Thursday, February 9, 2012

Bersama Bulan

Cuti 4 hari mmg terasa lama sangat kalau tk ke mana-mana. Akhir saya buat keputusan balik kampung.  Alasannya, mesin rumput di hari terakhir cuti. Sebab rumput dah panjang tampaknya ketika akhir saya pulang dulu...minggu sebelum itu. Kalau nak tunggu lagi, takut tersibuk pulak minggu akan datang.

Di samping itu menyimpan satu hasrat...memancing. Itu perancangan yang tidak pasti.  Saya paksa ketiga2 orang anak ikut sama balik kampung, sementara mereka ada di rumah.  Menjengok nenek tua di sana. Bila lagi nk berkumpul anak beranak kan.?

Kami pulangpun dah malam.  Sesekali hujan turun, sekejap-sekejap.  Joran ada dibawa sama. Standby. Jika plan A menjadi. Anak perempuan sulung kata mahu ikut sama jika saya memancing.  Anak bungsu kata akan ikut jika kakak ikut sama. Anak lelaki merajuk, tk mau ikut, sbb tk bagitau awal-awal.  Tk bawak pancing baru dia.

Kita merancang, Tuhan menentukan. :) .. sampai di kampung, si kakak udah mengantuk, dah lena. Kalau dia dah tdo gitu, jangan harap la nk ajak pergi mana-mana.  Dan kalau dia tk pergi, maknanya si bungsu pun tk akan ikut.  Jadi, siapakah yang akan jadi mangsa keadaan ini?  Si abang tengah lah...  dah tidur juga.  Tpi saya gerakkan...buat-buat tanya,
"betul2 tak nak hikut ke?"
"Tak nak !!  Nak mancing tk cakap awal2...abang tk ada joran !"
"Ok... ummi pegi sorang2 je lah.  Kakak dah tdo !"

"errr...eh...tak payah pegi lah....!! apa lah ummi ni. Tk pnah dibuat orang gi mancing memalam sorang2!!"

"Well... ummi da biasa..tk apa..."

"ye lahh..ye lahh...  abang ikut!!"  akhirnya dia mengalah...dan dgn muka kelat semacam.  Masih ada sifat tanggungjawab dalam dirinya untuk jaga keselamatan ummi nya yang otak gila-gila ni.

Kami menyusuri malam yg dah tengah malam itu menuju ke pantai. Hujan dah berhenti. Saya tidak bersedia sepenuhnya pun untuk memancing.  Umpan tk bawak langsung.  Selongkar peti ais emak saya, tapi tk bejumpa apa-apa yg boleh dibuat umpan memancing.

Hanya berbekalkan umpan palesu je la... memancing nk lepas gian je nih. Dan nak test reel joran baru itu saja.

Sampai di pantai batu 11 podeksen itu, saya terus keluarkn joran.  Si Shahmah, tak keluar kereta pun, membelek androidnya sahaja, dan tidur !!. Tak apa lah, janji dia nak temankan.  Kalau tk, tentu umminya merajuk !! huhu..

Mendongak ke langit, nampak bulan yang hampir penuh mengambang.  Indah. Subhanallah.  Waktu kami tiba, nampak dalam gelap itu beberapa motosikal dan orang-orang yang pastinya ke pantai itu untuk memancing.

Dan lebih (tak) menyeronokkan, waktu tiba, air laut surut.....hmmmm..tk apa lah.  dah sampai pun.  Nak buat camne..tk check dulu air pasang pukul berapa. Saya tetap ke gigi air di pantai itu bersama joran saya.  Excited sangat sbb dapat juga melontar joran....err...tali joran ke tengah laut...teruja bila dapat merasakan gegaran di tali joran setiap kali ombak melaluinya.  Seolah-olah mendengar gelombang di dalam laut itu bersama makhluk-makhluk di dalamnya.

Jumpa starfish, atau tapak sulaiman ini.  Kali pertama melihat tapak sulaiman...terukkan..?
















Kemudian muncul sebuah kereta, berhenti di hadapan sedikit dari tempat kami meletakkan kereta.  Cuma kelihatan cahaya lampu suluh berkelip-kelip keluar dari kereta tersebut.  Mungkin ada 2 orang lelaki, menuju ke arah kawasan berbatu di hujung pantai itu. Tak tau lah diorg buat apa.  Memancing jugak agaknya. Mungkin mencari umpan atau membuat tinjauan kekalau ada ketam atau lain-lain di situ.

Kemudian cahaya lampu suluh itu datang berdekatan dengan port saya....tpi tk lah dekat juga di pantai itu.  Lebih kurang 100 meter dari tempat saya berdiri.  Terdengar bunyi seperti loceng...berdenting2. Pasti mereka bersedia untuk mencacak kail mereka di situ. Loceng tersebut untuk memberi amaran kepada pemancing, seandainya ikan memakan umpan.

Sekejap sahaja, hujan turun renyai-renyai.  Saya teruskan aktiviti saya.  Tetapi, orang-orang itu nampaknya seperti berkemas. Dan mereka pergi..meninggalkan saya sorang diri di pantai... yess!! Ini yang saya mahu...menjadikan pantai ini milik saya seorang.
Jumpa lagi starfish ni dalam air...terus saya angkat dan kumpulkan di starfish yang mula-mula ditemui itu. Cantikkan..


Jam sudah pukul 3 pagi...janji dengan emak saya, akan pulang pukul 2 pagi. Tak puas hati, kerana umpan palsu saya tidak dilayan oleh ikan-ikan di laut itu. Kata orang, kalau bulan mengambang penuh, ikan banyak di laut. Sebab itu lah saya bersungguh mahu melihat kebenaran kata-kata orang itu.
Bulan yang hampir penuh...langit dah cerah, selepas hujan sepanjang hari.

Nampaknya saya belum boleh memastikannya sejauh mana benarnya lagi.  Memandangkan saya memancing tanpa umpan sebenar... saya tidak dapat membohongi ikan-ikan di laut itu.  Ikan-ikan pun udah bersekolah.  Ikan pun pandai juga rupa-rupanya. Beberapa kali mata kail dan batu ladung saya samada tersangkut di batu atau mungkin putus digigit makhluk air itu.. Mungkin ikan buntal punya kerja, mungkin ketam..err..betul ke ketam boleh gigit tali pancing? atau mungkin jenis ikan lain yang punya angkara.

Akhirnya, hampir jam 4 pagi, emak saya telefon Shahmah yang tidur dlam kereta.  Marah-marah, sbb tk juga balik lagi.   Aduyaiii... saya masih belum puas memancing.  Tpi tak apalah.  Dah dapat jugak ke pantai memancing main-main gini.  Dapat menyaksikan keindahan malam di pantai.  Dapat juga mencuba pancing baru yang memang mabelles.....reel yang berputar laju bila di pusing...tak ada sangkut-sangkut lagi.  Meningkatkan kemahiran melontar talipancing jauh ke tengah laut.... Alhamdulillah.

Shahmah menyerahkan stering kereta pada saya....mengantuk katanya.  Dia tk tahu, yang saya juga baru merasa mengantuk juga...hehehhe...tanggung la sendiri.  Alhamdulillah, memandu di subuh sunyi, selamat juga sampai ke rumah di kampung.

Esoknya, tidur tk hengat... mengantuk sesangat.  Bangun pagi teringat rancangan nak mesin rumput.  Bangun jugalah.  Ambil mesin di bangsal....dan cuba menghidupkan injinnya.
Dua anak perempuan bangun awal juga....bersungguh-sungguh mencuci keretanya.  Sementara saya masih terkial-kial mencuba hidupkan mesin itu lagi. Peralatan membaiki mesin tidak dibawa.  Ada dalam kereta saya.  Balik kali ni menaiki kereta anak perempuan saya. Hmmm...sebab itu lah.  Dalam kereta saya tu, segala-galanya ada.  Bila ditinggalkan, barang keperluan lain pun pasti tertinggal sama.  Tk teringat pulak nak bawa.  Tringat bawak pancing je...hehehe..bengang anak-anakku dgn umminya.

Saya menyuruh anak saya membeli pemutar plug dan plug di kedai.  Mungkin plugnya rosak.  Dah bertahun tk diganti.  Bila dah dapat semua, saya mencuba lagi.  Misi menghidupkan injin mesin rumput masih gagal. Hingga berhenti untuk makan tengahari.  Dah tengahari...masih mencuba.  Tapak tangan dah terasa sengal...namun masih tk berjaya menghidupkannya.  Akhirnya saya give up.  Mesin ini perlu dihantar servis barangkali.   Sudah lebih 6 tahun digunakan, tk pernah pun buat hal...tk penah la pun hantar servis.  Memang patut meragam dah pun.

Kami berkemas pulang saja. Simpan semula mesin di bangsal.
Itulah antara misi saya yang gagal di cuti-cuti Malaysia kali ini.  On the way balik, berhenti di Jaya Jusco Seremban.  Anak-anak ada misi mereka pula.  Ke Popular Book Centre...nak menghabiskan baucer bantuan kerajaan.  Tapi misi mereka juga gagal.  Mereka tk beli apapun.  Umminya sahaja yang menghabiskan duit membeli barang dapur di situ.

Untuk mengelakkan jalan jem. kami pulang mengikut jalan Nilai/sepang.  Sejam jugalah dari Seremban.  Sangat letihnya badan.. berusaha untuk menghabiskan cuti ini.   Alhamdulillah..selamat sampai semula ke rumah manis rumah...  Home Sweet Home.



Gambar yang sempat diambil waktu sampai di Putrajaya.


4 comments:

Ms.Lilies said...

saya juga jakun tgk gambo tapak sulaiman tu....oooo itu kalernya ye

lupekanje said...

ada banyak jenis mimi...yg ni tak cantik kalernya..klu tgk kat google, ada mcm2 warna dan rupa....boleh goreng buat snack lagik...err...

Acik Erna said...

acik amboi acik..tapak sulaiman ko yang nak dibuek snek tu

lupekanje said...

err...iyer kak...tejumpa gamba snek tapak sulaiman kat google..hahah.

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-