Sunday, February 19, 2012

Rindu Ombak


Bila ku rindukan pantai, ku dengar bunyi hempasan ombak ini...

Ombak...yg menghempas ke batu... ibarat hatiku yg kini terasa bagai dihempas2 oleh darah dan dagingku.

Kalian rasa, apakah patut setiap dosa dan kesilapan yang kita lakukan akan terus berulang berputar ibarat roda, pada keturunan-keturunan kita?  Hingga berapa lamakah? 7 keturunan?

Dulu, aku tidak pedulikan hati seorang ibu.
Kini, anakku juga tidak pedulikan hati aku sebagai ibu. Tidak memerlukan aku. Tidak menghormati aku. Sepertinya aku tiada sebelum tiada.

Serasa mahu sahaja aku mengusir mereka untuk mencari kehidupan mereka sendiri, memandangkan mereka tidak lagi memerlukan aku.  Yang hanya ibarat boneka. Ibarat dinding.  Ibarat batu di pantai itu.

Aku, batu di pantai yang mampu bertahan, meskipun bersendiri di dunia ini.  Cuma bila sampai takdirku, aku akan hancur jua.  Apakah mereka telah cukup kuat untuk menjadi seperti aku bila tiba masanya kelak....kerana hidup ini ibarat roda kan?  Aku redha...moga mereka juga akan redha bila aku tiada lagi kelak.

3 comments:

  1. Sabar lah kak...

    Alahai.... tingin nak melawat mak plak bila baca entry akak nih...

    ReplyDelete
  2. acik..sabar..anak2 bila dah dewasa bermacam kerenah acik..
    bila masing2 dah kawin dan ada anak nanti agaknya baru tau..macam amna yang acik raso sekarang.

    ReplyDelete
  3. Izan..eloklah, pegi lawat mak tu selagi diorg masih ada.

    Kak erna... itu lah. jadi emak ni memang kena banyak bersabar. Moga segala yg baiklah utk diorg. Akak tolong doakan ye.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...