Friday, October 12, 2012

BERDOALAH 1

DOA YANG MAKBUL

  • Orang yang terdesak.
  • Orang yang teraniaya/dizalimi.
  • Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
  • Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

TANDA-TANDA DOA YANG MAKBUL:

  • Terasa sesuatu yang menakutkan.
  • Menangis tatkala berdoa.
  • Terasa menggeletar.


CARA-CARA BERDOA:

  • Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa".
  • Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
  • Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
  • Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
  • Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.
  • Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Wednesday, October 10, 2012

Tak mahulah...

Sangat letih dengan dunia dan hal2 dunia ini.
Banyak nya kerja.  Tensen. Otak tak blh nak mikir nak update blogpun. 

Tengok bunga Tulip ni, sejuk sikit ati...
 
Minggu lepas, accik terima jemputan kenduri kawin sorang kawan.  Beliau sambut menantu yg pertama atau mungkin yang kedua. Buat di dewan di Putrajaya ni. Bukan dewan komuniti di kuarters...bukan..

Accik sorang yang dijemput.  Tidak di mention kan anak-anak atau keluarga.
Accik tanya, blh tak ajak kawan...beliau jawab, dah cukup kuota. Err....ok.

Bila sampai harinya, accik tk pi. Accik pun dah bgitau dia.  Tak dapat la nk pegi.  Sebab accik sorang.  Nanti perempuan tua ni macam kera sumbang. Tidak ada kawan.  Takkan nak harap dia yang pastinya sibuk melayan sedara mara dan tetamu lain yang datang.

Hmm...gitu lah, tiap kali nk ke majlis kenduri kawin, accik pasti teragak2 untuk pegi...sebab accik sorang diri.  Maka nya...jangan la berkecil hati klu accik tk penuhi jemputan2 kalian.

Tak dinafikan, wajib penuhi jemputan walimatul urus atau lelainnya.  Tpi bnyk hal lain yg juga blh mengharuskan untuk tidak menghadirinya.  Moga dimaafkan, dan Allah ampunkan dosaku jika ianya merupakan satu dosa.

Monday, October 8, 2012

Sepuluh Tahun Berlalu Sudah

Rupa-rupanya dah 10 tahun 17 hari arwah meninggalkan acik.
Bermakna dah lebih satu dekad acik hidup bersendirian tanpa insan tersayang itu. 
Ye...hidup dan terus hidup.  Survive seperti mana orang-orang lain yang belum lagi kehilangan orang tersayang itu. Syukur...syukur.  TakdirNya memberikan banyak hikmah kepada kehidupan acik.
Acik terus gembira dan berduka menikmati sisa kehidupan yang ada ni, dengan menanti bila pula tiba giliran acik untuk ke sana.
Ingat anak2ku...ni model kubur umi nnti tau..jangan berlebih2 dalam membina hiasan kuburku.
Gambar 2 anak perempuan accik tika menziarah kubur Nek Nyang mereka.  Entah esok lusa, giliran mereka ziarah kubur acik pulak (Sila pakai sopan sikit ye !!).  Moga matiku dalam Husnul khotimah.


Syukur Alhamdulillah.  Allah telah bagi kekuatan dan ketabahan.  Al fatihah buat Allahyarham suamiku yang telah pergi di subuh hari, tika dalam lenanya...pada 14 Rejab 1423 bersamaan 21 September 2002.

Hari ini dah 3670  hari beliau meninggalkan segala di dunia ini.  Dia yang Allah pinjamkan pada kami, ahli keluarga dan kawan-kawannya.  Dan dia yang meninggalkan dunia yang menjadi transitnya untuk ke sana.  Moga ada amalannya yang akan dapat menjauhkan dari segala siksa Allah atas dosa2nya...Moga Allah ampunkan...ampunkan suamiku ya Allah, ampunkan, ampunkan ya Rob.

Moga Rohnya damai di sana dan diampunkan segala dosanya, dijauhkan dari siksa kubur dan bakaran api neraka di akherat kelak. Berkat ketaatan beliau pada Allah dan RasulNya,  ibu dan bapa, berkat segala amal kebaikannya yang suka membantu tak kira siapa, moga akan menyebab ia tergolong penghuni Jannatul Firdaus.

Ampunkan dosaku ya Allah...moga aku dapat bertemu orang-orang yang aku sayang di jannahMu kelak ya Allah.

Berikan aku ketenangan hidup di dunia dan akherat. .  Aamin.

Uban dah berterabur.
Gigi dah semakin gugur. 
Kulit dah semakin kendur.
Mata dah semakin kabur.
Ingatan dah makin tak teratur.

Mati itu sangat hampir...sangat dekat dengan kita...dan semakin dekat. Persediaan?

Sunday, October 7, 2012

Apa yang disukai?

Salin dan share je.. ilmu utk kita sama-sama fikirkan dan amalkan.  Takmo orang kata, cerita pasal ilmu memacam, tapi diri sendiri tak amal.  

Ini cerita pasal kisah rasulullah berbual dengan para sahabat ni, dah banyak dikongsi di merata laman web, blog ke.....facebook ke.. So, hari ni giliran acik ni pulak nak tampalkan di blog acik yang sempoi ni. Terima kasih kepada Noor Jannah Dini yang tulis kisah ni di wall FB nya, mnyebabkan tepikir nk kongsi sama juga...benda yang baik, elok la dihebah2kan. Moga kita semua mendapat rahmat, taufik dan hidayah Allah untuk mengamalkan setiap ilmu yang kita baca. Lebih baik baca/menulis perkara yang ada manfaat nya, dari perkara yang sia-sia.  Ye tak? Kekadang terlagha juga... astaghfirullahala'zimm


Alkisah....

Suatu hari, ketika duduk bersama para Sahabatnya, Baginda Sayyidina Nabi Muhammad SAW bersabda ~

“Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”


1- Wangi-wangian/bau-bauan yang harum.
2- Isteri/perempuan yang solehah.
3- Ketenangan semasa solat.

Lalu Saidina Abu Bakar ra. menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah.
2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah.
3- Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah.

Kemudian Saidina Umar ra. pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran.
2- Menyuruh kepada kebaikan.
3- Berpakaian sederhana.

Selepas itu Saidina Othman ra pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar.
2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian.
3- Membaca Al-Quran.

Kini tiba pula giliran Saidina Ali ra..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu.
2- Berpuasa di musin panas.
3- Berperang pada jalan Allah.

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!”

Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.
2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.
3- Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan.

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”

1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku.
2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku.
3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar.


Tu dia...tempelanku...utk tatapan sendiri dan sesapa je. Banyak sungguh moral of the story...bukan sebarang story.  Panduan hidup dari Allah, malaikat, Rasullah dan para sahabatnya untuk kita.

Panduan dari pelbagai sudut. Kegemaran kesukaan yang baik untuk kita amalkan sepanjang hidup kita yang tk lama di dunia ini.  Kegemaran atau hobby yang mulia untuk dibawa ke akherat.

Satu lagi, moralnya, Rasulullah dan sahabat, juga duk lepak2 berbual sesama mereka.  Bualan mereka adalah sesuatu yang menjadi ibadah.  Perkongsian ilmu, perbincangan yang baik.  Bukan macam kita, banyak menceritakan pencarian dunia semata...bergossip...banyak ketawakan orang..menceritakan aib orang..


*aku ler teww.... 
Ampunkan dosaku ya Allah.  


Aku rindukan sahabatku yg sering mengajakku membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran....Moga Allah pelihara sahabat itu dan keluarganya walau di mana ia berada. Akanku bina kekuatan sendri dgn izin Allah, berpandukan peringatan2 yang kau tinggalkan buatku wahai sahabat. Beri aku sedikit masa ya Allah..krn aku msih lemah..taufik dan hidayahMu kuharapkan terus.


Saturday, October 6, 2012

I made it at last but Not Least

Setelah mencuba dari 2007...pekse...pekse...pekse...
Malam tadi, sorang kawan mesej, gtaw, keputsan pekse dah kuar. Accik baca sambil lewa je mesej tu..sbb dah di pembaringan..Malas nk ilangkan mood 'sweet dream' accik sebentar lagi tu...sbb yakin accik akan saksikan sesuatu yang mengecewakan kat skrin komputer tu...
Tapiii..
Alhamdulillah... lulus rupanya, bila accik bangun pukul 4 pagi, bukak komputer smula dan cuba menyelusuri laman web JPA tu, mencari ruangan penyemakan keputusan.
Accik pun heran camne boleh lulus.  Sebab rasanya tk blh nk jawab..pehtu tk sempat jawab abis pun. Dari tahun 2007 tu asik jawapan 'KANDAS' je yang accik terima.

Ini smua mesti kerja Allah. Berkat doa sorang ibu, doa anak2, doa dari semua sahabat2 baik accik...


Taknak pesoalkan semua tu....janji LULUSSSS !!! Letih taw...dah tua2 kena amek pekse. Lepas ni mak tanak pekse dah.  Hak lulus ni tk menjanjikan apa2 kelebihan pangkat dan gaji pun.. CUMA....janji tk amek lagi pekse ni...heheh

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulilllah.

Friday, October 5, 2012

Jangan Aku Dihukum

Apabila ada yang berbuat salah, tersilap, terkhilaf, nasihat...jgan lah kita menghukum mereka .  Menghukum itu kerja Allah.  Kita sebagai hamba, perlulah memaafkan dan menasihati mereka itu.
Jika nasihat tidak mahu digunapakai, serahkan pada Allah.


Itupun kalu mereka itu benar2 salah.  Kekadang berlaku, mangsa yang tidak bersalah telah dijatuhkan hukuman.  Dalam sistem kehakiman dunia kerap berlaku begitu kan...! Berapa banyak sangatlah ilmu yang manusia tahu....hal-hal tersembunyi, tersirat, banyak yang kita tidak ketahui.  Habis banyakpun, yang kita tahu, hal-hal yang tersurat semata.



Kredit utk laman web ini.
 
Ye..kita bukan Allah yang Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha penyayang, Maha pengampun, Maha Bijaksana, Maha pengatur segala.
Setiap kejadian yang menimpa kita, tak banyak yang kita tahu, rahsia disebaliknya.  Hanya Allah.  Allah yang Maha Mengetahui


Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang zahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
[Al Hadiid:3]


Peringatan untuk diri sendiri.

Tuesday, October 2, 2012

Suami yang paling baik

Rasulullah s.a.w bersabda; Orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik antara kamu terhadap keluargaku.

Sungguh.  Sanggupkah suami-suami zaman ini melakukan sepertimana yang Rasulullah lakukan, apabila pulang larut malam dari kerja dakwah dan kerja memimpin masyarakat, di kala isterinya sedang lena tidur, baginda tidak akan mengetuk pintu atau membuat bising memanggil minta dibukakan pintu, sebaliknya, lebih rela membentang kain rida'nya untuk dijadikan alas tidur di muka pintu sahaja !!!

Anda mampu? 

Bab akhir Cinta kerana Allah- Ust Pahrol Mohamad Juoi.
Di manakanku simpan cinta itu- kekal di hatiku.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...