Friday, July 5, 2019

Indahnya katamu sahabat

Kataku, kalau kita ketemu, aku mahu memelukmu erat.  
Katamu pula, kau akan memelukku dan tidak akan melepaskannya.

Kataku, kaulah sahabatku yang terbaik.  
Katamu, kita akan menjadi sahabat sepanjang hayat kita,
di dunia dan di akherat,
dan moga Allah satukan di Syurga.
Usahalah, untuk ke syurga Allah, mungkin dengan persahabatan kerana Allah kita ini,
akan menemukan kita di sana.

Kataku, aku bukan seperti yang kau kenal dulu, 
aku kembali mengumpul mazmumah,
meringankan mahmudah.
Katamu, akan ku pimpin dikau wahai sahabatku
Menampal kebocoran mahmudah,
menceduk keluar mazmumah yang melimpah

Kataku, aku tidak sebaikmu
dan tidak layak mendekatimu pun
kerana dosaku..
Katamu, Allah itu maha mengampuni
Tadahkankan tanganmu, pohon keampunan
Taubat dan kembali membina keimanan dan ketakwaan
Bersama kita mencari keredhaan Allah

Berkati ya Allah, persahabatan kami ini.
Kita bertemu kerana Allah, kita berpisah jua kerana Allah.

Accik Cen
2 Jun 2012

Transfer dari FB Accikcen

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna

 Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya.  Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...