhirnya acik sampai di Presint 15.  Tak pernah masuk lagi di kawasan yang berjiran dengan acik ni.  Ini lah kli pertama.  Ketika sedang menikmati pemandangan kawasan perumahan (kuarters) kakitangan awam inilah, motosikal acik tiba-tiba mati injinnya.  Lalu acik tolak ke tempat parkir kereta dan merayau berjalan kaki, cuba menghubungi rakan handai yang tinggal di situ.  Malangnya, sorang pun tk menjawab panggilan telefon acik.

Lalu acik hubungi pulak anak acik si Nurzayani...minta bantuan.  Dia yang menggunakan kereta acik nampaknya tidak dapat diharapkan. Kerana sedang mengerjakan sesuatu membantu pensyarah di kolejnya. Dia suruh acik naik bas je balik dan tinggalkan motosikal di situ. Adeyhh....  tepaksa la..

Lalu acik berjalan ke tempat menunggu bas.  Acik lihat sekeliling dan berkata2 dalam hati...cuaca baik...rumah acik pun bukan jauh sangat pun...kalu naik bas...mesti rata dibawaknya acik berjalan. Lagipun,
kan dah lama tk joging???? Apa kata aku jalan kaki je???  tanya acik pada diri sendiri...

Itulah kesudahannya, acik menapak balik ke rumah...jauh tk dari Presint 15 ke Presint 14???
Rasa berbuah betis batang pinang acik nih. Sepanjang perjalanan berjalan tu, acik menikmati pemandangan sekeliling...hmmm...bagus jugakkan.  Kalu naik motor atau kereta, mana lah sempat nak menikmati keindahan ni smua??? Sebotol kecil air 100plus yang acik beli kat mini market kuarter P15 tadi menghilangkan dahaga acik.  Alhamdulillah, acik selamat sampai ke rumah dengan hati yang puas..sebab dapat joging tanpa dirancang... aduhai..


Okeh.  nak rehat...lenguh taw kaki I yang manja nih.  Nak tengok citer Industan jap.
Moga kita selamat dari apa2 malapetaka dan musibah dunia.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...