Wednesday, February 1, 2012

Optimis vs pesimis

Saya tidak tahu samada saya bersikap optimis ataupun pesimis. Setelah bertahun-tahun mencuba mencari pekerjaan yang baik itu, saya masih gagal.  Pesimis agaknya telah mula menguasai diri ini.

Credit to Google Search & the owner  of this photo

Kini kehidupan telah selesa di sini. Walaupun tidak hidup mewah, namun hati tenang.  Segalanya ada di sini.  Dengan perancangan untuk generasi seterusnya pula saya sudah tidak lagi mahu memikirkan cita-cita diri yang tidak tercapai.

Bagaimanapun, bila tiba sesuatu yang membuatkan angan-angan kembali bertamu, saya mula keliru.  Apakah saya masih memerlukannya, yang mungkin akan mengganggu pula perancangan 2nd generasi saya...maka saya jadi tambah pesimis.   Perlukah saya pergi berusaha dan mencuba, sedangkan di satu sudut hati, saya tidak lagi memerlukan jawatan itu?  Sebenarnya saya rasa saya sedang melakukan pengorbanan lagi buat keturunan saya ini.  

Walaupun (tika pesimis datang) mmg secara logiknya, saya tidak akan mungkin berjaya dalam permohonan ini, melihat pada calon-calon lain yang lebih muda, lebih bijak, cantik dan berkebolehan dari saya, namun kuasa Allah mengatasi segalanya.  
Credit to Google Search & the owner  of this photo

Andai saya berjaya, maka saya perlu meninggalkan tempat ini yang secara bertulisnya, telah menetapkan bahawa rezeki anak-anak saya kelak di sini juga  Secara bertulis di atas kertas ya...saya tidak kata itu takdir mereka.  Kita merancang, tetapi ketentuannya dari Allah. Saya terikat dengan perancangan mereka.

Anak pertama, sedang menuju cita-citanya untuk karier yg diidamkannya di sini.
Anak kedua, terikat dengan kontrak dengan sebuah syarikat di sini setelah menerima habuan biasiswa dari mereka.  
Anak ketiga, belum jelas lagi halatujunya kerana masih di peringkat awal pengajiannya di sini.

Jadi, sekiranya saya keluar dari tempat saya bermaustatin ini dan pergi ke satu tempat yang agak jauh, maka anak-anak itu akan berhadapan dengan masalah penempatan mereka...hmmmm.. Kasihan pulak.  Maka, saya tidak lah perlu membuang masa menyerabutkan kepala otak untuk mencuba sesuatu yang saya tidak mahu.  Dari itu, wahai diri, kenapa dari awal lagi kau isi borang untuk memohon?????   aduyaiiiiii...

Perlu apa saya mengejar satu jawatan yang memerlukan saya meninggalkan tempat yang telah lebih 5 tahun saya huni ini.  Manusia kan...apabila telah selesa di satu tempat, pastinya tidak lagi mahu meninggalkannya.  Walaupun ada hujan emas yang menanti di tempat lain.  Sukar untuk menerima dan melakukan perubahan.  Sukar untuk berhijrah ke arah pembaharuan. Tapi itu mereka...manusia lain.  Bukan saya.  Cuma apabila melibatkan mereka yang kita sayang, maka saya menjadi manusia lain itu.  

Hmmm....masih ada lebih kurang 20jam untuk saya berfikir untuk membuat keputusan.

Pergi je lah...kalu dah tau, bukan dapat pun kerja tu nanti...setakat menyahut panggilan..dan menghargai mereka yang memilih kita menduduki ujian ini.  Jangan orang kata tk berusaha.

Buang masa je kan... nak pergi jugak?  pegi laa....lepas buat ujian tu, boleh singgah tepi laut tu memancing.. kan dah dapat 2 in 1...  lepas stress jawab ujian, dapat pulak mlepaskan gian nak memancing...Fun & leasure gitu..

Habih tu, kok tetiber orang Majlis tu rabun, milih gak accik tua ni keja ngan diorang?  Kan ke dah kena pindah lagi, balik kamfung?   ~  heloooo...toksah la kau berangan mak cik oooii.!!  ~

Sekian, catatan orang yang berjaya menempatkan pessimist dalam diri.  Good bye optimist.





4 comments:

  1. konpius ke acik?
    kadang2 saya tingin nak isi borang naik pgkat tapi sy x suka gi temuduga..belum pegi dah fikir kalau dapat mesti keje makin bertmbah.huhu..tak sangup.sy nak dtg dan balik keje dgn aman.

    ReplyDelete
  2. betul la irfa. mcm2 yg acik pk....huhu

    ReplyDelete
  3. acik cubo dulu fikir kemudian..boleh camtu? he he..

    ReplyDelete
  4. dah gi cubo dah kak.. ramai bona nk nk mintak kojo tu...kok ado kabel bulih gak eh...akak cakap la kek abang akak tu..sok kok dapek, sey bagi akak anak banak duk free kat hotel podeksen...hahha

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...