Ada kategori orang yang mampu, lalu segalanya ada dan diadakan, semua tempat peranginan dijelajahi, segala jenis hidangan dapat dibeli dan dirasai. Harta mereka tidak luak-luak.Tapi hidup tidak tenang, rumahtangga tidak bahagia. Serasa ada kekosongan dalam diri.
Ada kategori yang tidak mampu, berbelanja ala kadar mengikut keperluan, dan mensyukuri nikmat Allah. Hidup mereka bahagia dan tenang walaupun tidak semewah mereka yang mampu itu. Mereka punya lebih masa untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Ada kategori yang mampu tpi sentiasa beringat dalam berbelanja. berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah padanya. Ahli keluarga tidak dimandikan dengan kemewahan yang melimpah ruah. Sebaliknya dididik agar sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan menggunakan harta ke arah kebaikan. Mereka diajar untuk sedar bahawa harta itu hanya wasilah/alat untuk menyelamatkan mereka di akherat kelak.
Mga kita adalah hamba Allah di kategori 3 atau 4 itu. Wallahualam. Terima kasih.
Nota :
Catatan komen sendiri sini
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.