Sunday, June 15, 2014

Tayanglah apa yang kamu miliki di dunia ini




Di Facebook, di media sosial hari ini,
Ada orang suka letak gambar makanan sedap-sedap
Ada orang suka letak gambar baju cantik-cantik
Ada orang suka tunjuk gambar anak suami/isteri
Ada orang suka tunjuk gambar rumahnya yang besar dan cantik
Ada orang suka tayang gambar kereta besar yang mahal-mahal
Ada orang suka tunjuk gambar waktu melancong sana sini
Ada orang suka tayang gambar gajet-gajet yang dimiliki
Ada orang suka berselfie, tayang gambar sendiri 

Letaklah gambar apa pun
Tunjuklah harta apa pun yang anda miliki
Tetapi anda perlu tahu,
Ada orang yang kelaparan, teringinkan makanan yang anda letak di FB itu..
Ada orang yang memakai baju disedekahkan orang padanya sahaja
Ada orang yang telah kehilangan anak/suami/isteri
Ada orang yang tidakpun miliki pondok buruk yang tertulis nama mereka, sebagai tempat tinggal mereka
Ada orang yang hari-harinya terpaksa berebut-rebut menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja
Ada orang yang terpaksa meminjam wang sana sini hanya untuk mendapatkan rawatan ke hospital
Ada orang yang tidak mengenali apa ertinya gajet-gajet itu dalam kehidupan
Ada orang yang tidak lengkap anggota badannya,
terfana melihat wajah-wajah indah anda yang tidak mereka miliki

hati mereka berbisik, memujuk mereka...katanya;
Biarlah apapun gambar atau cerita mereka tentang apa yang mereka miliki itu, 
kerana mereka serupa dengan kita.
Mereka miliki apa yang Allah pinjamkan pada mereka.
Biarkan mereka bergembira dan berbangga dengan apa yang mereka punya
kerana ianya hanya sementara
Tercatit sudah sejak azali, setiap yang Allah pinjamkan, akan Allah ambil semula.
Jangan dengki, jangan cemburu dengan kelebihan mereka
Sebagaimana Allah pinjamkan mereka kerana hikmahNya, 
begitulah juga Allah takdirkan bukan milik kita, kerana hikmahNya.

Hatta kegembiraan itupun milik Allah.  
Kedukaan tetap akan bergilir dan silih berganti mewarnai kehidupan kita..
Apa yang mereka miliki yang tidak ada pada kita, 
sama juga ada yang kita miliki, tidak ada pada mereka. 
Maka, wahai sahabat,
Walaupun tidak mampu miliki apa yang mereka miliki, usah gusar, usah bersedih, usah berduka
Sebaiknya, Jadilah ummat Muhammad yang bersyukur ke hadrat Allah 
kerana masih terlalu banyak nikmat Allah
Yang masih menjadi milik sementara kita
Gunakan untuk mengumpul pahala...bukan untuk melengahkan kita, di Padang Mahsyar kelak.


Terkadang aku pun sama, menayangkan apa yang aku ada...mga dijauhi riak dan ujub dalam diri ini.
Ampunkan dosa2ku ya Allah..

4 comments:

Anonymous said...

alhamdullillah .. at least someone notice these sort of sifat riak ini.... unfortunately to most of these all the above write up does not make any different. oh no i'm not showing off... i'm just sharing... they failed to see the underlying meaning of their conduct still mencanang satu donia..

salam ramadan semoga ianya membawa berkat pada kita, semua bangsa dan negara..

lupekanje said...

ya..kekdang sukar untuk mengakui kesilapan yg ini. Msih pertahankan diri. Buat apaje, asalkn kita gmbira..pedulikan org lain. Mga kita dibersihkan dari mazmumah dan dpt memiliki mahmudah. aamin..

Salam ramadhan juga buat tuan/puan Anonymous.

Anonymous said...

Salam kembali,

saya tengok makanan makan kat otel tu ini restaurant tu ini, saya terpikir...tak mampu saya nak pergi makan kerap. makan simple pon kadang kadang pokai..
lepas tu shopping and holiday... pon tak termampu dek saya,
kdian shopping tu ini... anak anak sekecik 1,2 tahun dipakai kan baju branded, tak mampu saya nak memakai semua nya branded.

lepas tu bawa anak kecil holiday makan angin obersea... tak mampu rasanya.. nak bawa dlm negeri pon stahun sekali pon dah baik pegi mandi laut.

gadget untuk diri... mana nak cekau duit nak beli.
gadget untuk anak anak kecil main ipot etc tak mampu rasanya mahal.. saving sekolah dan universiti pon tak terbuat lagi..

anak masuk sekolah prebet- aduh yuran sekoolah tahunan skolah kjaan pon tak terlarat buku tulis, uniform...

sesungguhnya masuk universiti pon gaji tak le semewah mana... so memang tengok ajaela...

selamat berpuasa danberterawikh dan beramal...

H

lupekanje said...

ada kategori orang yang tidak mampu, tapi buat-buat mampu hingga sanggup berhutang sana sini. Sudah tentulah hidup sentiasa mengeluh, merungut dan takut kerana banyak hutang, rasa tidak punya apa.

ada kategori orang yang mampu, lalu segalanya ada dan diadakan, semua tempat peranginan dijelajahi, segala jenis hidangan dapat dibeli dan dirasai. Harta mereka tidak luak-luak.Tapi hidup tidak tenang, rumahtangga tidak bahagia. Serasa ada kekosongan dalam diri.

ada kategori yang tidak mampu, berbelanja ala kadar mengikut keperluan, dan mensyukuri nikmat Allah. Hidup mereka bahagia dan tenang walaupun tidak semewah mereka yang mampu itu. Mereka punya lebih masa untuk mendekatkan diri dengan Allah.

ada kategori yang mampu tpi sentiasa beringat dalam berbelanja. berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah padanya. Ahli keluarga tidak dimandikan dengan kemewahan yang melimpah ruah. Sebaliknya dididik agar sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan menggunakan harta ke arah kebaikan. Mereka diajar untuk sedar bahawa harta itu hanya wasilah/alat untuk menyelamatkan mereka di akherat kelak.

Mga kita adalah hamba Allah di kategori 3 atau 4 itu. Wallahualam. Terima kasih.

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

APAKAH YANG DICARI DALAM HIDUP YANG SINGKAT INI? HARTA? PANGKAT? KASIH SAYANG MANUSIA?

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Setiap yang bermula, akan berakhir...
Setiap yang baru akan menjadi lama...
Setiap yang bertemu akan berpisah...
Kalau sudah begitu, apa gunanya kita mulakan...
kalau sudah begitu, apa gunanya kita memiliki yang baru..
kalau sudah begitu, apa perlunya kita bertemu...
Jika yang bermula, akan ada akhirnya...
Jika yang baru, akan menjadi lama sudahnya..
Jika yang bertemu, akan terpisah juga penghujungnya
yang entah di mana dan bila..
Detik permulaan, ketentuan Tuhan...
Detik pengakhiran, Takdirnya Tuhan..
Yang baru, Tuhan yang jadikan
Kelakkan usang, fitrahnya begitu..
Pertemuan, adalah keizinan Allah
Perpisahan jua... adalah ketetapan Allah
Siapalah kita.. hanya hamba...
yang tidak berdaya...
cuma merancang,
tapi selalu pincang,
cuma berakal,
kekadang hilang akal,
cuma berusaha
tanpaNya kita tk berdaya.
-KC-