Betul juga kata Ust. Pahrol dalam buku Cinta Kerana Allah...
Kita hanya meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam 3 masa - semalam, hari ini dan esok !
Mengapa kita asyik mengenang peristiwa lepas, seolah-olah kita masih berada di zaman lalu...kita ingin pula masa diulang, mahu baiki apa yang telah tersilap kita lakukan, mahu buat keputusan yang tidak salah sehingga menyebabkan kita dalam kesedihan, kesusahan, kedukaan, atau menyebabkan orang lain menderita. ..sedangkan kata Imam Al Ghazali, yang semakin jauh dari kita, adalah masa lalu. Masa lalu tidak akan berulang kembali. Tidak mungkin kita dapat kembali ke masa lalu, meskipun kita dihidangkan dengan filem-filem Back to Past....rekaan-rekaan yang menyesatkan kita, kononnya boleh dibuat 'time machine' untuk kembali ke zaman lalu...karut semua itu, kerana pada hakikatnya, masa yang lalu, tidak akan kembali lagi
Kenapa pula kita risau memikirkan masa akan datang yang belum tahu datangnya. Kita susah hati. Kita berusaha untuk kesenangan masa depan kononnya. Akibatnya, kehidupan hari ini kita terjejas. Asyik kita pikirkan, mana kita nak pergi selepas pencen nanti, apa kita nak buat sekiranya anak-anak semua sudah berumahtangga, mampukah kita hidup sendirian andai pasangan kita kelak diambil Allah..cukupkah perbelanjaan kita nanti. Sihatkah kita nanti, gembirakah kita nanti. Kalaulah benar ada Time Machine itu...blh lah kita buat persediaan, agar nasib kita akan jadi baik sahaja di masa akan datang.....aaahh..bullshit...karut belaka.
Kehidupan kita yang sebenarnya adalah kehidupan hari ini. Masa lalu adalah hadiah buat kita. Ambil yang baik, kita jadikan pengajaran dan panduan kehidupan hari ini. Esok bagi kita akan menjadi hari ini. Kita lalui dan kita nikmati sebagaimana yang Allah kehendaki. Berpandukan Al Quran dan Sunnah. Berbekalkan pengalaman dan kematangan setelah melalui hari semalam dan seblumnya. Gmbira dan bersyukurlah. Jangan letihkan diri anda dgn memikirkan keperluan hari esok. Esok yang ada adalah esok di sana....esok yang kekal abadi yang perlu kita ambil kira.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersahabat Kena Ingat Kita Bukan Sempurna
Dunia sekarang, media sosial sangat memainkan peranan menentukan segalanya. Mudah sungguh tersebar, mudah sungguh berhubung, mudah sungguh...
-
Dalam kegilaan sesetengah masyarakat IT di Facebook, mengambil bahagian dalam kuiz demi kuiz....(I'm not one of them...) acik terseremp...
-
Hmm...teringin bergosip harini... boleykan..boleyy?...boley laa... Acik tengok paper hari ni.. tentang sorang bekas menteri besar kawin d...
-
Sempena Tahun Baru Cina, memasing ambil peluang balik kampung temasuk acik. Sementelahan anak pun balik bercuti, kecuali Yanie, yg bercuti ...
terima kasih. tazkirah yg baik dan akan dikenang.
ReplyDeletemati esok hari, siapa yang tahu:)
kita tk tau apa akan jadi pada kita esok hari...kanz...
ReplyDelete