Showing posts with label praktikal. Show all posts
Showing posts with label praktikal. Show all posts

Friday, December 19, 2008

Jumaat yang dinanti

Sebab besok cuti. Sapa yg tk suka cuti kan.. Tapi bukannya nak pegi manapun.

Semalam Shahmah bagi berita gembira lagi. Seperti yang pnah acik cerita kat sini, Sekali lagi dia bejaya dapat melayakkan diri untuk Anugerah Dekan buat kali ketiga dalam 3 semester yg dah dilaluinya..setelah result keluar.

Pointer makin naik. Hanya satu subject yg dia dapat B. Tahniah buat Shahmah. Syabass beta..Very good improvement. Semoga dia akan terus berjaya di dunia dan akherat. Acik kata, bagitau la kat 'bapak' kamu kejayaan kamu nih... dia jawab, cam la dia nk bangga ngan kejayaan anak dia...hmm ..tk koser la abang! sukati kamu ler..

Ni tgh mikir nak kasik adiah ape kat dia kali nih...sib la bru dpt gaji...hehhe..klu tak, hanya doa dan sekalung tahniah je lah buat dia.. Sepanjang minggu ni, yakni selepas dia balik dari bertugas di AUG sebagai sukarelawan selama hampir sebulan, dia sibuk suh carikkan tempat nak gi praktikal tahun depan. Tak tau la acik nak mencariknya...

Tapi acik cuba gakla nanya kenkawan kat pejabat... kot ada yg tau. Yg paling baik kalu dia dapat tempat praktikal yg dedekat sini je. Putrajaya Holding ke...Perbadanan ke ...sebab nanti klu jejauh, masalah transport pulak nk pegi.

Dia amek kursus 'Building' , so, perlukan sebuah syarikat yang membuat kerja2 construction. Pendek citer...nak kena carik Construction company untuk buat praktikal. Hmm..payah jugak. Lagi sehari setengah dia akan balik semula ke Sri Iskandar Perak.

Acik suh dia gi round sendiri carik tempat mana yang ada peluang. Diorang kata kat PJH tuh payah nak mohon kalu tk ada kabel. Tapi kalu dapat, memang la betuah..sebab dekat. Ada sesaper kat sini yang boleh tolong dia tak??? Tunjuk cara atau di mana dia boleh gi memohon ke...














Untuk Shahmah my dear son, teruskan usaha dan buktikan kemampuan untuk berjaya.. Jadikan kegagalan lepas sebagai pendorong untuk membina kejayaan yang tiada penghujungnya. Tak ada apa yg dapat lebih membahagiakan hati seorang ibu, melainkan melihat kejayaan anak2 dalam hidup mereka..

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...