Tulisan ini telah di schedulekan untuk terbitan.
(penulis akan tiada untuk sehari dua.. membawa diriberkursus)
Kenapa aku tk suka hadir sama dalam majlis saudara mara..??
Biar aku jelaskan di sini..
peristiwa beberapa tahun yang lepas...memang amat merubah sikap aku. Aku dah pernah cerita kat sini. Dan mungkin akan aku cerita lagi...dan lagi...dan lagi.
Aku sebenarnya amat rindu untuk berkumpul dengan saudara mara. Tapi, apakah mereka masih berpandangan negatif terhadap aku??? Aku sering merasakan bahawa aku sepatutnya mendapat simpati mereka.
Mendapat bantuan dan kasihan dari mereka... tapi aku tk mahu itu semua. Bahkan aku tk pernah mahu meminta bantuan mereka. Tak apa kalu mereka tidak membantu aku, walau susah mcamana sekalipun aku ini....tpi..tolong...jangan kutuk aku. tolong jangan bersangka buruk dengan aku...tolong jangan tohmah aku dengan fitnah-fitnah yang tidak sepatutnya. Yang tidak pernah aku terfikir mahu lakukan.... dan bukan jenis aku untuk melakukan semua itu.
Aku bukan jenis tamakkan harta mahupun tanah ranah semua. Aku bukan jenis dengki dengan kesenangan orang lain. Aku bukan jenis yang pentingkan diri sendiri.
Aku bukan jenis busuk hati... aku bukan jenis mahu menindas orang lain...terutama saudara mara sendiri.
Aku bukan juga jenis yang mahu menuntut hak beriye, kalu ada pun hak aku.. hak itu adalah rezeki, andai kata rezeki itu tak ke mana, kita tk tuntutpun, ia tetap akan Tuhan bagi pada kita dengan apa cara pun. Kalau kita rasa hak kita, tapi tak dapat pada kita..itu namanya bukan la rezeki kita, dan akan ada lah hikmahnya menanti. Itu pegangan aku.
Sebab terkadang, orang sanggup bermusuhan kerana mahu menuntut hak...sanggup tuduh menuduh, fitnah memfitnah demi menuntut hak... bukan.... aku bukan jenis yang sanggup bersusah payah mahu menuntut hak... sindri tau lah... kalau rasa ia hak aku, biarlah org itu sendiri datang beri pada aku... kerana orang tau... ianya milik aku... maka akan dipulangkan kepada aku...
bukan setelah aku bersusah payah datang meminta, merayu, memohon berulang kali baru orang serahkan pada aku...aku tk suka itu semua... sekali lagi aku ulang... itu pegangan aku.
Hak bagi aku, adalah sesuatu yang aku usahakan untuk diri aku sendiri... itu adalah hak aku.
Hak, dari orang lain, yang patut aku dapat, contohnya bayaran nafkah.. aku senang bertolak ansur. Kerana bagi aku, itu adalah rezeki. Pada pihak yang patut memberi nafkah, itu adalah tanggungjawab, .... kalau tak bagi.... lu pikirla sendiri..... bukan aku yang jatuhkan hukuman meskipun aku tak kisah. Hukum Allah itu ada.
Dan balasan Allah itu ujud.
Aku jenis yang mahu menolong orang ketika diminta...selagi terdaya... orang tak minta pun aku tolong..apa lagi jika orang minta.
Aku jenis tidak suka meminta bantuan orang sebaliknya suka hidup berdikari, selagi aku boleh.
Aku memang jenis yang sempoi..dan tak tahu bergaya macam orang lain. Aku tau, aku tk cantik, apa lagi dalam usia yang meningkat
remaja tua..
Aku tidak berharta... memang aku tidak berharta macam saudara mara lain.
Aku tidak punya rumah sendiri
aku tidak punya tanah walau sepastik skalipun
aku tidak punya emas berlian
aku tidak punya simpanan masa depan yang tk tentu lagipun
aku tidak mampupun nak makan2 kat KFC atau pizza hut atau kenny rogers bagai..
Apa lagi la nak melancong dalam, lebih2 lagi la ke luar negeri..
aku tidak ada perancangan hidup masa tua.... ehh...ader...aku salu merancang untuk hidup di rumah orang-orang tua..
Apakah sebab aku tiada semua itu..maka saudara mara sesuka hati mahu memfitnah aku tamakkan tanah??? tamakkan harta???
Aku sangkakan seorang yang membesar bersama aku, bermain bersama, makan tidur pun bersama, amat mengenali aku. Rupa2nya tidak. Bahkan menyebar fitnah tentang aku kepada saudara yang lain.
Semua mereka aku
rasakan menuding jari bersetuju mengatakan bahawa aku mahu membolot segalanya... padahal..semuanya berlaku kerana aku mahu membantu... mahu menolong mereka mendapatkan bahagian mereka.
Memudahkan urusan mereka.
Tapi, tiada terima kasih yang aku terima...bahkan kutukan demi kutukan..tuduhan demi tuduhan semata. Hingga sanggup mahu mengheret aku ke rumah pasung... (dah lama tk guna perkataan ni..)
Aku mengaku, niat aku memang baik...cuma aku tersilap cara, tak memanggil semua sewaktu keputusan dibuat oleh nenek... Tapi, tk boleh kah mereka terima sahaja apa yang telah mereka terima? Kalau dah ditakdirkan itu rezeki mereka??? Kenapa masih mahu berkira? Sekarang siapa yang tamak????
Benarlah.... harta boleh menyebabkan adik beradik berputus saudara..
Apakah dik kerana silapcara aku menyebabkan mereka jatuh meskin?? Hidup merempat tak bertempat cam aku ni????
Walaupun aku tiada harta semua itu, namun;
- Aku ada anak2 yang mabelles...
- aku ada kereta buruk yang masih dalam hutang..untuk memudahkan aku uruskan hidup ku sendiri
- aku ada kekuatan diri aku sendiri yang tidak ada pada pompuan2 lain..
- aku ada kerja sendiri walaupun pendapatan blm sampai pun 4 angka...
- aku masih ada tempat berteduh menggunakan rumah yang kerajaan sediakan..
- aku tk penahpun mintak tolong saudara mara...untuk membesarkan anak2 aku... untuk pengajian mereka... (tapi mak aku yang tolong...)
- Dan aku ada komputer dan streamyx... untuk menemani aku waktu sunyi... (mang aku bnyk abih duit kat mender ni...)
Aku lalui smua ujian hidup aku dengan sukses sekali... Alhamdulillah
Aku
berharap untuk menjadi seorang yang bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan.
Yakin dengan rezeki Tuhan..
Aku tak hingin walau seplastik tanah mereka itu ...kerana aku tahu, walaupun aku menolak satu benua tanah kalau ada orang nak bagi pun... namun aku tetap akan dapat juga...tanah perkuburan!
Apa lah yang mereka risaukan.. jangan la risau wahai saudara mara ku yang tamakkan tanah itu... aku memang membawa hati yang lara...kerana sikap dan tuduhan kalian. Maka janganla hairan sekiranya kalian tidak melihat aku di majlis2 kalian wahai saudara2ku... aku tak suka melihat wajah2 hipokrit orang yang menuduh aku...
Aku memang menanti... ada antara kalian yang mengaku bahawa kalian tersilap menuduh aku...namun sehingga hari ini, aku masih tidak mendengar perkataan itu.
Aku tulis ni sempena majlis walimatulurus sepupu aku yang tidak dapat aku hadiri minggu ni walaupun kad istimewa dilayangkan untuk aku..
sorry..
ketiadaan aku, tidak akan menghilangkan seri majlis itu. Suka aku maklumkan, sepupu ini tidak terlibatpun dlm ulasan selari aku di atas, tapi mereka yang terlibat itew, pasti akan hadir dalam majlis tersebut...maafkan aku.. aku tk mampu kerana aku begitu terluka ..uwaaahh . . jiwang karat sungguh aku. Buat sepupuku ayu, jika membaca n3 ini, jgn bimbang, hari mengantar tu nanti aku akan datang.. InsyaAllah..kalau tak demam. ..