Saturday, May 14, 2011

Baiki Kereta Anda

Maaf kerana entry yang sebelum ini telah ghaib semasa kerja2 penyelenggaraan yang dijalankan oleh pihak Blogspot.  Bagaimanapun, penjelasan mereka di sini  telah menyejukkan gak ati acik...kalu tidak...Ini yang mak nak marah nih !!!  Mekasih lah pd blogspot pun, yg bgi kami menjadi penulis perasan sendiri tanpa mengenakan sebarang bayaran...yeahh...thank you Blogspot..
Sib bek la acik bijaksana sikitkan..(stetment prasan tk bleh blah..) ...sebab ada simpan back up entry ni.. (entry ni je...)

Hari khamis minggu lepas acik ambil cuti, gi memanja-manjakan kereta sport acik ni.  Tukar dia punya drive shaft.  Sebelum ni pemanduan agak kurang lancar.  Terasa gegaran yang mengganggu sungguh konsentrasi acik sebagai seorang pemandu ala F1.

Duit acik ketepikan untuk masuk tabung aji senornya, tapi terpaksa acik korbankan untuk kereta kesayangan acik ni.  Alhamdulillah.  Acik tau, duit boleh dicarik.  Nyawa mana nak carik?  takpun nanti kerosakan lebih besar lagi..duitpun lebih besar lagi jumlahnya.

Inilah benda yang acik tukau, dengan kos setengah ribu hengget..!  adeiihh.... Alhamdulillah acik hanya guna keter Proton.  Kalau kereta Honda ke...Naza ke...Toyota ke...lagi la berterabur gigi acik mencari duit.

Panas sangat terik ketika itu, maka mekanik acik payungkan  keter acik, dirinya
Dah bengkok ok..mmg dah kena tukar pun. 


Sambil-sambil tu, acik snap lagi gambar persekitaran yang klasik.  tak berubah, dah bepuluh tahun kat pekan tempat kelahiran MB NS ni.
Lepas siap segala, acik rasa tak patut la acik tak balik jenguk emak acik di kampung.  Dah dekat sangat pun.  Naper ye, acik sanggup travel jejauh dari Putrajaya, balik ke NS untuk repair kereta?  
Sebab acik tanak keter acik ni banyak tangan sangat yang menggodek2nya.  Nanti lain tangan, lain lak yang di pomen dan komennya.  Biar la abang apek ni je...dia yg pasang baru, sok2 kalu rosak, dia gak yg tukar balik...dia dah kenal hati budi keter acik ni.
Sambung balik citer balik kampung.  Ingat nak rehat-rehat sementara tunggu petang sikit, memandang sejak tua akhir-akhir ni acik mengantuk kalau memandu tengahari.  Sekali tu, emak acik ajak pulak acik pegi Klinik... dia sakit gatal-gatal yang dah lama...huhu...  Jadi, anak yang solehah ni patuhlah berkhidmat pada bonda tercinta. Alhamdulillah, acik berjaya pengaruh emak acik gi klinik dekat je dulu.  Kalu tak baik gak lagi, baru acik bawak ke klinik pakar kat Seremban tu.   Demi keselamatan pemandu yang dah weng weng kepalanya dan juga penumpang tesayang tu...bukan sengaja nak menabur janji manis pada emak acik tu..hehe  .. Balik dari klinik, masih ada masa untuk acik melabuhkan tirai peraduan .... lelap seketika sebelum bergerak pulang ke Putrajaya semula.  Misi acik masih belum selesai.  Mekanik tu pesan suruh acik buat balancing lak.  Kat kedai dia tader mesin balancing tu.  Gitu juga dengan kedai woksyop berhampiran. 

Maka acik buat keputusan untuk buat je kat Seri Serdang.  Alhamdulillah...selesai, untuk 2 tayar, dengan harga RM12...acik rasa cam mahal je...atau memang biasa gitu?  Bukan RM4 ke untuk satu tayar...huhu..apa2 je lah.  Janji acik nak balik cecepat, nak berehat.  Cuaca sangat panas itu hari.  Matahari sangat terasa hampir dengan bumi.  Macamana lah agaknya keadaan di Padang Mahsyar nanti ye, kalau panas gini di bumi kita dah bagai nak pensan.

Sekian.

Wednesday, May 11, 2011

Kata Imam Al Ghazali

Dulu acik ada bukak akaun dengan Geocities...free websites..kat situ lah acik belajar menaip, duplicate dari majalah yang acik baca mahupun menulis rapuan acik sendiri..  Kini itu Geocities sudah tutup kodai.  Tak mahu lagi bagi kitorang ni free website tu...

Namun diorg tu masih ada hatiperut lagi.  Acik tejumpa semula laman web acik tu dgn webhosting yang lain...dipindahkannya dari geocities ke 'reocities' pulak. Acik korek2 semula taipan2 acik kat kuburan geocities tu...tapi acik dah tak blh mengawal atau mengedit laman web itu lagi.  Kalau engkorang rajin nak baca terus, blh gi sini.

Acik dulu guna nickname 'cencorot' dekat dalam satu ruangan Forum Kedai Kopi.  Sebab tu nama laman web tu acik letakkan nama 'Cencorot Page' .  Jgn tokojut lak. Hmm...dah lebih sepuluh tawon dah laman web tu acik lahirkan...klu tak silap dah lebih kurang 14 tahun.

Laman web tu acik daftarkan atas nama Anizalin.  Sebenarnya, dia sorang kawan acik masa acik di asrama dulu.  Kami lost contact. Acik cuba cari dia...dan hampir putus asa. Ada sedikit harapan agar ada lah sedara mara dia yg bukak laman web tu dan akan bagitau acik di mana dia...well...tak ramai yang guna nama tu.

Harapan acik tetap ada...maka lahirlah  http://www.geocities.com/anizalin/  ini.  Pastinya dia sangat istimewa hingga acik tk lupakan dia.  Allah maha penyayang dan mengasihani... akhirnya setelah lebih doploh tahun tk jumpa... acik berjaya juga jejaki beliau di Facebook.  Alhamdulillah..  itu kisah selingan acik.. :)

Ada dua Free webhosting yang acik langgan dulu.. satu lagi di Tripod.  Masih ada sehingga sekarang di sini. Di dua tempat ni lah acik mengasah bakat dan belajar tentang internet ni. Sama jugak usianya, dalam 14 tahun sudah.

Ini acik copy paste dari laman web tersebut.

Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong.  

  • Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita.  Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa. 
  • Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita. 
  • Ketika kita berjumpa dengan orang alim,  anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.  
  • Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
  • Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, jangan lah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya.  Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.  
  • Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa sikafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah ISlam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi. 

Inilah yang acik jadikan panduan dalam mengharungi kehidupan acik seharian.  Namun terkadang, kerap juga.....acik terlupa...kerana acik adalah manusia.
Sekian.

Tuesday, May 10, 2011

Update cerita lama

Update hari ini, tapi cerita lama.

Pada 28 April, unit acik telah mengada Jamuan untuk meraikan dan merangkumi majlis perpisahan. 

Kami meraikan:
Siti yang akhirnya bergelar isteri orang..

Puan Izatol, yang masuk memegang jawatan Akauntan Kanan kami.
  
Staf baru, Salwani dan Shazwani.... nama hampir sama ok..
Dan Rosman..

Di samping meraikan mereka yang dapat APC tahun ini..

Kak Sham

Yana

dan Puan Azlina, bos kami ni.. Tahniah semua..

 Dannnn... juga meraikan Ulangtahun Kelahiran CC kami ni Pn Noor Asyikin....  tahniah juga.


 Dalam bersuka, ada yang berduka..(iyer ke ni...)

Jamuan ini juga merupakan majlis perpisahan untuk mereka ini :
Encik Mohd Yusuf  yang mendapat kerja baru
Puan Ila yang akan bertugas di daerah kelahiran

dan Juwina Umira yang juga mendapat kerja baru..perginya seorang artis KPM.. :).

Puan Liza ni pulak naik pangkat dan bakal meninggalkan unit ini juga.  *Mesti ada makan2 lagi lepas ni... hehe.

Semoga kalian semua akan lebih berjaya dan gembira bekerja di tempat baru. ..aamin. 

En.Yusuf terima anugerah...
Anugerah kehormat buat Cik Juwina Umira
Cenderahati buat Puan Ila
CC potong kek untuk di agih2kan pada semua .
 Itu lah dia ceritanya...cerita dalam gambar. Makan-makan?  Tak mo citer la...sebab acik tk sempat nk makan.  Waktu jamuan diadakan ni, acik dapat berita pulangnya pak sedara sepupu @ bekas cikgu acik dan ayah pada sorang kawan sekolah rendah acik @ jiran kat kampung acik. So, acik tk tunggu lama, orang start makan, acik start injin keter, balik kampung.  Al fatihah buat Cik gu Abu Bakar @ Bond. atau acik panggil dia Ucu Bond.  Moga rohnya dirahmati Allah.  Masyarakat hilang seorang yang gigih menabur bakti bila sahaja diperlukan.

Sebenarnya ada blog kenkawan lain yang dah keluarkan gambar makan2 kali ni...dekat sini
Nanti sama je pulak cerita nya..hehe

Sekian. ..

Sunday, May 8, 2011

Apakah amal kita hari ini?

Sabahul Khair..Selamat pagi...Good Morning semua.

Hari ini tiba-tiba baru ada rasa nak update blog.  Sebab terfikirkan beberapa perkara untuk ku ingatkan diri ini dan kaum keluargaku seandainya aku telah tiada di muka bumi ini nanti.  Maksudku, selain dari mati, mana tau nanti, aku ini terpilih pulak untuk menjadi angsawati angkasawati untuk terbang ke bulan, bintang dan cakerawala...manatau kan... errr...ok..ok..aku tk kan merapu..sbb aku tau..setiap tenaga ku dan tenaga letrik yang ku gunakan untuk menaip ni akan dihisab di akherat kelak. *...baru teringat ke...??*

Tika bangun dari tidur, apa yang aku buat? Apa yang aku dengar dulu?  Uuuuhh.. lagu Kalau berpacaran dendangan Suhaimi Mior Hassan & Anna Rafali .....dan lagu rentak techno yg aku compose sendiri dgn handphone buwok ku...yg memang membingitkan telinga kalu aku tk bangun hentikan. Kemudian biasanya kalau nak pegi kerja aku pastikan pasang nasyid doa pagi alunan Munif Hijaz itu. Kononnya aku nak mendengar sesuatu yang baik sebelum mencemar telinga kurniaan Ilahi ini dengan bunyi-bunyian yang lain.

Apakah?  Pdhal yang menerjah ke telinga aku ni adalah lagu Kalu berpacaran tu...hmmmm ..belum cukup baik lagi wahai diri...ya..lagu itu memang baik, sebab ada unsur nasihat di dalamnya. Bagaimanapun, ada yang lain yang lebih baik.  Eh...bukankah kita sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup kita? Nak beli barang-barang yang terbaik, nak result periksa yang terbaik, nak dpt pasangan hidup yang terbaik. ...nak yang terbaik dari ladang gitu.. Oklah...lepas ni aku tukarkan nada dering Jam Alarm henpon ku kepada nasyid doa-doa, atau sajak tajuk 'Sakaratulmaut' tu... mesti aku akan tekejut bangun dengan penuh keinsafan...  saper penah dengar sajak tu..?? . Mula-mula je dah keluar suara ustaz Dinie Juri  ...   Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaat !
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaat !
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!!!!
...menggerunkan..menginsafkan jua nanti kan...mesti melompat gak aku bangun kan.  Baiklah.  Akan segera aku tukarkan suara itu.


Sekarang sudah bangun... masuk bilik air, gosok gigi, buat apa yang patut, dan biasakan ambil wudhu, walaupun dalam keadaan datang bulan.

Solat subuh..lepas tu..tidur balik ???   Jangan la begitu wahai anak cucuku sekelian.  Walaupun tidak ada hadith sahih tentang larangan tidur selepas solat subuh itu, namun ianya bukan sunnah rasul.  Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta solifulsolih dan para ulama' amat memanafaatkan waktu selepas subuh ini untuk berbuat amal.

Dicedok dari Halaqah online ni :
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

Ramai para sahabat ku yang memberikan nasihat, ingatan dan panduan hidup buatku, antaranya mahu aku mengamalkan bacaan surah Al Waqiah setiap pagi.  Aku baca....bila aku teringat..huhu...aku harap, kalian pun sama.. istiqamah.jadikan amalan..jangan seperti aku..yang selalu terlupa dan lalai.  Jadilah yang terbaik ..jangan yang tak baik itu yang dijadikan perbandingan untuk meninggalkan yang  baik...no no no...nenek tk suka macam tu...selalu kalau menegur anak, mereka jawab...alahai...orang lain pun sama...lagi teruk lagi pun..
Sentap nenek taw..!!

Lagi satu, seorang kawan sekelas ku pesan... kau amalkan doa ni setiap pagi.. Selawat Tafrijiyah ..baca 11x katanya kalau tak silap.  Terima kasih pada mereka yang prihatin mahu aku sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhanku.  Doa ini banyak manfaatnya. Untuk mohon Allah murahkan rezeki dan untuk makbulkan doa.

Buatlah solat sunat sebanyak mungkin.  Tapi jangan pulak lupa menggantikan solat-solat  fardhu yang mungkin kita tertinggal sesebelum ni.  Qadho' solat  fardhu itu wajib, solat sunat itu hanya sunat.  Buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa2.  Yang wajib tu pulak, tak buat berdosa, kalu buat dapat pahala.

Kemudian, berbisik (atau nak menjerit pun takpe) dalam hati... apakah kebaikan yang akan aku lakukan hari ini..? Itu yang sepatutnya kita fikirkan pagi-pagi begini...apa lagilah di hujung minggu bagi yang hari-hari biasanya sibuk mengejar rezeki.

Mohonkan pada Allah, agar melindung dan menjauhkan kita dari melakukan kejahatan atau dosa sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dan dari melakukan perkara yang sia-sia. Jauhkan kita dari lalai denganNya.

Hari ini kita bangun dan kira semua anggota badan kita....semua ada lagi  kan?  Cer pegang kepala kita..ada otak dalamnya.  Gunakan otak tu untuk memikir sesuatu yang menjadi ibadah buat bekalan kita ke akherat.
gambar pinjam cari kat google.

Cer pegang telinga capang kita.. hmmm...masih boleh mendengar dengan baik.  Dengarkan lah perkara yang menambah bekal kita ke akherat...bukan mengurangkan atau memusnahkan amalan kita dari subuh tadi....macam dengar orang memfitnah, contoh laaahh...

Cer bulatkan bijik mata tu... masih terang penglihatan.  Jangan lah nak gunakan mata bundar mu yang ada kolestrol   tu untuk melihat aksi-aksi yang boleh menggelapkan hatimu. Yang memadam pahala amalmu.
Yang pegi jogging pepagi ni jangan la nak sekodeng pompuan2 cantik kat taman tu...salah guna mata tu..Harap maklum! .. dari mata turun ke hati...hati yg busuk, boleh memudaratkan kita di akherat kelak.

Cer raba hidung...masih ada 2 lubang kan...??  Bukan 3.... syukur Alhamdulillah, menjadikan manusia ini sebaik-baik kejadian.  Hidung masih bulih membau...walaupun mungkin ada antara kita yang tesumbat dik selesema....tak apa cucu ku....itu hanya bersifat sementara,  Allah menguji dan mahu memberi pahalaNya dengan sedikit penyakit itu.  Bau lah keharuman masakanmu yg dihidang untuk keluargamu. Bau lah keharuman tubuh isterimu...bukan isteri orang lain..bukan perempuan lain..bukan pompuan simpanan okeh !!.. Yang penting, bau lah badan sendiri...kalu rasa cam masam semacam je...pegi lah bawak2 mandi...!!

Pastu taburkan bedak haruman yang suci bersih buatannya agar badan rasa segar dan wangi..aroma terapi untuk bersemangat meneruskan hidup kita...errr..cer kalu tader hidung.??? makan tak sedap, bau badan tak sedap pun tk sedar, tak ada perasaan kalau persekitaran busuk ke...wangi ke...nak cium laki anak pun tak tau nak tenyeh kat mana...kann...ehhh...termerapu pulak den ni ha...sorry...masuk line balik ok!

Cer raba mulut...ehh..mulut sendiri taw...jangan gi raba mulut orang lain plak ! Kang kena gigit pulak..!! Pepagi ni main reraba pulak kita ye...  Ok..mulut ada lagi...dalam keadaan baik...dalam mulut ada lidah...baik punya.. Alhamdulillah..cer jelir sikit?   Hah...sebijik cam hantu kak limah....hehhe..

Tak de la..motipnya cuma...Allah masih kurniakan lidah dan mulut yang sempurna pada kita.  Walaupun mungkin giginya udah semakin kurang...atau dah belobang-lobang...(Itulah...makan laju sngat...tak ikut sunnah nabi...!..)  makin lama penggunaan sesuatu peralatan itu, maka keadaannya akan menjadi bertambah kurang baik ...fizikal mahupun dalamannya. Itu dah menjadi sunnah alam...yg baru akan menjadi lama...yang baik akan menjadi rosak, yang cantik akan menjadi buruk...apalagi lah kalau tidak dijaga dari awal kejadian lagi..

Hari ini, gunakanlah lidah itu untuk mengeluarkan kata-kata yang baik....jangan pepagi lagi dah mencarut...dan maki hamun laki, tengking anak, tuduh itu ini kat orang, mengumpat kat mesyuarat tingkap ke..

Ketahui lah bahawa lidah yang kontot ini lah yang akan menjadi saksi kita di akherat kelak, untuk masukkan kita ke syurga mahupun neraka Jahanam.. Nauzubillahiminzalik..

Lidah bersubahat rapat dengan hati  juga .  Jangan tak tau.  Contohnya, kalau lidah keluarkan kata mengajak orang berbuat baik, sambil dia kenyet mata pada hati yg berkata...buat cam kita la...kita baikkan..!!  .... maka lidah yang hipokrit ini lah yang akan berjasa menyeret kita merasai siksa api neraka.... Nauzubillahiminzalik ..hati-hati dengan hati dan lidah itu.  Itu musuh yang paling hampir dengan kita...yg paling susah nak kita kawal..semoga Allah selamatkan kita dari siksaNya.

Rindu pulak kat Adam Irfan ni..


Cukuplah, memerhati dan merabai anggota badan sendiri di bahagian kepala sahaja dulu.  Nak raba yang lain, buat lah sendiri.  Acik nak gi buat sarapan jap aarr..lapar lak tetiba.


Moral of the story, bersyukurlah kita sentiasa dengan setiap anugerah Allah.  Buktikan kesyukuran kita dengan melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan meninggalkan jauh-jauh, kejahatan dan kemungkaran.

Sekian.

Tuesday, May 3, 2011

Ucapkanlah..

Untuk di kongsi sebagai amalan seharian kita. (Di panjangkan dari Kak Sharifah Talhah.diedit sikit ye kak....syukran)

SELECTED SUPPLICATIONS (DU'A) FOR EVERY MUSLIM ADULT AND CHILD ACCORDING TO THE QU'RAN AND THE SUNNAH.

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Qul Inna salati wanusuki wamahyahya wamamati lilahhi Rabbil Alamin"
"Say: Verily, my prayer, my sacrifice, my living and my dying are for Allah, the Lord of the "Alamin (mankind jinn and all the exists)" (6:162).

1) WHEN START TO DO SOMETHING....ALWAYS REMEMBER TO SAY
  

   "BISMILLAHIR RAHMANI RAHIM  --  In the name of Allah Most Beneficent Most Merciful

2)WHEN MEETING ANOTHER MUSLIM ... ALWAYS REMEMBER TO SAY..---
   "AS-SALAMU 'ALALAYKUM "  -- May Allah's Peace be upon you.

3)WHEN PLANNING ANYTHING FOR THE FUTURE WHICH IS NOT SURE ... ALWAYS REMEMBER TO SAY
إن شاء الله   
   "IN SHA'ALLAH" --- If Allah wills
4)THE GREATEST WORDS TO SAY EVERYDAY AND EVERYBODY  SHOULD SAY THESE EVERYDAY --

  "LA 'ILAHA 'ILLALLAHU MUHAMMADUR RASULULLAH" - None has the right to be worshipped except Allah and Muhammad is the Messenger of Allah.

5)WHEN YOU HEAR THE NAME OF PROPHET MUHAMMAD IS MENTIONED,ALWAYS REMEMBER TO SAY-

   "SALLALLAHU 'ALAYHI WA SALLAM" --- May the Peace and Bleassing of Allah be upon Him.
6) WHEN YOU GO OUT FROM YOU HOME -- ALWAYS REMEMBER TO SAY ---


    " BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALAL-LAHI WA LA HAWLA WA LA QUWWATA 'ILLA BILLAH" --- In the Name of Allah, I trust in Allah and there is not strength nor power except with Allah.

7) WHEN WE ENTER OUR HOME - ALWAYS REMEMBER TO SAY--

  " BISMILLAHI WALAJNA WA BISMILLAHI KHARAJNA WA ALA RABBINA TAWAKKALNA" --
In the Name of Allah we enter, and in the Name of Allah we leave, and we trust in Our Lord.
8) WHEN SOMEONE DOES SOMETHING GOOD FOR YOU --- ALWAYS REMEMBER TO SAY

    " JAZAKALLAHU KHAYRA"  --- May Allah give you a better reward.
9) WHEN YOU SEE/HEAR SOMETHING GOOD THAT PLEASES YOU ( DO NOT USE THIS WORDS WHEN YOU SEE SOMETHING BAD OR HEAR BAD NEWS, THIS IS ONLY FOR GOOD THINGS THAT PLEASES YOU --- ALWAYS REMEMBER TO SAY THIS..


" MA SHA' ALLAH, LA QUWWATA ILLA BILLAH" ---This is what Allah has willed, ther no power except with Allah.

10) WHEN YOU SNEEZE - ALWAYS REMEMBER TO SAY ---


     " ALLHAMDU LILLAH" - All Praise be to Allah.

11) WHEN REPLY TO SOMEONE SNEEZE --- ALWAYS REMEMBER TO SAY ---

 
    " YARHAMUKALLAH" -- May Allah bestow His Mercy on you.

12) ON REPLY TO THAT THE " YARHAMUKALLAH" - ALWAYS REMEMBER TO SAY ---
     " YAHDEEKUMULLAHU WA YUSLIHU BALAKUM" --May Allah guide yu and set right all your affairs.
13) WHEN YOU ENTER THE TOILET - ALWAYS REMEMBER TO SAY --


      " ALLAHUMMA 'INNI 'A'UDHU BIKA MINAL KHUBUTHI WALKHABA'ITH" --O Allah, I seek protection in you from unclean spirits, male and female.

14) WHEN COMING OUT FROM THE TOILET..- ALWAYS REMEMBER TO SAY--
       " GHUFRANAKA"  ---I ask your forgiveness..


15)WHEN YOU ENTER THE MOSQUE ( ESPECIALLY MEKAH /MEDINAH) --- ALWAYS REMEMBER TO SAY

(ni versi lain...tpi lebih kurang je doa ni...)


     " BISMILLAHI WAS-SALLATU, WAS- SALAMU  ALA- RASULLILLAH, ALLAHUMMAFTAH LI ABWABA RAHMATIK" ---

In the Name of Allah and Peace and Blessing be upon the Messenger of Allah, O Allah! Open for me the gates of your Mercy.

16)WHEN YOU LEAVE THE MOSQUE ( ESPECIALLY MEKAH /MEDINAH) --- ALWAYS REMEMBER TO SAY

     " BISMILLAHI WAS-SALLATU, WAS- SALAMU  ALA- RASULLILLAH, ALLAHUMMA 'INNI  'AS'ALUKA MIN FADLIK" ---In the Name of Allah and Peace and Blessing be upon the Messenger of Allah, O Allah! I ask for your favor from you.

17) WHEN ANY AFFLICTION HAPPENS TO YOU - ALWAYS REMEMBER TO SAY ---


      " INNA LILLAHI WA INNA 'ILAYHI RAJIUN"  -  Truly, to Allah we belong and truly to Him we shall return"
18) WHEN VISITING A SICK PERSON , ALWAYS REMEMBER TO SAY ---


      "LA BA'SA TAHURUN, IN SHA' ALLAH" --  Don't worry it is for Purification if Allah wills ( purification is referring to the purification of sins)

19) WHEN YOU FACE AN ENEMY OR SOMEBODY FIGHT WITH YOU AND DO BAD TO YOU -- ALWAYS REMEMBER TO SAY--


      " HASBUNALLAHU WA NI'MAL- WAKIL" --Allah is sufficient for us and He is the best disposer  of affairs.
20) WHEN YOU GO VISITING A MUSLIM GRAVEYARD (KUBUR) --ALWAYS REMEMBER TO SAY ---
      " AS-SALAMU ALA AHLID -DIYARI MINAL-MU'MINEENA WAL-MUSLIMEENA WA'INNA 'INSHA' ALLAHU BIKUM LALAHIQUN"----  Peace be upon the people of this abode, from among the believers and those who have submitted and if Allah wills, we will also join you.

IF THERE IS ANY MISTAKE , PLEASE FORGIVE ME, AND HOPE IT BRING BENEFITS TO US ALL, INSHAALLAH....

Basahi lah lidahmu dengan zikirullah...adalah lebih baik dari berkata yang sia-sia.

Sekian.
Ringkasnya gini la...

Monday, May 2, 2011

Politikus lupekanje

Jarang sekali saya mahu bercerita tentang politik di blog ini...kann.
Apakata hari ini bincang pasal politik? hmmm... no no no...saya tidak minat dengan mana-mana parti politik pun.  Haruslah tidak akan menyebelahi mana-mana pihak pun.  Saya hanya pemerhati....yahh...kok yg sorang ini berucap, memburukkan orang lain, sorang lagi di parti yang lain juga, berucap mencaci yang lain, dan kok sorang lagi sama, berceramah, terselit ayat dan perkataan menguutuk saudara yang lain.
jangan fitnah kucing ku ini...

Tapi hal ini ingin saya ingatkan....dah lama saya pendamkan di hati.  Tapi ketika saya bersama seorang ahli keluarga rapat saya kelmarin, saya rasa amat bersalah, sekiranya saya tidak menegurnya.  Ketika itu, beliau mengajukkan perlakuan DSAI (ketua parti pembangkang yang amat popular masakini dengan video seks itu)...haiiihh...camne orang tua yang tk mengenal internet pun tahu....ooo...kuar kat sokabar rupanya!! Ini lah guna media elektronik....

Malulah dengan Allah...kerana iman kita  mungkin hanya senipis kulit bawang...
Mungkin niat orang yang menyebarkan video itu 'baik'.  Mahu rakyat fikir...dan tidak memilih orang yang sebegitu sebagai pemimpin.  Itukan tujuan mereka? Atau semata-mata mahu memalukan saudara se Islam mereka itu?

Ingatlah, andai kita mengaibkan atau memalukan saudara kita di dunia ini, Allah akan buka kan aib kita di Padang Mahsyar kelak. Kekdg, Allah tunjukkan  kemaluan keaiban kita di dunia lagi.

Ayuhlah kawan-kawan....kita lupekanje permainan politik itu.  Mari kita bersama terus menyediakan perbekalan kita untuk ke akherat.  Bukan merobekkan masa depan kita di akherat sana dengan turut sama mencampuri urusan mereka yang berebut kuasa itu.

Bila lagi kita nak amalkan sifat-sifat terpuji sebagai seorang muslim...bila? Sebab selama ini kita hanya menjunjung tinggi sifat-sifat keji dalam kehidupan seharian kita.
Cuba kita  jangan mengelirukan pemikiran kita dengan cerita-cerita yang tidak patut kita dengar.  Andai terdengar juga di cuping telinga capang kita ini, cerita mengenai sesuatu yang mengaibkan orang lain, samada cerita itu benar atau tidak benar, beristighfar lah....

  • mohon keampunan dari Allah.
  • mohon Allah pelihara dan jauhkan dari berlakunya dosa tersebut pada diri kita dan kaum keluarga kita.
 Bukan kata...contohnya,
"isk...teruknya orang macam tu..hidup memalukan orang melayu ja...memalukan orang Islam ja...!!!" 

Bukankah itu yang lebih selamat buat kita (beristighfar). Komen kita tidak akan mengubah apa-apa.  Melainkan menambah dosa.  Dosa mengumpat saudara seIslam yang lain. Dosa menuduh sesuatu yang tidak pasti benarnya.  Kalaupun benar tuduhan itu, mengumpatkan itu??? Sesungguhnya, mengumpat itu ibarat memamah daging saudara sendiri.  Mengumpat itu akan memakan diri kita di neraka kelak.  Nauzubillahiminzalik.


di carigali di google..gambar hanya hiasan *utk dipikirkan juga.. takutkan?


Buruk memburukkan, terlalu biasa di kalangan pemimpin politik dan pengikut-pengikutnya, tak kira lah dari parti apa.. Demi untuk mendapatkan sokongan. Cukuplah...marilah cuba tektik amalkan mahmudah dalam meraih sokongan rakyat.  Elakkan dari memburukkan saudara sendiri.   Dah bosan dah dengan tektik membuka aib sesama sendiri untuk dapatkan sokongan rakyat.  Rakyat dapat dosa mengumpat, yang diumpat, dapat pahala. 

Cuba bina iman dan ketakwaan dalam diri..memperbanyakkan cerita tentang kebaikan saudara yang lain..lebih baik dari menelanjangkan dosa orang lain kerana masa kita untuk hidup ini semakin singkat.  Bak kata sorang teman tu, umur kita semakin hari semakin pendek...di mana bekalan kita?.

Bangunkan kemajuan ..jauhkan permusuhan....eratkan persaudaraan.

*Peringatan untuk diri sendiri* dan ahli keluarga*
Ingat la acik oooii..bila nak berubah tu...

Sunday, May 1, 2011

MY 1ST GIVEAWAY (ZUE)


Apo ko bondo eh den buek ni gak eh... menyahut seruan tag si Didot ... untuk pertama kali, acik menceburkan diri dalam contest montest ni.

Tuanpunya blog ni seperti di entrynya di http://contestheartyz.blogspot.com/2011/03/my-1st-giveaway-zue.html ...  dengan murah hatinya, nak berikan hadiah pada mereka yang akan dipilih ... errr...tader ke penerangan tentang gimana cara pemilihan penerima hadiah yang bertuah tu ? Ok Noha... see u in your comment box..

Cara nak join amat mudah seperti ngunyah kacang....so, acik join je lah... tak rugi apa-apa ekk...di samping dapat gak update blog nii...yg sedang dalam mood santai Cuti Hari Buruh dan kuli...

Langkah seterusnya untuk melayakkan acik dapat hadiah ni... adalah mengetag kenkawan acik lak.  Hmmm...bab ni tk baper nak suka.  Tpi tepaksa la...itupun kekalau ngkorang beminat la...Maka dengan ini, acik memilih pengunjung setia acik kat sini..:


1.  Kak Erna

2.  Kak Nora. 


Err...tgh bizi ke...? tak pe la...tag je.. bukan wajib join pun..nk cukup syarat. .hehhe..  Masa dan suntuk. Acik pun baru perasan pagi ni tdi...dah dateline ni...Tarikh tutup hari ini.. 1 Mei 2011. !!  Mekasih la Didot kerana berusaha menyeret acik join contest...:)

Orait.  Jap gi nak pegi shopping kek Nilai Tigo, bawak bonda tecenta. Have a nice day uols...

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...