Sunday, March 8, 2009

Kampungku Jauh di mato

Sabtu, acik balik kampung lagi. menunaikan tanggungjawab yang asik tertunggak je...
Memula acik kuarkan ni....
Pastu keluarkan pulak menate bawah ni...
Ha..tengokla semaknya kat umah mak acik ni...yang memaksa acik menyimbah peluh tanpa perlu pegi bejoging.. Hasilnya ................ni lah dia yg termampu dik tulang ompek korat acik ni ha... Pepetang sikit, acik mengoje kan ni plak... dah 2 minggu tk bebasuh. Hingga hasilnya dapek gini.... jadik la....sep gk sikit duit acik, blh simpan poie Mokah... aaminn.
Tampi, maso dlm pejalanan balik ke Ptrjya..... hari pun hujannnn.... maka keter tu balikla ke asal...!! Tapi idak le ralat macam hantar gi cuci kat kedai kan??? hahaha... Itulah...Tuhan balas sobab omak suh bemalam je kat kampung... tampi acik dogei yg amat....ondak gak balik.. sodih gak eh omak acik tuh.. Tak po lah omak ooii...bokal ayam goreng belado omak tu, sei makan seksikit sampai ompek ari ompek malam....bia lamo sikit tahan ehh.. (kan...jimat laie duit den..blh simpan gi Mokah ...) Sok sok...kalu rumput panjang laiee...omak sms lah yo... bodosup sei balik kampung. (sapo nak kursus mesin rumput dongan acik, copek mendaptar....satu eksesais yang sungguh efektif!!) Prinsip kojap...tapi korap tu... menyojukkan ati omak gakkan...kankan... dari tk balik langsung. Sekian adernyer.

Saturday, March 7, 2009

Khasiat Bunga Raya

Dikatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang sama seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia. Selain dari itu, masa kekecik dulu acik salu amek daun bunga raya ni, diramas2 lalu lendirnya acik sapukan ke kepala. Hasilnya...rambutku yang ayu....lebat, hitam dan sihat gitu... tapi tu duluuuu... sampai pernah acik blender bebanyak (botak pokok bunga raya emak aku kejekan..) pastu masukkan dalam botol, simpan kat dlm peti es... untuk digunakan kat kapla. hmm...hari ni balik kampung lagi.. selamat berhujung minggu pada semua. Berhati-hati di jalanraya. Lokasi gambar: Linggi Hati yang tidak tenteram ..moga Tuhan beri ketenangan jiwa padaku.

Thursday, March 5, 2009

Hasil dari kampung minggu ini

Hari sabtu lepas acik balik kampung. Jengok emak, dan hantar zirah duk dgn nenek dia. Bio dia habiskan blajar mandu..selagi tk habis, acik posan, jgn kau balik kat umah ni... !! Kejam bunyiknya kan. Kejam ngan anak sendiri tk per..

Pehtu, sambil nyolam, minum air... kombung gakla perut.. acik pergi membaiki bahagian-bahagian kereta yang perlu dibaiki kat worksyop Rantau. Suis power window yg dah rosak... mentol lampu reverse yang da tebakar, dan skrukan speaker kat pintu yg asik tebarai jer tuh...acik dikenakan RM25 sahaja untuk semua itu. (murah ke mahal??)

Kemudian acik pegi tukar bateri kereta kat woksyop satu lagi...tompek acik salu serbis keter...bateri 13 plet...dikenakan RM180...ok ke tu? acik bukan tau, kalau tokey tu klentong pun, acik hantam sajalah..janji bateri keter acik dah tuka. Seblum keter tu buat hal nanti...tpaksa pulak minta tlg orang lain nak tolak keter. Sejak jadik ibu tunggal ni, acik suka buat segala2nya sendiri..selagi boleh. Sebelum ni, keter tu dah mula susah nak start.

Tokey tu kata itu sebab bateri...formulanya...nak tau apa yang rosak...kalu pepagi susah nak start..pehtu sampai petang, dah tk ada masalah...maknernya...bateri la yang dah nak kondem. Ye lah...dah setahun setengah pulak bateri tu...dah la 9 plet...kata tokey tu lagi...kok dia tipu, kono tipu jua lah acik nih... think positive jer la... Sambil2 repair keter tu, Mak acik dgn si zirah pegi membeli belah...nak cari bebuah katanya. setelah selesai semuanya, acik antor diorg balik rumah kg...dan acik rehat seketika...lena tk hengat...sampai lepas asar baru tesadar.

Tu pun biler tipon bebunyik, panggilan dari Puan Lyn Nak ajak pi pasar Malam Bangi...tk de maknernya...sbb acik masih kt kampung...lenkali je lah. Tima kasih la sbb ingat kat acik .. Pehtu acik mengomeh2...nak balik Putrajaya dah...dah lewat petang gak...alasan tk nak tdo kat kampung, sbb sok ada kelas kat masjid...(tpi tk pi pun... sbb tiba2 ilang mood... keji kan...sindri rogi la...) Macam biasa, mak acik bekalkan bekal apa yang ada....seperti kat bawah ni..






Mangga dan epal beli kat Rantau buah kundang, beli kat .. apa tah nama tempat tu..Air Kuning kot.





















Tebu telor amek kat belakang rumah









Sayur bayam Cameroon yang mak acik tanam sendiri.
 













Cili api power, baka yang teramat podeh. Mak acik tanam okeh. Acik terai semalam..makan dengan tempoyak colek... Fuhhhhh...berasap gigi acik. Komfem ! mang podeh. Hujung cili tu je acik tenyehkan ngan sesudu tempoyak...dah cam tebakar lidah acik..
















Ni penambat selero acik kalu duk sensorang nih.. Tempoyak, Joruk potai koler Pilah, Ikan Pekasam Koler Perlih yg Mas bagi....uwaaaahh....mabeles!!! Kalu tijah ngan piah lalu bawak puding karamel ungkunor pun acik tk pasan punyo.















Ado laei yg mak acik bokal kan... Pisang Awak... goreng pun sodap! Sarapan pagi tadi...sensorang duk perabih sepiring pisang yang telah digoreng... sepiring besar tau..!! Sekian. Cerita hari akhir dari kumpulan schedule acik. Ari jemahat acik kembali bersiaran Langsung dari pentas sandiwara...

Wednesday, March 4, 2009

Lihatlah sekelilingmu

Kita pernah dengar tentang seni mempertahankan diri, Ninja, yang berasal dari Jepun itu, adalah berasaskan alam sekeliling. Tapi kita pernah tak sedar bahawa untuk melayari penghidupan ini, kita juga perlu perhatikan alam sekeliling kita juga. (Lokasi photo: taman bungo omak acik.) Mari kita lihat pucuk tumbuhan ini. (acik tak tau nama pokok ni...tk kira la..janji pucuk) Warnanya tak sama seperti dedaun yang lain. Fizikalnya tampak lembut dan mudah patah. Dalam sedikit masa lagi, ianya akan bertukar rupa menjadi seperti adik beradik daun yang lain. Dan perlu juga kita sedar, bahawa ia akan keterbelakang....memberi laluan kepada daun lain yang baru untuk mengambil alih tempatnya. Kalu boleh dimakan, biasanya pucuk inilah yang akan diambil memandangkan ianya lembut. Orang tak ambil daun atau batang yang dah tua yang payah untuk dikunyah. Pucuk atau daun yang muda sentiasa menjadi pilihan. Namun daun yang tua, terus menjalankan tugas melalui proses fotosintesis demi untuk menghasilkan Oksijen yang digunakan bersama oleh semua makhluk bernyawa, hendak atau tk hendak...itu memang tugas daun-daun itu. Mereka tiada pilihan. Banyak ujian yang terpaksa mereka lalui sepanjang masa menjadi elemen yang bergelar daun. Mereka terpaksa berlumba untuk mendapatkan cahaya matahari. Mereka terpaksa bertahan apabila angin kuat meniup. Mana-mana yang dah tua atau berpenyakit, akan gugur walau hanya dengan tiupan sepoi-sepoi bahasa angin. Ada yang nampak gagah, perkasa dan muda...juga gugur apabila datang si Bangla, petugas taman bunga, memotong dan mentrim dedaun pokok itu agar taman kelihatan cantik. Kekadang kekanak nakal dengan kejamnya memetik daun-daun itu, kerana hendak dibuat main pondok-pondok...lalu pendeklah hayat daun tersebut. Dan, ada wanita-wanita yang tidak puas berusaha untuk mencantikkan bahagian2 di badan mereka, samada rambut atau kulit ...memetik dedaun yang didapati berkhasiat untuk membantu mencantikkan mereka...lalu dedaun itu ditumbuk lumat..hancur...sehingga menjadi tekstur yang digunakan untuk disapukan di bahagian yang mereka kehendaki...tamatla riwayat bepuluh2 helai daun itu...dan hanya tinggal ranting yang menunggu kekalu Tuhan takdirkan tumbuh dedaun yang baru. Lebih malang lagi biler ada manusia yang tidak berhati dan berperut, menyembur racun, lalu terkulailah ia mati ibarat mangsa2 bom di Gaza. Kalau dibicarakan dalam sudut Ilmu Tauhid.... sesuatu yang baharu akan menjadi lama. Semua makhluk bersifat baharu...sifat mustahil bagi Allah adalah sifat baharu....sifat baharu itu adalah untuk manusia seperti kita...untuk haiwan-haiwan, untuk semua ciptaan Ilahi...semuanya bersifat baharu...termasuklah daun ini. Usia kita...tidak sentiasa muda Ruper paras kita, tidak sentiasa cantik Duit kita...tidak sentiasa banyak anak2 kita...tidak selamanya berusia 7 tahun. Kita tidak akan sentiasa berjalan tegak.. kulit kita tidak sentiasa tegang...kerana sampai masanya akan kendur jua. Kita perlu terima hakikat itu. hakikat kejadian makhluk dan alam adalah dari Allah. Hakikat kita bersifat baharu. Semua makhluk akan mengalami putaran hidup atas dan bawah..kejap kita gembira, kejap kita menderita. Kalau ada manusia yang tidak berputar nasib kehidupannya, dia bukan manusia. Sudah tentu dia adalah robot yang tidak pernah mati baterinya. Robot yang tidak ada perasaan. Kesimpulannya, bersyukurlah, kerana kita masih dapat melihat daun itu bertukar ganti...dan daun itu dapat terus berkhidmat kepada kita dan makhluk semesta alam dengan menghasilkan oksijen hingga kita dapat bernafas dan hidup seperti manusia. Tanpa daun itu, siapa lah kita. Tanpa kita, siapalah pula daun itu. Mungkin tanpa kawalan kita...daun2 yang lembut dan muda itu akan menjadi mangsa anak2 kita, mangsa lembu, kambing dan yang sewaktu dengannya. Tapi tanpa daun itu juga....lembu, kambin dan spesis haiwan lain, tk dapat juga makan makanan asas mereka.. lalu tidak akan dapatlah kita buat korban setiap tahun....apa??? lembu kambing dah makan dedak??? ...alahhhh...tk kisah la.. acik dah ponin.

Tuesday, March 3, 2009

Final story -Perlis5

Busan kan..asik citer Perlis jer...camla nak promot Perlis sangat.. ehh..mesti la promot..nanti saper nak gi jengok Masnurin dgn Kuina kat sana..heheh... Tu sib baek acik tkbuat 44 ms ..lagi la busan.















Gambar2 ini menceritakan kesibukan kami melayan pengunjung2 di booth BT. Ni masa MB Perlis datang.
 
























 Lepas perut kenyang, balik dari makan2 di Koler Perlis maupun di Kangaq, kami menyinggah kat Lounge Hotel yang terletak di laluan kami nak ke lif hotel.. rehat2 sat...dengar nyanyian minah ni. sambey acik duk tk putus asa mencuba nk guna kemudahan wifi utk menembusi akses internet. (mlm akhir baru berjaya pecahkan kod password administrator laptop tuh...cehh..tu pun nk block kan..) Acik bukan aper...klu dpt betenet tu, ilang sikit rasa letih... mengantuk tetap mengantuk..
















 Gambar sepanjang jalan Ke Padang Besar Bukit bukau yang cam dah dikikis dan di cabul kehormatannya... Bukit tu mesti ada namanya kan.. Hamparan ladang/bendang yang menghiasi perjalanan ini.  


























Sesaper yg pegi Padang Besar, mesti carik ni dulu...(kok ada la isinya..) kalau tk..tk ada ertinya ke Padang Besar... melainkan memang dah bawak sekepuk duit untuk dilaburkan ke sana.













Acik tingin beli topeng ni senornya....hehe.. best klu dpt nyakat orang. Teringat masa sekolah menengah dulu, ikut rombongan sekolah ke PPinang. Masa tu lom ada jamaktan PP tu lagi. Malam tu kami numpang tido kat sekolah aper tah..bebudak kan..mana nak duk kat hotel...duk kat bilik darjah sekolah je la.. Bila memalam, acik ngan bberapa geng lain pakat pakai telekung takutkan kenkawan ..hehhe.. best masa tuh.. uiihh.. sorga... tapi, bak kata kak nora, shopping touch n go...

Monday, March 2, 2009

Makan-makan di Perlis

Apa yang istimewa di Perlis? Makanan Laut yang fresh dan mudah diperolehi. Malam pertama kami di Perlis, kami makan di Kuala Perlis. Sebabnya, kami lapar ..sepatutnya kami kenyang, sebab menghadiri majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan pada malam itu. tapi oleh kerana kami lambat masuk dewan..ehh...bukan dewan. keliling siming pul..
maka tampak tiada lagi kekosongan tempat duduk.

Takkan kami nk duk juntai kaki kat tepi kolam tu kan.. majuk la ni... (JPN Perlis patut tau jumlah kehadiran malam itu...tk patut ada tetamu yang berdiri macam kami...ye ler..kami lambat pun sebab baru balik dari site tempat HBP tu diadakan, mengemas dan menghias booth kami...dah mereka lambat siapkan canopy tuh... (alasan...) tak pe..kami redha..ada hikmahnya..makanan yg disediakan biasa2 ajer..so kami tk rasa rugi sangat.. (pujuk ati..)

Sebab En. CC kami belanja makanan yang lebih spesel...ni baru trademark Perlis..!! Kelasss gitu. Ikan siakap bakar, Tomyam, sayur Kailan + sotong.. dannn POTAI BAKAR....!!! ha ngko...makan cam ong kebuloq..kosnyer tk baper mahal...kami berenam dalam seratus je.. (tu sekor ikan bakar yang di potong 2...) (gambar adalah hidangan malam ke3 kami)

Malam kedua, ...malam jer kan.. sebab kami di site dari 9 hingga 9.30 mlm...camner nak merayau siang... sambung..malam kedua.. kami makan char kue Tiaw spesel Tok Wi...kat Batu Dua.. Bukan kat kubur tau.. (Sg Dua ke..batu dua ye Mas..sila betulkan..)

Maaflah..kualiti gambar tk baper ok..ni pun stelah di edit..kasik terang..sbb acik guna Vidcam..tarak flash punya.. Tengok char kuey tiaw dia.. telur yang seakan 3 suku masak.. campur udang bebesau... 4-5 ekor..uwaaaahhh!!! jenuh acik kener jogging seploh round nak kasik clear kolestrol nih.

Makan tetap makan. Tu pun sedekahkan sesikit kat ahli lain.. En. CC jadik mangsa, sbb dia suka udang... Ha..tgk tu...dia sungguh2 makan... penuh pinggan dia dengan udang yang org sedekah..hehe..

Hari akhir, dalam perjalanan balik, kami konar gi Padang Besar.. mentara tunggu kedai di buka tu, kami jumpa ni kat warung dedekat tuh.. Pulut Udang, Pulut Kaya, Pulut..apa tah satu lagi.. Tapi acik tk makan.. diet ok..

Sebelum balik, kami singgah pula di rumah Natrah, yang mang kampung dia kat situ.. Emak dia duk jamu kami laksa Perlis.... fuuuuuhhh...acik makan tk hengat... Sib la ada pokcik ...ayah si Natrah tu..klu tk, mang tk malu punya mintak tambah lagi... (acik mang pmalu dan segan silu orangnya...) sooodapp laksa dia... tak sama dengan laksa kat Alamanda tuh...sebab ikannya fresh...memang sedap... balik rumah masih tebayang2... Sekian.

Sunday, March 1, 2009

Taman Rekreasi Tasik Melati, Perlis

Acik akan berkursus 4 hari selepas ni...jadi...dalam kesibukan ini, acik mcm biasa akan menschedule kan n3 kat sini, untuk mengelakkan kecendawanan blog. Ni hari acik jamu mata dengan gambar2 je...esok lusapun gambar...heheh..malas betulkan.. Pemandangan di Taman Rekreasi Tasik Melati, Perlis. Acik mang tk tahan tgk gambar camni...rasa taim tu gak nak mancing...tk pun nak lebur2 bernang...best nyer... Kalau ada sesaper yg ada rumah pondok kat tepi tasik camni...wakfkan la kat acik..blh acik duduk masa dah pencen sok-sok... acik suker.... acik boleh bayangkan, acik berzikir pepagi..pepetang dan memalam menyaksikan keindahan alam tu...pehtu sambil2 tu acik taruh umpan di joran, memancing ikan tenggiri...errr.. kat tasik ada ikan tenggiri ka... ataupun sambil berzikir, sambil acik melakarkan di kanvas yang suci murni...gambar permandangan indah ini.... (acik akan cuba lukis gambar tasik sampai jadik...sbb acik tk geti2 lagi lukis gambar air....huhu)..... ataupun...sambil acik berenang renang ke tepian dgn ikan2 yg ada dalam tasik ni...(anggap je lah acik ni ikan dugong besama ikan2 duyung yg lain...)...sonotnya...

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...