Satu seminar terlah diadakan pada 23 Jun 2010 anjuran Puspanita peringkat Kebangsaan. dengan tema Misi Hijau & Kitar Semula. Acik bukan ahli pun. Tapi dah dapat peluang tu...pegi je lah. Banyakla yang acik dapat sepanjang seminar sehari itu.
Ramai yang turut hadir. Semua wanita-wanita kakitangan awam dan isteri-isteri kakitangan awam.
Belajar buat baja kompos... dan menanam dalam Grow bag cam yang Prof ni ajar. Antara rajin dengan tak rajin je nak buat smua ni...
Ni orang kuat Puspanita KPM nih... :)
CEO Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA) Y.Bhg. Datuk Hj. Zaini bin Md Nor.
Memberi ceramah tentang Kitar semula sampah dan isu-isu semasa dan terkini tentang sampah2 di Malaysia mahupun di luar negara. Menggerunkan bila bayangkan bahawa dunia ni dah penuh dengan sampah. Tu tak termasuk manusia-manusia jadikan diri mereka macam sampah gak.
Ada sesuatu yang istimewa tentang Datuk ini. This is my compliment Datuk, if you read this.
Bekas Datuk Bandar Melaka ni pada acik sangat low profile dan humble juga. Beliau pernah menumpangkan Shahmah lebih sebulan sewaktu bekerja sambil menunggu keputusan SPM di Melaka dulu. Anaknya sama sekolah dengan Shahmah sewaktu di SDAR.
Beliau jugalah yang mencarikan kerja untuk Shahmah dan anaknya di Melaka bumi bersejarah itu. Kerja sebagai waiter ! Anak Datuk Bandar pun timba pengalaman kerja di restoren. Tak semua org VIP ni yg nak kasi anak2 diorg bekerja camtu kan. Acik tak pernah berpeluang mengucapkan terima kasih dan terhutang budinya acik pada dia. Bila nampak dia kat seminar ni, acik rasa nak pegi jumpa. Tapi tk sempat, sebab lepas ceramah, beliau terus keluar. Agaknya ada program lain yang nak dikejar. Moga Datuk dan keluarga dilimpahi rahmat Allah sentiasa.
Ini pulak tokey Kazzponic . Sesaper nak maklumat atau peralatan untuk buat tanaman Hidroponik boleh kontek mereka atau dapatkan info dari laman web mereka di sini: http://www.kazzponic.com/
Kami telah dihadiahkan setiap seorang, satu set untuk tanaman hidropnik nih... lihatlah hasil tanaman 3T acik di bawah ni. 3T bermaksud Tanam-Tinggal-Tuai...
Letak kat balkoni rumah. Mungkin praktikal untuk yang duk kat apartment tinggi macam acik. Tapi ada masalah, nyamuk ! Jadi, kami juga dibekalkan dengan seekor ikan Laga setiap seorang. Yang bertugas untuk makan jejentik jika ada. Sian lak kat ikan tu...tekurung dibawah penutup polistrin tersebut. Dah lama acik tk jenguk sang laga nih...entah hidup entahkan mati. Tapi ada jaminan ke ...bahawa tidak akan menambah banyakkan pembiakan nyamuk? Kalu udah banyak daunnya...tentu redup, dan nyamuk suka sgt tempat camni...kan kan..
Kapasiti hanya untuk 8 lubang anak benih je..
Jangan tak tau, tembikai pun blh tanam dalam ni... betul tak kak erna??
Kesimpulannya, seminar hari tu, memang banyak memberi manfaat kepada yang hadir. Terima kasih kepada Puspanita yang menganjurkan seminar itu.
acik, ko mesti ajar kakpah ni cik. nanti bagi kursus yo...
ReplyDeleteacik..buek kompos tu..sonang yo..lagi cara natural farming tu..
ReplyDeletekalau acik nak tau..orang yang kerja pertanian ni.tak berani makan sayur hidroponik..sebab..dia punya bahan kimia dari baja tu..terus ke sayur tu..bahan "kimia"..tu yang takut tu cik..tak de tapis lansong..kalau kat tanah kita bagi baja..nak diserap ketanah dulu..baru akar ambik..ada kurang sikit lah..kalau hidroponik..terus akar serap dan terus kedaun..
kakpah..boleh...acik ajar cara buat baja kompos..heheh...
ReplyDeletekak erna ... errk...alamakk..!! takut lak acik nak makan hasil sayur ni nanti...huhu
akta sisa pepejal ni bila nak kuatkuasa.. asyik tangguh je hehe
ReplyDelete