Wednesday, October 4, 2023

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. 

Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh mencari perkara yang benar mahupun yang tidak benar.

Dalam dunia serba serbi mudah ini, iman kena kuat.  Pengamalan Islam kena syumul.  Baharulah kita tidak akan terjerumus dalam perkara yang tidak baik.  



Dalam keadaan sekarang ini, kawan sangat mudah dicari,  musuh juga mudah ditemui. Kita tidak akan sedar, apa yang kita lakukan, apa yang kita katakan, hatta apa yang kita fikirkan itu adalah perkara yang salah.  Yang boleh mendatangkan dosa, menimbulkan fitnah, memberikan hasil yang tidak kita ingini.

Kita tidak akan menyangka bahawa perkataan dan perbuatan kita, akan memecah belahkan ukhuwah sesama kita. Dunia sekarang sangat terdedah kepada fitnah.  Salah penyampaian, silap pemahaman, buruk padahnya.  Apalagi jika orang sekeliling kita mencari kesempurnaan.  Menilai dari satu keburukan, untuk menghukum kesilapan, kelemahan atau apabila ada tersalah faham dan tersilap penyampaian.

Oleh kerana itulah kita kena selalu bersangka baik dan menjaga hati dan lidah kita. Untuk menegur kesilapan, jika tidak betul cara, alamat akan mendatangkan permusuhan.  Terlajak kata, buruk padahnya. Saling menyampai yang baik itu dituntut.  Menyampaikan perkara yang boleh menimbulkan permusuhan itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya.  Beringat selalu.

Pihak yang menyampaikan dan yang menerima sebaran berita pun kena bijak.  Sentiasa memikirkan sudut positif.  Bukan mengutuk atau menambah panjangkan cerita.  Apalagi jika perkara yang mereka bincangkan itu berkaitan dengan orang yang mereka kenali.  Bersangka baik dan mengambil iktibar itu sifat terpuji.  

Kena ingat bahawa setiap kita tidak sempurna.  Kita buat salah, orang lain pun buat salah.  Yang perlu, saling ingat-mengingati sesama kita.  Terimalah teguran walaupun pahit.  Yang menegurpun, tegurlah penuh hikmah, dengan perkataan yang baik sehabis baik. 

Jika tak boleh, diam dan doakan sahaja. Kemudian, jangan campuri perkara yang boleh menimbulkan fitnah.  Duduk sorang2, jalan sorang2, dan cari kawan yang betul-betul menerima ketidaksempurnaan kita.

PERINGATAN UNTUK DIRI YANG SELALU BUAT SALAH

Friday, June 3, 2022

PENTINGNYA BERFIKIR SEBELUM BERKATA²

Kerapkan...dalam sehari kita bercakap tanpa berfikir.
Jagalah perkataan yg kluar dari mulut kita kerana kita tak tahu kesannya pada orang yang mendengar.
Jangan sewenang²nya menggunakan lidah untuk berkata sesuka hati tanpa berfikir terlebih dahulu.
Lidah mmg milik kita. Suka hati kita nak kata apa. Kadang² lidah digunakan tanpa ditemani hati dan akal fikiran.
Namun, telinga orang lain yang mendengar, ada hati dan perasaan. Jika hati dan perasaan mereka terluka, terfikir tak apa yg akan berlaku? Antaranya:
Pecah ukhuwah
Kemurungan
Rasa tidak dihormati
Sangka buruk
Berhenti kerja
Putus asa

Dan lain² yg di luar kotak pemikiran kita.
Yg paling teruk, memilih jalan tamatkn kehidupan. Ye..itu dh banyak berlaku. Jgn ketawa dgn kenyataan ini. Ini kebenaran. Belum lagi usik tentang dosa dan pahala. Syurga dan neraka.
Sebab itu pepatah melayu mengatakan kerana mulut badan binasa.
Hello kawan, cukup²lah menyakiti hati org lain. Jgn sampai org yang sakit hati tu mengadu pada Allah...kerana lidahmu yg lembut itu telah menyakiti hatinya. Apalagilah doa di hari yg mulia ini...sayyidul ayyam...makbul.
Andai tak boleh kawal mulut dri berkata yg mnyakitkn..diam sahaja lah. Andai tak boleh diam, didiklah hti ingat azab neraka. Begitu juga andainya otakmu tk boleh mngajar lidah berkata yg baik² sahaja, berhentilah menjadi manusia. Mengapa Allah ciptakan kau menjadi manusia..kan lebih baik kau menjadi haiwan  ..... haiwan pun kalau hari² dilatih akan mngikut kata.
Sekian...tazkirah jumaat utk ingatan kita bersama.

Friday, December 4, 2020

Sama-sama kita tempah syurga


 Sangat sedih bila kekadang kita terlupa untuk mentaati perintah Allah dan melakukan laranganNya.  Kutujukan pada diriku juga.  

Aku dah banyak kali hilang kawan kerana menegur mereka.  Mungkin caraku tidak berhikmah.  Maafkan aku kawan. Padaku, aku menggunakan lidah ku untuk menegur, jangan nanti aku disoal di akhirat kerana tidak saling mngingat. 

Aku memang silap apabila melarikan diri dari kawan-kawan kerana takut nanti aku menegur lagi dengan cara tidak berhikmah. Lantas, retak persahabatan, lalu aku hilang lagi seorang demi seorang.  

Jadi, langkahku meninggalkan kawan-kawan setelah puas mengumpulkan mereka, pada aku, hanya untuk menjaga persahabatan kami. Takut nanti aku melukakan hati mereka lagi, kerana mereka semua tidak mengenali aku. Dan aku sering terlepas cara menegur yang tidak betul. Maafkan sekali lagi.  

Sekarang, aku hanya mendoakan dari kejauhan.  Moga kita semua dalam petunjuk Allah sentiasa, moga kita didorong untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.  Moga kita menjadi hambaNya yang mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.  Moga Allah bagi kekuatan pada kita semua.  terutama aku, yang sebenarnya sangat belum sempurna Islam ku. Tapi ingin iman menjadi milikku, takwa pakaianku. Doakan aku juga wahai sahabat. Tegur aku jika tampak aku terleka.

Umur kita semakin dekat dengan penghujungnya, yang boleh ditamatkan bila-bila sahaja, mungkin sesaat lagi, mungkin seminit, mungkin sejam. mungkin sehari lagi.mungkin esok, mungkin lusa... mungkin tahun hadapan, manakah bekalan kita untuk perjalanan akhirat yang tersangat jauh dan kekal abadi.

Yang kita harapkan, kesudahan yang baik. penghujung di kala kita dalam mentaati Nya. Membuat kebaikan. Bukan ketika atau sedang berbuat mungkar. 

Thursday, November 26, 2020

Peringatan untuk Artis dan semua Muslim


 Untuk dikongsikan bersama.  Bukan hanya untuk artis, tetapi untuk kita semua. Muslimin muslimat khususnya. Bagaimana kita hendak menyampaikan keindahan Islam itu dalam masyarakat kita, jika kita sendiri tidak memahami ISlam sepenuhnya.  Tuntutlah ilmu untuk mencari kefahaman dan untuk mengingatkan kita.  Amal dari Ilmu. Tanpa Ilmu, amalan tersimpang.  Amalan tanpa ilmu mengundang kesesatan dan boleh menerjunkan kita ke neraka.  Ilmu tanpa amalan juga lebih menerjunkan kita ke neraka jahannam.  Nauzubillahi min zalik. Belajar dan beramal lah.

Wednesday, March 4, 2020

Apa nak jadi lah negara ni..


Saya bukan pengkritik politik. Hanya rakyat marhaen.
Apa pun kemelut yang sedang melanda negara ini, mari sama-sama kita doakan
Moga negara ini akan aman damai, terus bersatu padu, maju rakyat, maju ekonomi.

Tidak mendapat pemimpin yang bermain politik kotor, yang makan rasuah, salahguna kuasa dan
mementingkan diri sendiri. Apa lagi ciri-ciri pemimpin yang tidak patut ada.....moga tiada pada pemimpin-pemimpin kita sekarang dan akan datang.

Apa yang negara ini perlukan, pemimpin yang bertakwa, bijak dalam memajukan negara dan menyatupadukan rakyat di samping menjaga keharmonian, berintegriti, menambah hasil dalam dan luar negara, dan yang paling penting, mengutamakan agama Islam dalam hal kepimpinan dan pentadbiran negara. Jadikan apa yang Rasulullah dan para sahabat lakukan sebagai panduan dalam mempimpin. Lihatlah bagaimana empayar Islam dibangunkan ketika itu.  Runtuhnya sesuatu kerajaan itu apabila telah ujud rasa tamak dan haloba dengan dunia dan kuasa. Itu yang nyata, yang berlaku di mana-mana kerajaan kecil atau besar.
Kepimpinan melalui tauladan. Pimpinlah negara ini dengan berpandukan Al Quran dan sunnah.

Apapun, ingat sentiasa,   Kita mentadbir, Allah mentakdir.

Semoga Allah kembalikan kemakmuran dan kesejahteraan negara ini, dan menyatupadukan para pemimpin yang akan mentadbir negara tercinta kita ini.

Pemimpin bersatu, negara maju.

Wednesday, January 8, 2020

Bacalah Al-Quran

TERNYATA MEMBACA AL-QUR'AN SELEPAS MAGHRIB & SUBUH DAPAT MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK SAMPAI 80%, TOLONG SHARE YA SAHABAT

*AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS*

*Berkata Abdul Malik bin Umair:*
 
*"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua*[ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

*"Manusia yang Paling Jernih Akalnya* adalah para pembaca Al-Quran".

*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca *Al-Quran*,  maka Allah akan menjadikan *Ingatannya Segar* meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

*Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*

"Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

*Berkata Ibnu Solah :*
 
"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca *Al-Quran*,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

*Berkata Abu Zanad :*

"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca *Al-Quran".*

*Berkata sebagian ahli tafsir :*

"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya". 

Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.

*JADIKAN ALQURAN TEMAN DI DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHIRAT*
Copy n paste

Monday, October 28, 2019

Jika hendak menunaikan umrah

Copy paste untuk peringatan sendiri. Kredit utk yg menulis. Mga mngalir pahala kepada penulis asal dan penyebar ilmu sepanjang ada yg mbca dan mngamalkn info ini.:
Ini perkara-perkara asas yang perlu korang ambik tahu sebelum berangkat mengerjakan umrah :

1. Banyakkan solat sunat semasa di Malaysia lagi, solat dhuha, solat tahajud, solat taubat, solat hajat bagi memudahkan perjalanan kita mengerjakan umrah. Rugi sangat kalau dah berada di tanah haram tapi liat nak solat sunat, pahala banyak ye.
2. Belajarlah solat jenazah, sebab di masjidilharam dan Masjid Nabawi, selepas solat fardhu akan ada solat jenazah. Banyak ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan lagi-lagi korang berada di masjid paling berkat. Ini pengalaman sendiri, pernah satu ketika solat jenazah di Masjid Nabawi, takbir kedua ada Jemaah yang rukuk. Tak susah pun untuk solat jenazah sebenarnya, yang penting kena rajin belajar.
3. Selalunya solat subuh pd pagi jumaat di masjidil haram dan masjid Nabawi, Imam akan membaca surah Sejadah pada rakaat pertama. Kalau pun korang tak hafal keseluruhan surah sejadah, at least korang tahu ayat pertama surah tu, then korang boleh alert bila Imam takbir untuk sujud sejadah. Seringkali pemerhatian aku, jemaah akan rukuk ketika Imam sujud sejadah.  Hafal juga bacaan ketika sujud sejadah.
4. Satu jam sebelum solat Subuh akan berkemundang azan untuk mengejutkan korang dari lena tidur dan bergegas ke Masjid.
5. Iqamat di antara 10-20 minit selepas azan solat Fardhu. Korang masih ada masa nak memecut ke masjid kalau hotel korang dekat dengan masjid. Siaran ulangan, 1000 ganda pahala solat dalam masjid Nabawi, 100,000 ganda pahala solat di Masjidilharam.
6. Korang kena maklum, di Madinah adalah tempat untuk membeli belah kurma dan coklat. Tak perlu tunggu ziarah ke pasar kurma, beli saja di kedai kurma di sekitar masjid Nabawi. Harganya kadang-kadang jauh lebih murah dari ladang kurma. Kalau nak beli di gerai tepi jalan di Masjid Quba atau Masjid di Uhud, sila periksa kualiti kurma, sebab korang nak bawa balik jauh, pastikan kurmanya segar. Kadang2 ada yang segar bugar, kadang ada yg kecut berut.
7. Abaya dan jubah lelaki, belilah di Madinah, lebih murah. Sekiranya mutawwif ada menyinggah di Jeddah, boleh beli juga di Jeddah. Ada abaya yang mahal, biasanya standing dengan kualitinya contoh abaya Dubai dan lain2.
8. Air zam-zam,  dispenser air di pintu masuk masjidilharam  Mekah adalah air zam-zam. Tetapi dispenser air di luar masjid Madinah, dibawah payung besar itu bukan air zam-zam. Kadang-kadang aku tengok ramai Jemaah berangkut air dari dispenser ‘Air Minuman’ di luar masjid Nabawi. 
9. Ketika di masjid Nabawi , carilah peluang untuk mencari ilmu atau mempelajari kebaikan. Ada satu hadis menceritakan kedudukan orang yg mempelajari ilmu atau mengajarkan ilmu di masjid Nabawi adalah seperti berjuang di jalan Allah SWT.
10. Di Madinah, cari juga jalan untuk ke Masjid Quba dan bersolat sunat 2 rakaat disana, pahalanya seperti mengerjakan umrah. Hadis ni ada dipapar  dipintu masjid Quba.
11. Kalau rasa nak bersedekah duit riyal (SR), silakan tetapi ada kemungkinan korang akan di kerumuni oleh mereka-mereka yg memerlukan. Untuk alternative, bersedekah makanan kepada mereka yang memerlukan hanya bagi duit kat kedai, kedai akan uruskan pemberian makanan tersebut. Kalau korang nak bg sendiri pun boleh, ramai sgt org yang beratur nak tunggu makan sedekah terutama kat Mekah. Pek makanan nya bermula SR2, SR3, SR5, SR10. 
12. Umrah bulan November hingga Mac boleh consider musim sejuk, sediakan kelengkapan yang sewajarnya. Bawa juga ubatan2 asas untuk demam , selsema, batuk, kulit kering untuk persediaan. Bawa lebih pun bagus boleh share dgn Jemaah-jemaah lain.
13. Pakej umrah murah yang berharga sekitar RM5000, kena redha la kalau hotel jauh dari Masjid. Pakej umrah lebih kurang RM6000 dah memadai untuk korang rasa selesa, tak jauh dan takdelah dekat dgn masjid. Pakej umrah bawah RM4000, hati-hati boleh jadi. SCAM

Friday, July 5, 2019

Mampukah Kita

Ada kategori orang yang tidak mampu, tapi buat-buat mampu hingga sanggup berhutang sana sini. Sudah tentulah hidup sentiasa mengeluh, merungut dan takut kerana banyak hutang, rasa tidak punya apa.
Ada kategori orang yang mampu, lalu segalanya ada dan diadakan, semua tempat peranginan dijelajahi, segala jenis hidangan dapat dibeli dan dirasai. Harta mereka tidak luak-luak.Tapi hidup tidak tenang, rumahtangga tidak bahagia. Serasa ada kekosongan dalam diri.
Ada kategori yang tidak mampu, berbelanja ala kadar mengikut keperluan, dan mensyukuri nikmat Allah. Hidup mereka bahagia dan tenang walaupun tidak semewah mereka yang mampu itu. Mereka punya lebih masa untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Ada kategori yang mampu tpi sentiasa beringat dalam berbelanja. berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah padanya. Ahli keluarga tidak dimandikan dengan kemewahan yang melimpah ruah. Sebaliknya dididik agar sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan menggunakan harta ke arah kebaikan. Mereka diajar untuk sedar bahawa harta itu hanya wasilah/alat untuk menyelamatkan mereka di akherat kelak.

Mga kita adalah hamba Allah di kategori 3 atau 4 itu. Wallahualam. Terima kasih.


Nota :
Catatan komen sendiri   sini

Indahnya katamu sahabat

Kataku, kalau kita ketemu, aku mahu memelukmu erat.  
Katamu pula, kau akan memelukku dan tidak akan melepaskannya.

Kataku, kaulah sahabatku yang terbaik.  
Katamu, kita akan menjadi sahabat sepanjang hayat kita,
di dunia dan di akherat,
dan moga Allah satukan di Syurga.
Usahalah, untuk ke syurga Allah, mungkin dengan persahabatan kerana Allah kita ini,
akan menemukan kita di sana.

Kataku, aku bukan seperti yang kau kenal dulu, 
aku kembali mengumpul mazmumah,
meringankan mahmudah.
Katamu, akan ku pimpin dikau wahai sahabatku
Menampal kebocoran mahmudah,
menceduk keluar mazmumah yang melimpah

Kataku, aku tidak sebaikmu
dan tidak layak mendekatimu pun
kerana dosaku..
Katamu, Allah itu maha mengampuni
Tadahkankan tanganmu, pohon keampunan
Taubat dan kembali membina keimanan dan ketakwaan
Bersama kita mencari keredhaan Allah

Berkati ya Allah, persahabatan kami ini.
Kita bertemu kerana Allah, kita berpisah jua kerana Allah.

Accik Cen
2 Jun 2012

Transfer dari FB Accikcen

TERLUPAKAH

Aku masih di sini...
menanti hari yg semakin mendekati..
tpi kekadang aku tk ambil peduli..
terus berpoya2 di sana sini..
menyangkakan usia ku masih muda lagi
sihat segala segi, lupa diri
lupa iktibar yg dilihat sendiri
lupa menyiapkan bekal untuk ke sana nanti.
lupa memohon ampun untuk dosa yg telah digelumangi..
lupa bersedia untuk mati ..


 Accik Cen
Ramadhan yg semakin meninggalkan kami.....
26 Ramadhan 1433

Transfer dari FB ku

Jus Asli 1001 penyakit

Cara bancuh (Transfer dari FB accik cen)
ACCIK CEN·MONDAY, DECEMBER 12, 2016
Resipi Ubat Sakit Jantung & Mengatasi Masalah Cholestrol.
Kalau anda dinasihatkan untuk buat Bypass Treatment atau Angiography kerana masalah injap jantung tersumbat......SABAR DULU....NANTI DULU.....Haaaa cuba makan penawar ini dulu. InsyaAllah, anda tak perlukan treatment tersebut.
Resipi untuk ubat penyakit jantung ini saya dapat dari Seorang Ustaz, rakan Darulsyifa' dalam pertengahan bulan Mei lalu. Ianya berpunca dari seorang Ulamak yg tinggal di London bernama Mohammed Kantharvi. Beliau pergi ke Pakistan untuk hadir dalam satu Conference dan mengalami sakit dada. Doktor mengesahkan 3 saluran injab tersumbat dan perlu dilakukan segera. Beliau dirujuk kepada Cardiologi Hospital di Lahore dan menunggu appoinment utk pembedahan. Dalam pada itu seorang Ulamak Di Pakistan, Moulana Bashir Usmani telah membuat satu ramuan ubat dan memberi Mohammed makan. Sehari sebelum pembedahan dilakukan, pemeriksaan Angiography mendapati TIADA saluran injab yg tersumbat dan Mohammed Kantharvi disahkan sihat.
Melihat kepada ramuan bahan yang dinyatakan ......saya rasa ada kebenaran cerita ini. Jadi saya pun cuba membuatnya sendiri dan makan dulu sendiri bersama isteri selama hampir 2 minggu. Kesannya amat memberansangkan. Selera makan bertambah...Peluh mencurah2 walaupun melakukan kerja yang ringan. Tenaga bertambah.....Badan terasa ringan dan pegerakkan menjadi cergas. Untuk makluman, saya pernah buat full medical checkup pada tahun 2009 sebelum bersara. Pada masa itu reading Cholestrol saya agak tinggi iaitu 6.3. Lain2nya semua OK & Normal. InsyaAllah, sebelum puasa nie saya akan lakukan satu lagi Full Medical Check Up. Saya akan update kan resultnya nanti.
Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-
1. Satu cawan Jus lemon
2. Satu cawan Jus Halia
3. Satu cawan Jus Bawang Putih
4. Satu cawan Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli.
(Bawang Putih dan Halia ditoskan atau direndamkan sekejap dalam air panas. Kemudian, ambil bawang putih atau halia yg ada sedikit air yang lekat padanya mesin menggunakan blender pembuat Jus iaitu yang air jusnya sahaja yg keluar dan hampas telah ditapis.
Anggaran dalam 2 kg bawang putih untuk mendapatkan satu cawan air jusnya. Bagitu juga dengan halia. Maksudnya disini, hanya pati jus yang diperlukan. Jangan dicampur air dalam blender.)
Cara Membuatnya
Campurkan bahan 1 hingga 4 diatas dan masukkan dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana selama lebih kurang 20 minit. Kacau sentiasa untuk mengelakkan dari berkerak. Setelah masak alihkan kedalam bekas dan biarkan ianya sejuk dalam 30 minit. Kemudian campurkan 3 cawan madu asli.....dan boleh diminum.
Sukatan Minumannya
Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari....itupun sudah cukup kuat. Rasanya masam manis.
Supliment Tambahan
Saya membaca beberapa Doa Rukyah pada ramuan bahan sebelum diproses. Rukyah yang dibaca adalah :-
1. Surah Al Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Solawat Syifa
4. Solawat Tafjiriyah
5. Ayat Pemecah Surah Al Anbiyaa ayat 30
6. Ayat Pemecah Surah Al Hasyr ayat 21 - 24
7. Ayat Pemecah Surah Al Mukminuun ayat 115 - 118
Kesemua ayat2 diatas ada saya lampirkan di Halaman "Pengubatan Islam Assyifa'

Ihsan dari Blog/Wordpress siapa tah..lupa...semoga Allah berikan rahmatnya pada yang kongsi ni.

Friday, May 31, 2019

Apabila Kita Diuji

Kadang-kadang apabila kita ditimpa maslahat, kita rasa tersiksa sangat.  Lalu kita kata terlalu berat tanggungan kita. Terlalu menderita hidup kita. Hingga ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Tuhan kerana mentakdirkan derita itu buat kita.
Kita bandingkn hidup kita dengan mereka yang tampak gembira dan bahagia. Kita rasa hidup kitalah sahaja yang malang.

Jangan begitu. Banyakkan membawang...eh..maksud saya mengetahui kisah penghidupan orang lain yang Allah timpakan ujian.

Ada yang berkata, dengan ambil tahu kisah kesusahan orang lain akan dapat meringankan penderitaan kita.

Jangan pula apabila kita dengar kisah orang yang ditimpa bala..kita kutuk pula dia. Kita tokok tambah cerita. Kita padankan muka dia.
Sebaliknya hendaklah kita doakan mereka yang baik-baik. Kita bersimpati. Kita bersyukur dan ambil iktibar apa yang patut untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita.

Kita bandingkan dengan ujian yang kita hadapi dan lalui. Tarik nafas..dan lepas. Alhamdulillah, ujian kita telah berjaya kita harungi. Sedar tak sedar, ianya dah berlalu. Tandanya memang Allah uji hambaNya kerana kita mampu menghadapinya.
Banyakkan membaca sirah-sirah para rasul dan nabi Allah. Juga kisah para sahabat nabi yang terlalu berat ujian yang mereka hadapi. Dalam Al Quran..dalam banyak buku-buku sejarah yang dijual dipustaka-pustaka. Hayati kisah mereka. Nescaya bergenang air mata kita membacanya. Betapa hebatnya ujian yang Allah timpakan kepada kekasih-kekasihNya.
Ketahui lah bahawa Allah menguji kita kerana Allah sayang kita. Bukan mahu menyusahkan kita. Sentiasa basahi lidah kita dengan ucapan 'Alhamdulillah' kerana ujian itu adalah salah satu nikmat Allah juga.
Seperti yang saksikan apabila hujan turun..selepasnya ada pelangi yang Allah hadiahkan buat penghuni dunia.  Itu yang kita nampak...hikmah tersirat lain, jarang kita sedari. Contohnya, air hujan itu menyuburkan tanaman. Banyak sangat hikmah dari hujan semata.
Ujian-ujian mega yang lain, seperti kehancuran sesebuah negara akibat bencana alam. Hikmahnya adalah untuk umat manusia selepas mereka yang Allah hancurkan bersama bencana itu. Sadis sekali. Tetapi untuk generasi manusia selepasnya mengambil iktibar. Jika mereka mengetahuinya.
Ingatlah, bahawa Allah bukan saja-saja menimpakan ujianNya pada hambaNya. Allah maha mengetahui hikmah disebalik kejadian. Bersabarlah seperti sabarnya nabi Ayub tika diuji dengan kesakitan, sabarnya nabi Yaakub bila mana Yusuf kesayangannya dikatakan mati dimakan serigala. Sabarnya nabi yusuf tika dibuang saudaranya sendiri kerana cemburu..sabar dengan fitnah manusia kelilingnya..sabarnya nabi Muhammad rasul kita dengan cerca dan siksa sewaktu hendak mengembangkan Islam bersama para sahabat baginda. Harta dan nyawa taruhan mereka dalam mengembangkan agama Allah.
Lebih berat lagikah ujian kita dari yang Allah uji mereka itu?
Bersyukurlah sentiasa... Moga hatikan menjadi tenang dan Allah permudahkan kita menghadapi ujianNya.

Thursday, February 28, 2019

Bersabarlah dalam menempuh Bahtera Kehidupan Berumahtangga

Wahai anak, wahai sahabat, wahai manusia sekeliannya,

Sekiranya kita belum kawin, kita selalu risau..Bila aku nak kawin.
Bila dah kawin, risau menjadi bertambah banyak. Bukan menghilang. Mahupun berkurang

Dari itu wahai semua, bersyukurlah selalu.  Sentiasa basahkan lidah dengan zikirullah,
hiaskan hatimu dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi.
Nescaya kehidupanmu akan menjadi damai sedamai air di tasik.
Kehidupan kita bukannya lama di sini  
Singgah seketika di dunia nan fana ini.
Carilah kebahagiaan hakiki 
Untuk kehidupan yang kekal abadi

Ada seorang ahli sufi (Syaqiq al Balkhi) mengatakan antaranya;
Berbuatlah dosa kepada Allah
Selagi kamu rasa kamu mampu menghadapi siksaNya di sana kelak.
Himpunkanlah pahala sebesar mana syurga yang kamu perlukan.

Beramallah demi syurga sebesar kedudukan syurga yang kamu kehendaki.

Friday, February 22, 2019

Harumkan bau nafasmu

Assalamualaikum dan Selamat pagi. 
Hari ni Jumaat 22/2/2019 .  Pagi-pagi dah turun ke Cafe beli gula-gula di atas.  Sebab apa?  Malam tadi makan sambal petei...hehhee...nak jaga bau nafas kenkonon.
Almaklum, koje kat opis ni, nanti orang datang berurusan, sembang-sembang dengan kita, semerbak bau potai kan.  Sekurang-kurangnya ada usaha untuk menghilangkan bau tu.

Tak ada la nanti orang viralkan, staf kat opis si polan tu, mulut bau potai.  hadooii..
Zaman blogging dulu lom ada sebut sangat perkataan 'viral' kan.  Tapi sekarang ni, sikit-sikit viral, sikit-sikit viral.  Mulut bau potai pun viral.  hihihi...

Lainlah orang puasa.  Walau pun busuk, orang tak kata. Bau mulut orang berpuasa itu adalah harum di sisi Allah.

Pagi ni, sebelum kerja datang, sempat jeling tulisan-tulisan lama dalam blog ni.  Yang kelakar pun ada.  Rasa nk menulis pulak semula hari ni.  Hari ni je....esok lusa lom tau. hahah..

oklah.  Sekian dulu.

Wednesday, January 2, 2019

Time flies

 Nur Amni
Updated:20/3/2019

Updated:20/5/2020

Updated:1/9/2022


150  210
Tahun baharu 2019, kini accik dah bergelar nenek kepada 4 orang cucu dari 3 orang anak.  Kejap je kan.  Tak masuk yang dari anak-anak yang lain lagi.  Alhamdulillah.  2018 tahun bertambah 3 lagi cucu.  Berturut-turut.  Hari demi hari.  Dulu menyaksikan pembesaran dan perkembangan persekolahan anak-anak.   Sekarang menyaksikan bagaimana mereka membesarkan anak-anak mereka pula.  Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yg mengurniakan nikmat dunia ini kepada accik sekeluarga.  Syukur selalu.  Moga keturunanku akan membesar dan menjadi insan yang soleh dan solehah dan berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Friday, October 5, 2018

AnNisa 1

Surah An-Nisa

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (148) Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. (149)

PBDYL

Friday, June 1, 2018

Belajar tajwid (Simpanan untuk rujukan)

Di Copy paste.  Bagus untuk rujukan. Dipanjangkan dari laman https://mti2.wordpress.com/  .  (takut nanti lupa atau hilang link ini)https://mti2.wordpress.com/ Maka mahu dikumpulkan info pembelajaran ini di sini untuk rujukan saya sendiri juga.
Pelajaran Tajwid

Rangkuman Pelajaran Tajwid
  1. Setiap huruf nun bertasydid / mim bertasydid dalam ilmu Tajwid namanya ghunnah musyaddadah .  contoh :  اِنَّ ، ثُمَّ ، اِنَّمَا ، فَلَمَّا ، وَ ٰلكِنَّا
  2. Perbedaan  نْdan ٌ ٍ  ً adalah : sama dalam suara lain dalam penulisan. Maka hukum keduanyapun sama. Contoh : مُنْ / مٌ ، مِنْ / مٍ ، مَنْ / مًا
  3. Hukumnya  نْdan ٌ ٍ  ً dibagi menjadi 5, yakni :
1).    Idghom Bighunnah : setiap ada نْ atau ٌ  ٍ  ً bertemu dengan salah satu dari huruf : ي و م ن contoh : عَذَابٌ وَاصِبٌ ، نَكُنْ مَعَكُمْ ، لِمَنْ يَرٰى
2).    Idghom Bilaghunnah : setiap ada نْ atau ٌ  ٍ  ً bertemu dengan salah satu dari huruf : ل  ر contoh : مِنْ لَدُنْكَ ، لَطِيْفٌ لِّمَا ، غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
3).    Ikhfa’ Haqiqi : setiap ada نْ atau ٌ  ٍ  ً bertemu dengan salah satu dari huruf :     ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك contoh : اَنْفُسَكُمْ ، اَنْتُمْ
4).    Idhar Halqi : setiap ada نْ atau ٌ  ٍ  ً bertemu dengan salah satu dari huruf : أ ح خ ع غ هـcontoh : عَذَابٌ اَلِيْمٌ ، مَنْ اُوْتِيَ
5).    Iqlab : setiap ada نْ atau ٌ  ٍ  ً bertemu dengan salah satu dari huruf   ب contoh :  عَوَانٌ بَيْنَ ، مَنْ بَخِلَ ، اَنْبَتَكُمْ
  1. Hukum mim sukun dibagi menjadi  3, yakni :
1).    Idghom Mitsli { مْ } bertemu dengan huruf  { لَهُمْ مَايَتَّقُوْنَ ، كُنْتُمْ مُسْلِمِيْنَ } م
2).    Ikhfa’ Syafawi { مْ } bertemu dengan huruf { ذٰلِكُمْ بَلاَءٌ  ، اِنَّهُمْ بِذٰلِكَ } ب
3).    Idhar Syafawi { مْ } bertemu dengan huruf selain م dan { هُمْ نَاۤئِمُوْنَ } ب
  1. Idghom Mutamatsilain adalah setiap ada huruf yang sama yang pertama berharokat sukun.    Contoh : اِضْرِبْ بِعَصَاكَ
  2. Idghom Mutajanisain adalah setiap ada Ta’ sukun bertemu Tho’, Tho’ sukun bertemu Ta’, Ta’ sukun bertemu Dal, Dal sukun bertemu Ta’, Lam sukun bertemu Ra’, dan Dzal sukun bertemu Dho’. { ت-ط،ط-ت،ت-د،د-ت،ذ-ظ،ث-ذ،ب-م } contohnya : { قَالَتْ طَائِفَةٌ ، لَئِنْ بَسَطْتَ ، اَثْقَلَتْ دَعَوَا ، قَدْ تَبَيَّنَ ، اِذْظَلَمُوْا ، يَلْهَثْ ذٰلِكَ ، اِرْكَبْ مَعَنَا }
  3. Idghom Mutaqorribain : Tsa’ sukun bertemu Dzal, Qof sukun bertemu Kaf, Ba’ sukun bertemu Mim .  { ل – ر ، ق – ك } contohnya : { اَلَمْ نَخْلُقْكُمْ ، قُلْ رَبِّ }
  4. Qolqolah dibagi menjadi  2, yakni :
1).    Qolqolah Sughro : Qolqolah yang matinya asli { يَجْعَلُ ، يَقْرَأُ }
2).    Qolqolah Kubro : Qolqolah yang matinya karena dibaca waqof  { اَحَدٌ–اَحَدْ ، خَلَقَ–خَلَقْ}
  1. Hukum lafadz اَللهْ dibagi menjadi  2, yakni  :
1).       Dibaca Tafkhim :  Apabila didahului Fathah atau Dhummah { نَصْرُ اللهِ ، وَاللهِ }
2).       Dibaca Tarqiq :  Apabila didahului harokat kasroh { بِسْمِ اللهِ ، بِاللهِ }
  1. Huruf Isti’la’ ada  7, yakni : خ ص ض ط ظ غ ق
  2. Huruf Syamsiyah ada  14 : { اَلرَّحْمٰنِ ، اَلصَّلاَةُ ،اَلدُّنْيَا } ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن
  3. Huruf Qomariyah ada  14 : { اَلْبَلاَغُ ، اَلْوَاحِدُ ، اَلْحَمِيْدُ } ب ج ح خ ع غ ف ق ك م و هـ ء ي
  4. Idzhar Mutlaq : Nun sukun bertemu dengan huruf ي atau و dalam satu kalimat .                 disebut juga bacaan Idzhar Wajib, didalam Al Qur’an hanya ada  4 lafadz antara lain : { اَلدُّنْيَا ، بُنْيَانٌ ، قِنْوَانٌ ، صِنْوَانٌ }
  5. Hukum Ro’ dibagi menjadi  2, yakni :
1).    Dibaca Tafkhim  : Ro’ Fathah, ro’ fathah tanwin # ro’ dhummah, ro’ dhummah tanwin # ro’ sukun didahului fathah atau dhummah # ro’ sukun didahului kasroh ada hamzah washol # ro’ sukun didahului kasroh bertemu dengan huruf isti’la’ # ro’ hidup didahului huruf mati selain ya’ yang sebelumnya ada fathah atau dhummah dibaca waqof .                                           contohnya : { رَبَّنَا ، خَيْرًا ، كَبِيْرٌ ، اَرْسَلَ ، قُرْ ٰانٌ ، شَهْرٍ }
2).    Dibaca Tarqiq     : Ro’ kasroh, ro’ kasroh tanwin # ro’ sukun didahului kasroh # ro’ hidup didahului ya’ sukun dibaca waqof # ro’ hidup didahului huruf mati selain ya’ yang sebelumnya ada kasroh dibaca waqof . contohnya { رِجْسٌ ، خُسْرٍ ، فَكَبِّرْ ، فِرْعَوْنَ ، بَصِيْرٌ ، بِكْرٌ }
  1. Hukum Mad dibagi menjadi   2, yaitu :
1).    Mad Tabi’i ( mad asli ) ialah Fathah diikuti alif, Kasroh diikuti ya’ sukun, Dhummah diikuti wawu sukun . panjangnya  1 alif ( 2 harokat )  : دَا – دِيْ – دُوْ  ، نُوْحِيْهَا
2).    Mad Far’i dibagi menjadi  13  antara lain  :
(1).       Mad Wajib Muttashil : Mad tabi’i  bertemu hamzah dalam satu kalimat . panjangnya  2 1/2 alif ( 5 harokat ) contoh : جَاۤءَ-لِقَاۤءَنَا-نِدَاۤءً-نِسَاۤءً
(2).       Mad Jaiz Munfashil : Mad tabi’i bertemu hamzah bentuknya huruf alif dilain kalimat . panjangnya  2 1/2 alif ( 5 harokat ) contoh : وَمَاۤ اُمِرُوْا – اِنَّاۤ اَنْزَلْنَاهُ
(3).       Mad Aridh Lissukun : Mad tabi’i bertemu huruf hidup dibaca waqof . panjangnya  3 alif ( 6 harokat ) contohnya : اَبُوْكَ – اَبُوْكْ ، عِقَابٍ – عِقَابْ
(4).       Mad Iwad : Harokat Fathah tanwin dibaca waqof selain ta’ marbuthoh . panjangnya  1 alif .  contohnya :  عَلِيْمًا – عَلِيْمَا
(5).       Mad Shilah : Setiap Hu dan Hi apabila didahului huruf hidup. ( jika didahului harokat sukun tidak dibaca mad )
Mad Shilah dibagi menjadi  2 yaitu :
Mad Shilah Qoshiroh : mad shilah bertemu selain huruf hamzah, panjangnya  1 alif. contohnya : لَه – بِه
Mad Shilah Thowilah : Mad shilah Qoshiroh bertemu huruf hamzah (bentuknya alif). panjangnya  2 1/2 alif ( 5 harokat ) ظَهْرِه ۤاِنَّ  ،  اَنَّ مَالَه ۤاَخْلَدَه
(6).       Mad Badal : Setiap Aa, Ii, Uu yang dibaca panjang, panjangnya mad badal  1 alif . contohnya : اُوْتِيَ  ،  اِيْتُوْنِيْ  ،  ٰامَنُوْا
(7).       Mad Tamkin : Ya’ Kasroh bertasydid bertemu ya’ sukun . panjangnya  1 alif    contohnya : اُمِّيِّيْنَ ، حُيِّيْتُمْ ، نَبِيِّيْنَ
(8).       Mad Lin : Fathah diikuti wawu sukun atau ya’ sukun bertemu huruf hidup dibaca waqof panjangnya  3 alif ( 6 harokat ) contohnya : اِلَيْهِ – اِلَيْهْ ،  خَوْفٌ – خَوْفْ
(9).       Mad Lazim Mutsaqol Kalimi : Mad tabi’i bertemu tasydid dalam satu kalimat. panjangnya  3 alif contohnya: وَلاَالضَّاۤلِّيْنَ ، اَتُحَاۤجُّوْ ۤنِّيْ
(10).    Mad Lazim Mukhoffaf Kalimi : Mad badal bertemu sukun . panjangnya  3 alif contohnya :  ٰا ْلاٰۤنَ
(11).    Mad Lazim Musyba’ Harfi : Huruf yang dibaca panjang  3 alif jumlahnya ada  8 antara lain : ن ق ص ع س ل ك م (Naqosho ‘asalukum)                                      contohnya : صۤ – الۤمّۤ – الۤمّۤصۤ – نۤ – قۤ
(12).    Mad Lazim Mukhoffaf Harfi : Huruf yang dibaca panjang  1 alif jumlahnya ada  5 antara lain : ح ي ط هـ ر (Hayathoharo)                                                            contohnya : ٰطهٰ – يٰسۤ – حٰمۤ – الۤرٰ – ٰطسۤ – ٰطسۤمّۤ – كۤهٰيٰعۤصۤ – الۤمّۤرٰ
(13).    Mad Farq : Mad badal bertemu tasydid . panjangnya   3 alif .                            contohnya : قُلْ اۤللهُ  ، قُلْ اۤلذَّكَرَيْنِ
  1. Setiap huruf yang sama yang pertama sukun namanya Idghom Mutamatsilain, kecuali ya’ sukun bertemu ya’, wawu sukun bertemu wawu namanya mad thabi’i .                                          contohnya  : فِيْ يَوْمٍ  ،  اِصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا
  2. Surat Yusuf ayat  8 , sebaiknya dibaca washol : لَفِيْ ضَـٰللٍ مُبِيْنٍ ﴿8﴾ نِاقْتُلُوْا يُوْسُفْ
رَغْكُوْمَانْ غَرِيْبْ
No
Hal
Ghorib
Penjelasan
Ket
1
1مMim kecil waqof lazimtanda harus berhenti
21 Titik tiga mu’anaqoh tanda berhentilah di salah satu titik tiga jangan berhenti didua titik tigaAl A’rof  : 163
31ط  قلى قف جTha’qof lam qof fa’ jim tanda waqaf sebaiknya berhenti jika ada tanda tersebut
42صلى ق لا ز صShod lam qof lam alif za’ shod tanda washol sebaiknya dibaca terus
53اَنَا – فَاَنَاHati-hati Na-nya dibaca pendekAl An’am : 56
Az Zukhruf : 81
Yusuf  : 69
64جَآءَنَا – لِقَآءَنَاHati-hati Na-nya dibaca panjangYunus  : 7 – 8
Al Imron  : 61
75اَنْ طَهِّرَاHati-hati ra-nya dibaca panjangAl Baqoroh  : 125
85يَشَااِللهُHati-hati sya-nya dibaca pendekAl An’am  : 39
95ذٰلِكَ لَـمِنْHati-hati bacanya lamin bukan limanAsy Syura  : 43
106نِدَآءً – نِسَآءًHamzah fathah tanwinwaqafnya dibaca fathah panjang satu alifAn Nisa’  :  1
Al Baqoroh  : 171
117نِالَّذِيْنَ – نالَّذِيْنَNun kecil namanya nun iwadh, awal ayat jika ada nun iwadh yang berkasroh atau tanpa kasroh selamanya tidak dibaca tulisannya nilladziina dibaca alladziinaAn Nisa’  : 139
Al furqon  : 1 – 2
128مَثَلاً نِالْقَوْمُNun iwadh di tengah ayat sebaiknya dibaca washal, hati-hati La-nya harus pendekAl A’rof  : 177
138قَوْمًا اللهُNun iwadh ditengah ayat sebaiknya dibaca washal, hati-hati Ma-nya harus pendekAl A’rof  : 164
Qof  : 25 – 26
An Nisa’  : 138
149يَبْصُطُ – بَصْطَةًTulisannya shod harus dibaca sinAl Baqoroh  : 245
Al A’rof  : 69
1510اَمْ هُمُ الْمُصَيْطِرُوْنَShod-nya boleh dibaca sin atau shodAth Thuur  : 36 – 37
1610بِمُصَيْطِرٍShod-nya tetap dibaca shodAl Ghosyiyah  : 22
1711اَنَابَ – اَنَابُوْاHati-hati na-nya dibaca panjangAl Imron  : 119
Lukman  : 15
1812اَنَاسِيَّ – اَ ْلاَنَامِلَHati-hati na-nya dibaca panjangAz Zumar  : 17– 18
Al Furqon  : 49
Yusuf  : 108
1913اَفَائِنْHati-hati Fa-nya dibaca pendekAl Imron  : 144
2013مِنْ نَبَائِHati-hati Ba-nya dibaca pendekAl  An’am  : 34
2114اَلاَّتَعْدِلُوْا جاعْدِلُوْا جJika waqaf alla ta’diluu, I’diluu dan jika washal allaa ta’dilu’diluu
Al Maidah  : 8
HalGhoribPenjelasanKet
2214يَلْهَثْ ط ذٰلِكَJika waqaf Yalhas, dzaalika dan jika washal Yalhadz dzaalikaAl  A’rof   : 176
2315لاَتَعْلَمُوْنَهُمْط اَللهُ يَعْلَمُهُمْJika waqaf La ta’lamuunahum, Allohu ya’lamuhum jika washal Laata’lamuunahumullohu ya’lamuhumAl  Anfal  : 60
2416بَرَآءَةٌAwal surat Baroah/At Taubah tidak boleh membaca Basmalah maka bacalah Ta’awudzAt  Taubah : 1 – 2
2518مَلاَئِهِ – مَلاَئِهِمْHati-hati La-nya dibaca pendekAl Mukminun : 46
Yunus  : 83
2619مَجْرٰهَاDibaca Majreehaa namanya bacaan Imalah, imalah ialah menyondongkan suara fathah kedalam kasroh kira-kira dua pertigaHud : 41
2719اِرْكَبْ مَعَنَاTulisannya Irkab ma’anaa harus dibaca Irkamma’anaa, namanya bacaan idghom mutaqoribainHud   :  42
2819يَوْمِئِذٍHati-hati Mim-nya dibaca kasrohAl  Ma’arij  :  11
2920ثَمُوْدَاHati-hati Da-nya dibaca pendekAn Najm  :  51
3020لاَتَـأْمَنَّاNamanya Isymam ,isymam ialah mengisyarahkan dhummah dalam suara fathah dengan memonyongkan bibirYusuf : 11
3121لِتَتْلُوَا- لِيَرْبُوَا-Hati-hati Wa-nya dibaca pendekAr Ro’du  : 30
Ar Rum    : 39
3222لِيَبْلُوَا- لَنْ نَدْعُوَا – وَنَبْلُوَاHati-hati Wa-nya dibaca pendekMuhammad : 4
Al Kahfi  :  14
Muhammad : 31
3323اَلدُّنْيَا- بُنْيَانٌ- قِنْوَانٌ- صِنْوَانٌHati-hati Nun sukunnya tidak boleh dibaca dengungIbrohim  : 3
Al An’am  : 99
3424مِائَةٌ- مِائَتَيْنِHati-hati Mim-nya dibaca pendekAr Ro’du  : 4
Ash Shof  : 4
Al Anfal  : 65

35

25عِوَجًا سكتةقَيِّمًاNamanya bacaan saktah, saktah ialah berhenti sejenak kira-kira satu alif tanpa nafasAl kahfi  :
ayat 1 masuk  2
3625مِنْ مَرْقَدِنَاسكتة هٰذَاNamanya bacaan saktah, saktah ialah berhenti sejenak kira-kira satu alif tanpa nafasYaasiin : 52
3726وَقِيْلَ مَنْسكتة رَاقٍNamanya bacaan saktah, saktah ialah berhenti sejenak kira-kira satu alif tanpa nafasAl Qiyamah  : 27
3826كَلاَّ بَلْ سكتةرَانَNamanya bacaan saktah, saktah ialah berhenti sejenak kira-kira satu alif tanpa nafasAt Tathfif  : 14
3927لـٰكِنَّاHati-hati Na-nya dibaca pendekAl Kahfi  : 38
4027وَلـٰكِنَّاHati-hati Na-nya tetap dibaca panjangAl Qoshosh  : 45
4128ذٰلِكُمْ ط النَّارُطJika waqaf Dzaalikum Annaar dan jika washal DzaalikumunnaarAl  Hajj  : 72
HalGhoribPenjelasanKet
4229فِيْهِ مُهَانًا﴿69 اِلاَّHati-hati Hi-nya harus dibaca panjangAl Furqon  :
49 – 70
4329اَلْعَنْكَبُوْتِ طاتَّخَذَتْJika waqof Al’angkabuut, ittakhodzat dan jika washol        al angkabuutittakhodzatAl Ankabut   : 41
4430ضَعْفٌ – ضَعْفًاDhod-nya boleh dibaca fathah atau dhumahAr Rum   : 54
4531اَلظُّنُوْنَاJika waqof Na-nya panjang dan jika washal Na-nya pendekAl Ahzab  : 10
4632اَلرَّسُوْلاَJika waqof La-nya panjang dan jika washal La-nya pendekAl  Ahzab  :  66
4732اَلسَّبِيْلاَJika waqof La-nya panjang dan jika washal La-nya pendekAl  Ahzab  :  67
4832مَثَلاً طنالْحَمْدُ ِللهِJika waqof Matsalaa, alhamdulillaah dan jika washal MatsalanilhamdulillahAz Zumar  : 29
4933اَرِنَاالَّذَيْنِHati-hati Dzal-nya berharokat fathahFushshilat  : 29
5033اَءَعْجَمِيٌّNamanya bacaan Tashil, tashil ialah membaca hamzah yang kedua dibaca antara hamzah dan alifHamim assajdah  /
Fushilat  : 44
5134اِئْتُوْنِىTulisan I’tuunii dibaca iituuniiAl  Ahqof  :  4
5235فىِ السَّمٰوَاتِ طائْتُوْنِىJika waqof fissamaawaat, iituunii dan jika washal fissamaawaatiktuuniiAl  Ahqof  :  4
5335اَوْلَهْوًا نِانْفَضُّوْاBacanyaAulahwaningfadhuu, nun iwadh ditengah ayat sebaiknya dibaca washalAl Jum’at  :  11
5436بِئْسَ اْلاِسْمُNamanya bacaan Naqol, naqol ialah memindahkan harokat hamzah kedalam lamAl Hujarat   : 11
5537اِلاَّ لّـٰئِىLa-nya panjang tiga alif dan I-nya satu alifAl  Mujadalah  : 2

37وَلّـٰئِىLa-nya panjang tiga alif dan I-nya satu alifAth  Tholaq  :  4
5638سَلـٰسِلاَLa-nya yang kedua dibaca pendek bila washol dan dibaca sukun bila waqofAd  Dahr  :  4
5738قَوَارِيْرَاAkhir ayat 15 dibaca waqof  Ra-nya tetap dibaca panjangAd  Dahr  :  15
5839قَوَارِيْرَا ﴿15﴾قَوَارِيْرَاQowaariira ayat 15 dan 16 dibaca washal kedua Ra-nya dibaca pendekAd  Dahr  :  15 – 16
5940خَالِدَيْنِHati-hati Dal-nya dibaca fathahAl  Hasyr  :  17
6040ثَمَّ اَمِيْنٍHati-hati Tsa-nya dibaca fathahAt  Takwir   :  21
6141نَفْقَهُLafadz Nafqohu hati-hati Hu-nya pendekHud   :  91
6241فَوَاكِهُLafadz Fawaakihu hati-hati Hu-nya dibaca pendekAl Mukminun  : 19
6341يَرْضَهُLafadz Yardhohu hati-hati Hu-nya dibaca pendekAz  Zumar  :  7
6442عَلَيْهُLafadz ‘Alaihu hati-hati ha’nya berharokat dhummahAl  Fath  :  10
HalGhoribPenjelasan
Ket
65طَرَفَـيِ النَّهَارُHati-hati membacanya harus Thorofayinnahaari bukan ThorofiyannahariHud   :  114
66ضَلاَلٍ مُّبِيْنٍ ﴿8﴾ نِاقْتُلُوْاHaram waqof pada ayat 8, cara membacanyaDholaalimmubiininiqtuluu yuusuf kemudian diulangi dari Uqtuluu yuusufa….Yusuf     :  8
67وَهُوَكَلٌّ عَلىٰ مَوْلاَهُHati-hati bacanya Wahuwa kallun bukan KullunAn Nahl   :  76
68تَرَ يِنَّHati-hati bacanya Taroyinna bukan TariyannaMaryam  :  26
Kredit buat penulis dan guru-guru yang berkongsi ilmu ini. Moga Allah memberikan ganjaran tidak terhingga buat kalian di akherat kelak.

Rujuk sini pun blh.: http://kembojasayur.blogspot.com/2012/04/membetulkan-sebutkan-dan-bacaan.html

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...