Wednesday, March 10, 2010

CINTA YANG TERPILIH

Malam itu Warda tidur dengan dada lapang. Dia tidak mahu memikirkan hal yang selama ini membuatkan hatinya tidak tenteram, yang menjadikan langit dan buminya tidak tentu arah... yang membuatkan ingatannya selalu sahaja bercelaru. Ya ALLAH, limpahilah aku dengan kekuatanMu. Iringilah langkah kaki dan niat hatiku hanya ke arah kebaikanMu. Dunia ciptaanMu ini penuh dengan rahsia. Ia sarat dengan muslihat. Kadang-kadang semua itu kelihatan baik sahaja, padahal ada sengketa, ada musibah di akhirnya...! Ya ALLAH, dendam lelaki itu hanya mahukan diri aku. Ambillah aku jika betul aku hak dia. Tapi jika aku bukan hak dia, serahkan aku kepada lelaki yang lebih berhak memiliki aku. Lelaki itu adalah suamiku. Lelaki itu adalah Zahim! Ya ALLAH, aku tidak akan membenarkan nafasku, degup jantungku mengalirkan darah hasad dan dengki. Aku bukan bersikap lepas tangan jika memang benar aku dipihak yang betul. Jika sungguh abang Ashaari itu bagaikan putera sakti, aku mesti hapuskannya! Dia tidak boleh silap menggunakan kuasanya. Benar, ingatan ini jahat Jangan fikir ia akan berakhir Ini bukan angan-angan, bukan memori Masa lalu adalah api, membakar semua mimpi Kamu adalah sejahat insan Yang menolak aku ke gaung sengsara Kamu adalah sebaik insan Yang menarik aku kembali ke dalam diri Aku mahu buang semua ingatan terhadapmu Tiada dalam hati, tiada dalam naluri Engkau sepatutnya mati…! Kenangan kini sudah pergi Sudah tawar dan tidak ada rasa lagi Betul. Betul. Betul Engkau sepatutnya mati…!

Acik :
Menarikkan...sahdu sungguh novel keseploh yang dilahirkan oleh Sri Diah ini....
Siapakah Warda? Siapakah Zahim (suami dia la ekk..)..dan saper pulak Putera sakti bernama Ashaari tu...Kenapa Warda nk hapuskan dia klu dia salah guna kuasa... ?? Sejauh manakah kuatnya kejujuran Warda pada suaminya tu..? mmmm...mari kita lihat ketabahan wanita ini mengharungi ujian yg menduga ketabahan dan kesabaranya ini.
Kepada peminat-peminat novel, jangan lupa dapatkan novel ini di pasaran. err....belum ada di pasaran...bru kuar dari kilang. Mungkin akan di lancarkan pada Pameran Buku Antarabangsa KL (PBAKL) pada 19-28 Mac 2010 nanti.
Haaa..sesaper yang berpeluang ke sana nanti, jangan lupa bertemu dengan penulisnya, Sri Diah nih..... kim salam acik kat dia..hehe..
Kepada penggila novel tempatan, khas buat Eilawaniey di Cork Ireland, jgn lupa suh sesaper belikan untuk tambah koleksi novel...or..maybe the writer herself can post it to u... :)

Sekian. Nanti acik edit lagi entry ni klu rajin...ahaks... nk tnya Sri Diah lagik. Sinopsis selanjutnya.... sebelum membuat keputusan membeli dan membacanya... di sini.. Sri Diah notes

7 comments:

  1. Acik,
    Satu waktu dulu, akak rajin juga baca novel-novel antaranya karya Usman Awang, Ajijik, A Samad Said, Nora, Hamka, Achdiat, Kris Mas. Sekarang rasa malas pula.Selera dah berubah.

    ReplyDelete
  2. acik..amboi..advan la..belum dilancarkan acik dah tau jalan ceritanya...nak pegi la pesta buku nanti..nak cari novel..akak lom penah miss tau cik..tiap tahun pergi..macam2 buku bolih cari..bukan novel aje..

    ReplyDelete
  3. PROMOTER..tangkap syahdu dan sayuuu hi hi hi

    ReplyDelete
  4. wah... dah banyak novel ko baco dah cik. akak yang sebuah tu pun bolum habih lagi hikhik..

    ReplyDelete
  5. hehe..mekasih kak chah..igt kat sy..dah lama sgt dh tak bukak n update blog..very the busy skrg ni..bulan depan dh masuk final year..kejap je dh 2 tahun dh kat cni..em, leh ar kalo kakchah nak pos kan buku tu utk sy..skrg ni pon nak mintak adik tolong poskan buku PERGILAH AIR MATA..memang crushed giler ngn buku tu, baca kat blog HANI RAMSUL..kena kurangkan baca novel..bykkan baca journal yg ntah ape2..huhu

    ReplyDelete
  6. kenal benar dengan Sri Diah ni, jiran den dulu tu hehe

    ReplyDelete
  7. kak nora- selera da berubah ke blog ye kak....hehhe



    Erna - rajin akak ni gi Pesta buku. Bagus kak... nnt klu akak gi, kim salam kat Sri Diah yo..
    acik tk de saper nk bawak..nk gi sendiri...hmmm..KL ni mang acik fobia... skrg ni brani gi sampai Puduraya ja...


    ashley - ada gaya ekk jadi promoter..


    kakpah - mano ado kak....sejak tamat Salju Sakinah aritu....takdo la bukak2 bukak lain...tesadai yo sebuah buku kat dlm beg tu ha...hahah


    Eila - takkan la akak ni nk lupakan adik akak yg sorang kat sana nih....akak nih duk mikir, si Eilawaniey ni misti bz yg amat...sbb blogpun da lama tk update....msti tk ada masa nk baca novel pun...hehe


    zino - iye...zino gak cadangkan acik add dia kat Facebook dulu kan.. heheh..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-